Wednesday, 9 December 2015

NORA - BIMBANG HENDAK BERITAHU ANAK SULUNGNYA MENGENAI STATUS HIV MEREKA BERDUA



DIHINA DAN DISISIH MASIH ADAKAH SINAR BUAT PESAKIT HIV/AIDS?

November 29, 2015 - NORA (bukan nama sebenar), 37, mengeluh memikirkan beberapa minggu mendatang. Akhir bulan Disember ini, dia perlu berhadapan dengan situasi paling sukar dalam hidupnya. Ibu kepada tiga anak itu bergelut memikirkan bagaimana hendak memberitahu anak sulungnya yang berusia 12 tahun bahawa dia mempunyai HIV.

"Saya tunggu dia habis UPSR dulu, selepas itu saya akan beritahu dia," katanya sambil membayangkan masa paling sesuai untuk mendedahkan perkara sebenar bahawa anaknya itu juga mewarisi virus berkenaan daripadanya ketika dalam kandungan lagi.

Ditanya bagaimana 'rahsia' itu disimpan sekian lama, katanya setiap kali anaknya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan, doktor akan menjelaskan bahawa dia mempunyai masalah sistem imun badan dan perlu makan ubat setiap hari bagi melawan virus daripada menyerang tubuhnya. Namun Nora yang kini bekerja dengan Majlis AIDS Malaysia mengesyaki anaknya mungkin sudah mula menyedari akan keadaan kesihatannya.

"Saya pernah beberapa kali membawa anak saya ke seminar dan program berhubung HIV/AIDS ketika bekerja dan dia pernah menanyakan mengapa ubat-ubatan yang dipamerkan sama seperti ubat yang diambilnya," kata Nora.

Biarpun bimbang anaknya mungkin tidak dapat menerima hakikat itu, Nora bertekad memberitahu perihal sebenar kepada anaknya yang bakal memasuki alam remaja itu.

"Anak saya suka bersukan, jadi lebih baik dia tahu supaya pandai menjaga dirinya sekiranya cedera atau luka. Dia juga ada menyatakan hasrat mahu memasuki sekolah berasrama, jadi dia kena tahu menjaga pengambilan ubatnya."

Di sepanjang usia mereka, Nora dan anaknya perlu memakan ubat antiretroviral bagi mengawal virus HIV dan memastikan bilangan virus dalam darah berada pada paras terendah. Malah dengan pengambilan ubat berkenaan, Nora boleh menjalani kehidupan seperti biasa. 



HIV/AIDS tidak mengenal mangsa

Nora dijangkiti HIV lebih 13 tahun dahulu daripada suaminya seorang pengguna dadah. Hanya seorang wanita biasa yang taat kepada suaminya, Nora tidak pernah sesekali menyangka akan dijangkiti penyakit itu, apatah lagi mewariskan virus itu kepada anaknya tanpa disedari.

"Saya hanya mendapat tahu bahawa suami saya menghidap HIV apabila dia sakit teruk akibat penyakit tibi dan perlu mendapatkan rawatan di hospital.

"Ketika itu, dia mengaku bahawa dia sebenarnya menghidap HIV," katanya sambil mengimbau kembali detik hitam yang telah mengubah hidupnya buat selama-lamanya.

Hancur luruh hatinya apabila diberitahu doktor bahawa dia turut dijangkiti virus berbahaya itu.

"Apabila saya diberitahu saya juga dijangkiti HIV, ia satu kejutan yang sangat besar kepada saya. Serta-merta saya berasakan bahawa kehidupan saya akan datang telah musnah, padam. Saya hanya ingat kematian sahaja.

"Perasaan sedih, marah dan kecewa yang tidak terkata terhadap apa yang suami saya lakukan sehingga menyebabkan saya turut dijangkiti."

Sepanjang masa dia memikirkan bagaimana dirinya tidak sedar akan perubahan dalam tingkah laku suaminya.

"Saya langsung tidak tahu dia mengambil dadah sehingga setahun berkahwin dia mula menunjukkan tanda-tanda selalu balik lambat dan ada kawan-kawan yang tidak dikenali yang tidak sedap mata memandang mula datang ke rumah untuk mengajaknya keluar."

Sering kali dikaitkan dengan imej penagih dadah, pekerja seks atau pelaku seks bebas, Nora yang hanya mahu menjadi isteri dan ibu yang baik tidak pernah menduga AIDS akan menjengah hidupnya.

"Daripada sekolah lagi kita dididik tentang apa itu HIV, apa itu AIDS. Ia dikaitkan dengan kematian, masalah moral hubungan seks, hisap dadah dan bagi saya, saya tak peduli kerana benda itu tidak mungkin berlaku dalam diri saya sebab saya seorang yang baik... saya bukan jenis macam itu," katanya lagi.
 


Saat paling gelap

Setelah suaminya meninggal dunia akibat AIDS, Nora bagaikan putus asa dan hanya diselubungi kemurungan. Enggan makan dan minum, kesihatan Nora bertambah teruk dan berat badannya menyusut.

"Setiap hari saya hanya terlantar di atas katil. Keadaan kesihatan saya amat teruk ketika itu, hanya tinggal tulang dan kulit. Saya tidak mahu makan atau minum, saya tidak fikir tentang anak saya. Saya hanya menunggu mati."

Namun sesuatu berlaku kepada dirinya apabila suatu hari terdengar cemuhan saudara-mara yang dilontarkan kepada kedua ibu bapanya.

"Ketika itu mak dan ayah telah memanggil keluarga, saudara-mara termasuk dari pihak mertua untuk datang ke rumah membaca surah Yasin untuk saya.

"Seorang saudara daripada pihak suami datang tetapi duduk dalam kereta dan enggan masuk ke rumah kerana bimbang dijangkiti. Dia mula mencemuh ibu bapa saya kerana tidak tahu mendidik saya menjadi orang baik sehingga menghidap HIV."

"Saya mendengar semua kata-katanya yang cukup tajam. Saya rasa marah dan tidak tahu mengapa, tetapi tiba-tiba badan saya rasa sejuk dan saya bangun dari katil dan terus menegur orang itu bahawa saya telah dijangkiti suami dan tiada kena-mengena dengan cara saya dididik."

Selepas kejadian itu, Nora tekad untuk menjadi sihat dan meneruskan hidupnya demi anak dan ibu bapanya.
 


Hidup mesti diteruskan

Walaupun diuji dengan HIV, Nora tetap menyimpan impian mendirikan rumah tangga dan memiliki keluarga besar. Namun dirinya sering bergelut dengan konflik dalaman: "Siapa yang mahukan seorang penghidap HIV?"

Apabila dipertemukan seorang lelaki yang ingin memperisterikannya, Nora pula memikirkan halangan yang bakal ditempuhi.
"Saya fikir suami isteri pastinya akan melakukan hubungan intim dan beliau pula masih bujang, pastinya mahukan zuriat. Jadi persoalan-persoalan ini sering bermain dalam fikiran."

Dengan sokongan daripada rakan-rakan dan doktor, Nora mula melihat impiannya itu tidak mustahil.

"Saya bekerja di tempat yang betul dan dipertemu pula dengan lelaki yang bekerja dalam bidang sama iaitu NGO membantu mereka yang hidup dengan HIV/AIDS.

"Rakan-rakan saya juga memberi contoh mereka yang HIV positif, berkahwin dengan HIV negatif dan mempunyai anak. Doktor pula berkata dengan keadaan kesihatan yang baik, saya boleh mengandung sementara masih muda."

Nora berkahwin semula dan dikurniakan dua lagi cahaya mata. Dengan ubat dan rawatan, virus HIV dalam badannya dapat dikawal pada tahap yang amat rendah. Sehingga ini, kedua-dua anaknya termasuk suaminya masih HIV negatif. Percaya ada hikmah di sebalik apa yang telah berlaku pada dirinya, Nora kini hanya mahu melihat ke hadapan.

"Saya melihat kawan-kawan yang mempunyai HIV kebanyakan mereka disisihkan, tetapi saya agak bertuah kerana ada sokongan yang kuat dan positif daripada keluarga. Mereka yang banyak membantu saya untuk bangun dan terus berjuang untuk hidup," kata Nora.

Biarpun masih belum ada penawar bagi AIDS, namun dengan bantuan ubatan dan penjagaan kesihatan yang optimum, seseorang yang dijangkiti HIV boleh menikmati jangka hayat yang normal.


Oleh Tan Su Lin
Sumber AstroAwani 




4 comments:

  1. Nora, anda adalah seorang wanita, isteri dan ibu yang hebat. Saya doakan semoga anda diberi kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Allah. Najmi, terima kasih kerana konsgi kisah Nora kat blog Najmi. 

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kongsikan kisah yg memberi inspirasi Ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih kerana membaca

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST