Wednesday, 16 December 2015

VIDEO - SAYA BARU DI DIAGNOSED HIV POSITIF DAN TAKUT SIDE EFFECT UBATAN HAART


Hai encik Najmi...

Just nak share lah..saya baru sahaja di diagnosed HIV +ve bulan 8 haritu...dapat tahu pun secara kebetulan time wat medical check-up untuk sambung belajar. So sekarang saya under treatment kat klinik kesihatan kat Johor Baharu. Buat masa sekarang just amibil vitamin and ubat anti Tibi sahaja. Untuk medecine training, maybe next appoitment doktor suruh start HAART., sebab CD4 saya dah 231. Sebenarnya saya takut nak start HAART, takut side effect dia...huhu.
CODE
Wednesday, December 16, 2015 12:07:00 am

Salam CODE,
HIDUP MESTI DITERUSKAN...Abang pernah kenal dengan seorang rakan email juga seorang pelajar, beritahu dia disahkan telah dijangkiti HIV ketika jalani medical check-up untuk melanjutkan pelajaran keluar negara. Dia beritahu dia berasa sedih sebab gagal untuk keluar negara. Orangnya bijak, tinggi malah handsome lagi heee. Tapi abang kenal melalui email sahaja. Apa yang abang tahu dia meneruskan pelajaran didalam negara dan telah tamat belajar, hari ini dah jadi pensyarah (jika tidak silap abang). Kelihatan masih sihat seperti tidak ada sakit apa-apa. Malah ibu bapanya juga tahu mengenai status HIV beliau.
Dulu masa zaman abang pada tahun 2005 dulu, pembawa HIV hanya akan diberi HAART apabila jumlah CD4 telah berada sekitar bawah 200, tetapi pada hari ini jika CD4 300 lebih pun ada doktor akan sarankan agar mula rawatan HAART tu. CD4 saudara 231, elok sangat untuk mulakan HAART, sebab pembawa HIV yang memulakan HAART pada ketika CD4 mereka masih tinggi ada kelebihan jika dibandingkan ketika memulakan ketika CD4 dah rendah. Abang sendiri mulakan HAART ketika CD4 abang 12, susah sangat nak naik walaupun dah hampir 5 tahun abang telan HAART.
Takut nak makan HAART, nak tak nak kena juga makan kan. Bimbang akan mengalami kesan sampingan, pandangan abang usahlah bimbang sangat, tidak semua kesan-kesan itu akan kita alami, malah ada yang langsung tidak mengalami kesan apa-apa. 
Macam abang, abang hanya mengalami kesan "ting tong" selepas dua atau tiga jam makan stocrin (atau efavirenz), pengalaman mengalami ting tong tu pada pandangan abang satu perasaan yang sangat best heeee...rasa terhoyong hayang, mata jadi stim heee. Masa tu teruslah baring dan tidur. Jika saudara diberi ubatan HAART yang hanya perlu di makan sekali sehari atau sekali dalam masa 24 jam, abang nasihatkan makan pada sebelah malam, sebab bila saudara mengalami ting tong, saudara boleh terus baring dan tidur.
Ada yang kata lepas makan ubatan HAART, mereka boleh alami mimpi ngeri, abang tidak pulak alami mimpi ngeri, mimpi basah adalah heeee...nasihat abang bacalah Al Fatihah, 3 Qul, Kursi sebelum tidur insyaallah saudara tidak akan alami sebarang mimpi ngeri. 
Ada yang alami sakit kepala dan sukar bangun keesokan harinya, masaalah ini juga abang tidak alami, so nasihat abang usah fikirkan tentang side effect tu sangat, sebab tidak semua orang akan mengalaminya. Insyaalah abang doakan saudara juga tidak akan mengalami side effect yang terlalu teruk. Dan mungkin juga saudara dah tahu, biasanya side effect tu hanya sementara sahaja. Lama-lama tubuh badan kita akan dapat menerima ubatan itu dengan baik. 
Bila dah start makan ubatan tu nanti, makan lah tepat pada waktunya dan jangan sesekali lupa makan atau malas makan ya. Jika rasa alahan ubatan tu teruk selepas makan berminggu-minggu segera jumpa doktor, beritahu pada mereka.
Okey berbalik kepada masaalah saudara, ada HIV bukan penyebab untuk saudara rasa berputus asa, abang percaya saudara akan redha dengan ujian ini ya. Abang harap saudara akan terus belajar sehingga berjaya. Hmmmm rindu abang nak alami tingtong tu lagi....:)- NajMi


VIDEO - Kesan sampingan dan bagaimana untuk menangani kesan-kesan sampingan - Efavirenz





5 comments:

  1. assalamualaikum abg najmi...terima kasih atas maklum balas komen sy aritu.... Alhamdulillah sy ada sedikit kekuatan utk start ubt HAART nnti...hope sy x de alahan yg terok nnti..huhu..sy sbnrnye sudah bekerja...sy dpt twarn smbung belajar...tapi tu lah..syarat utk belajr tu.memerlukan calon tu bebas dari HIV dan HEP B dan C...sy sgt tertekan pada masa tu...sbb keluarga,kwn2 semua dah tahu sy akan pergi smbung belajar tu...akhirnya sy terpaksa menipu semua org yg sy ada penyakit lain yg tidak melayakan sy sambung belaja.... buat masa ini...atas nasihat doktor...dia menyarankan sy merahsiakan status hiv sy dari semua org... buat masa skrg...hnya shbt baik sy shj yg tau sy +ve hiv....terima kasih kpd shbt sy tu..dia la yg memberi dorongan dan kekuatan utk sy meneruskan kehidupan yg normal....huhu.. sudah 3 minggu sy start training ambl ubat ontime...tapi sering kali gagal..pling sukar nk mkn ontime yg sebelah mlm...selalu terlepas waktu..kdg2 terlupa...huhu..abg najmi ade bgtau sal ubt yg diambil satu kali sehari? adakah ubt tu berbeza dgn ubt yg di ambil 2 kali sehari tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Tak ada beza sangat diantara ubatan sekali sehari dengan ubatan 2 kali sehari, yang penting fungsi utama ubatan tersebut ialah bagi mengawal virus, memberi kita kesihatan yang baik.

      Bergantung pada doktor hendak beri mana satu ubatan yg sesuai buat diri kita, mengikut tahap kesihatan kita ketika ini.

      Ada ramai PLHIV baru yang abg tahu mula makan haart yg sekali sehari, pada abang tak salah saudara tanya tentang ubatan sekali sehari pada doktor nanti.

      Buat pengetahuan saudara dulu selama 2 tahun abg makan ubatan yg perlu dimakan 2 kali sehari sebelum ditukarkan kepada yang sekali sehari.

      Ubatan haaart ada banyak jenis jugak, yang kita makan tak semestinya sama dengan apa yg org lain makan.

      Saudara boleh baca pengalaman abg makan ubatan, mungkin boleh klik di label NAJMI atau NAJMI JUMPA DOKTOR dalam blog ni

      Delete
    2. Assalamualaikum abg najmi..

      semalam temujanji sy dgn doktor pakar kt tmpt sy...dan dia bg sy ubat yg hanya di mkan sekali sehari..alhamdulillah.bole la sy berpuasa di bulan ramdhan kelak..cuma sy tak start makan lg ubt tu sbb sy sdg kerja shift malam minggu..dan doktor sarankan sy hbiskan dulu shift mlm sy... mybe jika tidak ada aral melintang..esok 15.1.16..sy start makan..huhu semoga tiada side effect yg teruk berlaku..doakan yer..

      akhir kata..semoga abg najmi..sentiasa sihat.hidup diberkati ALLAH..=)

      Delete
    3. Salam,

      Lagi cepat makan ubat lagi bagus..insyaallah side effect tak kan teruk, abg doakan yang terbaik buat saudara

      Delete
  2. Kuatkan semangat kwn2 plhivku,kita dipilih oleh Allah utk melalui ujian ini.jgn sedih malah gembiralah sbb di uji..teruskan berjuang wahai kwn2ku..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST