Tuesday, 19 January 2016

BILA SUAMI BAWA PENYAKIT KE DALAM RUMAH, ISTERI YANG AKAN MENJADI MANGSA



Video ini mungkin telah lama disiarkan, tetapi saya pasti masih ramai yang tidak menontonnya lagi terutama dikalangan mereka yang masih tidak disahkan positif HIV atau dengan lain kata masih sihat. Khas ditujukan pada para suami yang "nakal" diluar sana, para suami "gay" yang masih aktif main sesama sejenis. Beringatlah jangan sebarkan apa sahaja penyakit kepada isteri yang naif didalam rumah.

Terbaca dalam sebuah artikel; Di Malaysia wanita masih dianggap sebagai “golongan kelas dua”. Pemerkasaan (empowerment) masih lagi rendah. Sebagai contoh, apabila wanita mengetahui suaminya positif, wanita masih tidak dapat melindungi diri dengan meminta suaminya memakai kondom. Harus sahaja mengikut cakap suami. 

Biasa terbaca mengenai peningkatan jangkitan HIV dikalangan surirumah meningkat, kebanyakkan mereka dijangkiti HIV melalui sisuami yang curang, yang main diluar dan mungkin juga dari kalangan suami yang masih aktif main cucuk jarum, tidak kira lah sama ada jarum yang besar gedabak mahupun jarum yang halus (penagih dadah).

Dikalangan suami-suami ini perlu ada tanggungjawab, jika menyedari diri ada terlibat dalam aktiviti berisiko (tanpa kondom) diluar rumah, elak dari melakukan seks tidak selamat dengan isteri tanpa kondom dirumah melainkan anda telah yakin diri bebas dari sebarang jangkitan. 

Manakala dikalangan para isteri yang mengesyaki suami seorang penagih dadah sebaiknya beringat ketika sisuami mahu melakukan hubungan (sediakan kondom) dan adalah baik sekiranya anda sentiasa bantu dan pantau kesihatan sisuami itu. Dan sekiranya yakin sisuami positif HIV jangan sesekali melakukan hubungan tanpa kondom (melainkan atas nasihat doktor atas sebab telah menerima rawatan kerana mahukan zuriat))

Saya ada menerima email dari seorang suami yang telah terlajak melakukan seks bersama pekarja seks, beliau bimbang sekiranya beliau mungkin telah dijangkiti HIV, tetapi dia masih berfikiran waras kerana ketika berada dirumah beliau terpaksa menggunakan kondom ketika mahu bersama isteri. Ya, sudah pasti dia bimbang sekiranya isteri beliau akan mengesyaki yang bukan-bukan, yalah kenapa selama ini tidak pernah guna kondom tetapi tiba-tiba mahu menggunakan kondom. Jadi bermulalah episode syak wasangkan diantara satu sama lain, jika tidak ditangani dengan baik boleh jadi kacau bilau rumah tangga itu nanti. Walaubagaimanapun tindakan sisuami menggunakan kondom ketika bersama isteri selepas terlibat dengan pekerja seks itu adalah cara yang betul. Hendak tak nak sisuami itu saya nasihatkan agar melakukan ujian HIV dan pastikan keputusan tetap negatif selepas lebih 3 bulan selepas aktiviti dengan pekerja seks tersebut.

Selalunya ketika saya ke hospital bagi mendapatkan rawatan saya akan nampak kelibat beberapa wanita (surirumah) yang juga menerima rawatan HIV, apabila melihat mereka dikepala saya selalu bayangkan yang mereka ini mungkin telah teraniaya mendapat jangkitan dari suami masing-masing.

Dikalangan para suami yang "nakal" ini beringatlah sebelum melakukan sesuatu, kerana seronoknya hanya sekejap....Jangan biarkan orang lain mendapat jangkitan akibat perlakuan tidak baik (tidak selamat) yang telah anda lakukan.

Video diatas salah satu kisah yang berlaku apabila suami membawa pulang penyakit kedalam rumah sehingga menyebabkan isteri yang tidak berdosa terpaksa menanggung sengsara dijangkiti HIV dan AIDS. Kemungkinan siisteri didalam video berkenaan lewat menyedari status diri serta lambat menerima rawatan. - NAJMI


Uploaded on Nov 21, 2007
Unthinkable, painful and true. The movie is not advisable for very sensitive persons.
All rights by Dr. Paul Yves MD.



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST