Wednesday, 9 December 2015

PUAN ANNE K - SUAMI GAY, SAYA BETUL-BETUL KELIRU


Assalamualaikum.

Saya ingin memohon pandangan apa yang patut dilakukan oleh seorg isteri apabila mengetahui suami saya adalah seorang "bekas gay" dan seperti yang diketahui umum, mereka akan mengatakan naluri itu sentiasa ada sejak kecil hingga sekarang dan hanya dipendam.

Untuk pengetahuan, kami telah berkahwin selama 2 tahun setengah dah telah dikurniakan seorang putera berumur setahun setengah. Ia adalah perkahwinan suka-sama suka yang direstui keluarga. Kami diperkenalkan oleh seorg saudara perempuan yg mengenali suami saya sejak sekolah menengah. Sepanjang perkahwinan, suami melayan saya dengan baik dan tidak pernah secara terang-terangan menunjukkan perilaku yang mencurigakan.  Beliau juga mengamalkan rukun Islam dan baik dengan keluarganya dan keluarga saya.

Sehinggalah hujung tahun lepas saya mula merasakan sesuatu yang berlainan dengan perhubungan kami yang menyebabkan saya memeriksa HP beliau dan terjumpa sms mencurigakan antara beliau dengan seorang kawan lelaki. 

Setelah beberapa kali bertanyakan mengenai perhubungan beliau dengan kawan tersebut, beliau mula berubah dan bersikap kasar dan dingin di rumah. Kerana merasakan sesuatu yang tidak enak akan perhubungan "kawan" itu, saya meminta dia memutuskannya tetapi bersungguh-sungguh dia mempertahankan kawan tersebut sehinggakan membawa kawan tersebut beberapa kali ke outstation, membelikan hadiah dan pelbagai lagi.

Kerana berasa tidak senang dengan perilaku tersebut saya ada berjumpa doktor psykiatri dan ustaz di JAWI. Kami mempunyai syak yang sama, namun suami awalnya menidakkannya.

Akhirnya, minggu ini suami mendedahkan bahawa sejak kecil beliau mempunyai perasaan istimewa terhadap lelaki yang cuba dibendungnya selama 34 tahun. Suami pernah di"layan" semasa di sekolah berasrama yang menyebabkan perasaannya semakin menebal terhadap kaum lelaki. 

Walau bagaimanapun, suami saya enggan mendedahkan adakah beliau telah betul-betul berhenti dari perbuatan tersebut. Katanya, dia tahu semua itu berdosa dan akan bertaubat setiap kali pun. Sungguh-sunguh saya memohon dia berubah dan meninggalkan kawan-kawannya yang masih aktif dalam perhubungan tersebut tetapi dia menegaskan bahawa mereka adalah kawan baiknya tempat dia berkongsi masalah.

Bagi saya, untuk bertaubat dan berubah, suami perlu betul-betul meninggalkan kehidupan tersebut sepenuhnya. Sekarang, suami seperti enggan ada physical contact, tapi katanya dia masih mencintai saya. 

Namun setelah membaca kisah2 PLU/gay, mereka kebanyakkan tiada perasaan terhadap wanita. Kalaupun ada contact sebelum ini, mungkin dibayangkan bersama "orang lain"? Benarkah begitu? Tidakkah wanita dapat menaikkan nafsu mereka langsung? Setahu saya, "sex" adalah benda utama dalam fikiran lelaki.. Bagaimana pulanya dengan lelaki "gay"?

Perempuan tidaklah mudah terpikat dengan mana-mana lelaki apatah lagi berfikiran nakal... tetapi nampaknya.. golongan "gay" seperti terpikat sahaja dengan mana-mana lelaki "sado". Adakah mereka akan berimiginasi nakal setiap kali? bagaimanakah lelaki "gay" melampiaskan kehendak alami mereka sekiranya sudah tidak "aktif" dalam kegiatan ini? Adakah dengan bermasturbasi?

Susah untuk saya hadapi semua, tetapi tanpa kerjasama suami, bagaimana saya dapat membantunya? Aduh....Adakah saya perlu terus membantu dan berdoa semoga Allah memberi hidayah padanya? Adakah saya mempertaruhkan keselamatan anak-anak dalam mempertahankan perkahwinan ini? 

Mohon pandangan dan nasihat. Saya betul-betul keliru dan tersepit antara insight saya, norma masyarakat, kasih saya terhadap dia, kasihan anak-anak.

PUAN ANNE K


Salam,

Bergantung pada seorang lelaki gay itu, ada yang masih boleh mengawal nafsu ada yang tidak. Tapi saya boleh katakan kebanyakan lelaki gay akan sentiasa berimiginasi terhadap kaum sejenis sama ada belum mahupun yang sudah berkahwin. Sama ada mereka ada melakukannya walaupun selepas berkahwin bergantung pada iman dan takwa mereka. 

Agak sukar nak menjangka aktiviti terutama dikalangan suami gay (biseksual) yang luarannya nampak teramat sangat beriman, kerap ke masjid kerana sebagai umat Islam terutamanya godaan syaitan itu berada dimana-mana malah adakala dugaan itu datang dari dalam masjid itu sendiri. Seperti saya kata seorang lelaki gay itu hanya boleh mengawal nafsu, tidak lagi terlibat dalam aktiviti seks sejenis sekiranya dia punya iman dan takwa yang kukuh.

Buat masa ini Puan terus berdoa agar Allah mengubah perasaan suami itu atau sekurang-kurangnya dia takut untuk aktiviti itu lagi. Sekiranya masih tidak ada perubahan saya harap Puan berjumpa dengan kaunselor, mereka yang berkaitan dalam hal ehwal rumah tangga bagi menyelesaikan masaalah ini.

Saya harap ada pembaca yang membaca luahan Puan ini meninggalkan komen nasihat buat Puan nanti. - NajMi



2 comments:

  1. Kak, kalau masih kuat untuk bertahan, bertahan la. Saya yakin dia juga terseksa sebab tak dapat bahagia kan akak. Sayangi diri sendiri dahulu
    * bercerita dari pengalaman

    ReplyDelete
  2. Sesorang gay tidak pernah terpikir ingin jd gay. Mereka juga ingin menjadi lelaki normal.. Tetapi apakandaya, sdh terjebak.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST