Friday, 11 December 2015

ROSMAN - SEMAKIN BEBAS MENGIKUT NALURI PEREMPUAN...AKHIRNYA JATUH SAKIT TERUK


1 DISEMBER 2015 - Melihat keadaan Rosman (bukan nama sebenar) ketika ini pasti sesiapa pun akan berasa belas. Kurus kering, bagaikan tinggal kulit sahaja membaluti tubuhnya.

Matanya cengkung jauh ke dalam. Kulitnya berubah gelap dan ditumbuhi kudis di sana-sini. Setiap hari dia hanya mampu berbaring di atas katil dan sesekali apabila berasa bosan dia akan duduk sambil merenung ke luar tingkap biliknya.

Beza benar keadaannya berbanding ketika kali terakhir dia dilihat meninggalkan kampung halamannya di utara tanah air kira-kira 15 tahun lalu.

Baru dua bulan Rosman kembali menjejakkan kaki di rumah ibunya selepas ‘menghilang’ tanpa khabar berita gara-gara mahu berhijrah ke Kuala Lumpur selepas habis sekolah untuk mencari kerja.

Kepulangan itu pun selepas ibunya sendiri menyusul ke rumah sewa Rosman apabila menerima panggilan telefon daripada rakan serumah Rosman, Alif.

Alif meminta agar Rosman dibawa balik ke kampung kerana keadaannya semakin teruk, terlantar tidak boleh berjalan.

Melalui Alif, baru ibu Rosman tahu apa yang menimpa anaknya. Selama 15 tahun meninggalkan kampung, ada beberapa kali dia pulang atau menghubungi ibunya bagi memberitahu keadaannya yang sudah bekerja di sebuah butik perkahwinan.

Ibu Rosman tidak terkejut, kerana memang sejak di bangku sekolah anak lelaki bungsunya itu gemar ‘melawa’. Kalau bermain dengan kawan-kawan dia sering meletakkan dirinya sebagai ‘mak andam’.

Perwatakan lembut dan gemar melakukan kerja-kerja perempuan, membuatkan Rosman sering diejek rakan-rakannya sebagai pondan. Atas sebab itu juga yang mendorong Rosman keluar dari kampungnya.

Menurut Alif, memang Rosman bekerja di sebuah butik pengantin yang agak terkenal di Kuala Lumpur dan di situ jugalah mereka berkenalan sehingga menjadi teman serumah.

Tinggal di bandar tanpa sesiapa mengenalinya, Rosman semakin bebas mengikut naluri ‘perempuannya’. Bukan sahaja nama, bahkan penampilannya berubah termasuk dari segi pakaian dan bentuk tubuh badan yang menyerupai wanita.

Menurut Alif, dengan gaji sebagai pembantu butik tidak cukup untuk membiayai keperluan Rosman untuk ‘bertukar’ sebagai wanita termasuk menjalani rawatan pembedahan plastik dan suntikan hormon dan sebagainya.

Rosman atau di kalangan rakan-rakan seangkatannya dikenali sebagai ‘Fifi’ mula terbabit dalam kegiatan-kegiatan ‘gelap’ tidak sihat.

Lima tahun lalu, kesihatannya mula merosot apabila sering jatuh sakit dan kerap mendapat rawatan di hospital.

Walaupun Rosman berahsia tentang penyakitnya, melalui simptom-simptom yang ditunjukkan, Alif mula mengesyaki Rosman mungkin dijangkiti HIV akibat kegiatan tidak sihat termasuk amalan seks rambang dengan bertukar-tukar pasangan sejenis.

Biarpun mendapat rawatan dan bekalan ubat di hospital, keadaan kesihatan Rosman tidak banyak berubah apatah lagi dengan sikapnya yang tidak berdisiplin dalam pengambilan ubat.

Sikap Rosman juga banyak berubah, mula mengasingkan dan menjauhkan diri daripada rakan-rakan. Tidak tahu kenapa, mungkin kerana malu dan berasa rendah diri dengan penyakit yang dihidapi.

Keadaan itu membuatkan dia sehari ke sehari bertambah murung, sehinggalah suatu hari dia jatuh sakit teruk dan terpaksa dibawa ke hospital. Kali ini agak lama juga Rosman ditahan di hospital dan selepas dibenarkan keluar keadaannya semakin teruk sehingga tidak boleh berjalan.


Keadaan itu mendorong Alif untuk menghubungi ibu Rosman yang kemudian membawanya pulang ke kampung dan keadaannya kini bagai menunggu mati. 

Apa yang dilalui oleh Rosman merupakan sekelumit kisah yang membelenggu kebanyakan penghidap HIV/AIDS di negara ini. 


Sumber UTUSAN



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST