Sunday, 20 March 2016

KONDOM SAYA TIDAK SARUNG HABIS, BENDALIR FARAJ KENA BAHAGIAN BELAKANG ZAKAR


Salam abang Najmi, saya ada masalah. Awal bulan Mac 2016 saya ada melakukan hubungan seks dengan pelacur, dia oral. Saya ada jugak masukkan zakar saya dalam faraj dia (pakai kondom), saya lakukan seks dalam 5 minit tapi kondom saya tidak sarung habis, kena sikit bendalir faraj dia kat zakar saya. Saya pancut dalam.

Lepas saya tanggalkan kondom saya terus pakai seluar dalam dan seluar, saya tidak cuci, bendalir wanita itu ada kena pada belakang zakar yang tidak ditutup. Sampai rumah saya tengok air mani saya sudah kering dalam seluar, berapa peratus risiko untuk saya di jangkiti HIV?? Saya takut, menyesal dan "down" sangat, ini kali pertama saya lakukan. Bantu saya abang Najmi, sekarang saya risau dan tidak tenang...


ANONYMOUS
Tuesday, March 08, 2016 7:25:00 pm

Bendalir faraj kena pada belakang zakar yang tidak ditutup, maknanya area bulu zakar kan. Macam biasa kalau diarea yang kena bendalir tu tidak ada luka berdarah, ya lah mana tahukan mungkin awak ada cukur sampai kemungkinan terjadi luka, kalau ada luka yang terbuka pedih, jika bendalir faraj yang ada HIV terkena pada luka tersebut maka risiko dijangkiti tetap ada.

Tapi jika wanita itu tidak ada HIV dan kalau bendalir tu kena luka sekalipun ianya tidak akan menyebabkan jangkitan HIV. Jika tidak ada sebarang luka, tidak ada bercukurlah katakan, jika bahagian belakang zakar yang terdedah tidak bertutup sempurna dengan kondom dan terkena bendalir faraj yang ada HIV sekalipun risikonya dijangkiti mungkin tidak ada, senang kata zero peratus jika tidak ada sebarang luka terbuka.

Air mani sendiri yang dah kering tidak ada kena mengena dengan jangkitan. Lain kali kalau buat pastikan pakai kondom dengan cara yang betul, pastikan kondom yang digunakan masih belum tamat tempoh agar ianya tidak terkoyak dan sebaiknya bersihkan alat kelamin selepas habis melakukan, itu lebih selamat. 

Nasihat abang lebih baik jangan buat lagi dalam agama pun ianya dilarang dan berdosa, bimbang ianya akan membuat saudara ketagih untuk melakukannya lagi, lagi dan lagi. Hari ini kita guna kondom mana tahu esok lusa dah tak selesa pakai kondom. Ada kes pertama kali buat seks terus dijangkiti HIV, kalau tidak dapat HIV mungkin boleh dapat jangkitan penyakit kelamin lain. Beringat sebelum terkena ya.- NAJMI



TERGERAK HATI INI UNTUK JALANI UJIAN HIV, SELEPAS BACA BLOG INI


Dalam masa seminggu saya dah habis baca entry dalam blog ini dan ianya sangat memberi kesan kepada sampai saya tergerak hati ini nak buat ujian HIV di BP healthcare. I was sexually active tapi tidak la active mana, tapi lepas dah kerja saya dah stop or maybe dah sangat-sangat jarang melakukan sex. 

Saya tidak ada hadapi apa-apa symptom HIV tapi apabila baca blog ni saya terpanggil untuk buat ujian HIV, memang ada rasa takut, takut keputusannya nanti positif, tapi saya beranikan diri untuk buat ujian HIV. Empat hari nak tunggu keputusan rasa macam tidak tentu arah.

Semasa nak pergi ambil result tu, rasa melayang-layang, rasa macam kaki tidak jejak bumi dah. Pertama sekali yang saya fikir adalah parents saya, sama macam dalam post ni, kita kalau boleh tak naklah parents kita sedih disebabkan masaalah kitakan, sebab tu saya tengok ramai penghidap HIV bertindak untuk tidak bagi tahu keluarga. Saya sangat tabik mereka sebab mereka seorang-seorang aje masih boleh mengharungi ujian ni.

Saya bersyukur sebab saya terbaca blog ni dan blog ni banyak bagi kesedaran pada saya. Kalau dah sangap sangat keluarkan je la sendiri, kalau dah terkena pasti akan menyesal tak sudah, tapi pada yang dah terkena kuatkan la semangat sebab anda adalah pejuang! Pesan saya, kalau rasa-rasa diri tu exposed to HIV pergi la buat ujian jangan sampai kita jadi penyebar.

ANONYMOUS
Wednesday, March 16, 2016 1:52:00 am


Terima kasih kerana tinggalkan komen didalam blog ini dan terima kasih kerana sudi baca. Ya matlamat abang untuk terus kendalikan blog ini adalah bertujuan memberi sedikit pengetahuan dan kesedaran kepada pembaca diluar sana terutama golongan muda dan mereka yang aktif melakukan seks bebas. Bagi mereka yang masih belum melakukan sebarang aktiviti bebas diharap blog ini akan menyedarkan diri mereka agar tidak melakukanya sebelum kahwin atau sekurang-kurangnya tahu bagaimana untuk melindungi diri jika mereka masih mahu terjebak.

Yang penting kesedaran dikalangan kita yang pernah terlibat dalam sebarang aktiviti berisiko agar segera menjalani ujian HIV. Bukan sahaja bagi melindungi diri tetapi juga mengelak dari menyebarkan pula kepada orang lain. Kesedaran saudara selepas membaca blog ini sehingga mengerakkan hati untuk jalani ujian HIV merupakan satu kejayaan buat diri abang, alhamdulillah kerana blog ini menjadi penyebab bagi saudara untuk jalani ujian dan alhamdulillah syukur kerana saudara negatif. - NAJMI




YANG ADA HIV TIDAK DIBENARKAN SAMBUNG BELAJAR DISINI - DOES NOT ALLOWED TO REGISTER

DISKRIMINASI

Bersyukur kehadrat illahi dapat mengizinkan saya untuk berkongsi sedikit tentang sedikit perkara. Hari nie saya nak berkongsi sedikit tentang sambung pelajaran di salah sebuah universiti di Malaysia.

Okey.. saya merupakan salah seorang yang sudah hampir graduate daripada salah satu universiti di malaysia nie, bulan 12 nie saya akan bergraduasi.. Dipendekan cerita, saya dapat keputusan yang agak cemerlang pada akhir sem dan cgpa ada masa tu melayakan saya untuk sambung pelajaran yang lebih tinggi, iaitu pelejaran ke peringkat sarjana (master). Saya dengan gembiranya melayari laman sesawang setiap universiti di Malaysia nie,,, tengok pada cost sambung belajar and also the rules and regulation sebelum sambung belajar.

Ada saya masuk dalam satu laman sesawang satu univiersti yang terletak di Johor Baharu sebuah universiti awam. Dan terpandang, kalau ada HIV, HEPETATIS B,C.. does not allowed to register... whatttttt. Selepas baca statement universiti nie, terus tak mahu sambung belajar dekat sini. Kami pon nak berjaya.




Diskriminasi sangatkan, apa masaalahnya kalau nak sambung belajar kalau ada HIV, hepetatis B and C, ada masalah ke, bukannya kalau ambil pelajar yang ada sakit nie mereka akan menyebarkan sakit dengan mudah. Sangat cetek pemikiran mereka, apa salah orang-orang yang sakit macam nie. Setiap orang boleh berubah ke arah yang lebih baik kan, pelacur pon boleh masuk syurga kan, ada kisah di zaman rasullah kan.

Saya sangat-sangat tidak berpuas hati dengan pemikiran di univeriti di situ.. harap sangat-sangat JANGAN TERLALU DISKRIMINASI SANGAT DENGAN PESAKIT HIV, meraka pun mahu hidup dengan lebih selesa... mereka ada hak.....

Sumber di Blog AKU TERKENA HIV POSITIF



Ada yang berani jawab persoalan yang diutarakan oleh budakkampung ni? Setahu sayalah melalui rakan-rakan PLHIV lain dulu, mereka beritahu seorang PLHIV tidak ada masaalah kalau nak sambung belajar di dalam negara, jawapan itu yang selalu saya beritahu kepada pembaca lain apabila ditanya mengenai persoalan "sambung belajar ni". 

Mungkin ada sebab pusat pengajian tersebut enggan menerima seorang PLHIV melanjutkan pelajaran disitu. Ya lah mungkin mereka yang dilarang belajar disitu sebab mereka dapat HIV melalui aktiviti bebas, mungkin pandangan mereka PLHIV ni boleh bawa pengaruh buruk pada universiti berkenaan, bagaimana pula seseorang yang mendapat HIV semasa lahir oleh ibu yang ada HIV? Mendapat HIV bukan salah mereka, kena larang dari belajar di situ juga ker?

Mungkin sebab mereka bimbang PLHIV tersebut akan jangkitkan penyakitnya kepada pelajar lain? Atau akan membawa pengaruh buruk kepada pelajar lain? Atau mungkin bimbang pelajar yang sihat lain tidak mahu belajar disitu jika terdapat pesakit HIV? Helloooo.... sekarang dah tahun 2016 bukannya tahun 1990an.

Tak mengapalah, mungkin ada hikmah disebalik larangan PLHIV dari melanjutkan pelajaran disitu, harap budakkampung tidak kecewa dan abang doakan budakkampung akan dapat melanjutkan pelajarannya diuniversiti yang lain, yang lebih baik daripada universiti berkenaan. - NAJMI




Tuesday, 8 March 2016

CHARLIE SHEEN - JELASKAN KEPADA DOKTOR OZ, MENGAPA BELIAU HENTIKAN PENGAMBILAN UBATAN HIV



Charlie Sheen Tells Dr. Oz Why He Stopped Taking His HIV Medicine

Published on Jan 13, 2016
In an exclusive interview with Dr. Oz, Charlie Sheen explains why he decided to stop taking his HIV medicine. Plus, Dr. Oz speaks to Dr. Samir Chachoua, the doctor in Mexico who claims that his controversial HIV treatments have essentially cured Sheen's HIV.

Charlie Sheen beritahu Dr. Oz Mengapa Beliau Berhenti Mengambil Ubat HIV

Diterbitkan pada 13 Jan, 2016
Dalam temu bual eksklusif dengan Dr Oz, Charlie Sheen telah menjelaskan mengapa beliau mengambil keputusan untuk berhenti mengambil ubat HIV. Juga, Dr. Oz bercakap dengan Dr. Samir Chachoua, doktor di Mexico yang mendakwa bahawa rawatan HIV kontroversi nya pada dasarnya telah menyembuh Sheen.





On today’s episode of Dr. Oz, Charlie Sheen revealed that he had gone off the live-saving cocktail of antiretroviral drugs he was prescribed to treat his HIV, which predictably caused the level of HIV in his blood to become once again detectable. Sheen said when he came out as HIV positive, he began to receive offers of alternative medicines that he then explored. At one point he said of his antiretroviral therapy as “amazing for the [viral load] number, but I don’t know how amazing it’s been for me, ya know?”

With his typical foolhardy cockiness, he explained in a pre-taped segment that followed him on various trips to doctors:

I’ve been off of meds for about a week now, and I always feel great. And yeah, am I risking my life? Sure. So what? Um, I was born dead. So that part of it doesn’t faze me at all. I told my mom on Day 1 that the disease picked the wrong guy if it wanted to stay alive.

But man can not survive on bravado alone. He sought alternative therapy from one Dr. Samir Chachoua, who, according to Dr. Mehmet Oz’s report, is not licensed to practice medicine in the U.S. (he does so in Mexico) and claims to know how to cure cancer and AIDS. Chachoua told Dr. Oz that Sheen was “the first adult in history to go HIV negative.” Spoiler alert: This turned out to be false. Earlier in the show, Sheen reported that he was “a little off my game, because right before I walked out here, I got some results that I was disappointed about.”

Sheen said that Chachoua’s “series of injections and blood work” initially produced “incredible results early on”—the HIV in his blood, he claimed, was undetectable without antiretroviral therapy. He says he added his blood to samples of blood taken from two of his friends and after a four-day incubation period “all three were undetectable.”

The story went fully bonkers when Dr. Oz played the clip of Chachoua revealing that he had injected himself with Sheen’s blood. Dr. Oz described this as “something I never thought I’d hear out of the mouth of a doctor.” Sheen confirmed that he watched Chachoua do this. Sheen called it “inappropriate and completely mind-blowing.” He also said it was “radically bizarre,” but in the context of his life, “just another Wednesday.”

At the end of the segment, Dr. Oz, with backup from Sheen’s doctor Robert Huizenga (who is, in fact, actually licensed to practice medicine), implored Sheen to go back on his meds. “I’m gonna take ‘em on the flight home, what am I an idiot?” responded Sheen. 

Since he asked, the answer is: yes.

Sumber DISINI




SOFYAN - AYAH MEMELUK SAYA SETELAH MENDAPAT TAHU SAYA POSITIF HIV

photo hanya hiasan

Kenakalan sebagai seorang remaja yang bergelumang dengan dadah menjadi penyebab Sofyan (35) menghidap HIV / AIDS. Pada tahun 2005, dia telah disahkan positif menghidap penyakit HIV selepas membuat pemeriksaan diklinik.

Pada mulanya, sama sekali tidak terlintas dalam fikiran Sofyan yang dia akan dijangkiti HIV. Kisah bermula apabila tiba-tiba seorang rakan rapatnya telah meninggal dunia. Dan tak lama selepas itu, seorang lagi sahabatnya juga meninggal dunia.

"Sebelum sahabat keduanya meninggal dunia, saya sempat menziarahinya. Dia beritahu, dia telah dijangkiti HIV dan dia menyuruh saya segera jalani ujian darah. Waktu itu saya tidak faham dan tidak tahu apa itu HIV," ujar Sofyan, ketika ditemubual oleh seorang wartawan, pada hari Rabu (2/12/2015).

Tidak lama selepas itu, seorang sahabatnya yang lain turut dimasukkan kehospital. Dia juga menasihakan agar Sofyan jalani pemeriksaan untuk memastikan samaada dia juga telah dijangkiti HIV atau tidak. "Saya keliru ketika itu dan tidak tahu dimana atau kemana harus saya pergi bagi menjalani ujian tersebut," katanya.

Akhirnya dia dipermudahkan untuk jalani ujian HIV dan hasilnya dia juga positif HIV. "Waktu itu saya tidak ada rasa risau atau bimbang, kerana ketika itu saya sememangnya tidak faham, apa itu HIV. Saya fikir, tidak mungkin saya juga telah dijangkiti dan setahu saya penyakit itu penyakit orang-orang barat," tuturnya.

Setelah melalui berbagai proses rawatan, Sofyan akhirnya berjaya meninggalkan najis dadah yang menjadi penyebab dia dijangkiti dengan penyakit itu. Dia juga akhirnya mulai faham dan tahu apa itu HIV. Tapi dia terus merahsiakan status diri dan tidak memberi tahu  kepada ibu bapanya mengenai penyakit yang dihidapinya itu.

Rahsia itu dipendam selama hampir empat tahun. Dia mengakui sukar, bagaimana untuk menjelaskan penyakitnya kepada ibu bapa. Sehinggalah pada tahun 2009, ayah Sofyan telah masuk ke dalam bilik tidurnya.

Pada masa itu, ayahnya telah membaca buku-buku mengenai HIV / AIDS yang terdapat didalam bilik Sofyan. Sofyan yang baru pulang kerumah dan masuk ke bilik terkejut apabila melihat ayahnya sedang meneliti buku-buku tersebut. Kira-kira setengah jam, Sofyan hanya mampu mundar mandir dan keluar-masuk bilik dan dia tidak berani untuk mendekati ayahnya.

Ahirnya saya ditanya ayah, "Ini buku siapa? Sofyan ada HIV ya? Ketika itu saya bingung bagaimana hendak jawab pertanyaan ayah, kalau hendak berbohong juga tidak tahu macam mana caranya," katanya.

Dalam keadaan takut dan risau, Sofyan akhirnya terpaksa mengakui bahawa dia telah dijangkiti HIV. Dan tanpa diduga, bukan amarah yang diperlihatkan oleh ayah. Tapi dia lantas memberi pelukan erat pada Sofyan.

"Ayah memeluk saya sambil menangis. Dia beritahu, "Maaf ayah tidak mampu mengurus  kehidupan kamu dengan sebaik-baiknya," jelasnya.

Kata Sofyan, ayahnya sudah mendidiknya dengan betul dan sebaik mungkin, cuma dirinya yang selama ini salah membuat perhitungan memilih apa yang baik dalam hidup," beritahunya.

Ayah dan Sofyan menangis sambil berpelukan. Ayah sempat berpesan agar Sofyan banyak bersabar. Setelah memberi nasihat, ayah turun dari bilik Sofyan yang ada di tingkat dua rumahnya.

"Selang satu jam kemudian, bapa saya pengsan di tingkat satu," katanya.

Ayah Sofyan sememangnya mempunyai sejarah penyakit jantung itu pun koma dan sempat dirawat di hospital. Tidak lama selepas itu, ayah Sofyan menghembuskan nafas terakhir. Itu yang kemudiannya menjadi penyesalan tak sudah dalam hati Sofyan.

"Paling menyesal kerana tidak mengakui mengenai status HIV pada ayah. Saya rasa sangat -sangat berdosa. Saya sememangnya mahu memberitahu padanya tetapi bingung dan risau bagaimana cara yang terbaik untuk memberi penjelasan padanya," sesalnya.

Setelah ayahnya meninggal dunia, Sofyan mengaku sangat sedih dan asyik terperuk didalam rumah sahaja dan dia sememangnya sangat menyesali kerana tersilap langkah mengambil dadah sehingga menyebabkan dirinya dijangkiti HIV. 

Hari demi hari akhirnya Sofyan kembali bangkit. Dia kini punya motivasi untuk menyuarakan nasihat pada orang lain agar mengelakkan diri dari dijangkiti HIV. Dia aktif di Rumah Cemara, sebuah organisasi berasaskan komuniti yang fokus pada pendidikan yang betul mengenai HIV / AIDS.


Sumber - GOOGLE



DANIEL - I AM HIV POSITIVE



Published on Nov 29, 2015
This video is the personal story of Daniel Szymczyk, an HIV-Positive member of the HIV Community.

Dengan rawatan yang ada hari ini seorang pembawa HIV boleh meneruskan hidup yang panjang, aktif dan sihat seperti mana mereka yang tidak ada HIV, apa yang penting kita kena sentiasa berfikiran positif dan jalani kehidupan secara gembira, jangan stress-stress. 


Thursday, 25 February 2016

SOALJAWAB - PASANGAN SAYA MEMANCUTKAN AIR MANINYA KEDALAM BONTOT SAYA


1) Salam, saya nak tanya, saya baru melakukan tindakan berisiko 3 hari lepas dengan melanggan. Semasa saya melakukan, kondom terkoyak. Terkoyak dipenghujung tindakan berisiko. Jadi hari ini saya ada demam-demam, sakit tekak pew semua. Apa pandangan abang. Saya menyesal and nak berubah - FARED

Fared, kondom koyak dihujung, macam mana boleh koyak beso sangat ke heeeeee.....atau size kondom tu kecik atau kondom dah tamat tempoh. Susah nak jelaskan, senang kata jika ada luka pada zakar saudara dan bergesel dg cecair faraj wanita yg ada hiv, risiko tetap ada. Demam sakit tekak tu mungkin sebab masaalah lain, biasa lah dah takut tentu fikir bukan-bukan - NAJMI


2) Salam, saya nak tanya, adakah saya berisiko nak dapat HIV apabila saya menyentuh setitis air mazi pelacur dengan satu jari, tapi jari saya tidak cedera, saya bimbang saya dihantui HIV. Saya menyesal - INSAN BREDOSA

Insan berdosa - sentuh saja tak mengapa tak jangkit hiv. - NAJMI


3) Salam abang, baru-baru ni saya kencing sakit sikit dan ada sedikit bernanah. Saya pergi jumpa doktor, lepas doktor injection dan bagi ubat, satu hari nanah tersebut terus hilang. Malam sebelum itu saya demam sejuk tapi lepas injection demam kurang. Apakah penyakit saya abang? - ANONYMOUS

Anonymous - abang rasa jangkitan penyakit kelamin Gonorea - NAJMI

4) Assalammualaikum abang Najmi. Saya selalu menjadi silent reader dalam blog abang ni. Bagi saya blog abang ni memang memberi keinsafan terhadap diri saya. Saya nak share cerita saya macam mana saya boleh terbaca blog abang ni. Saya merupakan salah seorang yang juga melakukan aktiviti berisiko. Diikutkan lebih kurang 8 orang sudah saya bertukar pasangan. Ada yang main secara ringan dan berat. 

Pada September tahun lepas, last sekali saya lakukan aktiviti berisiko tu, hanya ringan-ringan sahaja tiada berlaku sebarang pancutan. Kemudian, lebih kurang 9 hari selepas itu, saya mendapat demam yang sangat teruk dan setelah pergi ke hospital saya disahkan denggi. Lepas saya sihat, dalam dua minggu selepas itu, saya keluar bersama seorang rakan saya dan saya terminum air minuman dia (ketika itu saya tidak tahu dia HIV) dan dua minggu selepas itu baru dia beritahu saya bahawa dia HIV positive. Saya pun rasa berputar dia sewaktu dia bagitahu saya ketika itu. Dengan itu, saya berasa was was adakah saya dijangkiti apabila minum minuman orang yang HIV positive. Lalu, saya search kat internet dan jumpa blog abang. 

Then, saya pun pergi buat test dan Alhamdulillah result Negative. Bila saya balik rumah je, saya fikir-fikir balik, adakah demam denggi haritu betul-betul ke demam denggi ke demam HIV. So saya pun repeat test pada 17/2/2015 dan result dia masih negative Alhamdulillah. Diikutkan 4 bulan 3 minggu selepas tarikh dari aktiviti berisiko. Lepas je kejadian kawan saya yang terkena HIV tu saya mula berubah dan insaf dan tidak lagi melakukan aktiviti berisiko lagi. 

Cuma saya nak tanya abang najmi, hari tu saya lepak dengan kawan saya yang HIV tu, tangan saya luka and kami duduk satu table, then saya letak jela tangan kat atas meja tapi tangan kawan saya tu tidak ada luka and kami tak bersentuhan pun tapi saya takut takut kalau dia ada terpegang jerawat dia then tangan dia letak atas meja lepas tu luka saya kena ke apa. Adakah cara macam tu berjangkit? Itu je saya nak tanya. Saya rasa tu je la cerita saya nak kongsi. Harap-harap abang Najmi faham cerita yang saya kongsikan ni. - ANONYMOUS

Salam minum air minuman pembawa HIV tidak menyebabkan jangkitan malah kalau kita kongsi straw sekali pun tidak menyebabnan jangkitan dan duduk semeja bersama pembawa HIV sama ada dia ada luka atau tidak, pun tidak menyebabkan jangkitan. Begitu juga jika saudara ada luka jika bersama pembawa HIV pun tidak menyebabkan jangkitan. 

Sebenarnya jika jari tangan saudara tidak ada luka saudara boleh aje sentuh darah pembawa HIV, itu tidak menyebabkan jangkitan HIV. Jika saudara ada luka sekali pun saudara masih boleh peluk bersalam dengan pembawa HIV, semua itu tidak menyebabkan berlakunya jangkitan. 

Yang berkemungkinan boleh berjangkit jika ada luka ditangan saudara bergesel bersentuhan dengan luka terbuka seorang pembawa HIV, haa itu mungkin ada risiko berjangkit. sepekara lagi kuman HIV tidak boleh hidup lama bila berada luar badan manusia, kuman cepat sangat mati, jika kawan HIV saudara itu ada terpegang jerawat yang ada luka lah (kalau tak ada luka tidak jadi masaalah apa-apa) darah dari jerawat dikesatnya dimeja (contohnyalah) ketika itu kuman dah pun kojol....:)) Kesian kat kawan saudara yang ada HIV tu, sama ada dia tahu atau tidak, sebab saudara masih ada rasa takut bimbang bersama dengan dia serta masih ada pandangan serung terhadapnya.- NAJMI


5) Salam abang Najmi yang di hormati. Pada 30hb 12 2016 saya ada melakukan hubungan luar tabii bersama seorang nyah. Semasa saya melakukan tusukan, saya memakai kondom dan ada menukar kondom 3 kali. Dan saya ada memberikan oral (blowjob) kepadanya (nyah tersebut) tanpa kondom sebanyak 3 kali berasingan selama 10 saat (dia tidak mengeluarkan mani dan mazi wallahualam). Dan dia juga ada memberikan oral (blowjob) kepada saya dengan menggunakan kondom. Dia ada menjelaskan bahawa dia sangat takut jika seks tanpa kondom,dan ada memberitahu yang jika diberikan dua ribu pun belum tentu dia mahu melakukan tanpa kondom. Dia juga mengatakan yang dia bebas HIV (wallahualam).

Pada 13hb Jan 2016(14 hari) saya ada membuat pemeriksaam HIV di klinik kerajaan dan resultnya -VE(negative). Dan pada 4hb Feb 2016 (35 hari) saya ada ulangi pemeriksaan HIV di klinik kerajaan atas alasan untuk berkahwin dan resultnya -ve negative. Sejak akhir-akhir ini, kulit tangan, kaki dan disekeliling badan mengering dan memutih (seolah berdebu). Dapat rasakan yang kulit ini terasa kering dan kesat. Timbul juga biji-biji berair seperti ruam (lima biji ditangan, enam biji dilengan, dan tumbuh sebiji-biji disekeliling kawasan badan). 
Adakah saya dijangkiti atau berisiko dijangkiti HiV? Mohon penjelasan dan nasihat dorongan dari abang NajMi. Saya stress setiap hari memikirkan hal ini. Dan saay sudah bertaubat dan berazam untuk jauhi maksiat dengan perkahwinan kelak.Peristiwa ini hanya berlaku sekali dalam hidup..:( - ANONYMOUS
Saudara mengunakan kondom, jadi risiko dijangkiti sangat rendah. Melalui penjelasan saudara abang boleh katakan saudara tidak dijangkiti HIV, tetapi kalau dapat penyakit kelamin akibat geselan tubuh dan kena bendalir badan lain itu mungkin ada. Macam selalu abang kata bila dah rasa takut dijangkiti HIV kita mula lah fikir yang bukan-bukan, sebab itu rasa kulit kering atau naik jerawat semuanya kita sangka sebab HIV, pada hal semua tu pernah kita alami sebelum ini, cuma masa tu kita tidak ambil peduli kan.
Jika maaih ragu-ragu abang nasihatkan buat je ujian HIV sekali lagi selepas 3 bulan dari tarikh aktiviti berisiko yang terakhir itu (walaupun pada abang ianya tidak perlu, sebab peluang saudara dapat HIV mungkin tak ada) jika masih ada rasa gatal-gatal dan sebagainya jumpa doktor abang rasa itu mungkin sebab masaalah lain tu. - NAJMI


6) Salam, Saya ada melakukan seks sejenis tanpa kondom pada akhir Januari lepas, Kini genap sebulan 6 hari. Pasangan saya telah memancutkan air maninya ke dalam bontot saya. Saya juga ada melakukan oral seks. Pada minggu pertama saya merasa panas badan dan pergi ke klinik dan melakukan HIV test (Non-reaktif), serta merta saya merasa sihat mungkin disebabkan gembira, namun doktor tidak mengesahkan result test tersebut kerana baru seminggu dari tarikh aktiviti berisiko. Doktor juga ada memeriksa suhu badan saya tetapi doktor menyatakan suhu badan saya normal. Saya ada berpeluh malam pada minggu pertama tetapi tidak lenjun.. Kini setelah sebulan, saya mengalami putih di bahagian permukaan atas lidah, tumbuh 2 benjolan di permukaan lidah tetapi tidak sakit, terdapat bintik merah pada kulit lengan (datang dan pergi)..selalu muncul pada waktu petang hingga maghrib...saya tidak mengalami cirit birit, muntah2, selera makan masih ada, tidur juga nyenyak. saya banyak mengikuti blog ini. adakah ini tanda2 HIV.. -ABU- 01/03/2016

Salam ABU, Tidak semestinya sebab HIV jika kita alami gejala-gejala seperti yang disebutkan, kemungkinan disebabkan masaalah lain. Saudara tidak akan dijangkiti HIV sekiranya pasangan saudara tidak ada HIV tetapi boleh mendapat jangkitan penyakit kelamin lain jika pasangan kita ada penyakit kelamin. Kita tidak tahu status pasangan kita sebab itu perlunya ujian HIV. Lakukan ujian selepas 3 bulan, jika selepas 3 bulan result negatif bermakna gejala-gejala yang saudara alami itu adalah disebabkan masaalah lain, atau mungkin kerana terlalu bimbang dan fikir yang bukan-bukan maka apa sahaja perubahan pada tubuh, saudara akan menyangka ianya disebabkan HIV, padahal mungkin gejala-gejala itu sebenarnya telah saudara alami sebelum itu. Apa yang penting disini saudara perlu jalani ujian HIV selepas 3 bulan dari tarikh akhir aktiviti seks yang dilakukan, kerana selepas 3 bulan baru ujian tersebut dikatakan konkrit.- NAJMI





REMAJA DAN HIV - SETUJUKAH ANDA REMAJA TERIMA RAWATAN TANPA PERSETUJUAN IBUBAPA?

Cadangan baru telah diperkenalkan kepada badan perundangan Negeri New York pada minggu lalu, sedang mengkaji untuk membenarkan remaja menghidap HIV menerima rawatan tanpa memerlukan persetujuan ibu bapa.

Adakah anda bersetuju, remaja yang mungkin keberatan untuk bercakap tentang kesihatan seksual mereka harus dibenarkan untuk menerima rawatan tanpa persetujuan ibu bapa, atau perlukah ibu bapa sentiasa terlibat dalam masaalah kesihatan remaja mereka sepanjang proses tersebut? - 17 FEB, 2016 - sumber diSINI


Bagaimana pula keadaannya jika cadangan ini dilaksanakan di negara kita - Malaysia. ADAKAH ANDA SETUJU? Remaja menjalani ujian darah HIV serta menerima rawatan HIV tanpa memerlukan kebenaran dari ibubapa mereka. Pada hari ini kegiatan remaja bawah umur yang terlibat dalam aktiviti seks bebas memang tidak dinafikan, malah ada yang telah melakukannya seawal usia 12 tahun lagi. 

Bagaimana cara budak bawah umur untuk buat ujian HIV?

Bagi kalangan budak-budak sekolah terutama yang dibawah umur ni, rasanya lagi lah rumit proses untuk jalani ujian HIV ni. Seorang pembaca bawah umur ada mengirim email kepada saya bertanya bagaimana cara dia hendak melakukan ujian HIV diklinik, sebab dia pernah melakukan aktiviti berisiko. Dia tidak mahu ibubapanya tahu, sudah tentu tiada duit untuk buat ujian diklinik swasta dan yang pasti dia takut untuk jalani ujian terutama diklinik kerajaan, sebab dia masih dibawah umur, masih bersekolah. Nak tak nak saya nasihat dia agar beritahu ibubapanya, adakah betul tindakkan saya ini?

Saya sendiri tidak pasti apa yang perlu dilakukan oleh seorang remaja dibawah umur di negara kita, sekiranya ada diantara mereka, yalah mungkin contohnya umur 15 tahun telah buat seks tidak selamat dan kemudian terbaca maklumat mengenai HIV dan AIDS, timbul rasa takut dan ingin jalani ujian HIV TANPA NAMA, bagaimana prosesnya? Perlukah dia beritahu ibubapanya untuk membawanya ke klinik bagi menjalani ujian HIV? Saya rasa tidak mungkin mereka akan beritahu ibu bapa, mereka akan cari jalan lain mungkin cuba mengunakan HIV KIT yang dijual (itu pun sekiranya mereka ada duitlah) atau jalan selamat hanya diamkan sahaja, sehingga memungkinakan mereka jatuh sakit seperti apa yang dialami oleh ADIK MS (Klik DISINI).  

Bagaimana pula jika seorang remaja bawah umur yang telah sah dijangkiti HIV, dan takut beritahu ibubapa kemana arah tuju remaja ini? Sekiranya ada pembaca yang tahu mengenai cara mengatasi masaalah ini boleh tinggalkan komen...- NAJMI




HIKMAHNYA SAKIT - SEMOGA ALLAH KURNIAKAN SYURGA BUAT KITA SEMUA

Allah SWT memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan ada banyak hikmahnya:



1) Sakit itu Zikrullah. 
Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. 
Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah. 
Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. 
Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. 
Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. 
Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. 
Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa. 
Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. 
Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. 
Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. 
Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. 
Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. 
Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati,
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.



Sekadar perkongsian, sebabnya saya tertarik dengan apa yang diperkatakan diatas ini mengenai sakit, saya perolehinya melalui perkongsian whatapp. Ringkas dan padat. Cuma tertanya-tanya sendirian apakah mendapat jangkitan HIV ini juga tergolong dalam kategori sakit? Renung-renungkan lah agar kita semua mendapat kebaikan hasil perkongsian diatas - NAJMI



CMIA PRINCIPLE TEST - PERLUKAH SAYA ULANGI LAGI UJIAN HIV SELEPAS 3 BULAN??


Pada hari ke 31 selepas aktiviti berisiko yang saya lakukan (melakukan hubungan seks dengan tanpa kondom) saya telah melakukan ujian HIV di makmal swasta. 

Resultnya:
JENIS PEMERIKSAAN:
HIV Ag / Ab combo
HASIL: 65.03 (Dengan reagen architect abbott)
Duplo dengan Rapid VISITEC
HIV TRIO: Negatif
Oncoprobe HIV 1/2 Antibody
Rapid Test: Negatif
Kesimpulan: indeterminate
Anjuran: Semak semula HIV Ag / Ab combo 1 bulan kemudian

Soalan saya, apakah angka 65.03 itu titer saya? angka itu sangat jauh di atas 1, apakah bermakna saya reaktif? dan sudah pasti positiv HIV? bagaimana pertimbangannya dengan hasil ujian di bawahnya yang negatif? Terima kasih banyak 

Jika kita telah dijangkiti HIV, biasanya sistem kekebalan tubuh baru membentuk antibodi tiga minggu hingga tiga bulan selepas kita terdedah. Ini disebut masa jendela (window period). Jadi, jika kita merasa kita terdedah, atau telah melakukan tingkah laku berisiko bakal menghidap penyakit HIV, kita sebaiknya menunggu tiga bulan selepas peristiwa berisiko sebelum kita diuji. 

Kita juga boleh lakukan ujian awal, tetapi adalah perlu untuk mengulangi ujian tiga bulan selepas aktiviti berisiko itu berlaku (bukan selepas ujian pertama). Sepanjang masa jendela (window period) ini, ujian antibodi akan menunjukkan hasil non-reaktif (negatif), tetapi walaupun begitu, perlu diingatkan jika kita sudah dijangkiti kita dapat menularkan jangkitan kepada orang lain.

Menurut garis panduan (Indonesia), hasil ujian HIV yang non-reaktif tiga bulan atau lebih setelah peristiwa berisiko itu berlaku, bermakna kita tidak dijangkiti HIV, atau dalam kata lain, kita HIV-negatif. Begitu juga sebaliknya. - Oleh: Caroline 




Saya pernah siarkan perkongsian seorang pembaca mengenai ujian yang ada ab (antibodi) dan ag (antigen) dulu di dalam entri di CMIA PRINCIPLE TEST - HIV TEST KIT GENERASI PALING LATEST, antara yang diterangkannya ialah,

"Cmia principle test ini adalah kit test HIV generasi ke-4 iaitu generasi yang paling latest, di mana ianya ada kemungkinan untuk detect jangkitan HIV seawal seminggu selepas infection (berjangkit). Sebab itu bagi sesiapa yang pernah buat ujian HIV dalam tahun 2013 ini, kalau tuan/puan ada nampak pada "report hiv test TUAN/PUAN ada tertulis HIV 1 and 2 ag/ab not detected, itu maknanya kaedah ujian itu menggunakan teknik ujian generasi ke 4, di mana ujian tersebut tidak hanya mengesan antibody(ab) malah mengesan antigen(ag) yang sudah boleh dikesan seawal 4-7 hari selepas jangkitan" 

Masih ada pembaca yang bertanya, adakah selepas buat ujian mengunakan kaedah  CMIA ini, iaitu jika ujian dilakukan belum cukup 3 bulan (90 hari) itu telah menunjukkan keputusan HIV yang tepat? dan tidak perlu tunggu atau ulang lagi selepas 3 bulan, almaklumlah ujian CMIA ni terkini dan telah disahkan keberkesanannya oleh ramai pakar HIV. Jawapan saya, boleh menggunakan kaedah ujian ini dan sekiranya keputusan didapai negatif bermakna itu satu PETANDA YANG SANGAT BAIK dan kemungkinan ujian selepas 3 bulan nanti akan tetap juga negatif.

Ada pembaca yang bimbang dapat HIV selepas buat aktiviti berisiko, dan kalau boleh mereka hendak buat ujian awal dan mereka tidak sanggup menunggu sehingga selepas 3 bulan bagi mendapatkan keputusan yang konkrit. Kebiasaanya saya cuba nasihatkan agar buat ujian yang ada ab dan ag ni (CMIA) sebab ujian ini dikatakan boleh mengesan kehadiran kuman lebih awal dengan tepat. Walaupun dikatakan boleh kesan kuman lebih awal tetapi kita masih perlu ulangi ujian selepas 3 bulan dari tarikh aktiviti berisiko sebab, garis panduan oleh WHO (World Health Organization) dan CDC (United States Centers for Disease Control and Prevention) masih menetapkan ujian antibody selepas 90 hari atau 3 bulan dari tarikh aktiviti berisiko baru dianggap sebagai konklusif, sekurang-kurangnya ujian awal mengunakan kaedah CMIA ini sekiranya negatif akan memberi "good indicator" sebelum kita mengambil ujian antibody kedua pada hari ke 90. Senang kata, kita ikut aje garis panduan dari WHO, iaitu ulangi ujian lagi selepas 3 bulan bagi mendapatkan keputusan yang tepat, 

Sepekara lagi tak perlulah kita nak faham sangat dengan bahasa-bahas sains yang tertera didalam slip result HIV kita tu, saya sendiri banyak yang tidak faham, yang perlu kita faham ialah sama ada reaktif atau non reaktif aje itu saja dah cukup. Tapi kalau nak tahu juga bahasa-bahasa sains tersebut kenalah tanya sendiri pada klinik berkenaan. 

Segala kebimbangan, stress, takut dijangkiti HIV, tidak senang hidup, syak wasangka yang bukan-bukan apabila badan mula tidak sihat atau naik gatal-gatal dan sebagainya serta tidak sabar menunggu lama sehingga 3 bulan bagi mendapatkan ujian yang tepat, makan tak kenyag dan mandi tak basah semua itu adalah harga yang perlu kita bayar akibat keterlanjuran kita selepas terlibat aktiviti tersebut. So sekali lagi nasihat saya beringat lah sebelum terkena....:)- NAJMI



Thursday, 18 February 2016

BUDAKKAMPUNG - NAK TAHU CARA AKU TEST HIV? - AKU PERGI DONATE BLOOD....



Assalamualaikum W.B
Apakhabar kepada semua view blog saya nie (AKU TERKENA HIV POSITIVE), harap-harap korang semua sihat selalu dan dilindungi Allah. Rasanya dah lama saya bukak account nie, tapi tidak pernah pulak saya ceritakan serba sedikit tentang kehidupan saya dan bagaimana saya boleh terkena detection HIV positive ni kan.
Pada permulanya, saya adalah seorang yang sangat social, bermula pada umur saya dalam lingkungan 15 tahun, saya banyak menceburi dalam dunia kegelapan ini. Okey rasaya saya tak perlu untuk terus bercerita tentang kehidupan saya pada masa lampau, tapi main point saya adalah untuk menceritakan bagaimana saya terkena HIV positive nie. 

Hari ni sudah masuk 10.1.2016 sudah hampir 1 tahun 5 bulan saya hidup dengan HIV nie.
Kalau saya nyatakan umur saya mesti ada yang tak menduga, saya baru berumur 22 tahun. Tapi sudah menanggung hidup sebagai seorang PLHIV huhhh... Kehidupan yang amat berat untuk saya hidup. Dengan atas dorongan tunang saya dan kakak saya, saya teruskan kehidupan ini dengan tenang. Satu nasihat saya, kalau anda sudah tahu anda seorang HIV, teruskan kehidupan anda dan cari orang yang anda boleh percaya dan ceritakan kepada mereka, jangan terlalu ramai untuk menceritkan tentang ini, tapi pilihlah dalam seorang atau dua orang sahaja.
Okey kita berbalik pada cerita, pada saya awal saya active HIV nie, pada 20.08.2014.. huh tarikh keramat bagi aku, tiga benda yang terjadi dalam satu hari je tau. Okey pada masa tu aku punya bacaan CD4 700 something la, tak berapa nak ingat, nasib baiklah masih tak sampai ke tahap AIDS. 
Okey pada mulanya macam mana hati aku tergerak nak test HIV kan, aku pergi buat blood donation, memang apabila kita ikut "law and regulation" dekat Malaysia nie tak boleh donate blood sebab apabila seseorang tu telah buat aktiviti bebas seperti cucuk dadah, melanggan pelacur, homosex dan banyak lagi kan, tapi dengan cara ini je yang dapat detect kita punya HIV kan. So aku pun donate lah. 

Selang seminggu aje daripada salah satu hospital kerajaan call aku, untuk buat rapid test, berharap sangat lahkan, agar tidak ada apa-apa tapi disahkan positif, AKU HIV POSITIVE terkejut jugak aku dibuatnnya tapi aku tidak rasa apa-apa sangat pada masa tu, sebab aku rasa, memang layak kena dekat aku, sebab aku nie terlalu aktif dengan dunia-dunia nie. Selang sebulan aku kena, barulah terasa sedih sikit, fikir jugak pasal apa aku boleh kene sakit nie.
Bagi aku, kalau dah sakit HIV ni banyak benda tidak boleh involve. Such as nak kerja dengan government susah, nak buat apa-apa pun susah. Entahlah kan. Macam diskriminasi pulak kan, kalau pesakit HIV nie tak boleh kerja kerajaan.
Okey lah, rasanya cukup sampai sini aku nak cerita, nanti kita sambung lagi sekarang dah jam 1.53am dah boleh buat karangan. Roommate aku dah tidur semua.. hahah.. biasa la student kan duduk ramai-ramai. Okey sebarang pertanyaan boleh terus email dekat saya ye (budakkampung6261@gmail.com)  kita berkongsi pendapat dan cara penyelesainyanya. 


Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung
9 Januari, 2016
Sumber Blog : AKU TERKENA HIV POSITIF



Ini cara senang kalau nak test HIV pergi aje donate darah. Tapi hakikatnya tidak jugak senang, selain itu bukan sedikit darah kita yang diambil semasa proses ambil darah tu kan. Tapi bagi sesetengah dari kita mungkin cara ini adalah cara yang lebih mudah seperti apa yang telah "budakkampung" buat.

Tidak dinafikan masih ada dan mungkin ada segelintir klinik yang merumitkan proses ujian HIV TANPA NAMA ini, sebab saya ada terima keluhan pembaca yang menghadapi kesukaran untuk menjalani ujian HIV TANPA NAMA diklinik kerajaan, malah ada yang tidak dilayan dengan baik.

Ada pembaca (gay) beritahu saya jalan mudah mereka adalah dengan menipu, bagi alasan hendak melangsungkan perkahwinan, kalau tidak macam-macam yang akan ditanya, nanti. Sebab, kenapa nak buat ujian? pasal apa? dah buat apa? buat dengan siapa? dan sebagai. Adakala yang ditanya itu sebenarnya soalan yang tidak perlu ditanya.

Bagaimana cara budak bawah umur untuk buat ujian HIV?

Bagi kalangan budak-budak sekolah terutama yang dibawah umur ni, rasanya lagi lah rumit proses untuk jalani ujian HIV ni. Seorang pembaca bawah umur ada mengirim email kepada saya bertanya bagaimana cara dia hendak melakukan ujian HIV diklinik, sebab dia pernah melakukan aktiviti berisiko. Dia tidak mahu ibubapanya tahu, sudah tentu tiada duit untuk buat ujian diklinik swasta dan yang pasti dia takut untuk jalani ujian terutama diklinik kerajaan, sebab dia masih dibawah umur, masih bersekolah. Nak tak nak saya nasihat dia agar beritahu ibubapanya, hmmm....adakah betul nasihat saya ini?

Saya sendiri tidak pasti sekiranya ada seorang remaja dibawah umur, yalah mungkin contohnya umur 15 tahun telah buat seks tidak selamat dan kemudian terbaca maklumat mengenai HIV dan AIDS, timbul rasa takut dan ingin jalani ujian HIV TANPA NAMA, bagaimana prosesnya? Perlukah dia beritahu ibubapanya untuk membawanya ke klinik bagi menjalani ujian HIV? Saya rasa tidak mungkin mereka akan beritahu ibu bapa, mereka akan cari jalan lain mungkin cuba mengunakan HIV KIT yang dijual (itu pun sekiranya mereka ada duitlah) atau jalan selamat hanya diamkan sahaja, sehingga memungkinakan mereka jatuh sakit seperti apa yang dialami oleh ADIK MS (Klik DISINI).  Sekiranya ada pembaca yang tahu mengenai cara mengatasi masaalah ini boleh tinggalkan komen.........!!!!

Berbalik kepada kisah "budakkampung", buat pengetahuan "budakkampung", kita disini tidak seperti negara Singapore dalam bab menderma darah. Jika melakukan penipuan ketika mengisi borang kita boleh dijatuhkan hukuman penjara dan mungkin juga didenda.

Kisah seorang pekerja berbangsa cina ditempat saya bekerja dulu, 

Dia ni seorang bisekual (sebab saya pernah nampak kelibat dia didalam sebuah sauna gay disana dulu), dia telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Dia telah menderma darah dan menipu ketika mengisi borang, saya tidak pasti apa yang ditipunya dulu. Mungkin ada tertulis didalam borang derma darah itu "pernahkah anda melanggan pekerja seks" - tapi dijawabnya TIDAK. Atau mungkin didalam borang itu ada ditanya - "Adakah anda gay atau bisekual" - jawapan yang ditulis juga TIDAK. Yalah siapa hendak mengakukan, apatah lagi program menderma darah itu dilakukan di tempat kerja, ramai rakan-rakan lain juga menderma.

Dan ditakdirkan darah yang didermakannya itu POSITIF HIV, maka dia dipanggil, disiasat dan akhirnya disebabkan salah satu pertanyaan didalam borang menderma darah ditulis nya - "No atau Tidak",  dia didapati bersalah dan dengar cerita dibicarakan dan akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama setahun. Itu undang-undang di Singapura yang cukup tegas, sekiranya ketegasan itu juga dilakukan dinegara kita, entah berapa ramailah yang akan menrengkuk didalam penjara akibat menipu ketika mahu menderma darah, termasuklah "budakkampung" kan heeeee....

Nasib baik saya tidak menderma darah ketika itu, saya tahu ada progran menderma darah dijalankan tapi disebabkan tahu diri saya selalu melakukan aktiviti berisiko, maka saya takut hendak menderma. Nasib juga tidak dipaksa rakan sekerja, ya lah jika dipaksa menderma mungkin saya juga akan menderma (dalam terpaksa) dan pastinya saya juga akan menipu ketika mengisi borang. 

Ketika heboh satu company mengenai pekerja cina ini positif HIV, ketika itu jugalah saya tahu diri saya juga POSITIF HIV, saya dapat tahu kerana saya ada buat ujian HIV di BP LAB di JB kerana work permit saya akan tamat tidak lama lagi pada ketika itu. Jadi sebelum ujian darah dengan company klinik diSpore dilakukan, lebih baik saya buat ujian darah sendiri terlebih dulu diklinik luar. Tapi kantoi. Berpusing dunia, betul-betul berpusing bilik doktor dalam klinik tu ketika pihak klinik beritahu saya POSITIF HIV....:)

Teringat juga kisah lalu, ketika saya menghabiskan hari-hari akhir bekerja disana sebelum berhenti kerja, saya selalu berbual dengan rakan-rakan lain dan selalu kaitkan kisah mengenai rakan cina yang HIV positif itu. Ada rakan yang tidak segan silu menunjukkan rasa takut mereka kepada dia, malah ada seorang rakan beritahu saya dia tidak akan hidup tak lama, hanya beberapa tahun aje. 

Ada seorang rakan lain, beritahu saya seorang saudaranya juga positif HIV, saudaranya itu tinggal di JB dan pernah minta pinjam pengepit kuku untuk memotong kuku, beritahu kawan saya itu lagi kepada saya, pemotong kuku itu dia telah buang sebab takut dijangkit HIV. Saya melihat dia dan bertanya didalam hati ini, tidakkah dia tahu dia sedang duduk semeja berdepan dengan saya ketika itu, malah bertepuk tampar bahu saya ketika bekerja. Kalaulah dia tahu saya juga seorang positif HIV.....

Pada hari ini terdapat ramai PLHIV yang hidup sihat diluar sana. Dia mungkin rakan sekerja kita, mungkin saudara mara kita, mungkin rakan sepermainan kita, mungkin rakan baik kita, mungkin adik beradik kita malah mungkin pasangan kita yang terpaksa merahsiakan mengenai status diri kerana bimbang mereka mungkin akan dibuang. - NajMi



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST