Thursday, 17 December 2015

S'FULL BURN aka ZALI - SAYA MULAKAN RAWATAN HAART KETIKA CD4 SAYA HANYA 18

Entri mengenai S'Full boleh klik DISINI

Perkembangan kisah saudara S'FULL BURN atau SAUDARA ZALI

Alhamdulillah abang Najmi thanks for memaparkan kisah saya. Ingat tak kisah LISA (klik disini) & ZALI (klik disini) dulu? Saya lah Zali tu. 
After diagnose HIV saya takut untuk jumpe doktor. Hampir 2 tahun saya bertahan. Lepas tu tanda-tanda di atas tu mula muncul.selepas 2 bulan saya mendapatkan rawatan di hospital, pada bulan September saya mula untuk mengambil HAART. Ini disebabkan pada bulan july itu CD4 saya hanya 18. Mengejutkan.cuma saya bernasib baik masih kuat pada ketika itu.
Saya tanya dengan doktor mcama mana body saya baleh bertahan walaupun CD4 cukup rendah. Doktor bagi perumpamaan macam kita bawak kereta, bukan tiap-tiap hari kita accident.hahahahha. Saya pun tak faham sangat perumpaan itu. Cuma alhamdulillah pada ketika itu body saya masih ok. Cuma masalah paru-paru je, kandungan oksigen dalam darah masih ok. 
Pada bulan july 2015 saya memulakan rawatan dengan mengambil bactrim setiap hari dan antibiotik untuk menghilangkan kulat (fungus) dimulut. Alhamdulillah selepas itu batuk saya mula hilang. kulat pun sama, sakit dada pun berkurangan, selera makan bertambah dan dengan kata lain gastrik yang saya alami sebelum ini berkurangan, tanpa ada kesan sampingan. cuma kulit bertambah gelap, itu memang kesan dari bactrim kalau tak silap saya. 
Semua orang tegur, nampak macam sun burn kulit saya ni, saya gelak je. Selepas dua minggu saya memulakan HAART, kita menyambut Aidiladha, ketika sambutan ni saya kena serangan gastrik, mungkin sebab saya makan benda-benda yang masamkut. Dalam masa yang sama saya kena pulak demam panas, kulit saya naik merah-merah macam campak. Mula tidur berasingan dengan wife dan anak sebab risau anak berjangkit kononnya masa tu ingat kena campak. 
Lepas 4 hari merah-merah tu masih tak hilang, demam tak kebah-kebah,  dua klinik saya pergi, tetap sama aje. Ada cakap demam virus, denggi la, so lepas 4 hari masih tak okey, saya nekad call kaunselor di ID Clinic. Ehermmm lepas call, diaorang minta saya terus datang ke hospital untuk jumpa doktor. Jumpa doktor terus doktor cakap i nak u warded, nak monitor. Saya tanya kalau tak warded tak boleh ke doktor. Susah sikit dia jawab, sebab u demam. Kalau setakat naik merah-merah je tak mengapa. 
Almost empat hari saya warded. Dalam masa tu alhamdulillah demam kebah, merah-merah hilang. Doktor cakap ni kesan ubatan HAART yang saya ambil. Sebab ada pesakit lain yang alami simptom yang sama dengan saya. Cuma dia cakap biasanya tak ada (simptom ni). Cuma batch saya je. Selepas 4 hari doktor bagtahu saya dah boleh discharge. 
Lepas 3 hari discharge saya datang balik jumpe doktor untuk menentukan ubat HAART baru yang patut saya ambil. Alhamdulillah ubat baru ini sesuai dengan saya. Tidak ada kesan sampingan lain yang saya hadapi. Result ujian darah bulan lepas menunjukkan buah pinggang saya dah back to normal. Syukur sangat. Sekarang kehidupan saya back macam asal. berat makin meningkat. selera makan bertambah-tambah. Namun kawan dan saudara semua cakap saya kurus sangat. 
Oh lupa masa saya mula ambil HAART dulu, dalam masa sama doktor bagi saya ubat untuk mengelak Tibi, so now after almost 3 month ambil HAART. 
Bulan lepas result darah saya dah ok,.toksin dah back to normal punya bacaan. alhamdulillah. Pada bulan depan saya akan ambil darah untuk bacaan CD4 dan viral load saya lepas amik HAART. Harap nya nanti result ok. Viral load saya masa bulan julai agak tinggi. almost dalam 150000. terkejut saya tengok.... huhhuhuuhu.

Alhamdulillah kesihatan saya beransur pulih, berat badan mula naik, selera makan dah bertambah. Hidup kembali seperti dulu. Semasa saya warded hari tu doktor cakap toksin dalam darah saya tinggi, ada sikit kerosakan pada buah pinggang, maybe kesan ubat demam yang doktor klinik bagi tu.

Untuk pengetahuan abang, berat saya sekarang sekitar 77kg bersamaan berat saya ketika sekolah menengah. berat sebelum ni sekitar 90kg. Mana semua tak risau. Namun kalau ikut berat ideal kini saya sudah mencapai BMI yang sempurna. Saya tekad untuk maintain kan berat ni je.. semua baju kerja dan baju untuk berjalan kena beli baru hahahahahaha. Ramai kawan cemburu macam mana saya boleh turun kan berat badan sebegini rupa. Saya bagitahu tak payah la, seksa nanti, bersyukur la dengan apa yang ada.

Bulan depan saya ada appoinment untuk test viral load & CD4. Saya harap-harap makin meningkat la CD4 saya tu, sepanjang mengambil HAART ni saya sekali terlewat makan. sekali terlupa terus. Saya begitu menjaga berkenaan ini. Wife saya pun sama, setiap kali sampai masa dia akan ingatkan saya. Ini la sedikit perkembangan saya abang..

ZALI 
aka S'FULL BURN
Wednesday, December 16, 2015 9:28:00 am

Salam Zali,

Alhamdulillah gembira bila dengar Zali semakin sihat, kisah Zali dah hampir sama sikit macam kisah abang dalam bab menerima rawatan HAART ni. 
Abang dulu sebab takut dengan HAART sebab kena makan sepanjang hayat langsung abang tak pergi buat rawatan dah, sampailah bila CD4 abang jatuh sampai 12, baru lah abang terpaksa mulakan HAART. Ketika itu keadaan abang pun teruk rasanya lebih teruk dari Zali. Abang alami batuk berterusan tak sembuh-sembuh, selain dalam mulut naik fungus atau kulat, abang langsung tak mampu nak bergerak sebab nafas dah tak panjang. Orang kata semput tapi abang rasa lebih teruk dari semput. Boleh baca kisah abang dalam entri yang lalu.
Yup...lepas mula HAART selera makan bertambah-tambah, bila selera makan bertambah apa lagi berat badab pun bertambah lah. Masa tu ada yang kata abang dah gemuk heeee. Tapi biasalah bila buat ujian darah katanya kolestrol abang dah bertambah, sebab tu abang diet, bila diet dengan puasa sunatnya dah jadi kurus. Masa tu semua saudara mara tegur kenapa kurus, muka cengkung, terpaksa lah abang bagi macam-macam alasan.
Sekarang bila nak naikkan berat badan dah lah tak boleh. Tak pa lah kurus pun okey kan....
Nasihat abang cuba elakkan stress, dalam apa jua keadaan elak kan stress. Macam abang ni terus terang blog dan facebook memang boleh buat abang stress, banyak pertanyaan yang masuk kalau boleh abang nak jawab semua, tetapi masaalah line internet yang slow sangat buat abang stress, bila line slow nak buat apa pun susah, kadang-kadang nak check dan jawab email pun berjam-jam nak boleh jawab. Semua tu stress, apa lagi CD4 abang mula lah turun dan turun..
Ditakdirkan line internet rumah abang dah tidak disambung bayar lagi, so sebab tu abang terus abaikan blog dan facebook. Tidak jawab email, tak bukak blog dan approve komen-komen dan tidak balas. Termasuk komen dari Zali dulu tu. Sampai abang bila tengok laptop rasa stress heeee..alhamdulillah sekarang abang dah kurang sikit stress tu...
Selain tu kita kena excersice jugak, jogging, berbasikal ker, swimming ker dan cukup tidor lah...Alhamdulillah abang doakan kesihatan Zali baik sentiasa. Mudah-mudahan kehidupan Zali dengan wife Lisa bahagia selama-lamanya. Amin. Dan terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan kisah - NajMi

11 comments:

  1. Sy pn kalau drive memang stres, sakit dada dan tengkuk macam darah tinggi. Tapi Bang Najmi macm tu kan, kena cari tempat idup suasana kampung2 gtu. kena la tunggu pencen kalau pjg umur hihi.

    Patutlah seyap lama 10 bulan juga kan. :)
    Entri ni agak positif dan cool je kan, santai je mcm cerpen. Sy tengok Zali ni bila dah HIV+, kita kembali mcm fitrah baby kan, semua jangkitan kena pantau dan pantang. ujian dibuat pun bukan calang2. Sy rasa org HIV- pun xpnh check kesihatan begini terperinci. Selamat kembali Bang Najmi. Doakan u all success dan sihat sejahtera. Selamat Maulidur Rasul juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam senang eja,
      Lagi satu baru2 ni abg ada baca kajian kat jermen kata facebook pun boleh buat orang stress, cuba kita jangan layan fb insyaallah kehidupan kita akan lebih tenang. Sebaiknya guna kemudahan media sosial dg baik, biar kita yang kawal media sosial yang kita guna tu bukan media sosial tu yang kawal kita kan...:)

      Delete
    2. Salam senang eja,
      Lagi satu baru2 ni abg ada baca kajian kat jermen kata facebook pun boleh buat orang stress, cuba kita jangan layan fb insyaallah kehidupan kita akan lebih tenang. Sebaiknya guna kemudahan media sosial dg baik, biar kita yang kawal media sosial yang kita guna tu bukan media sosial tu yang kawal kita kan...:)

      Delete
  2. Assalamualaikum Bang, tetibe jerr rindu kt abang, doa saya smoga abg slalu sihat dn rajin update blog,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Jazzlee, ya ke rindu....Jazzlee dah kahwin kan...bagaimana keadaannya??? Harap segalanya dipermudahkan dan gembira layari bahtera perkahwinan tu....:)

      Delete
  3. salam, anak saudara zali ni bebas dari hiv eh? just asking. tengok entry yg dulu, bila dia tau ada hiv, masa tu belum ada anak?

    ReplyDelete
  4. Boleh sya dptkan email abg naj.mi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tinggalkan sahaja persoalan pertanyaan didalam ruang komen disini/ Email? saya jarang check lagi, saya cuba tak nak serabutkan kepala dengan pertanyaan yang perlu saya jawab di email dan di fb lagi, skrg saya hanya cuba tumpukan kepada perrtanyaan di blog sahaja

      Delete
  5. assalammualaikum...sy harap semua dpt bgi semngat kt sy....permasalhn sy mcm ni... pada 2 bln yg lepas sy didapati terkena jangkitan kelamin (bernanah di lubang zakar pada tiap pagi sahaja) dan sy membuat rawatan dihospital, dr. memberikn sy suntikan dan antibiotk... tetpi masih tidk ade perubahan... dan pada 31/12/15 sy pergi semula ke hospital dan pihak hospital mengambil darah dh semple nanah utk dikaji... sy harap anda semua disini doa kn yg terbaik utk sy... semoga tiada apa2 penyakit sy hadapi...terutama sekli hiv...sy xkuat utk terima pekara itu.... Ya Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa jua yang berlaku, hidup mesti diteruskkan juga...fikir positif, perbaiki diri, kawal nafsu, pertingkatkan iman dan takwa, mudah2 awk selamat. Jangkitan HiV lebih berisiko dijangkiti jika kita ada penyakit kelamin, terutama bg kalangan mereka yg aktif seks bebas tanpa perlindungan. Tetapi adakala nasib menyebelahi mereka yang aktif ni, ada yg masih tidak dijangkti hiv, mudah2an awk salah seorang yang masih negatif insyaallah....maaf fb abg dah ditutup buat masa ni

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST