Saturday, 2 January 2016

I AM HIV POSITIVE/ UNDETECTABLE






5 comments:

  1. Heeelloookkkkk..kening cantik..warna kulit cantik..tannnnn.

    ReplyDelete
  2. Salam bang, pada 21 december 2015 hari tu saya tergerak hati pergi klinik sebb saya kencing sakit tapi tak keluar nanah atau apa-apa. Lepas doctor cadangkan untuk buat test HIV, Hep dan siplis. Tapi malangnya klinik suruh saya datang semula pada 2 february, tarikh tu sangat lama bagi saya. Saya sangat risau lalu pada 28 december 215 saya pergi ke BP health setelag saya baca di blog abg, dan pada 1 january saya dapat resultnya, saya sangat sedih dan hati hancur setelah tengok result baca 2 ujian hiv ag/ab combo dan elisa test saya reactive HIV, saya sampai sekarang tak tentu arah. Tapi dalam lab test tu tak dinyatakan CD4 dan sebagainya.

    Soalan saya.
    1. Macamana saya nak percepatkan proses pengoabatan saya sedangkan klinik kesehatan yang saya pergi tu suruh saya datang pada 2 februari sedangkan saya risau jika lambat ambil ubat.boleh ke saya bawa result lab tu dan minta doctor percepatkan proses HAART saya.
    2. Boleh tak saya dpt berhubung terus ngan abg, saya rasa takde tempat mengadu dah.
    3. Lately saya rasa lemah, saya tak pasti samada sebab saya stress atau kesan hiv, kdg2 tak selera makan.

    Insan lemah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam INSAN LEMAH,

      Mungkin sebab saudara ada melakukan beberapa ujian lain seperti Hep dan siflis, menmyebabkan keputusan lambat keluar kerana ianya perlu diproses dimakmal hospital. Jika hanya ujian HIV menggunakan HIV Kit keputusannya hanya dalam beberapa minit sahaja.

      Okey disebabkan keputusan ujian di BP Lab menunjukkan yang saudara positif HIV, abang nasihatkan bawa surat keputusan berkenaan ke hospital besar. Saudara boleh tanya pada mana-mana petugas dimana terletaknya klinik rawatan bagi pesakit HIV (klinik bagi penyakit berjangkit). Bila dah jumpa bilik berkenaan, ketuk dan jumpa serta beritahu pada nurse yang bertugas dibilik berkenaan. Dan dari situ abang percaya pihak klinik akan melakukan sekali lagi ujian darah bagi memastikan yang saudara benar-benar ada HIV untuk simpanan klinik.

      Ujian bagi CD4 jika dilakukan di klinik swasta seperti BP Lab atau Gribble mereka kenakan bayaran sekitar RM180, manakala ujian bagi bacaan jumlah kuman dalam darah atau Virol Load dikenakan sekitar RM330. Boleh sahaja jika saudara berkemampuan untuk membuat ujian berkenaan di klinik atau hospital swasta. Tetapi ujian bagi CD4 dan Virol Load di hospital kerajaan adalah percuma. Mungkin ujian berkenaan hanya akan dilakukan sekali dalam setahun bagi setiap seorang penghidap HIV yang masih sihat. Ambil darah juga percuma, senang kata segala yang berkaitan dengan pesakit HIV adalah percuma di hospital kerajan termasuk ubatan peringkat pertama.

      Apabila saudara telah mendaftar diri di hospital kerajaan (klinik yang merawat pesakit HIV) barulah mereka akan buat ujian CD4 dan mungkin juga ujian Virol Load bergantung pada kebijaksanaan doktor yang merawat. Kiraan CD4 mungkin akan dibuat sebab hanya melalui ujian CD4 barulah doktor boleh membuat keputusan sama ada saudara perlu atau tidak memulakan rawatan HAART. Untuk pengetahuan saudara dan pembaca lain, jika kiraan CD4 kita telah berada sekitar 300, kita akan disarankan untuk memulakan HAART. Tidak perlu makan jika CD4 kita masih tinggi (bilangan CD4 bagi mereka yang sihat/tidak menghidap HIV sekitar 500-1000)

      Saudara rasa lemah dan tidak ada selera makan......pada pandangan abang ianya mungkin disebabkan stress, sebab saudara penat, bimbang serta takut bila memikirkan mengenai keputusan HIV saudara yang positif itu. Penat berfikir, rasa abang itu penyebabnya. Cuba bawa bertenang, cuba kawal diri, cuba berfikiran positif, nanti semuanya akan kembali seperti biasa.

      Saudara boleh tinggalkan alamat email saudara didalam ruang komen entri ini, nanti abang check (abang tidak akan publiskan alamat emil berkenaan) insyaallah abang akan hubungi saudara, atau boleh berhubung dengan saudara Luka Rafieqa;

      Luka Rafieqa Officially Page
      http://www.facebook.com/lukarafieqa

      Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
      Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

      Phone 017-311 0306
      Email lukarafieqa@gmail.com
      Facebook Luka Rafieqa
      Website http://lukarafieqa.blogspot.com

      Delete
  3. Assalamualaikum. Abg najmi. Sejak sebulan lalu, selera makan saya makin berkurang. Dan setiap kali makan, mesti nak cirit birit. Saya mula perasan berat badan saya makin berkurang. Ramai yg tegur badan saya semakin susut. Jadi, pada hari selasa lepas, 12/1/2016, saya telah tergerak hati untuk ke kinik kerajaan, berjumpa doktor tentang masalah saya ini. Setelah berbagai soalan diutarakan, doktor ada sarankan saya buat ujian hiv(rapid test) dan saya telah disahkan positif. Perasaan saya ketika itu amatlah runsing, sedih, etc.. Hanya Allah yg mengetahui. Darah saya juga diambil untuk ujian sekali lagi. Dan tarikh keputusan juga telah ditetapkan pada 2/2/2016.
    Sejak haritu sampai ke hari ini, saya rasa tidak bersemangat untuk berdepan dengan hari-hari mendatang. Terus memikirkan kalau-kalau nanti ahli keluarga dan rakan-rakan tahu tentang masalah kesihatan saya.
    Sekarang pun, perut saya menunjukkan simptom yg tidak sihat. Lapar, tapi selera makan kurang. Terasa macam ada angin dalam perut. Kondisi saya sekarang, seakan lemah.
    Saya cuma berharap, keajaiban berlaku dan sihat seperti sedia kala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous
      Selalu abang beritahu apabila mendapat HIV bukan penamat bagi segala-galanya, pada abang mendapat HIV mungkin merupakan satu permulaan kepada kehidupan yang lebih baik bagi diri kita samaada didunia mahupun diakhirat.
      Adalah normal bagi seseorang yang baru mendapat tahu diri telah dijangkiti HIV untuk merasa sedih, takut, tertekan, resah, bimbang serta fikir yang bukan-bukan mengenai masa depan hidup. Ianya adalah sementara insyaallah abang yakin saudara akan dapat menerima status saudara sebagai PLHIV dengan hati terbuka nanti. Abang harap jangan ambil banyak masa untuk melayan perasaan bimbang berkenaan.
      Dah disahkan positif, jadi hendak tak nak kita kena terima dan cuba berfikiran positif juga. Yang penting sekarang saudara ikut nasihat doktor, jangan terlalu fikir mengenai pandangan orang lain buat masa ini. Jika saudara belum bersedia jangan beritahu pada keluarga atau rakan-rakan, rahsiakan aje buat masa ini.
      Abang tidak pasti saudara sekarang berada dimana sekarang, sebaiknya cuba berhubung dengan rakan PLHIV lain, cuba hubungi dengan Luka Rafieqa sebab Luka ada ramai kawan malah Luka ada secret group facebook kalangan PLHIV di negara ini, dari situ saudara boleh cuba kenal dan berhubung dengan mereka, bertukar-tukar pandangan dan pengalaman.

      Luka Rafieqa Officially Page
      http://www.facebook.com/lukarafieqa

      Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
      Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

      Phone 017-311 0306
      Email lukarafieqa@gmail.com
      Facebook Luka Rafieqa
      Website http://lukarafieqa.blogspot.com


      Jika saudara nak tanya apa-apa kat abang boleh terus tinggalkan komen dalam ruang komen didalam blog ni, insyaallah abang akan cuba jawab.

      Saudara kata ada rasa simptom yang tidak sihat, lapar tapi selera makan kurang, badan lemah, semua itu abang boleh kaitkan dengan masaalah stress, tertekan apabila banyak berfikir sebab baru disahkan positif HIV kan. Sebab itu saudara perlu berbual, berhubung atau mendapat bantuan sokongan dari rakan-rakan senasib lain, apabila dah mendengar nasihat dari rakan senasib yang lebih berpengalaman insyaallah keadaan saudara akan berubah menjadi lebih baik dan positif. - NAJMI

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST