Wednesday, 9 December 2015

S' FULL BURN - MUDAH-MUDAHAN SAYA TIDAK TERLAMBAT MENERIMA RAWATAN HAART

photo hanya hiasan

Assalamua'alaikum w.b.t pekabar abang Najmi, harap semua dalam keadaan sihat dan baik. 

Bagi saya pula badan mula menunjukkan tanda-tanda HIV. Berat badan saya mula susut dari 80+++ ke 70+++, mulut saya mengalami keputihan, saya alergic kepada gigitan nyamuk dan akan meninggalkan kesan. Selera makan mula berkurang. Saya mula risau dah menyesal tidak mendapatkan rawatan lebih awal seperti nasihat abang dan jugak isteri saya. Seluruh ahli keluarga mula risau dengan keadaan saya ni. 

Untuk pengetahuan abang apabila saya disahkan HIV dulu saya tidak ambil surat rujukan doktor untuk ke hospital tapi saya tabahkan hati untuk mengambil semula surat itu. Alhamdulillah mereka masih simpan surat tersebut. 

Hari Rabu 29 July 2015 ini saya kan ke hospital Sg Buloh untuk memulakan rawatan HIV saya, moga-moga saya tidak terlambat untuk menjalankan rawatan ini. Kebetulan saya dan isteri baru mengambil anak angkat. Syukur tak terhingga atas nikmat Allah kepada kami, semoga anak ini mampu menjadi bekalan kami kelak dan menjadi peneman isteri di kala saya sudah tak ada nanti. sob sob sob..... sedih pulak memikirkan hal mati ini, padahal diri tidak bersedia. Walaupun tahu diri ini mempunyai penyakit yang berisiko seperti ini kadangkala lalai dengan perintah Allah hanya ikut mood sahaja. 

Bercakap berkenaan puasa yang lepas memang teruk keadaan saya dua hari saya tinggalkan puasa. Bukan sebab sengaja tapi satu hari tu saya kena migrain di sebabkan masalah kerja. Hari last sebelum raya pulak saya kena gastrik. Body dah tak kuat macam-macam penyakit datang. Selera makan hilang terus. Waktu bersahur nasi separuh pinggan pun tak habis. Sampai sekarang saya kadangkala saya tak boleh menjamah nasi. Nasi tersekat di tekak, makanan lain alhamdulillah walaupun kena berpaksa. 

Saya berharap diri saya masih kuat dan belum berada di tahap AIDS. Saya cuba untuk sentiasa berfikiran positif dan mengamalkan cara hidup positif, namun biasa la saya terbelenggu bila orang sekeliling tanya keadaan diri saya kenapa kurus mendadak? Jenuh fikir nak jawab apa. 

Harap-harap saya diberikan kekuatan untuk menempuh kehidupan masa hadapan. Sebelum saya mengundur diri saya doakan abang semoga sentiasa dalam keadaan baik dan dilimpahi rahmatNya.amin.......

S' FULL BURN
aka Zali



Salam S'Full Burn,

Maaf abang dah lama tak buka blog dan baca email, jadi bukan sahaja email S'Full yang abang tak baca malah hampir semua komen-komen didalam blog abang tak approve dan jawab. Jadi sekarang abang ada sikit kesempatan untuk jawab mana yang mampu. Disebabkan email ni dah agak lama, abang anggap S'Full pada hari ini berada dalam keadaan sihat dan berbahagia bersama isteri dan anak. Sekiranya S'Full ada baca entri ini, tinggalkan komen beritahu abang perkembangan terbaru S'Full. - NajMi


# Perkembangan S'full Burn aka Zali klik DISINI
atau baca di ruang komen dibawah entri ini



5 comments:

  1. S'Full Burn, alhamdulillah saudara telah mula mendapatkan rawatan di hospital. Kalau nak kekal sihat dapatkan rawatan dan patuh kepada pengambilan ubat yang dibekalkan oleh doktor okay. Hidup kena sentiasa positif. Kalau sebut soal kematian ia adalah hak milik Allah. Orang yang sihat pun boleh mati. Jangan fikir orang yang sakit jer mati. Kawan saya bulan lepas, dia masih muda, bijak dan mempunyai kerjaya yang baik. Meninggal sebab terlibat dalam kemalangan jalan raya.Percayalah, kemajuan dalam bidang perubatan menjadikan virus HIV dapat dikawal dengan amat berkesan sekali. Maklumat terkini di USA, pihak insuran di sana mula memikirkan untuk memasukkan HIV sebagai salah satu penyakit yang akan dilindungi oleh insuran. Sbbnya HIV kini sudah menjadi penyakit yang boleh dikawal. Banyak kajian membuktikan mereka yang ada HIV dapat hidup seperti manusia normal yang lain. Syaratnya adalah dengan makan ubat tepat pada waktunya. 

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah abg najmi thanks for memaparkan kisah sy. ingt x kisah lisa & zali dulu? sy la zali tu. after diagnose hiv sy takut untuk jumpe dr. hampir 2 tahun sy bertahan. lps tu tanda2 di atas tu mula muncul.selepas 2 bulan sy mendapatkan rawatan di hospital, bln september sy mula untuk mengambil HAART. ini disebabkan pada bulan july itu CD4 sy hanya 18. mengejutkan.cuma sy bernasib baik masih kuat pada ketika itu. sy tanya dengan doktor mcm mn body sy blh bertahan walaupun CD4 cukup rendah. doktor bg perumpamaan mcm kite bawak kereta, bukan tiap2 hari kita accident.hahahahha. sy pun xfhm perumpaan itu. cuma alhamdulillah pada ketika itu body sy masih ok. cuma masalah paru-paru je.kandungan oksigen dlm darah masih ok. bulan july sy memulakan rawatan dengan mengambil bactrim setiap hari dan antibiotik untuk menghilangkan kulat dimulut. alhamdulillah selepas itu batuk saya mula hilang.kulat pun sama. sakit dada berkurangan. selera makan bertambah dan dengan kate lain gastrik yg sy alami sebelum ini berkurangan. tanpa ade kesan sampingan. cuma kulit bertambah gelap. itu mmg kesan dari bactrim xsilap sy. semua orang tegur, nmpk mcm sun burn kulit sy ni. sy gelak je.... selepas 2 minggu sy memulakan HAART, kita menyambut Aidiladha. ketika sambutan ni sy kena serangan gastrik. mungkin sebab sy makan bende2 yang masam. dlm masa yg sama sy kena demam panas. kulit sy naik merah2 mcm campak. mula tdo asing dan wife & anak sebab risau anak berjangkit kononnya masa tu ingt kena campak. lps 4 hari merah2 tu masih xhilang. demam xkebah2 2 klinik sy pergi. tetap sama. ade ckp demam virus, denggi la. so lps 4 hari xok sy nekad call kaunselor di ID Clinic. ermmm lps call dieorang minta sy trs dtg ke hospital untuk jumpe doktor.jumpe doktor trs doktor ckp i nak u warded. nak monitor.sy tanya klu xwarded xblh ke doktor.. susah skt die jwb. sb u demam. klu setakat naik merah2 je xpe. almost 4 hari sy warded. dlm masa tu alhamdulillah demam kebah. merah2 hilang. doktor ckp ni kesan ubat HAART yg sy amik. sb ade pesakit lain yang alami simptom yg sama dgn sy. cuma dia ckp biasanya xde. cuma batch sy je.. lps 4 hari doktor bgtau sy blh discharge. so 3 hari lps tu kn dtg blk utk amik ubat HAART baru.oh lupe ms sy mula amik HAART dulu. dlm masa sama doktor bg sy ubat untuk mengelak TB. so now after almost 3 month amik HAART, alhamdulillah kesihatan sy beransur pulih. berat mula naik.selera makan dh bertambah. hidup kembali seperti dulu...ms sy warded hr tu doktor ckp toksin dlm darah sy tinggi. ade skt kerosakan pada buah pinggang. maybe kesan ubat demam yg doktor klinik bg tu. bln lps result darah sy dh ok.toksin dh back to normal punya bacaan. alhamdulillah. bln depan sy akan amik darah untuk bacaan CD4 & viral load sy lps amik HAART. harap nya nnt result ok. viral load sy masa bulan julai agak tinggi. almost dlm 150000. terkejut sy tgk.... huhhuhuuhu. so abg Najmi. itu la sedikit perkembangan sy.alhamdulillah san bersyukur sy xterlambat untuk mendapatkan rawatan. sy mkn HAART ikut masa. sepanjang tempoh itu 1 kali jer sy terlewat mkn. dan sekali lupe trs....

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah & terima kasih pada abg najmi sebab memaparkan kisah sy sekali lagi. klu abg masih ingt kisah zali & lisa... saya la zali tu sebenar nya....
    alhamdulillah selepas memulakan rawatan pada july yang lepas, sy telah memulakan rawatan dengan ubat bactrium & antibiotik. selepas pengambilan ubat ini batuk saya berkurangan, kulat di mulut hilang dan badan sy mula kembali seperti biasa. selera makan bertambah. setakat ini tiada kesan sampingan untuk ubat2 ini selain kulit betambah gelap yang mn setahu sy itu mmg kesan dr ubat bactrium... ramai orang tegur what happened? berjemur ker? sun burn semacam je... hahahaha. mampu tersenyum je la... untuk pengetahuan abg pada july itu CD4 sy hanya tinggal 18!! terkejut sy bile dpt result.. lps tu viral load sgt tinggi lebih kurang 150000.sy tanya doktor mcm mn sy blh bertahan dengan CD4 yang begitu rendah, die bg perumpaan sama mcm kite bwk kereta, xsetiap hari kite accident. ermmmm ape kaitan nye pun sy xfhm.hahahhaha. ape sy fhm sy bersyukur badan sy masih bertahan walaupun CD4 sy begitu rendah pada ketika itu... bersyukur sgt2.. disebabkan itu doktor ckp no reason untuk sy melengahkan HAART. bulan september tarikh hari Malaysia sy memulakan HAART. dlm masa yg sama sy jugak memulakan makan ubat untuk menghindari TB. selepas dua minggu, ketika sambutan Aidiladha sy di serang gastrik yang teruk.. diikuti demam panas dan naik bintik2 merah dikulit saya. pada awalnya mak sy bgtau maybe demam campak. sy pergi klinik dr bgtau bukan campak, tapi maybe virus disebabkan panas sgt naik bintik2 merah. tp langkah berjaga-jaga saya ambil juga. asingkan tido dari wife & anak risau berjangkit. selepas 3 hari demam masih xkebah dan bintik merah masih ade. sy pergi ke klinik berhampiran rumah. doktor buat test untuk denggi. result negatif dan menurut doktor maybe virus jugak. esok nye demam masih ade. sy nekad untuk call ID klinik sb lps google2 ade PLHIV yg lain ade simptom yang sama disebabkan ubat HAART. ada yang mmg stop ubat HAART sehingga bintik merah hilang. namun sy tak berani untuk stop. risau kesan lain plk. so biler call dieorg minta sy dtg ke klinik untuk jumpe doktor. sampai di sana saya jumpe doktor yang biasa merawat saya, Doktor Sarah. doktor bgtau i nak u masuk ward. urlllpppp ... masuk ward.... aiyaaa.. sy tanya xblh ke klu xmasuk just monitor dr rumah. sebab kebetulan selang 3 hari sy memang ade appointment untuk berjumpe doktor. doktor bgtau xboleh. i nak monitor u. klu u tak demam ok. tp sebab demam kn monitor secara details. so lebih kurang 5 hari sy warded di sana. dr ujian darah dr ckp ade sedikit kerosakan pada buah pinggang sy may be sebab paint killer yang klinik sebelum ini bg masa sy demam. sy diarah minum air banyak masuk 2 botol air sepanjang di ward. lps tu demam & bintik merah hilang. doktor pakar bgtau die curious pasal bintik merah itu. dalam masa yang sama ade jugak PLHIV yang len mendapat kesan mcm sy. doktor pelik. dia bgtau ubat ni baru. sebelum ni xde kesan mcm tu.so doktor decide untuk tukar ubat sy.

    ReplyDelete
  4. lepas 3 hari discharge sy dtg balik jumpe doktor untuk menentukan ubat HAART baru yang patut sy amik. alhamdulillah. ubat baru ini sesuai dengan sy. xde kesan sampingan lain yg sy hadapi. result ujian darah bulan lepas menunjukkan buah pinggang sy dah back to normal. syukur sgt. sekarang kehidupan sy back mcm asal. berat makin meningkat. selera makan bertambah2. namun kawan & saudara semua ckp sy kurus sgt. untuk pengetahuan abg, berat sy sekarang sekitar 77kg bersamaan berat sy ketika sekolah menengah. berat sebelum ni sekitar 90kg. mana semua xrisau. namun klu ikut berat ideal kini sy sudah mencapai BMI yang sempurna. sy tekad untuk maintain kan berat ni je.. semua baju kerja & baju untuk berjalan kena beli baru. hahahahahaha. ramai kawan cemburu mcm mn sy blh turun kan berat bdn sebegini rupe. sy bgtau xpyh la... seksa... bersyukur la dgn ape yang ade.... bulan depan sy ade appoinment untuk test viral load & CD4 sy. harap2 makin meningkat la CD4 sy...sepanjang mengambil HAART ni sy sekali terlewat makan. sekali terlupa terus. sy begitu menjaga berkenaan ini.wife sy pun sama. setiap kali smpi masa dia akan ingtkan sy.ini la sedikit perkembangan sy abg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zali,

      Alhamdulillah gembira bila dengar Zali semakin sihat, kisah Zali dah hampir sama sikit macam kisah abang dalam bab menerima rawatan HAART ni.

      Abang dulu sebab takut dengan HAART sebab kena makan sepanjang hayat langsung abang tak pergi buat rawatan dah, sampailah bila CD4 abang jatuh sampai 12, baru lah abang terpaksa mulakan HAART. Ketika itu keadaan abang pun teruk rasanya lebih teruk dari Zali. Abang alami batuk berterusan tak sembuh-sembuh, selain dalam mulut naik fungus atau kulat, abang langsung tak mampu nak bergerak sebab nafas dah tak panjang. Orang kata semput tapi abang rasa lebih teruk dari semput. Boleh baca kisah abang dalam entri yang lalu.

      Yup...lepas mula HAART selera makan bertambah-tambah, bila selera makan bertambah apa lagi berat badab pun bertambah lah. Masa tu ada yang kata abang dah gemuk heeee. Tapi biasalah bila buat ujian darah katanya kolestrol abang dah bertambah, sebab tu abang diet, bila diet dengan puasa sunatnya dah jadi kurus. Masa tu semua saudara mara tegur kenapa kurus, muka cengkung, terpaksa lah abang bagi macam-macam alasan.

      Sekarang bila nak naikkan berat badan dah lah tak boleh. Tak pa lah kurus pun okey kan....

      Nasihat abang cuba elakkan stress, dalam apa jua keadaan elak kan stress. Macam abang ni terus terang blog dan facebook memang boleh buat abang stress, banyak pertanyaan yang masuk kalau boleh abang nak jawab semua, tetapi masaalah line internet yang slow sangat buat abang stress, bila line slow nak buat apa pun susah, kadang-kadang nak check dan jawab email pun berjam-jam nak boleh jawab. Semua tu stress, apa lagi CD4 abang mula lah turun dan turun..

      Ditakdirkan line internet rumah abang dah tidak disambung bayar lagi, so sebab tu abang terus abaikan blog dan facebook. Tidak jawab email, tak bukak blog dan approve komen-komen dan tidak balas. Termasuk komen dari Zali dulu tu. Sampai abang bila tengok laptop rasa stress heeee..alhamdulillah sekarang abang dah kurang sikit stress tu...

      Selain tu kita kena excersice jugak, jogging, berbasikal ker, swimming ker dan cukup tidor lah...Alhamdulillah abang doakan kesihatan Zali baik sentiasa. Mudah-mudahan kehidupan Zali dengan wife Lisa bahagia selama-lamanya. Amin. Dan terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan kisah - NajMi

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST