Friday, 25 December 2015

MENGAPA RAWATAN ANTIRETROVIRAL (ART) BEGITU PENTING?


Rawatan Antiretroviral (ARV) telah mengubah hidup jutaan orang di seluruh dunia selama ini. Mengapa ARV begitu penting? Kerana ubat itu merupakan satu-satunya kaedah rawatan yang dikenali boleh mengawal penyakit yang kita sebut HIV AIDS.

Bagaimanakah ARV boleh mengubah hidup seseorang?

Tanpa rawatan, harapan hidup seorang pesakit HIV positif hanya mampu bertahan sehingga 10 tahun sahaja dan mereka juga akan mengalami kualiti hidup yang buruk ditambah dengan adanya pelbagai jangkitan virus dan bakteria lain, seperti flu. Tapi dengan bantuan ARV, cara makan dan cara hidup sihat, harapan seorang pesakit HIV hidup dengan sihat akan meningkat menjadi lebih 20 hingga 30 tahun ke depan!

Sementara para penyelidik kini sedang bekerja keras dalam rangka mencari ubat untuk penyakit yang disebabkan oleh virus ini, para pesakit HIV / AIDS tak perlu berkecil hati kerana penyakit ini sudah dapat ditangani dengan jayanya sehingga pengaruhnya terhadap usia dan kualiti hidup sudah setara dengan penyakit kronik yang tak berjangkit lain seperti misalnya kencing manis dan darah tinggi.

Makanlah ubat sesuai dengan jadual!

Jika anda sedang menjalani rawatan ARV, adalah sangat penting bagi anda untuk selalu mengikuti jadual makan ubat. Jangan sesekalipun melewatkan waktu makan ubat, elakkan diri anda daripada terlupa, atau sengaja menghentikan rawatan tanpa berunding dengan doktor terlebih dahulu. Hal ini akan menyebabkan virus akan menjadi kebal terhadap ubat ARV anda.

Tetapi rawatan ARV saja belum memadai

Penggunaan ARV sendiri sebenarnya belum cukup untuk membawa anda bertahan hidup hingga 30 tahun ke depan. Rawatan ARV harus diikuti juga dengan perubahan gaya hidup yang lebih sihat, seperti: 

- Perubahan apa yang anda makan dan bagaimana anda memakannya,
- Sejauh mana cukupnya pegerakan tubuh anda (senaman)
- Tetap berfikiran positif, tenang dan mampu mengawal emosi.

Hentikan tabiat merokok anda

Semua ini dapat membina sistem kekebalan tubuh anda, atau malah mengubahkannya. Serangan virus HIV adalah kepada sistem kekebalan tubuh anda, dan jika ianya diserang dan sistem itu bertambah buruk anda akan mula memasuki fasa AIDS, yang pastinya khabar buruk bagi anda! Sekiranya anda memilih gaya hidup yang tidak sihat, akan menyebabkan tekanan kepada sistem kekebalan tubuh anda, ini akan memudahkan HIV untuk menguasai hidup anda. Dengan melakukan sebaliknya, anda secara proaktif dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh anda dan virus pun bukan masalah lagi buat anda.

Anda tidak sendirian

Ramai tokoh dunia yang menghidap HIV AIDS dapat memberi motivasi kepada anda, untuk terus bersemangat, sihat dan ceria menjalani kehidupan selamanya.


Magic Johnson, adalah seorang pemain bola keranjang profesional yang positif dijangkiti HIV pada tahun 1991. Banyak orang berfikir ia tak akan dapat bertahan hidup, tapi 23 tahun telah berlalu dan kini di usianya yang ke 55 tahun, ia masih bertahan hidup dan tetap sihat.

Johnson yang adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya, tokoh sukan yang menjadi inspirasi di Amerika Syarikat dan aktivis HIV / AIDS terkemuka yang tidak menggunakan ubat-ubatan ARV yang khusus atau yang mahal. Ternyata, beliau juga menggunakan ubat ARV yang sama seperti di negara lain. Tetapi, beliau menggabungkan ubat dengan gaya hidup yang dapat menyokong peningkatan sistem imun tubuhnya sehingga sampai kini ia masih dapat bertahan hidup dengan selesa dan sihat.


Contoh lain adalah Edwin Cameron, seorang hakim senior berusia 61 tahun asal Afrika Selatan yang telah melewati 25 tahun hidupnya dengan HIV. Beliau juga adalah contoh diantara pesakit HIV yang berjaya mengawal virus maut tersebut dengan kombinasi ARV dan gaya hidup yang sihat.


Para tokoh dunia di atas telah membuktikan bahawa walaupun HIV digeruni dan ganas, tetap ianya masih dapat dikendalikan, tidak perlu ditakuti, apatah lagi dinafikan. Sebaliknya, lawanlah HIV dengan keinginan kuat dan optimis. Dengan kombinasi antara penggunaan ARV secara berdisiplin, pemakanan yang sihat, aktif bersukan (senaman), mengawal emosi dan psikologi seperti meditasi akan meningkatkan sistem imunisasi tubuh maka sudah tentu ianya boleh membuka pintu masa depan kepada kehidupan yang cerah serta sihat. 


Sumber DISINI



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST