Friday, 11 December 2015

PEKARA PERTAMA PERLU DILAKUKAN PENGHIDAP HIV ADALAH BERKONGSI MASAALAH


MENUJU SIFAR - AKHIRI AIDS, MULAKAN SEKARANG - 2015

1 DISEMBER 2015 - Tidak dinafikan dahulu masyarakat kurang memahami tentang HIV/AIDS menyebabkan berlakunya stigma dan diskriminasi terhadap individu yang dijangkiti. Kebanyakan mereka takut hendak bergaul dengan penghidap kerana bimbang akan dijangkiti.

Namun zaman kian berubah, ilmu semakin berkembang dan masyarakat mempunyai pemahaman yang jelas tentang penyebaran HIV/AIDS.

Apabila masyarakat mula menerima golongan ini, ada dalam kalangan penghidap HIV/AIDS pula masih terkongkong dengan stigma di dalam diri sendiri, sekali gus menyekat keinginan mereka untuk menjadi seperti manusia normal dan terus berada dalam dunia gelap yang dicipta sendiri.

Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit) dan Ketua Sektor (HIV/STI) Kementerian Kesihatan, Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, kempen kesedaran yang dijalankan oleh pelbagai pihak sedikit sebanyak membantu mengikis pandangan stigma masyarakat terhadap penyakit HIV/AIDS.

Namun katanya, keadaan tetap menjadi sama jika penghidap sendiri tidak tampil untuk menangani masalah mereka.

“Jika dahulu, pesakit yang didiagnosis dengan virus HIV bimbang akan kesihatan mereka kerana menganggap penyakit tersebut mengakibatkan jangka hayat yang pendek.

“Namun dengan adanya kemajuan teknologi perubatan dan penemuan ubat-ubat yang mujarab, penghidap boleh menurunkan paras virus yang dijangkiti ke tahap yang paling rendah sehinggakan tidak boleh dikesan langsung.

“Dengan pengambilan ubat-ubatan secara berterusan yang diberi percuma di hospital kerajaan, penghidap diberi peluang kedua untuk menjalani kehidupan yang normal dan ini tidak bermakna jangkitan tersebut menjadi pengakhiran kepada kehidupan mereka,” katanya ketika ditemui di pejabat Bahagian Kawalan Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya, baru-baru ini.

Ujarnya, hampir 62 peratus penghidap HIV/AIDS mempunyai persepsi negatif di dalam diri mereka sendiri dengan menganggap diri sudah tidak berguna, menyalahkan diri sendiri, rasa dibenci masyarakat, dan hanya memencilkan diri tanpa melakukan apa-apa usaha untuk menangani masalah mereka.

“Apabila mempunyai perasaan seperti ini, sebenarnya hanya merugikan mereka sahaja. Rasa malu yang menebal menyebabkan mereka tidak berkongsi masalah lalu mengabaikan keperluan rawatan yang sepatutnya boleh mengurangkan jangkitan.

“Mereka juga sepatutnya boleh meneruskan kerjaya seperti biasa, tetapi dengan mengurung diri dan tidak bercampur dengan masyarakat, hanya menyebabkan berlakunya kemurungan yang akan menjejaskan sistem imunisasi di dalam badan dan seterusnya mengganggu kestabilan kesihatan mereka,” katanya.

Menurutnya lagi, perkara pertama yang perlu dilakukan penghidap virus HIV adalah dengan berkongsi masalah. Sekurang-kurangnya mereka perlu memberitahu orang paling rapat yang boleh dipercayai. Ini akan mengurangkan sedikit beban rasa yang dipikul, selain segera mendapatkan rawatan melalui klinik-klinik kerajaan atau swasta.

Benar kata mereka, orang yang tidak pernah dijangkiti tidak mungkin memahami penderitaan yang dirasai mereka, namun penghidap boleh berkongsi masalah melalui kumpulan sokongan daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Kumpulan sokongan ini biasanya terdiri daripada orang yang turut sama dijangkiti kerana masing-masing melalui perkara yang sama dan perlu belajar cara untuk menangani masalah dengan betul.

“Kumpulan ini cukup optimis dan dapat menjalani kehidupan yang sempurna walaupun mereka turut sama melawan virus tersebut,” katanya.

Dr. Sa’ari mengakui, kebanyakan penghidap HIV/AIDS bimbang jika mendedahkan status kesihatan diri kepada orang lain hanya menimbulkan perasaan tidak selesa dan kurang yakin, untuk berhadapan dengan situasi sebegitu.

Mereka takut akan berlaku diskriminasi sosial, kehilangan tempat bergantung, menggugat hubungan dengan pasangan dan kehilangan punca mata pencarian, apatah lagi untuk memberitahu perkara sebenar kepada ibu bapa, adik-beradik dan sahabat.

“Pandangan ini yang perlu kita keluarkan dalam diri mereka. Tiada gunanya berdiam diri dan penghidap sepatutnya berusaha mencari maklumat tentang penyakit dihidapi daripada doktor, bahan ilmiah, mahupun NGO.

“Kita sudah ada ubat tetapi kerana terlalu takut dengan trauma layanan masyarakat umum, penghidap HIV/AIDS terus bersembunyi,” ujarnya.

Akhiri AIDS, mulakan sekarang

Hari AIDS Sedunia yang disambut setiap 1 Disember diteruskan sebagai simbol kesedaran terhadap penyakit AIDS dan sebagai usaha untuk mendapatkan kerjasama semua pihak bagi menangani dan melawan penyakit AIDS dan stigmanya daripada terus menjadi ancaman besar kepada masyarakat.

Dr. Sha’ari berkata, objektif yang diketengahkan masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya, namun beliau berharap negara boleh mengurangkan kadar kes baharu sehingga di tahap 800 kes dan ke bawah. Statistik terkini menunjukkan negara mencatatkan sebanyak 3,000 jumlah kes setiap tahun.

“Dengan slogan Menuju Sifar : Akhiri AIDS, Mulakan Sekarang, saya percaya suatu hari nanti, negara kita berjaya mencapai sasaran ini. Sekarang pun kita berusaha untuk terus melawan ancaman ini dengan mengadakan pelbagai program dan kempen kepada semua kelompok masyarakat,” katanya.

Tambahnya, dalam menangani perkara ini, semua orang perlu terlibat sama ada mereka sudah dijangkiti HIV/AIDS atau belum, mempunyai pasangan yang telah dijangkiti, atau sesiapa sahaja.

Namun, pihaknya menyasarkan kumpulan berisiko sebagai sasaran utama bagi memberikan penekanan terhadap usaha menentang penularan virus dan meningkatkan pemahaman umum akan keberkesanan rawatan terapi anti retroviral.

Kumpulan berisiko yang terdiri daripada mereka yang berkongsi jarum dadah, lelaki yang berpasangan dengan lelaki, wanita yang melacurkan diri, dan kumpulan ‘maknyah’ yang terlibat dalam pelacuran perlu dibantu daripada pelbagai segi.

“Bagi penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan, kami menggalakkan mereka menjalani program pengurangan mudarat melalui terapi penggantian methadone dan pemberian jarum suntikan percuma. Manakala bagi kumpulan gay, maknyah, atau pelacur pula, jika mereka tidak kembali ke pangkal jalan sekurang-kurangnya boleh melakukan hubungan seksual dengan cara yang selamat iaitu dengan penggunaan kondom,” katanya.

Menurut beliau, pencegahan masih menjadi langkah utama untuk mengawal penyebaran HIV dan penularan AIDS, tetapi jika dijangkiti, pengesanan awal amat penting untuk mengawal dan tidak menyebarkannya kepada orang lain.

Walaupun generasi muda dilihat mudah menerima dan memahami situasi mangsa HIV/AIDS, beliau berharap stigma dan diskriminasi dapat terus ditangani bermula daripada ahli keluarga dan teman rapat penghidap.

Pendidikan berterusan, pemahaman moral, ajaran agama, dan langkah pencegahan bersama diharap dapat melindungi masyarakat daripada terus diancam virus ini.

Sumber UTUSAN



1 comment:

  1. Healing from HIV-AIDS, i never taught dr.abegbe who could ever get my HIV-AIDS cured with his healing spell, i have tried almost everything but i couldn't find any solution on my disease, despite all these happening to me, i always spend a lot to buy a HIV drugs from hospital and taking some several medications but no relieve, until one day i was just browsing on the internet when i come across a great post of ! Williams Fran-ca who truly said that she was been diagnose with HIV and was healed that very week through the help of these great powerful healing spell doctor, sometime i really wonder why people called him Baba ABEGBE i never knew it was all because of the great and perfect work that he has been doing that is causing all this. so i quickly contacted him, and he ask me some few questions and he said a thing i will never forget that anyone who contacted him, is always getting his or her healing in just 6 hours after doing all he ask you, so iwas amazed all the time i heard that from him, so i did all things only to see that at the very day which he said i will be healed, all the strength that has left me before rush back and i became very strong and healthy, this disease almost kills my life all because of me, so i rush to hospital for the final test. So the disease and the doctor said i am HIV negative, i am very amazed and happy about the healing DR.ABEGBE gave to me from the ancient part of Africa, you can email him now for your own healing too at DR.ABEGBESPELLHOME@HOTMAIL.COM OR DR.ABEGBESPELLHOME@GMAIL.COM

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST