Sunday, 6 December 2015

RAHMAT - MENGIKUT HAWA NAFSU MEMANG TAK KE MANA...BILA DAH KENA BARU TAHU APA ITU KESAL


photo hanya hiasan

Tiada siapa yang tahu ketentuan yang telah ditetapkan untuk kita. Tiada siapa yang mahu kehidupan ini berakhir dengan derita apatah lagi menerima berita dihidapi HIV positif mahupun AIDS. Inilah bingkisan hidup yang diceritakan oleh seorang insan kepada penulis dalam kesempatan pertemuan di Surau Dalam Institusi Pemulihan Dadah, Penjara Jelebu sekitar 2010. Walaupun sudah hampir 5 tahun berlalu sewaktu artikel ini ditulis, pertemuan singkat itu amat terkesan buat penulis sehingga ke hari ini.

Kisah Benar Pemuda HIV Positif 

Rahmat (bukan nama sebenar) merupakan seorang pemuda berusia 25 tahun yang menjalani hukuman penjara disebabkan penyalahgunaan dadah. Namun apa yang lebih mendalam adalah kisah yang sanggup dikongsikan sebagai peringatan agar sesiapa jua tidak mengikuti jejak langkahnya. Akibat kesilapan memilih gaya hidup sosial menjadikan beliau HIV positif.

Segalanya bermula selepas tamat peperiksaan SPM. Rahmat tidak lagi berhasrat untuk belajar dan bekerja di sebuah kilang sebagai pembantu stor. Bermula di situ, beliau telah mengenali beberapa rakan sekerja yang mengajaknya untuk tinggal di rumah bujang bersama. Namun alangkah terkejutnya Rahmat setibanya di rumah tersebut kerana mendapati ada beberapa perempuan remaja tinggal bersama.

Pelik tapi benar.. itulah kenyataannya. Setiap hari Rahmat melihat rakan-rakan serumah mereka tidur bertukar-tukar pasangan. Akibat penangan nafsu, Rahmat juga mula hanyut dengan hidangan dunia yang baru dikenali ini. Semenjak itu beliau mula mengorak langkah berbekalkan ‘tips rabak’ rakan-rakan serumah bersama-sama memburu wanita-wanita ‘bohsia’ yang berkeinginan untuk dijadikan teman seks. 

Angkara Nafsu Mengundang HIV Positif Dan AIDS 

Lebih 5 tahun kehidupannya berlarutan seperti itu. Tujuan kerja dan kehidupan hanyalah untuk keseronokan semata-mata. Sehinggalah satu masa Rahmat berkenalan dengan sekumpulan wanita yang sedang bersadai di luar salah satu pusat membeli belah. Ibarat seorang yang profesional mengenali karakter wanita yang bersesuaian dengan mudah mengajak mereka pulang ke rumah.

Perkenalan Rahmat dan rakan serumah dengan kumpulan wanita ini pasti diingati selamanya kerana ia membawa lagi kepada pengalaman baru. Wanita-wanita tersebut mencadangkan penggunaan dadah jenis ganja dan ice agar lebih ‘happening’ dan ‘tahan lama’ katanya… Berhibur dan terus berhibur, ketaksuban hedonisme hingga dunia pun entah ke mana.

Hinggalah selepas dua minggu, rumah mereka telah diserbu polis. Asal serbuan bukanlah disebabkan dadah mahupun seks bebas. Tetapi disebabkan beberapa kes sindiket curi motorsikal yang telah dilakukan oleh salah seorang rakan serumah tanpa pengetahuan yang lain. Ibarat jatuh ditimpa tangga, serbuan tersebut telah menemukan barang larangan dadah serta membunuh kehangatan pesta seks yang sedang berlangsung dengan ghairahnya.

Rahmat bersama-sama semua yang ada di rumah tersebut dibawa ke balai polis kerana secara tidak langsung terkait dengan pelbagai kesalahan yang ada. Ketika dalam lokap, pemeriksaan air kencing dan darah telah dilakukan hinggalah beberapa hari selepas itu Rahmat telah dipanggil oleh pegawai bertugas dan diberitahu bahawa beliau adalah HIV positif. 

Bencana HIV Positif Membawa Penyesalan Diri 

Astagfirullah… sesalnya jiwa Rahmat ketika itu namun segalanya sudah terlambat. Hanya penyesalan kepada Illahi jua dipanjatkan sehingga kini. Bersadarkan penghakiman mahkamah, Rahmat didapati bersalah atas kesalahan memiliki dan menyalahgunakan dadah serta dipenjarakan selama 6 tahun. Beliau tinggal berasingan bersama-sama penghuni HIV / AIDS lain dengan penuh penyesalan. Punca dari siapa HIV Positif itu tidak beliau ketahui… apa yang pasti bukanlah disebabkan dadah tetapi disebabkan gaya hidup sosial dan nafsu seks bebas yang telah berlanjutan sekian lama.

Itulah sketsa kehidupan…bagi saya banyak lagi kisah yang jauh lebih teruk dari itu pernah saya tahu berlaku dalam masyarakat kita sendiri. Pesan Rahmat masih diingati. “Mengikut hawa nafsu memang tak ke mana… bila dah kena baru tau apa tu kesal...” Kisah hitam sepertimana yang diceritakan kepada saya ini tidak mampu untuk Rahmat ceritakan kepada ibu bapanya sendiri sampai bila-bila pun.

Bersama kita mendoakan agar diberi ketabahan kepada pemuda ini dalam mengharungi kehidupan sebagai pengidap HIV Positif. Semoga Allah jua mengampunkan segala dosa-dosanya… aamiin. 

Kisah pemuda HIV Positif AIDS ini amat terkesan dalam diri ini, lantas saya panjangkan dengan izinNya sesuai dengan tujuan asas wujudnya blog ini sebagai iktibar peringatan bersama. Tidak dapat dibayangkan bagaimana reaksi sendiri jika menempuh kehidupan sosial seperti itu ketika usia baru menempuh alam remaja. Semoga kita dan kesemua insan yang kita sayang dan cintai sentiasa dijauhkan dari noda kehidupan seperti ini…  

Penghargaan :
Ustaz Sjn Aziman
Unit Halaqah, Surau Dalam,
Institusi Pemulihan Dadah Jelebu
Jabatan Penjara Malaysia


Sumber dari KHIR KHALID



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST