Saturday, 12 December 2015

VIDEO - SAYA RATNA, IBU TUNGGAL DAN SAYA HIV POSITIF




Published on Oct 3, 2015


Saya Ratna, asal dari Makassar. Umur saya 31 tahun. Saya HIV positif.

SAYA ADALAH SEORANG IBU, GURU, DAN SEORANG AKTIVIS. Semua bermula saat suami saya sakit. Di kemudian hari dia ternyata didiagnosa dengan HIV lalu meninggal dunia. Saya telah dijangkti virus HIV dari suami saya. Tidak lama kemudian kesihatan saya semakin teruk, saya pun kehilangan harapan untuk terus hidup karana saya berfikir, saya juga akan meninggal.

Sebagai orang tua tunggal, anak perempuan saya, Amel, masih memerlukan saya dan dialah satu-satunya sumber motivasi saya untuk terus bertahan hidup. Setelah mengetahui keadaan status saya, saya mulai mencari ubat yang saya dengar boleh menghalang pertumbuhan virus HIV yang ada di dalam tubuh saya.

Di tahun 2010, saya pun mulai mengambil ARV (ubat Antiretroviral). Saya meminumnya sehari sekali sebelum tidur. ARV telah terbukti meningkatkan kesihatan saya. Saya telah kembali bekerja bahkan boleh melakukan lebih banyak aktivitas dari sebelumnya.

Saya sudah menjadi seorang guru selama lebih dari lima tahun. Saya mengajar lebih dari 120 murid di sebuah sekolah menengah untuk mata pelajaran agama dan HIV. Meskipun saya positif HIV, rakan-rakan sekerja saya di sekolah terus-menerus memberikan sokongan. Bahkan mereka meyakinkan saya bahawa saya tidak akan dipinggirkan hanya kerana status positif HIV saya.

Saya berharap, orang-orang seperti saya boleh lebih berani untuk menjalani ujian HIV karana adalah lebih baik kita mengetahui keadaan status HIV kita agar boleh menjalani rawatan secepat mungkin dan mencegah penularan virus HIV kepada orang lain.

Saya sendiri telah mengumumkan status HIV saya secara terbuka di hadapan publik karana saya ingin membuktikan kepada setiap orang bahawa meskipun saya positif HIV, saya bukanlah orang yang sakit, lemah tidak berdaya, dan yang terbuang.



My name is Ratna. I am 31 years old and originally from Makassar. 

I AM A MOTHER, A SCHOOLTEACHER, AND AN ACTIVIST. Initially my husband fell sick. He was later diagnosed with HIV and passed away. I contracted the HIV virus from him. As my health deteriorated I lost all hope to live because I thought for sure I was going to die. 

But as a single parent, my daughter, Amel, needs me and she is the only source of my motivation to live. After learning about my status, I searched for medicine that I heard could evidently contain the HIV virus’ progress inside my body. 

I started taking ARV (Antiretroviral medicine) in 2010. I take it once a day before going to sleep. ARV has greatly improved my health. I am able to go back to work and even do more activities than before.

I have been a schoolteacher for over five years. I teach over 120 students at a high school in the courses of religion and HIV. Although I am HIV positive my colleagues at school continue to give me support and they even ensured me that I would not be rejected due to my status.

I hope that we are more courageous to get tested for HIV because it’s much better to know our status to get immediate treatment and prevent passing the HIV virus to others. 

I have opened up about my status publicly because I wanted to prove to everyone that although I am HIV positive I am not a person who is sick, weak and helpless, and wasted.




8 comments:

  1. Classsss kau Ibu Ratna. I salute you.

    ReplyDelete
  2. Salam Abang,
    Saya Ekhwan berumur 18 tahun dan seorang homosexual dan mengamalkan sex bebas tmpa condom. Saya telah melakukan hubungan sex dengan ramai orang. Setiap kali saya melakukan hubungan sex dubur saya akan berdarah dan luka..saya mula melakukan hubungan sejenis ketika berumur 13tahun..untuk pengetahuan abang saya TIDAK PERNAH menjalani ujian HIV. Dan saya berasa takut dan malu untuk menjalani ujian hiv. Macam mana prosudur untuk menjalani ujian hiv di kk kerajaan. Agak2 abg saya dh terkena jangkitan hiv ke x ..sbb saya mula mengalami deman yg teruk..ulcer naik di dubur ..muall muntah2..dan penyakit kulit gatal2..berat badan saya juga susut dari 71 turun kepada 59 dalam masa 2bulan ..tolong bg pandangan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ekhwan,
      Risiko adik telah dijangkiti HIV sangat tinggi, sebab adik telah melakukan aktiviti berisiko tanpa kondom dengan ramai pasangan. Perlu diingat terdapat ramai pembawa hiv diluar sana yang telah dijangkiti tetapi mereka tidak tahu diri mereka telah dijangkiti. Ya sebaiknya adik jalani ujian darah.
      Pergi keklinik luar dimana2 hospital kerajaan, pergi ke kaunter depan tanya kat mana nak buat pendaftaran. Mereka akan tunjuk adik mana kaunter tu, dikaunter tu mereka akan ambil nama dan no ic serta alamat bagi tujuan pendaftaran (usah risau tentang pengambilan nama dan alamat ni) dan adik kena bayar RM1, kalau mereka masih tanya kenapa nak jumpa doktor, cakap aje demam atau tak sihat atau sakit tekak sebab kat kaunter pendaftaran tu adakala petugasnya kepoh chi sikit, kebiasaannya mereka tak tanya. Kemudian adik diarah tunggu di depan bilik doktor.
      Bila dah dipanggil masuk dalam bilik doktor, baru lah adik bagi tahu nak buat ujian HIV TANPA NAMA, maksudnya ujian darah yang keputusannya tidak akan direkod jika adik positif sekali pun. Jika doktor tanya kenapa bagi tahu adik ada buat hubungan seks tidak selamat, biasanya doktor tak banyak tanya, kalau banyak tanya adik bagi jer alasan2 yang difikirkan munasabah.
      Doktor akan ambil sikit darah dihujung jari adik untuk diuji, sekejap aje keputusan akan keluar, mungkin juga adik akan disuruh tunggu kat luar bilik doktor dulu.
      Jika negatif alhamdulillah TETAPI sekiranya positif doktor akan beri panduan nasihat apa yang perlu adik buat, biasanya doktor akan suruh adik buat sekali lagi ujian darah, yang mana darah akan diuji di makmal, bergantung mungkin doktor akan suruh buat ujian darah kali ke dua tu pada hari itu juga atau mungkin esok ke terpulang pada doktor tu.
      Jika masih positif, baru lah doktor akan suruh adik pergi ke klinik pakar HIV. Doktor tak akan paksa adik tentukan sendiri nak pergi atau tak. Dah tentu adik perlu pergi kan sebab dah dapat hiv kena lah buat rawatan. Bila dah keklinik pakar hiv ni barulah nama alamat oc adik akan diambil tetapi hanya untuk rekod hospital, mereka tidak akan beritahu sesiapa. Soal bagi tahu status adik tu terserah pada adik sendiri untuk bagi tahu. Kena ingat tidak ada sesiapa yang boleh dedahkan status diri adik.
      Usah risau bila buat ujian pertama TANPA NAMA tu mereka tidak akan hebohkan result tu nanti.
      Sama lah kalau nak buat ujian di mana2 klinik swasta, atau klinik luar tapi klinik2 ni kena bayar lah mungkin RM30-RM50 bergantung pada klinik tesebut. Daftar dulu kat kaunter depan mana2 klinik swasta atau klinik luar, bagi tahu nak buat ujian hiv. Kena bagi nama utk rekod klinik (usah bimbang tentang ini). Jika positif doktor akan bagi nasihat dan surat agar adik ke hospitak kerajaan bagi ujian seterusnya, sebab rawatan di hospital kerajaan adalah percuma. Ujian kat klinik swasta atau klinik luar lebih mudah, tidak banyak kerenah.
      Jika adik di KL boleh buat di PT Foundition, disini lebih mesra alam, google alamat PT Foudition ni
      Abang harap adik segera buat ujian hiv, sebab adik sangat berisiko jika positif boleh dapatkan rawatan cepat. Jika negatif alhamsulillah.

      Delete
    2. Adik boleh cuba tanya dan buat diklinik 1 Malaysia, sebab ada seorang rakan abang pernah buat ujian di Klinik 1 Malaysia ujian tanpa nama, dan dia kata dia dapat nurse yg sangat baik, prosesnya lebih mudah. Ujian kejap aje, jika positif mereka akan suruh adik ke hospital besar pulak

      Delete
    3. Terima kasih atas nasihat abang. Insya-Allah Pagi Esk saya akan ke klinik kerajaan. Saya duk kelantan .. semoga ujian hiv saya Negatif. Amin.

      Delete
  3. Salam abg najmi ... saya sekarang demam , sakit tekak susah nak telan , sakit kelenjar kat tengkuk , sakit depan kepala , ... saya telah 1st time main pakai kondom dengan awek spa dr utara thailand. Saya pi klinik diorg cek darah platlet saya jatuh ke 200 dan ini demam masuk ke 6 .. adakaha ia petanda saya hiv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Main pakai kondom boleh mengurangkan risiko dijangkiti hiv dan beberapa penyakit kelamin lain. Simptom yg saudara alami mungkin sebab stress fikir banyak dan fikir bukan2. Sepekara lagi abg tak boleh nak kata ada atau tak hiv. Hanya dengan buat ujian darah aje boleh kesan status kita. Tapi saudara kata guna kondom, so risiko adalah rendah bergantung cara saudara main lah. Jika sakit kepala bengkak kat tengkuk, sakit tekak juga jumpa lah doc mungkin sebab masaalah lain tu.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST