Sunday, 6 December 2015

MOHD AZAM - KENAPA SAYA TIDAK DIBERI HAART SEDANGKAN CD4 SAYA DIBAWAH 100?


Salam Abang Najmi. 

Saya baru lagi tahu yang saya telah dijangkiti HIV. Dan banyak benda saya tidak tahu. Sekarang saya cuma buat apa yang doktor sarankan sahaja. Saya cuma tertanya-tanya kenapa doktor tidak bagi ubat retroviral tu pada saya lagi sedangkan CD4 saya telah berada dibawah 100 dan apa yang saya perlu buat dalam tempoh tu? Buat masa sekarang doktor hanya bagi satu jenis ubat sebagai traning iaitu ubat antibody. Saya nak tanya ada effect apa-apa tak sekiranya saya lambat mengambil ubat retroviral seperti AIDS. Saya risau.

MOHD AZAM
Sunday, December 06, 2015 7:31:00 a.m.



Salam Azam,

Sebelum makan ubatan HAART, semua PLHIV baru perlu melatihkan diri dengan menelan ubatan lain seperti pil vitamin, supaya apabila kita telah mula menelan HAART kita mampu mendisiplinkan diri serta taat menelan tepat pada waktunya. HAART perlu diambil sepanjang hayat, kita tidak boleh kerap lupa atau lewat menelannya, sebab jika ini berlaku kemungkinan kesan ubatan tersebut pada diri kita akan hilang (tak berkesan lagi). Sekiranya sudah tidak berkesan maka kita terpaksa menelan ubatan jenis lain (ubatan peringkat kedua) yang berkemungkinan besar kita terpaksa membayar kos ubatan tersebut.

Buat masa ini, abang nasihatkan agar Azam dengar dan patuh nasihat dari doktor, latihkan diri menelan ubatan (antibody) yang diberi, telan tepat pada waktu dan jangan sesekali terlewat atau lupa menelannya. Azam perlu berfikiran positif dan elak dari stress dan fikir yang bukan-bukan. Untuk pengetahuan Azam abang mula menelan HAART ketika CD4 abang tinggal 12, walaupun 12 abang juga terpaksa mebiasakan diri dengan menelan pil vitamin (mengantikan HAART) terlebih dahulu, selama hampir 3 minggu sebagai latihan.


Effect jika lambat menelan HAART - tentu lah ada. Kita mungkin akan mengalami batuk berpanjangan, alami pneumonia atau TB atau naik kulat atau fungus didalam mulut. (penyakit-penyakit ini dikenali sebagai jangkitan opportunistik). Masaalah ini biasanya berlaku kepada mereka yang langsung tidak mendapat rawatan serta pengawasan dari doktor pakar atau dengan kata lain mereka yang enggan medapatkan rawatan.

Dalam kes Azam, doktor akan memberi masa tertentu untuk Azam melatihkan diri menelan ubatan (antibody) sebelum memberi ubatan HAART. Sekurang-kurangnya selama 3 minggu bergantung pada tahap kesihatan seseorang PLHIV itu. Abang percaya dalam beberapa minggu lagi doktor akan memberi Azam ubatan HAART yang sebenar. Abang yakin doktor yang merawat Azam tahu apa yang terbaik buat Azam, tak kan lah dia nak biarkan Azam mendapat penyakit-penyakit opportunistik itu kan. - NajMi




Salam Abg najmi. 

Saya Faham apa yang Abg najmi katakan. Dan saya memang mengambil berat pasal timing ubat yang saya Makan sekarang. Doktor Sarankan pada jam 11am-11pm. Masuk hari ini, hari ke-3 Dapat lakukanya dan telah Makan ubat antibody(traning) ikut masa. 

Menjadi kemuskilan saya Dan merisaukan saya Sekarang adalah beberapa hari ini badan saya Ada keluar bintik bintik merah,sedikit gatal,Sakit kepala tersangat,berdenyut Dan saya rasa lemah Dan tak bermaya. Adakah Simpton yang saya alami tanda awal kepada penyakit AIDS. Kesan daripada kelewatan pengambilan ubat HAART tersebut. Sedangkan tempoh traning ubatan yang doktor Bagi lebih kurang 3 Minggu dari 3/12/15. Tempoh itu Amat merisaukan saya. 

Setiap hari saya jalani kehidupan saya sebagai student IPT sangat merisaukan. Kalau Abg najmi Nak Tahu. Saya Dan seorang Teman je Tahu keadaan saya macam ini. Kedua orang tua mak,ayah Dan adik -beradik saya Langsung tidak saya bagitahu. Saya malu,takut dibuang,disisihkan dan Paling takut Kalau orang kampung(jiran) Tahu saya menconteng arang keluarga. 

Untuk pengetahuan Abg najmi. Saya mengetahui saya PLHIV setelah saya check darah. Diklinik di sebabkan Ada ketumbuhan(kayap) Dekat Tangan saya. Masa result kuar setelah beberapa jam ambil darah. Result reactive. Masa tu hanya tuhan je Tahu. Masa tu menyesal tidak sudah. Dalam hati,fikiran saya. Ya Allah, Aku hina,Aku kotor macam macam saya fikiran.. Ya Allah. Masa to saya rasa macam Nak mati. Nak lari Dari Semua org. 

Kalau Abg Nak Tahu umur saya Baru 23thn. Humm.. Setiap hari saya fikir Hal Hal mendatang.. Final year(degree) yang perlu saya habiskan. Masa kerja Nanti. Menjadi ketakutan saya adalah macam mane Nak masuk bidang perkerjaan(permulaan) risau pasal medical checkout(Amat merunsingkan) saya memikir. 

Saya harap Abg najmi dengar Luahan hati saya ini. Banyak benda yang saya Nak Tahu. Sebab saya muda lagi. Oh Ye. Pemakanan yang sihat juga Amat Susah Nak saya amalkan. Sebab Makan tidak menentu Dan sering Makan dikedai. Adakah memberi kesan ? 

MOHD AZAM
Monday, December 07, 2015 12:43:00 a.m.


Salam Azam,

Azam dimana ni? Jika di KL mungkin abang boleh cuba hubungkan dengan rakan abang disana. Okey..sekiranya Azam ada mengalami masaalah seperti bintik2, sebaiknya Azam pergi ke hospital diklinik HIV tu jumpa doktor atau nurse dan beritahu masaalah yang Azam alami tu. Abang yakin doktor akan segerakan rawatan HAART. Buat masa ni kalau Azam masih nak rahsiakan dr pengetahuan keluarga..teruskan rahsia. macam abg dah dekat 10 tahun tinggal dengan keluarga..keluarga tak tahu masaalah yg abg hadapi ketika ini.

Usah fikir yang bukan2 seperti dah memalukan keluarga dan sebagainya, sebab pekara dah berlaku, Azam kena pandang kehadapan.

Makan di kedai tu boleh kalau terpaksa tapi kena pandai pilih, selain elak minum minuman bergas contohnya. Minum air masak, lebih sikit minum tu. Elak makan makanan segera boleh makan tapi kurangkan buat masa ni. Excersice sikit petang2 jogging ker.

Buat masa ni Azam pergi lah ke klinik jumpa doktor tak perlu nak tunggu appoitment akan datang tu. Nanti abang boleh cuba hubungkan Azam dengan rakan PLHIV yang lain dan Azam boleh berhubung melalui fb bagi mendapatkan nasihat, pandangan berkaitan pengajian dan pekerjaan serta bantuan sokongan yang lain. 


Cuba jangan risau sangat ya - NajMi



4 comments:

  1. Anonymous yang ada tinggalkan komen di sini MAAF banyak2 sebab saya terdelete tanpa sengaja komen anda sehingga tidak dapat di kesan, termasuk semua komen yang masuk sejak bulan 4 2015 lalu - NajMi

    ReplyDelete
  2. Ada kwn sekitar putrajaya x?sy baru saja buat rapid test..mmg reactive & sy yakin sy positive..sy blur..xtau nk buat apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, cuba hubungi saudara luka rafieqa, check dalam entri2 yang terbaru, luka rasanya ada ramai kawan, mungkin dia boleh hubungkan saudara dengan rakan plhiv yang mungkin ada di putra jaya, atau klik di hubungi nomber ini jika anda mempunyai masaalah...sebelah kanan blog ini utk dptkan no Luka Rafieqa

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST