Sunday, 3 January 2016

DOKTOR NUR HIDAYATI - 10 MITOS JANGKITAN HIV


MITOS 1: HIV boleh menjangkiti dengan hanya berada di sekeliling orang yang HIV positif

Kita TIDAK dijangkiti HIV apabila makan dengan menggunakan perkakas yang sama, berenang di kolam renang yang sama, bercium, berpelukan, bermain di taman permainan yang sama, menghadiri pengebumian (penghidap HIV), dan sebagainya. HIV hanya merebak menerusi sentuhan dengan cecair badan seorang penghidap HIV seperti darah, susu badan, air mani, dan lelehan vagina.

Terdapat kebimbangan sebahagian masyarakat tentang kebarangkalian dijangkiti HIV daripada cecair badan yang tumpah seperti darah kering. Walaupun HIV dapat hidup dalam jangka masa tertentu di luar badan, belum pernah lagi terdapat laporan jangkitan HIV yang melibatkan kesan daripada terdedah kepada tumpahan darah, air mani, atau cecair lain daripada badan.


MITOS 2: Saya boleh tahu sama ada seseorang itu penghidap HIV cukup hanya dengan melihat mereka sahaja

Penghidap HIV melihat, bercakap, dan berjalan sama seperti manusia normal yang bukan penghidap. Muda, tua, warak ataupun tidak, tidak mengira orientasi seksual – kita semua terdedah kepada jangkitan HIV. Malah, sebahagian daripada mereka langsung tidak mengetahui status HIV mereka. Mengikut anggaran di seluruh dunia pada masa ini, terdapat kira-kira separuh daripada jumlah manusia yang menghidap HIV tidak tahu status HIV mereka.

Oleh yang demikian, kita dinasihatkan supaya mengamalkan seks secara selamat tidak mengira status pasangan kita. Bagi kakitangan penjagaan kesihatan, mereka dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai dua lapis sarung tangan apabila mengendalikan cecair badan, objek tajam, atau bahan biohazard pada semua pesakit tanpa mengambil kira status jangkitan mereka.

Garis panduan terkini WHO mengesyorkan bahawa SETIAP ORANG perlu menjalani ujian terutama jika kita tinggal di tempat-tempat yang mempunyai kadar jangkitan HIV yang tinggi. Hal ini kerana tiada seorang pun yang imun terhadap jangkitan HIV.


MITOS 3: Saya boleh dijangkiti HIV menerusi nyamuk

Hal ini tidak benar. Jangkitan HIV tidak boleh membiak menerusi nyamuk, pepijat katil, kutu, atau mana-mana serangga penghisap darah. HIV juga tidak boleh bertahan lama pada nyamuk, oleh itu kebarangkalian untuk HIV tersebar menerusi nyamuk adalah rendah.


MITOS 4: Saya penghidap HIV positif maka saya tidak boleh menyusukan bayi saya / HIV boleh berjangkit menerusi susu badan, jadi saya tidak mahu bayi saya minum susu yang disumbangkan oleh orang lain.

Jangkitan HIV boleh merebak menerusi susu badan tetapi sekiranya seorang wanita penghidap HIV mahu menyusukan bayinya, maka selamat untuk berbuat demikian selagi dia dan bayinya menjalani rawatan antiretroviral. Ini kerana risiko jangkitan mempunyai kaitan dengan jumlah virus yang ada pada dirinya dan terapi antiretroviral dapat membantu mengurangkan kadar virus berkenaan.

Bayi seorang ibu penghidap HIV juga mempunyai pilihan mendapatkan susu badan daripada orang lain. Susu badan yang disumbangkan adalah selamat dengan syarat penderma susu tersebut telah menjalani saringan penyakit berjangkit ataupun kita boleh melakukan ‘flash heating’ bagi mempasteurkan susu badan yang disumbangkan itu.

Maklumat lanjut berkenaan dengan ‘flash heating’ boleh dibaca di sini: http://www.hciproject.org/sites/default/files/How%20you%20can%20safely%20heat%20treat%20breast%20milk_English_0.pdf


MITOS 5: Saya baru sahaja disahkan sebagai penghidap HIV positif – rakan-rakan mengatakan yang saya akan mati tidak lama lagi.

Kata-kata rakan anda adalah tidak benar! Malah, dengan penggunaan terapi Antiretroviral (ART) secara meluas – ada peningkatan yang ketara terhadap jangka hayat bagi kes-kes jangkitan HIV yang baru disahkan. Sila baca mitos nombor 7.


MITOS 6: Saya heteroseksual dan tidak mengambil dadah IV – saya tidak mungkin dijangkiti HIV positif. Saya tidak perlu menjalani ujian saringan.

Ramai orang menyangka hanya lelaki yang mempunyai hubungan seks sesama jenis dan pengguna dadah secara IV (intravenous)boleh dijangkiti HIV. Ini adalah tidak benar. Walaupun kaum lelaki merupakan golongan majoriti (90 peratus) kes-kes HIV di Malaysia namun, pada masa kini terdapat trend yang membimbangkan di kalangan kaum wanita dewasa dan remaja wanita. 

Terdapat peningkatan jangkitan HIV pada kedua-dua golongan ini, iaitu kira-kira 21peratus daripada bilangan yang baru dijangkiti di seluruh negara pada tahun 2011, berbanding kurang daripada lima peratus sepuluh tahun lalu. Kebanyakan jangkitan HIV di kalangan wanita berlaku terutama sekali melalui pemindahan heteroseksual (lelaki-wanita) dengan jumlah peratusan sebanyak 87 peratus.

Oleh itu, jika anda merasakan anda mungkin berada dalam kumpulan berisiko tinggi mendapat jangkitan HIV, sila jalani ujian dengan segera.


MITOS 7: Ramai kawan saya meninggal dunia selepas mula menjalani terapi antiretroviral therapy (ART)

Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Peluang untuk anda bertahan adalah lebih tinggi selepas memulakan terapi ART berbanding tidak memulakannya langsung. Kebarangkalian untuk anda mendapat jangkitan oportunistik selama anda patuh pada rawatan ini adalah rendah. Tanpa rawatan, anda lebih terdedah pada jangkitan berbahaya seperti tuberkulosis, Toxoplasmosis, jangkitan kulat sepertiP.jirovecii pneumonia (radang paru-paru) atau Cryptococcal meningitis (radang pada lapisan otak). Setiap jangkitan berbahaya ini dapat menyebabkan kematian.

Sekiranya anda mempunyai jumlah virus yang tinggi dalam darah dan CD4 (penanda sistem imun badan) anda adalah rendah, kemungkinan untuk anda mendapat jangkitan-jangkitan ini adalah tinggi. Terapi ART terbukti mampu menghentikan pembiakan virus dalam darah dan dengan berbuat demikian, sistem imun badan anda dapat dipulihkan. Anda boleh mengawasi ini dengan memeriksa tahap CD4 anda secara berterusan.


MITOS 8: Saya boleh mengambil ubat-ubat tambahan (supplement) kesihatan ini bagi mengawal HIV saya – saya tidak perlu jalani terapi ART

Walaupun ART sangat efektif bagi menyekat aktiviti HIV dalam badan penghidap HIV, sayangnya terdapat sebahagian masyarakat tidak mampu bertoleransi dengan kesan sampingan yang ada pada terapi ART. Terdapat pesakit yang bertanya mungkinkah dia boleh berhenti menjalani ART dan makan ubat tambahan kesihatan sahaja. 

Saya menegaskan kepada para pesakit bahawa kesemua dakwaan ubat tambahan kesihatan ini tidak ada bukti yang kukuh untuk merawat jangkitan HIV ini. Penjual-penjual ubatan tambahan pasti menawarkan testimonial pesakit yang mengatakan bahawa tahap kesihatan mereka bertambah baik setelah makan ubat tambahan kesihatan itu. Namun, penjual tersebut tidak dapat menunjukkan kaji selidik atau ujian klinikal yang sahih bagi membuktikan keselamatan dan keberkesanan ubatan tambahan yang mereka jual.

Menerusi ART, terdapat banyak kajian menunjukkan keberkesanannya (kemampuan menghasilkan keputusan yang diharapkan) dan kesan sampingan yang telah didokumentasikan. Para doktor tahu bagaimana ia dapat mempengaruhi tubuh badan dan dengan maklumat yang diperolehi daripada kajian saintifik yang dijalankan, kita dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada pesakit sebaik sahaja mereka memulakan rawatan. 

Jika anda mendapat kesan sampingan, kami boleh mengatur semula terapi berkenaan dengan menyesuaikan jenis ubat ART yang mempunyai kesan sampingan yang lebih rendah. Dengan ubatan tambahan kesihatan, anda sebenarnya mengambil risiko besar terhadap kesihatan anda terutamanya jika anda membuat keputusan menghentikan terapi ART dan meneruskan dengan terapi yang tidak terbukti kesannya.


MITOS 9: Pasangan saya adalah penghidap HIV positif. Saya pula bukan penghidap. Semua orang memberitahu yang saya juga akan mendapat jangkitan HIV. Kami tidak boleh mendapat anak lagi.

Selagi pasangan anda menjalani terapi antiretroviral dan mengawal kadar virus pada tahap terkawal – kemungkinan untuk anda mendapat jangkitan daripada pasangan adalah rendah. Pada tahun 2011, satu kajian yang disebut HPTN 052 membuktikan bahawa penghidap HIV positif yang menjalani rawatan mempunyai kebarangkalian 20 kali lebih rendah untuk menjangkiti pasangan mereka, berbanding mereka yang tidak menjalani rawatan.

Bagi pasangan yang salah seorangnya dijangkiti HIV, mereka boleh mendapat kan anak melalui perancangan yang teliti. Tidak mustahil untuk seorang wanita hamil dalam keadaan selamat dan pada masa yang sama mengelakkan HIV berpindah kepada pasangan HIV negatif ataupun kepada bayi. Adalah penting untuk anda membincangkan rancangan anda untuk hamil bersama pakar-pakar penyakit berjangkit dan obstetrik.


Mitos 10: Jangkitan HIV tidak boleh diubati, oleh itu tidak ada gunanya ujian saringan dibuat / mendapatkan rawatan awal

Tahukah anda bahawa kita sedang memasuki zaman paling mengujakan dalam penyelidikan HIV kerana ada kemungkinan dan kes-kes berpontensi yang membuktikan HIV boleh disembuhkan. Pada tahun 1980-an – semasa HIV mula dikesan – tidak ada rawatan yang dapat diberikan. Namun, baru-baru ini – terdapat tiga kes tidak berkaitan yang mana HIV berjaya dihapuskan – iaitu Timothy Brown (pesakit Berlin), kanak-kanak dari Mississippi, dan kelompok Visconti (14 orang bangsa Perancis penghidap HIV yang menemukan penawar yang berfungsi).

Pada masa yang sama, kita mempunyai terapi antiretroviral (ART) yang terus memperbaiki kehidupan penghidap HIV dengan cara mengawal penyakit tersebut bagi memberi peluang kepada mereka menikmati hidup secara sihat semampu mereka. Dengan mendapatkan ujian lebih awal, diagnosis awal dapat dilakukan. Sekiranya anda memulakan terapi ART pada peringkat awal penyakit, hasil yang bakal anda perolehi jauh lebih baik berbanding seseorang yang mendapat rawatan pada peringkat akhir penyakit.

Tahukah anda pada tahun 2012, kira-kira 93 peratus daripada kes-kes baru HIV di Malaysia dikesan dengan lambat ke hospital (dengan tahap CD4 kurang daripada 350 unit semasa kehadiran pertama ke hospital) Mengapakah ini berlaku? Ini kerana ramai di kalangan kita yang takut disahkan menghidap HIV. Mereka lebih rela tidak melakukan sebarang ujian dan tidak menyedari status jangkitan sendiri. Sebahagian orang – walaupun tahu status jangkitan mereka – memilih untuk berdiam diri dan menolak sebarang rawatan meskipun tahu bahawa rawatan itu dapat membantu mereka.

Semasa saya masih bergelar doktor pelatih, buat pertama kalinya saya bertemu dengan orang yang hidup dengan HIV. Saya juga bertemu dengan keluarga mereka. Saya berpeluang menyaksikan para penghidap HIV dengan isteri mereka yang tidak putus-putus menyokong, mengasihi dan menjaga mereka biarpun mengetahui status jangitan mereka begitu. Di samping itu, saya juga berkesempatan melihat sebahagian pesakit yang tidak begitu bernasib baik di mana mereka telah dipulaukan dan diabaikan oleh keluarga sendiri.

Semasa saya bertugas sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital daerah, saya diberi peluang mengendalikan klinik penyakit berjangkit. Saya belajar cara menyampaikan keputusan ujian atau diagnosis kepada seseorang yang baru dikesan menghidap penyakit berjangkit. Penyakit itu dapat mengubah semangat dalam keluarga; ia boleh menjadi penyebab yang menyatukan semula sesebuah keluarga ataupun mengubah seorang pesalah menjadi seorang lelaki yang lebih berdedikasi kepada keluarganya.

Sebagai seorang pelatih perubatan dalaman (internal medicine) – saya berpeluang untuk bertemu dan bekerjasama dengan barisan pakar perubatan HIV di Malaysia. Di klinik kami, saya lihat pesakit yang sudah berusia, yang masih muda, yang kaya dan yang miskin. Kesemua mereka mempunyai diagnosis yang sama. Mereka berhadapan dengan cabaran yang sama dalam mengatasi stigma harian sebagai pemilik status ini.

Saya berharap dengan mengetahui kesemua fakta tentang penyakit ini dan pemahaman yang lebih banyak, dapat mengubah minda masyarakat kita. Orang yang hidup dengan HIV tidak berbeza daripada orang yang memiliki penyakit kronik seperti asma, epilepsi, atau diabetes. Dengan rawatan awal, mereka dapat menjalani kehidupan normal dan bebas daripada komplikasi penyakit ini. Dengan itu, dapatkan ujian lebih awal.

Ujian antibodi HIV (HIV Antibody Test) tanpa nama dan sulit boleh didapati secara percuma di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan. Ujian ini boleh juga dilakukan di klinik swasta. Anda juga mempunyai pilihan bagi membuat ujian HIV tanpa nama dan sulit ini di PT Foundation.

PT Foundation
Talian umum: 03-40444611

Untuk ujian di PT Foundation serta di klinik kesihatan kerajaan dan jabatan pesakit luar, anda akan menerima kaunseling sebelum dan selepas ujan dilakukan daripada doktor yang bertugas. Sekiranya hasil ujian anda adalah positif, anda akan dirujuk kepada pakar penyakit berjangkit yang akan membuat penilaian dan pemeriksaan lanjut, mengesahkan semula diagnosis anda dengan menyemak kadar virus selain tahap CD4 anda, seterusnya menjelaskan pilihan rawatan yang ada kepada anda. Ingatlah, diagnosis HIV positif bukan lagi hukuman mati.

Dr. Nur Hidayati sedang menjalani latihan bagi menjadi seorang pakar perubatan dalaman dengan perhatian khusus dalam pengakit berjangkit dan nephrology. Beliau adalah kolumnis tetap di Malaysian Medical Gazette. Artikel ini diterjemahkan oleh Faslin Syarina Salim. Artikel asal http://www.mmgazette.com/10-myths-about-hiv-infection-dr-nur-hidayati/

Rujukan:
  • WHO Consolidated Guidelines on the Use of Antiretrovirals for treating and preventing HIV infection 2013
  • WHO fact sheet http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs360/en/index.html
  • Thompson SC et al. Blood-borne viruses and their survival in the environment: is public concern about community needlestick exposures justified? Aust N Z J Public Health. 27(6):602-7, 2003
  • WHO HIV transmission through breastfeeding : a review of available evidence : 2007 update 
  • Iqbal MM Can we get AIDS from mosquito bites? J La State Med Soc. 1999 Aug;151(8):429-33http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10554479
  • Murphy, Edward L, Collier, Ann C, Kalish, Leslie A, Assmann, Susan F, Para, Michael F, Flanigan, Timothy P, Kumar, Princy N, Mintz, Letty, Wallach, Frances R & Nemo, George J. 2001. Highly active antiretroviral therapy decreases mortality and morbidity in patients with advanced HIV disease. Annals of internal medicine 135: 17-26.
  • AMFAR website – Foundation for AIDS research – http://www.amfar.org/three-types-of-hiv-cure
  • MOH Guideline for anonymous and voluntary HIV screening http://www.prostar.gov.my/Media%20Garispanduan/Garispanduan_Ujian%20Tanpa%20Nama_BI.pdf
Sumber DISINI



1 comment:

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST