Monday, 7 December 2015

S. REZA - AKU HODOH, DEPRESSED, NAK BUNUH DIRI - BIAR AKU PERDAJAL ORANG LAIN, FUCK AKU DAN DAPAT HIV

 
Aku pun tengah cari member POZ (positif HIV)

Aku pergi PTF (PT Foundition) MSM (men who  have sex with men) tetapi dia orang semua memilih nak kawan dengan POZ yang hensem je. Aku seringkali depressed. Rasa nak bunuh diri tu banyak kali. Aku benci bila on GRINDR (aplikasi kenalan golongan gay) orang bragging pasal fuck itu ini, kena fuck sana sini, padahal aku tak kena fuck pun. Aku cuma dapat kena fuck dalam dark room kat otot-otot.

Aku admit aku POZ dan aku dah tak kisah fucking dalam dark room pakai kondom ke tak sebab aku tension, marah, kecewa dengan diri aku yang hodoh ni dan biarlah aku pedajalkan orang lain biar dia orang fuck aku dan dapat HIV. Aku selalu nangis seorang-seorang dalam bilik. 

Sekarang aku dah berhenti kerja. Dah enam bulan aku berhenti kerja. Harapkan kakak tanggung hidup aku. Aku masih ke otot-otot dan fuck dalam dark room. Pakai kondom ke tak, bantai je. Aku nak mati, tapi aku tak nak mati sakit. Biarlah aku mati accident kereta ke tak pelah. Hidup di dunia macam neraka. Biarlah aku end up dalam neraka je. Huwaaa....

S. REZA 
Monday, July 06, 2015 6:49:00 am 
(sumber dari ruang komen pembaca didalam entri terdahulu) 



Salam S.Reza,

Jangan macam tu, Reza kena ingat Allah, dah cukup ke pahala yang Reza ada sampai nak bunuh diri tu? Mati pun bukan senang tau, ada seksa kubur lagi kalau kita banyak dosa dan ainaya orang lain. Berdosa jika kita doa nak mati, berdosa ainaya orang lain.

Abang rasa tak semua POZ di PTF tu memilih kawan, jika cara kita elok, peramah, bijak bergaul, menyenangkan, pasti semua orang nak berkawan. Abang harap Reza sabar, jika tak ada orang nak berkawan dengan Reza, Reza masih ada Allah kan. Dekatkan diri dengan Allah, berbual denganNya selepas solat, berdoa insyaallah Allah akan makbulkan segala permintaan Reza nanti. Insyaallah nanti bukan Reza yang terhegeh-hegeh mencari kawan tetapi orang lain yang akan datang nak berkawan dengan Reza. Dalam masa yang sama Reza juga kena bijak memilih kawan, jangan memilih kawan semata-mata atas dorongan seks.

Sepekara lagi jika benar Reza ada HIV, Reza kena hati-hati, Reza kena elak diri Reza daripada mendapat jangkitan HIV kali ke dua. Sebab sekiranya Reza main dengan orang yang tidak tentu arah tahap kesihatan mereka dan melakukannya tanpa pelindungan didalam sauna gay yang gelap tu, kemungkinan besar Reza boleh dijangkiti HIV sekali lagi dari orang lain.

Jika jangkitan kedua ini berlaku besar kemungkinan virus dalam badan Reza akan berubah sehingga menyebabkan ubatan HAART yang Reza makan selama ni akan menjadi tidak berkesan lagi. Bimbang terpaksa tukar kepada ubatan peringkat ke dua pula yang mana sebahagian kos ubatan Reza kena bayar. (ubatan peringkat pertama yang Reza makan selama ini adalah free). Sekiranya Reza masih belum makan HAART, jangkitan kali kedua akan membuatkan virus dalam darah menjadi lebih ganas.

Reza masih ada peluang hidup dalam keadaan sihat, jadi ambillah peluang ini. Jangan sebab tidak ada kawan yang nak berkawan dengan Reza, sanggup Reza sebarkan HIV pada orang lain. Kita sebagai orang islam kena kembali kepada Allah, dugaan yang Reza hadapi ini mungkin tak seberapa, pasti ada orang lain yang lebih teruk dugaan yang Allah beri daripada Reza. Kena ingat Allah beri dugaan pada Reza hari ini sebab Allah nak sedarkan Reza, nak Reza kembali kepangkal jalan. Yang penting Reza kena ambil peluang yang diberi oleh Allah ini untuk perbaiki kehidupan dunia dan akhirat.


Abang tak pandai nak cerita soal agama lebih-lebih, cuma abang minta agar Reza bertenang, jangan pergi lagi ke sauna-sauna tu lagi takut dapat jangkitan ke dua, ke tiga teruk jadinya, bimbang juga dapat penyakit-penyakit kelamin, macam mana kalau nanti tumbuh ketuat-ketuat sekitar dubur, mulut dan sebagainya nanti, nanti lagi susah tau. Selain buang duit aje.

Biar Allah uruskan siapa yang akan menjadi kawan Reza nanti, usah tercari-cari. Yang penting kembali kepada Allah. Percayalah jika Reza dekatkan diri kepada Allah, lakukan segala suruhannya dengan baik, berdoa kepadaNya selalu. Abang yakin Kehidupan Reza akan kembali tenang, ceria, dipermudahkan segalanya walaupun tanpa kawan POZ disekeliling. Wallahuallam - NajMi


3 comments:

  1. Anonymous yang ada tinggalkan komen di sini MAAF banyak2 sebab saya terdelete tanpa sengaja komen anda sehingga tidak dapat di kesan, termasuk semua komen yang masuk sejak bulan 4 2015 lalu - NajMi

    ReplyDelete
  2. saya selalu baca blog najmi sbb saya perempuan so dulu saya selalu plik mcm mne lelaki blh jadi gay .tapi since early this year , tibe2 je najmi tak post ape2. saya risau jugak ingat kn najmi kene ape2 .hehe tapi now lega sbb najmi dh update blog balik.jangan stop tulis tau ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak ada kemudahan internet, skrg dah ada. Insyaallah kalau ada mood dan ada story akan update...kdg2 blog ni boleh buat kepala stress.... :)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST