Friday, 1 January 2016

CICI - SAYA TIDAK PANCUT DALAM TAPI PANCUT DALAM MULUT DIA


Salam abang Najmi,

Semalam saya telah melakukan hubungan songsang. Nyah tu blowjob saya dan saya ada main bottom tapi saya tidak pancut dalam. Saya hanya pancut dalam mulut dia, adakah saya berisiko mendapat HIV? Saya amat kesal dengan perlakuan saya itu. Saya harap abang Najmi dapat membantu saya. TQ - Fri, Jan 1, 2016 at 5:27 PM

CICI CICI


Salam Cici Cici,

Walaupun dikatakan aktiviti blowjob risiko dijangkiti HIV sangat-sangat rendah (kemumngkinan zero) tetapi perlu diambil perhatian terutama sekiranya didalam mulut ada luka terbuka dan air mani pasangan yang ada HIV dipancutkan kedalam mulut terkena pada luka. Dalam kes saudara risiko nyah itu (yang blowjob) dijangkiti lebih tinggi daripada saudara (yang hanya memberi) sekiranya saudara ada HIV lah dan ada luka pula didalam mulut nyah itu.

Main bottom, sama ada di pancut dalam atau tidak, risiko dijangkiti tetap ada jika kita melakukannya tanpa kondom dengan pasangan yang kita tidak tahu akan status kesihatan diri mereka. Mudah-mudahan nyah itu negatif HIV ketika aktiviti itu berlaku. Atau jika ada HIV pun ketika aktiviti itu berlaku mudah-mudahan bilangan CD4 dalam darah nyah itu masih tinggi dan Virol Loadnya tidak dikesan, maka insyaallah selamat lah saudara. 

Dipendekkan cerita risiko saudara dijangkiti tetap ada. Nasihat abang buat ujian HIV selepas 2 minggu dari tarikh aktiviti tersebut, dan ulang sekali lagi ujian HIV selepas 3 bulan kemudian bagi mendapatkan keputusan yang konkrit.

Mudah-mudahan ianya akan menjadi pengajaran buat diri saudara, perbaiki diri pertingkatkan iman dan takwa, gagah mengawal nafsu agar saudara terhindar dari melakukan aktiviti seperti itu lagi - NajMi



2 comments:

  1. Saya rasa risiko cici dijangkiti hiv sangat rendah najmi. Sebabnya beliau top. Saya rasa ramai yg keliru dengan hiv. Ramai ingat hiv hanya berjangkit melalui darah. Ramai yg tidak sedar virus hiv juga ada dalam air mani. Kalau lakukan sex anal dan pancut dalam, kalau yg top ni tadi ada hiv dan beliau tidak dptkan rawatan jangkitan boleh berlaku kepada bottom tadi kalau terdapat luka dalam anus bottom tadi. Sebab tu penggunaan kondom sgt penting dan elakkan daripada pancut dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg penting ialah kawal nafsu sebaik-baiknya & cuba elak lakukan aktiviti yg tidak sihat

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST