Tuesday, 15 December 2015

TIGA SEBAB MENGAPA LELAKI GAY LEBIH CENDERUNG UNTUK MENDAPAT HIV

Sebagai seorang lelaki gay atau bisekual, anda lebih cenderung untuk mendapatkan HIV berbanding lelaki biasa. Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa? Berikut adalah tiga sebab mengapa hampir 80 peratus daripada mereka yang telah diagnosis HIV di New Zealand adalah seorang lelaki gay dan bisekual:

1. KERANA ADALAH LEBIH MUDAH MENDAPAT HIV MELALUI SEKS


Ia telah terbukti secara saintifik bahawa (cara perlakuan) seks (anal) dikalangan lelaki gay adalah lebih berisiko daripada seks faraj. Lapan belas kali ketepatan lebih berisiko untuk mendapatkannya. Ada dua sebab untuk ini. Pertama, sel-sel dalam dubur adalah lebih mudah terdedah kepada HIV daripada sel-sel didalam faraj. Kedua, kedua-dua air mani dan mukosa rektum (lapisan dalam dubur) membawa lebih HIV daripada cecair faraj. Dengan gabungan ke dua-dua faktor ini menunjukkan hakikat bahawa lelaki gay dan bi yang kerap melakukan hubungan seks lebih berisiko mendapat HIV daripada seorang lelaki straight.


2. SUDAH TERDAPAT RAMAI GAY DAN BI DI NEW ZEALAND YANG MEMPUNYA HIV


Dalam satu kajian baru-baru ini Auckland, 1 dalam 15 lelaki gay dan bi didapati mempunyai HIV. Jadi, jika anda seorang lelaki yang gemar bertukar pasangan dengan lelaki lain, anda akan lebih mudah untuk bertemu dengan seseorang yang mempunyai HIV (dan menurut kajian itu juga, ada kemungkinan sebanyak 20 peratus bahawa orang yang ada HIV itu tidak tahu lagi mengenai status diri mereka).


3. KAMI BERHUBUNG LEBIH DEKAT ANTARA SATU SAMA LAIN


Realitinya bilangan lelaki gay dan bi adalah kurang jika dibandingkan dengan lelaki dan wanita straight. Oleh itu, apabila anda bertemu dengan seorang lelaki untuk seks kasual, kumpulan orang yang anda perlu terdiri daripada kumpulan yang lebih kecil. Ini menjadikan lelaki gay dan bi lebih rapat berhubung dan melakukan hubungan seksual, daripada yang lain dikalangan seluruh penduduk. Ia juga membolehkan HIV dan STI lain untuk merebak dengan cepat di kalangan kita.


SEGERA JALANI UJIAN HIV!


Mengetahui status HIV anda, bermakna anda boleh mendapat akses kepada rawatan segera dan sokongan, serta mengelakkan diri menjangkitinya kepada orang lain.

Menggunakan kondom dan pelincir adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah HIV. Semakin banyak anda melakukan hubungan seks melalui dubur tanpa kondom lebih kerap anda perlu jalani ujian HIV. Tempoh ujian HIV adalah pantas dengan keputusan dalam masa 20 minit, percuma dan sulit.

Sumber DISINI



# video penyebaran dan pencegahan HIV





4 comments:

  1. hai encik najmi...just nk share lah..sy bru je di diagnosed hiv +ve bln 8 aritu...dpt tau pun secara kebetulan time wat medical checkup tuk smbung belaja...so skrg sy under treatment kt klinik kesihatan kt jb..buat masa skrg just amik vitamin n ubt anti tb jer..tuk medecine training..mybe next appmnt doc suh start HAART...sbb cd4 sy da 231....sbnrnye sy tkut nk start HAART...tkut side effect dia...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam CODE,
      HIDUP MESTI DITERUSKAN...Abang pernah kenal dengan seorang rakan email juga seorang pelajar, beritahu dia disahkan telah dijangkiti HIV ketika jalani medical check-up untuk melanjutkan pelajaran keluar negara. Dia beritahu dia berasa sedih sebab gagal untuk keluar negara. Orangnya bijak, tinggi malah handsome lagi heee. Tapi abang kenal melalui email sahaja. Apa yang abang tahu dia meneruskan pelajaran didalam negara dan telah tamat belajar, hari ini dah jadi pensyarah (jika tidak silap abang). Kelihatan masih sihat seperti tidak ada sakit apa-apa. Malah ibu bapanya juga tahu mengenai status HIV beliau.
      Dulu masa zaman abang pada tahun 2005 dulu, pembawa HIV hanya akan diberi HAART apabila jumlah CD4 telah berada sekitar bawah 200, tetapi pada hari ini jika CD4 300 lebih pun ada doktor akan sarankan agar mula rawatan HAART tu. CD4 saudara 231, elok sangat untuk mulakan HAART, sebab pembawa HIV yang memulakan HAART pada ketika CD4 mereka masih tinggi ada kelebihan jika dibandingkan ketika memulakan ketika CD4 dah rendah. Abang sendiri mulakan HAART ketika CD4 abang 12, susah sangat nak naik walaupun dah hampir 5 tahun abang telan HAART.
      Takut nak makan HAART, nak tak nak kena juga makan kan. Bimbang akan mengalami kesan sampingan, pandangan abang usahlah bimbang sangat, tidak semua kesan-kesan itu akan kita alami, malah ada yang langsung tidak mengalami kesan apa-apa.
      Macam abang, abang hanya mengalami kesan "ting tong" selepas dua atau tiga jam makan stocrin (atau efavirenz), pengalaman mengalami ting tong tu pada pandangan abang satu perasaan yang sangat best heeee...rasa terhoyong hayang, mata jadi stim heee. Masa tu teruslah baring dan tidur. Jika saudara diberi ubatan HAART yang hanya perlu di makan sekali sehari atau sekali dalam masa 24 jam, abang nasihatkan makan pada sebelah malam, sebab bila saudara mengalami ting tong, saudara boleh terus baring dan tidur.
      Ada yang kata lepas makan ubatan HAART, mereka boleh alami mimpi ngeri, abang tidak pulak alami mimpi ngeri, mimpi basah adalah heeee...nasihat abang bacalah Al Fatihah, 3 Qul, Kursi sebelum tidur insyaallah saudara tidak akan alami sebarang mimpi ngeri.
      Ada yang alami sakit kepala dan sukar bangun keesokan harinya, masaalah ini juga abang tidak alami, so nasihat abang usah fikirkan tentang side effect tu sangat, sebab tidak semua orang akan mengalaminya. Insyaalah abang doakan saudara juga tidak akan mengalami side effect yang terlalu teruk. Dan mungkin juga saudara dah tahu, biasanya side effect tu hanya sementara sahaja. Lama-lama tubuh badan kita akan dapat menerima ubatan itu dengan baik.
      Bila dah start makan ubatan tu nanti, makan lah tepat pada waktunya dan jangan sesekali lupa makan atau malas makan ya. Jika rasa alahan ubatan tu teruk selepas makan berminggu-minggu segera jumpa doktor, beritahu pada mereka.
      Okey berbalik kepada masaalah saudara, ada HIV bukan penyebab untuk saudara rasa berputus asa, abang percaya saudara akan redha dengan ujian ini ya. Abang harap saudara akan terus belajar sehingga berjaya. Hmmmm rindu abang nak alami tingtong tu lagi....:)- NajMi

      Delete
  2. salam abang najmi..
    belakang telinga saya ada benjolan sebulan selepas saya melakukan oral seks..dua bulan satu minggu lepas aktiviti saya melakukan test dan keputusan negative...3bulan lepas aktiviti berisiko saya melakukan rapid test pula..hasilnya negatif...adakah ianya konkrit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian selepas 3 bulan dari tarikh akhir aktiviti tidak sihat tu, jika negatif maka negatif lah...dah tepat tu...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST