Tuesday, 8 December 2015

SALAM ABANG NAJMI SAYA BARU DIJANGKITI HIV.........



1 - Anonymous said...
Assalam..Saya baru mengetahui saya ada HIV dan fobia dengan kenyataan HIV POSITIF di dalam ujian darah tersebut. Cuma soalan saya, adakah kenyataan HIV NEGATIF tu kita akan dapat bila CD4 kita tinggi dan Virol Load kita rendah atau tidak dapat dikesan? -

- Tidak, jika ujian darah menunjukkan yang kita telah ada HIV, walau CD4 tinggi and Virol Load sampai tidak dikesan sekali pun, kita masih tetap positif HIV - NajMi


2 - Anonymous said…
Salam abang Najmi, semalam saya baru disahkan hiv+. Jika saya ambil rawatan di hospital Sg. Buloh adakah rawatan disana terbaik? Atau ada hospital yang abang Najmi suggestkan?

- Setahu abang Sg Buloh ada menyediakan rawatan yang terbaik, merupakan hospital kerajaan yang menyediakan rawatan percuma kepada pesakit HIV. Mungkin ada hospital swasta tapi kos rawatan adalah tinggi. Seorang pembaca menyarankan agar saudara ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana di Hospital Sg Buloh mempunyai ramai pesakit dan agak sesak jika dibandingkan dengan PPUM yang lebih selesa kerana kurang pesakit - NajMi


3 - Anonymous said…
Salam abang Najmi, saya Zul. Saya baru sahaja disahkan hiv + , baru nak jumpa doktor esok untuk buat rawatan. Saya dapat tahu saya ada hiv+ terus saya makan 4life tf. Cuma saya agak buntu, saya belum tahu tahap cd4 saya. Jika saya buat rawatan dan doktor arahkan saya makan HAART, tapi dalam masa yang sama buat masa ni saya mampu untuk dapatkan supplement 4life tf, mana yang saya perlu makan ? Nak tanya jika kita ambil HAART, adakah kita boleh stop dan ambil supplement lain?

- Jika dah ambil HAART jangan sesekali stop dari memakannya melainkan setelah mendapat arahan doktor. Pandangan abang tidak salah ambil 4Life dalam masa yang sama kita ambil HAART. Walau bagaimanapun rujuk pada doktor jika saudara mahu mengambil makanan atau minuman kesihatan lain terlebih dulu. - NajMi


4 - Anonymous said…
Abang Najmi..saya baru disahkan ada HIV, bagaimana untuk saya motivasikan Salam diri saya rasa down. Ujian Allah besar kepada hambanya yang berdosa kerana Allah sayang. Abang Najmi..buka la group WhatsApp untuk kita share...sebab tiada tempat kita bercerita. - Tuesday, September 29, 2015 4:53:00 pm

- Sebagai orang Islam kita kena kembali kepada Allah, tidak kira sama ada sebelum ini kita jahat atau pun alim. Sebab pada abang lah mendapat HIV tu kerana Allah sayangkan kita, Allah nak peringatkan kita tentang kesalahan kita sebelum ini, Allah mahu kita perbaiki amalan kita agar kita selamat bukan sahaja di dunia tetapi juga diakhirat. Banyak berdoa kepadaNya. Insyaallah kehidupan kita akan kembali ceria, tak ada down-down lagi...:) - NajMi


5 - Anonymous said...
Salam abang Najmi..baru-baru ni saya baru menjalani operation di hospital private, hasil ujian darah doktor bagi tahu hiv test saya reactive. Saya takut sangat dan keliru. Setiap hari saya asyik terfikir mengenai diri saya, masa depan saya, dan family saya. Doktor suruh saya buat confirmatory test di hospital government untuk confirmkan ujian tersebut. Sekarang saya masih berharap ujian di hospital private tu adalah salah. Apa saya boleh buat abang Najmi. Saya takut. setiap hari saya makan bawang putih dan habbatussawda untuk menguatkan immune saya. Ya Allah, abang Najmi saya takut.

- Salam, abang faham perasaan saudara tu, saudara pun dah tidak boleh buat apa-apa lagi buat masa ni, melainkan cuba bawa bertenang. Jalani ujian sekali lagi di hospital kerajaan bagi mengesahkan status saudara itu, jika negatif alhamdulillah tetapi jika benar positif, abang harap saudara reda, usah bimbang sebab HIV sekarang berbeza dengan dulu. Sekarang dah ada ubat yang boleh mengawal virus tu dalam badan kita tak macam dulu kalau ada pun harga ubat sangat-sangat mahal. Dah terbukti ramai pesakit HIV yang boleh jalani kehidupan seperti orang lain. - NajMi 


6 - Anonymous said... 
Aku baru disahkan menghidap hiv semalam, menyesal memang ada, tapi kejap je, sebab saya sedar memang kesilapan sendiri. Saya nak positif sahaja sekarang, tak mau nangis-nangis, tak mau stress-stress, nanti cd4 jatuh. Saya baru 21 tahun dan mengamalkan hubungan songsang sebelum ni. Sekarang saya dah taubat dan alhamdulillah perasaan saya pada laki dah ta ada. Saya nak hidup lama jadi saya kena kuat.. 

- Salam, bagus kita kena redha dan berfikiran positif, pekara dah berlaku, so kita kena pandang ke hadapan perbaiki kehidupan jaga kesihatan jangan stress-stress...:) - NajMi  







3 comments:

  1. Anonymous yang ada tinggalkan komen di sini MAAF banyak2 sebab saya terdelete tanpa sengaja komen anda sehingga tidak dapat di kesan, termasuk semua komen yang masuk sejak bulan 4 2015 lalu - NajMi

    ReplyDelete
  2. Salam bang saya test darah guna ujian darah terkini..negatif..tp badan saya gatal2..adakah sy akan dpt ruam hiv?saya baru genap 3 bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gatal tidak semeatinya sebab hiv, dpt denggi pun ada simptom gatal2 kan...mungkin sebab masaalah lain tu

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST