Sunday, 24 January 2016

INSAN LEMAH - CD4 SAYA 1372 DAN TIDAK BUAT UJIAN VIROL LOAD. BAGAIMANA PULA DENGAN PUASA?

photo hanya hiasan

Assalam abang, 

Saya Insan Lemah yang pernah abang post artikel mengenai saya pada 1 January 2016 yang lalu.

Semalam (21 January 2014) saya ke hospital kali pertama untuk appoinment doctor sekaligus lihat result CD4. Alhamdulillah CD4 saya adalah 1372, oleh kerana masih tinggi doctor tak beri saya mulakan ubatan HAART, tetapi doctor tak buat ujian Viral Load dan saya jangkakan mungkin kementerian sekarang berhadapan dengan masalah kewangan, begitu juga doctor ada bagitau polisi untuk memulakan HAART awal pun disebabkan oleh kewangan kerajaan yang tidak baik sekarang.


Cuma sekarang ni saya risau sebab saya belum start HAART apa yang saya boleh buat sebab saya ada membaca sebuah artikel mengatakan setiap masa virus dalam tubuh saya akan membuat salinan pada setiap masa, jadi apa yang boleh saya buat untuk memastikan saya terus dalam keadaan yang baik sebab kata kawan saya adalah berbeza diantara orang yang CD4nya lebih seribu tapi VL beribu-ribu dengan orang yang CD4 400 tapi VL undetected. 

Kata doctor pulak kalau saya dah start HAART saya tidak akan boleh berpuasa sebab akan makan 2 kali sehari, saya pikir-pikir balik sayangnya sebab tidak dapat berpuasa. Apa yang abang boleh cadangkan pada saya sekarang? 


Insan Lemah


Salam,

Pertama sekali, alhamdulillah sebab CD4 saudara masih tinggi. 1372 tu adalah masih tinggi, tidak ramai PLHIV baru yang mempunyai CD4 yang tinggi macam tu. Dan apabila masih tinggi sudah semestinya tidak perlu untuk buat ujian Virol Load lagi. Ujian Virol Load hanya boleh dilakukan apabila kiraan CD4 kita dah "nazak". 

Perlu diingat semua ujian yang dilakukan tu bukannya percuma tahu, seingat abang kos untuk ujian CD4 di klinik swasta ialah sekitar RM180, manakala untuk ujian Virol Load ialah RM330. Jika kita mampu boleh buat sendiri...:). 

Setiap hospital dan setiap klinik memang ada peruntukan tahunan yang telah disediakan oleh kerajaan. Maka budget yang diberi perlu digunakan sebaiknya sehingga akhir tahun. Pernah pada satu tahun tu diklinik tempat abang terima rawatan kami PLHIV jika nak tahu bacaan CD4 terkini disuruh buat ujian CD4 sendiri di "Gribble Lab" (klinik swasta) dengan kos RM180 dan kalau yang berduit tu boleh buat ujian Virol Load sekali. So abang boleh andaikan kes ni disebabkan peruntukkan tahunan diklinik penyakit berjangkit ni dah habis. Habis bukan disebabkan mereka boros, enjoy shopping-shopping, tetapi mungkin disebabkan bilangan pesakit pada tahun itu meningkat dan apabila meningkat kos rawatan bagi semua pesakit HIV juga meningkat mendadak maka budget pun cepat lah habis tanpa sempat dijimat-jimatkan lagi. 

Maka sejak awal tahun setiap klinik kenalah bijak mengawal perbelanjaan, sebab itu bila CD4 saudara tinggi tidak perlu buat ujian Virol Load lagi dan tidak perlu makan ubat. Peruntukan yang disediakan oleh kerajaan disetiap klinik kenalah beri keutamaan kepada mereka yang dalam keadaan terdesak, maksudnya ujian hanya dibuat bila seseorang PLHIV itu telah menerima rawatan HAART (itupun mungkin sekali atau 2 kali setahun) dan keutamaan kepada kalangan mereka yang CD4nya rendah.  

Hmmm itu baru dua ujian darah, bagaimana dengan kos ujian-ujian lain dan kos ubat-ubatan kan. Jadi saudara Insan Lemah usah bimbang sebab buat masa ni saudara masih Insan Kuat.....:))

HAART hanya akan diberi apabila kiraan CD4 kita berada sekitar 300 dan bergantung pada budibicara doktor yang merawat kita itu, bila masa yang sesuai untuk diberi. Apa yang abang tahu dan dengar pada hari ini (mengikut garis panduan WHO) rawatan HAART perlu diberi serta merta apabila seseorang itu telah disahkan positif, tidak kira berapa bilangan CD4 mereka ketika disahkan positif. Jadi dalam kes saudara kemungkinan doktor hendak tunggu CD4 saudara turun sehingga bawah 1000 kut atau bila dah sampai 500. Macam abang kata bergantung pada budibicara tuan doktor berkenaan. Mungkin saudara boleh bertanya pada doktor nanti (pada temujanji akan datanglah) jumlah CD4 dah tinggal berapa baru nak diberi HAART?

Kalau tanya pandangan abang CD4 saudara memang masih tinggi, mungkin saudara boleh cuba "maintain" kan kiraan tersebut, selama yang mungkin.

Supaya CD4 tinggi

Ada seorang rakan abang, lebih 10 tahun selepas disahkan positif HIV masih tidak lagi memerlukannya dia menjalani rawatan HAART, sebab CD4nya masih kekal tinggi, cuma baru-baru ini sahaja dia sudah start mula makan HAART kerana CD4nya sudah rendah. Cuba baca entri di sini, http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.my/2013/01/khasiat-spirulina-dan-madu-10-tahun.html

Nasihat abang, saudara perlu menjaga pemakanan, jika hendak mengambil makanan atau minuman kesihatan kena bijak memilihnya, sebab ada banyak product minuman kesihatan yang mengandungi bahan-bahan tidak baik, sebaiknya beli sesuatu yang asli. Contoh jika beli madu lebah, beli madu yang benar-benar asli pastikan tidak terbeli yang dah dicampur dengan bahan lain. Boleh juga cuma makanan sunnah yang lain. Pendek kata apa yang kita makan biarlah makanan yang berkhasiat yang baik untuk kesihatan.

Lakukan senaman, buat excersice biar badan tu berpeluh, jika ada masa aturkan masa berjogging ker, berbasikal ke, berenang ke, lakukan senaman selalu jangan langsung tidak bersenam.

Cuba elakkan dari stress, kena bijak kawal stress, jangan fikir bukan-bukan, pekara yang kecil jangan dibesar-besarkan, hati kena selalu tenang dan gembira. Sentiasa berfikiran positif. Dapatkan juga tidur dan rest yang cukup.

Bagi kita sebagai orang Islam banyakkan berzikir, berdoa kepada Allah SWT. Mungkin boleh lakukan solat malam, tahajud (jika bekerja pada pagi hari boleh bangun setengah jam sebelum masuk suboh dan dirikan tahajud, hajat dll, masa tu berdoa lah banyak-banyak sebab ketika itu antara waktu yang sangat mustajab) 

Puasa

Ada setengah ubatan HAART perlu dimakan 2 kali sehari, ada juga yang hanya sekali sehari. Pengalaman abang dulu, 2 tahun pertama abang makan ubatan HAART jenis SLN30 yang memerlukan abang makan 2 kali sehari setiap 12 jam sekali, abang bayar fidyah sebab tahu tidak dapat berpuasa sempurna. (baca entri abang yang lalu)

Tetapi lepas tahun ke 3 hingga hari ini abang ditukarkan kepada ubat Tenvier EM dan Stocrin (Efaverinz) yang boleh ditelan sekali dalam sehari. (saudara juga boleh baca entri mengenai pengalaman abang makan ubatan HAART dalam label NAJMI dalam blog ni.) Dan setahu abang ramai PLHIV baru juga diberi ubat sekali sehari. Mungkin saudara Insan Lemah boleh bertanyakan pada doktor nanti mengenai ubat sekali sehari tu nanti.

Tetapi sekiranya saudara diberi juga ubat yang perlu dimakan 2 kali sehari, usah bimbang mengenai puasa (ingat jangan stresskan kepala tu ok) Bayar sahaja fidyah (baca entri abang yang lalu). 

Dan nasihat abang sebaiknya jangan sesekali mengubah waktu makan ubatan HAART hanya disebabkan hendak berpuasa didalam bulan ramadhan. Ada PLHIV yang mengubah waktu tanpa memberi kesan sampingan kepada diri mereka, tetapi tidak semestinya ianya juga tidak akan memberi kesan pada kita juga. Kena ingat perubahan waktu sama ada (selalu sangat) lewat makan, (selalu sangat) terlupa makan boleh menyebabkan keberkesanan ubatan itu pada tubuh kita hilang. Sebab itu kenapa kita selalu diperingatkan betapa pentingnya makan ubat tepat waktu dan berdispilin, kenapa disuruh berlatih makan vitamen B sebagai latihan sebelum memulakan HAART,sudah tentu ada sebabnyakan. 

Tetapi jika hendak sangat mengubah waktu makan ubat kerana hendak berpuasa dapatkan nasihat dari tuan doktor terlebih dulu. Dan risiko bukan doktor yang dapat tetapi kita yang akan tanggung. Wallahuallam - NAJMI





2 comments:

  1. sy ingin tau.. kalo doc mntk pesakit tu m.jlnkan ujian cd4.. adakah beliau sah hiv?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahukah anda kos untuk buat ujian CD4 jika diklinik swasta ialah RM180. doc tidak akan suruh buat jika seseorang itu tidak ada hiv. so pandangan abg jika doc ada menyuruh seseorang itu buat ujian CD4 bermakna dia ada hiv. wallahuallam

      kalau doc nak tahu sama ada seseorang itu ada hiv biasanya mereka suruh buat ujian rapid test atau ujian hiv lain bukan buat ujian CD4

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST