Wednesday, 16 December 2015

MAHADI - SAYA EJAKULASI KEDALAM MULUT PASANGAN SAYA


Assalamualaikum En Naj Mi,

Saya ada kemuskilan,pada 21hb Sept 2015 saya ada terlibat didalam aktiviti berisiko bersama pasangan lain dimana beliau melakukan oral seks bersama saya dan saya ejakulasi kedalam mulutnya. Kami juga ada berciuman seketika. Tiada pendedahan air mani beliau kepada saya kerana saya melancapnya menggunakan tangan. Itulah kali pertama dan terakhir kerana saya amat takut dan dihantui rasa bersalah kepada diri dan keluarga saya.

Pada masa ini, saya merasakan simptom demam (mild cold) dan selsema selama lebih 2 minggu (27 Nov 2015 hingga sekarang). Saya masih belum melakukan HIV rapid test kerana masih menunggu tempoh 3 bulan (saya cadang untuk membuat pada akhir Dec 2015). Dari simptom ini,adakah saya dijangkiti? Saya ada bertanyakan kepada pasangan seks oral saya samada ada luka didalam mulutnya dan dia katakan tidak.

Untuk pengetahuan, saya sudah berkahwin dan semasa saya menghidapi simptom demam ini, saya ada melakukan "french kiss". Adakah risiko bahawa Isteri saya mungkin dijangkiti sekiranya saya positif?

Terima kasih En Naj Mi diatas pendapat anda. Saya amat hargai dan saya doakan En Naj Mi di curahkan rahmat dari Allah swt.


Sekian.
Mahadi

Tuesday, December 15, 2015 11:40:00 pm



Salam Mahadi, 

Saudara ejakulasi kedalam mulut pasangan saudara, risiko saudara dijingkiti sangat-sangat rendah (kemungkinan zero %) melainkan ada pendarahan (luka terbuka) didalam mulut pasangan yang melakukan oral serta ada luka terbuka di zakar saudara. Yang penting disini tiada luka di zakar saudara, walaupun sekiranya ada luka didalam mulut pasangan saudara itu, abang masih rasa risiko dijangkiti sangat-sangat rendah (zero %). Kajian yang dilakukan masih tidak ada rekod jangkitan berlaku melalui oral seks. Cuma kita kena berhati-hati jangan lakukan oral jika zakar atau dalam mulut kita ada luka terbuka.

Bercium seketika, jika tiada luka tidak mengapa.

Saudara mengalami simptom demam (mild cold) dan selsema selama lebih 2 minggu. Mungkin sebab masaalah lain tu, sekarangkan musim selesema bersin malah demam. Disebabkan ada rasa takut dalam diri saudara ketika ini maka segala perubahan pada diri saudara, pasti saudara akan kaitkan dengan HIV.

Semasa saudara menghidapi simptom demam ini, saudara ada melakukan "french kiss" dengan isteri saudara. Adakah risiko bahawa Isteri saudara mungkin dijangkiti sekiranya saya positif? - Sekiranya benar saudara ada HIV, sama ada boleh berjangkit pada isteri sekiranya saudara melakukan seks dengannya bergantung pada jumlah kuman HIV dalam tubuh saudara. Sekiranya jumlah kuman (virol Load) ketika saudara masih tidak dikesan dan bilangan CD4 dalam badan saudara masih tinggi, maka jangkitan hasil dari perhubungan dengan isteri masih rendah (mungkin masih lagi selamat). Masaalahnya kita tidak pasti bilangan virol load dan CD4 dalam darah kita kan sebab ianya hanya kita dapat tahu melalui ujian darah. 

Sekiranya saudara positif HIV dan melakukan french kiss, ianya juga bergantung kepada keadaan didalam mulut masing-masing sekiranya ada luka terbuka,risiko dijangkiti mungkin ada. Tetapi dalam kes saudara abang rasa saudara tidak dijangkiti HIV pun. Tetapi tindakan saudara mahu melakukan ujian darah itu adalah betul, apabila kita was-was mengenai status diri kita akibat aktiviti seks bebas, sebaiknya lakukan ujian HIV.

Sekali lagi mengenai simptom demam (mild cold) dan selsema selama lebih 2 minggu itu sekiranya masih berlarutan Mahadi buat lah pemeriksaan penyakit kelamin pulak. Manalah tahukan. - NajMi


6 comments:

  1. Assalamualaikum Abg NajMi,

    Terima kasih diatas komen abg. Saya berasa sedikit senang hati.
    Pada masa ini keadaan saya masih sama,ada sakit tekak sikit...mugkin sebab kurang sangat minum air. Sekarang saya mahu positifkan diri saya.

    Seperti yang abg katakan,mungkin saya ini terlalu tertekan sekarang (dengan final exams,assignments,keluarga) ditambah pula dengan dihantui dosa ini...saya akan lakukan HIV screening test dan STD test selepas itu.

    Abg NajMi,saya mahu bertanya. Jika saya mahu lakukan di Hospital kerajaan,bagaimana prosedurnya? Saya hanya perlu walk-in ke mana-mana hospital kerajaan ke? Sejujurnya,lutut saya amat lemah sekarang bila memikirkan keputusan yang bakal saya terima nanti...Doakan yang terbaik untuk saya iya abg Najmi,agar Allah beri saya peluang untuk saya berbakti kepada keluarga saya. Amin...

    Yang Insaf,
    Mahadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba baca dalam entri
      EKH ONE - SAYA HOMOSEKSUAL, AMAL SEKS BEBAS TANPA KONDOM, BAGAIMANA PROSEDUR JALANI UJIAN HIV?

      Delete
    2. Terima kasih abg NajMi. Sekarang dah jelas prosedurnya.

      Delete
  2. Assalamualaikum Abg NajMi,

    Sy nekad nak buat HIV screeing test esok di Hospital Kerajaan. Sungguh tak tenang sy dibuatnya.Lemah longlai kaki ini... Doakan saya agar diberi kekuatan dan keputusan yang baik agar dpt saya tebus semua dosa saya terhadap isteri saya.

    Yang Insaf,
    Mahadi

    ReplyDelete
  3. Assalam Abg NajMi,

    Alhamdulillah saya sudah lakukan screening test dan ujian menunjukkan HIV Negatif,selepas 3 bulan saya disarankan doktor untuk buat test sekali lagi.

    Syukur tidak teringga kepada Allah kerana telah memberikan saya peluang ini. Peluang ini adalah amanah Allah yang saya tidak akan lupakan dan sia-siakan. Mugkin selama ini Allah nak tunjukkan kepada saya sesuatu..."kadang-kadang kita ini tahu tapi tidak faham"...dan sekarang saya sudah faham. Banyak pengajaran yang saya pelajari dari pengalaman ini. Benarlah firman Allah berkenaan kaum Luth. Bagi mereka yang masih melakukan seks bebas, janganlah leka dengan keseronokan sementara, kerana hidup bukan hanya didunia semata. Yang sudah berkahwin dan bekeluarga, hargailah pasangan sah anda kerana iyanya lebih baik dari apa yang ada diluar sana - keturunan, agama, kehormatan dan kesihatan lebih terjaga. Apa yang saya lalui apabila saya suspek HIV (kerana simptom), amatlah berat,dunia ini nampak lain tidak seperti dahulu. Iya amatlah mengerikan...Jika ini apa yang saya hadapi sebagai suspek, apakah lagi bagi mereka yang disahkan positif, tekanan yang dihadapu amatlah berat - dari keluarga,masyarakat dan diri sendiri...tidak dapat saya bayangkan. jadi sebelum terjebak, dan bertemu jalan "no way back", sedarlah dan berubah. Bertaubatlah dari dosa dan kesilapan lalu, kerana pintu taubat Allah sentiasa terbuka. Sekarang saya faham,yang dahulunya saya hanyalah tahu...

    Kepada Abg NajMI, saya ucapkan bebanyak terima kasih kerana sanggup meluangkan masa membalas mesej saya dan memberi kata-kata positif kepada saya. Saya amat-amat hargai. Saya doakan agar abg NajMi sentiasa dibekalkan kesihatan yang berpanjangan dan ketenangan jiwa. Agar Allah balas usaha Abg NajMi dengan balasan yang lebih baik di Akhirat kelak.


    Wassalam,
    Mahadi

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST