Tuesday, 15 December 2015

SAYA BARU TAHU ANGGOTA KELUARGA SAYA MENINGGAL KERANA HIV, SOALAN SAYA.....


Assalamualaikum,

Saya baru mengetahui ada anggota keluarga saya telah meninggal dunia kerana HIV. Soalan saya adakah jangkitan HIV boleh berlaku dengan mengunakan barang-barang peninggalan bekas pesakit HIV seperti periuk, pakaian, peti ais dan sebagainya?

ANONYMOUS
Tuesday, December 15, 2015 4:41:00 am


As Salam,

TAK BERJANGKIT, saudara boleh guna pakai barangan peninggalan arwah. Kalau saudara peluk cium pesakit HIV sekali pun semasa  mereka hidup, tidak berjangkit, kalau saudara guna sudu, garfu, gelas minum, pakaian yang sama yang digunakan pesakit HIV pun tidak berjangkit.

Saya nak tanya semasa hidup arwah jika saudara adik beradik, adakah saudara pernah memegang seperti bersalaman dengan arwah? Adakah saudara takut dan tidak pernah menyentuh atau sentiasa berjauhan atau hindarkan diri untuk berdekatan dengan arwah? Jika saudara ada melakukannya, saya sebagai pembawa HIV rasa sangat sedih sebab bertapa kosongnya pengetahuan saudara mengenai HIV AIDS.

Ramai lagi diluar sana, ramai yang langsung tidak mahu mengambil tahu mengenai HIV, bagaimana ianya berjangkit dan sebagainya. Saudara sepatutnya kena tahu sekurang-kurangnya pengetahuan asas mengenai HIV AIDS. Kuman HIV akan cepat mati apabila berada diruang udara, kuman tidak boleh hidup diluar badan manusia, ini antara pengetahuan asas yang perlu saudara faham.

Bukan saudara sahaja yang masih tidak faham, tetapi ramai lagi diluar sana yang tidak faham mengenai cara jangkitan HIV ni, ramai dikalangan mereka yang sihat diluar sana, yang tidak ada ahli keluarga saudara mara yang kena HIV mereka kebanyakannya langsung tidak ambil peduli mengenai HIV.

Tahukah saudara terdapat ramai pembawa kuman HIV AIDS berada disekeliling kita, disekeliling saudara. Mereka kelihatan sihat sama seperti saudara, mereka berkahwin, mereka ada anak, mereka penjual kuih, tukang masak, tukang bancuh minuman kemungkinan mereka pernah bersalaman atau berpelukanan dengan saudara. Mungkin kawan baik saudara juga pembawa HIV, cuma saudara sahaja tidak menyedarinya. Cuma apabila kita telah tahu seseorang itu pembawa HIV, ketika itu apabila pengetahuan kita masih kosong mengenai HIV AIDS, pasti kita akan menjauhi mereka, pasti akan ada rasa takut hendak mengunakan peralatan, seperti pakaian, pinggan mangkuk malah takut untuk bersalaman dengan mereka.

Sepekara lagi jika seseorang yang kita tahu telah dijangkiti HIV, cuba kita jangan banyak tanya pada mereka seperti, bagaimana dia telah dijangkiti? Melainkan jika mereka yang hendak beritahu. Diamkan sahaja walaupun kita syak mereka dapat HIV kerana seks bebas, sebab seks songsang atau sebab cucuk jarum dadah. Dan jangan adili atau memberi pandangan mual atau benci pada mereka, sebab iman dan takwa mereka yang telah dijangkiti HIV ini mungkin akan berubah menjadi lebih baik daripada diri kita yang sihat ini.

Sebab itu nasihat saya kepada saudara dan para pembaca semua, walaupun diri kita tidak ada kena mengena dengan HIV AIDS, tidak ada saudara kawan adik beradik yang kena HIV, itu tidak bermakna kita tidak perlu ambil tahu mengenai HIV AIDS. Kita kena tahu walaupun hanya sekadar pengetahuan asas mengenai HIV AIDS.

Walau bagaimana pun terima kasih kerana bertanya, lebih baik bertanya daripada tidak kan, sekurang-kurangnya saudara akan faham dan perbaiki diri dan cuba fahami tentang HIV AIDS ni. Al Fatihah buat arwah semoga arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman disana. - NAJMI



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)
There was an error in this gadget