Friday, 1 January 2016

ADAM 26 - SELEPAS 5 HARI, PASANGAN SEKS SAYA BERITAHU DIA ADA HIV

www.hivequal.org

Salam abang Najmi,

Saya Adam umur 26 tahun, saya baru sahaja membaca blog abang, blog yang menarik untuk seorang yang mencari keinsafan. Saya sebenarnya mempunyai naluri songsang. Saya suka pada lelaki. Mula-mula sekali saya buat perbuatan ni pada bulan mei tahun 2014 dan aktiviti ni bukan la saya sering buat, hanya apabila nafsu datang dan saya ada berkenalan dengan orang dalam grindr sahaja. 

Pada hujung tahun ni, pada 21 disember 2015 saya ada melakukan hubungan dengan seseorang yang saya kenal melalui applikasi grindr tu, masa tu saya top dan dia bot. Mula-mula saya pakai kondom kemudian saya tak pakai. Lima hari kemudian dia ada call saya dan beritahu saya yang dia baru dapat tahu yang dia + HIV. Masa tu saya rasa macam tak tahu nak buat apa, tak tahu nak fikir dah. Potensi saya dijangkiti ada ke abang? - Fri, Jan 1, 2016 at 4:03 PM

ADAM 


Salam Adam,

Terima kasih kerana membaca blog abang, mudah-mudahan saudara mendapat pengajaran baik ketika membaca. Abang faham sukarnya nak mengawal nafsu apatah lagi dalam zaman sekarang ni dengan hanya melalui menekan hujung jari, kita boleh mendapat melihat macam-macam dalam telepon, tablet ataupun laptop. Pengaruh yang tidak baiknya memang sangat seronok kalau dilayan, apatah lagi dalam usia saudara yang masih remaja, nafsu membuak-buak. Jika kita bijak mengawal nafsu isyaallah kita akan selamat. Cuba kawal melalui iman dan takwa, dekatkan diri kepada Allah, buat apa yang disuruh selain berterusan berdoa kepada Nya.

Terlanjur melakukan aktiviti songsang dikalangan golongan gay, dah menjadi seperti satu kebiasaan, sama ada kita terlalu aktif atau hanya melakukannya sekali dua bergantung pada tahap keimanan seseorang gay itu. Ya mungkin ada gay yang langsung tidak pernah melakukan seks sejenis tetapi rasanya boleh dibilang dengan jari. Kebanyakannya gay tentu akan mengalami pengalaman tersebut akibat dorongan nafsu yang tidak dapat dikawal.

Tahu tak Adam, sampai hari ini abang tetap rasa bersyukur kerana dikurniakan HIV, sebab apabila ada HIV baru abang mampu mengawal diri dan mula berubah perlahan-lahan untuk menjadi lebih baik. Mudah-mudahan abang mampu mengawal diri sehingga akhir hayat.

Okey berbalik kepada masaalah Adam, didalam applikasi Grindr tu tidak semuanya negatif HIV, sebab abang pernah nampak beberapa PLHIV yang abang kenal masih layan applikasi tersebut. Mereka ini sememangnya nampak sihat tetapi sebaliknya mereka ada HIV, mereka masih aktif mencari pasangan seks. Sebab itu kita perlu elak dari melakukan seks tidak selamat dengan pasangan yang tidak kita kenali (status kesihatan mereka)

Melakukan seks tanpa kondom walaupun hanya sekejap, risiko dijangkiti HIV tetap ada, apatah lagi pasangan Adam telah beritahu dia seorang positif HIV. Cuma kadang-kadang, sama ada kita boleh dijangkiti HIV selepas melakukan seks tidak selamat dengan seorang pembawa HIV bergantung pada nasib jugak. Contohnya, sekiranya pasangan Adam itu walaupun ada HIV, tetapi ketika aktiviti seks berlaku tahap kesihatanya sangat-sangat baik dimana CD4nya masih tinggi manakala Virol Loadnya  masih tidak dikesan, maka kemungkinan Adam dijangkiti HIV sangat rendah atau mungkin tidak berjangkit pun. TETAPI masaalahnya kita tidak tahu berapa bilangan CD4 dan Virol Load (jumlah kuman) dalam darahnya ketika aktiviti itu berlaku, sebab itu senang kata bahawa risiko Adam dijangkiti HIV memang ada.

Sama ada Adam telah dijangkiti atau tidak hanya boleh dikesan melalui ujian darah aje. Jadi nasihat abang, Adam buat ujian darah selepas 2 minggu dari tarikh aktiviti seks Adam itu, kemudian lakukan sekali lagi ujian selepas 3 bulan kemudian bagi mendapatkan keputusan yang konkrit. (ada juga doktor yang akan mengesyorkan agar dibuat lagi sekali ujian selepas 6 bulan kemudian).  Adam usah terlalu bimbang atau stress, banyak berdoa kepada Allah, minta ampun darinya mudah-mudahan Adam tidak dijangkiti HIV dan akan lebih berhati-hati dimasa depan. - NajMi



8 comments:

  1. Saya rasa kes Adam ni pun sama macam kes Cici, Najmi. Beliau top jadinya saya rasa risiko agak rendah melainkan kalau terdapat luka di kemaluan Adam ketika beliau melakukan sex anal dgn pasangan yg positif hiv tadi.

    Namun, untuk kepastian Adam perlu jalani ujian pengesanan hiv bagi tujuan mengetahui status sebenar kesihatan Adam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp....minta Adam baca kisah ADI - HASIL UJIAN DARI HIV KIT -SAYA NEGATIF MANAKALA PASANGAN SAYA POSITIF HIV, dalam entri bulan lalu. Adi juga melakukan seks bersama pasangan yang positif HIV, tetapi hasil ujian Adi masih negatif tapi pasangannya positif, cuma pasangannya cuba menidakkan status beliau

      Delete
    2. Tq.anony...dan abg najmi...semoga dipermudahkan urusan..baru lepas baca cerita adi.

      Delete
  2. Najmi, berapa lama awak menjalani rawatan untuk sembuh dan berapa kos yang awak keluarkan? Adakah awak ke hospital kerajaan untuk menjalani rawatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mana ada saya sembuh, saya masih lagi positif hiv. Saya disahkan positif pada 2005, dan mula dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Tapi saya hanya mula makan HAART ubatan HIV sejak tahun 2010, semua rawatan di hospital kerajaan adalah percuma, kalau kat hospital swasta..rabak lah saya. Bayangkan ujian untuk chexk kiraan CD4 saja mencecah RM180 dan Virol Load kira2 RM330 diklinik atau hospital swasta, tapi di hospital kerajan masih percuma, syukur hospital kerajaan setiap tahun ada budget bagi rawatan semua pesakit HIV

      Delete
    2. Ada tak peluang untuk sembuh? Saya ada membuat tempahan HIV test kit di nexus tu, doakan sy sihat seperti sedia kala kerana sy tiada bonjolan dan symptoms lain kecuali sakit kpala dan cirit birit (kdg2 shj). Sy harap kit test negative, doakan sy... :(

      Delete
    3. Buat masa ni masih tidak ada ubat untuk sembuhkan penghidap HIV TETAPI telah ada ubat atau rawatan yang boleh mengawal virus itu dalam badan, supaya kita boleh jalani kehidupan sihat seperti orang lain...Ya mudah2an saudara negatif...amin3

      Delete
    4. Insya allah negative. .aminnnn.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST