Tuesday, 22 December 2015

LELAKI KESEPIAN - LUAHAN HATI SEORANG GAY

Salam Abg Najmi, semoga sihat selalu, saya pembaca setia blog Abg Najmi walaupun saya baca berulang kali ianya tetap terus memberikan saya motivasi dan kesedaran pada diri ini, kebanyakkan kisah dalam blog Abg hampir sama dengan kehidupan saya. 

Saya ingin berkongsi kisah saya sebagai seorang yang memiliki perasaan cinta dan sayang serta nafsu shahwat kepada kaum sejenis iaitu LELAKI. Sama seperti PLU lain memiliki naluri ini sejak kecil dan ianya semulajadi dan tidak di buat-buat. Perwatakan luaran saya seperti lelaki lain cuma saya nampak lembut sikit dari segi percakapan dan body language, kadang-kandang ianya membuat saya kurang berkeyakinan bila berhadapan dengan orang sekeliling, sukar saya untuk menjadi diri sendiri dan terpaksa control perwatakan sebenar. 

Saya juga amat rapat dengan kakak-kakak saya berbanding dengan abang-abang saya dan saya tidak suka kepada aktiviti lasak sepertimana seorang lelaki sejati. Mungkin ada pengaruh dari perhatian dan layanan dari kakak saya menyebabkan saya begini. Tapi saya akui sifat dalaman saya 99% kearah wanita seperti mana seorang wanita yang mendapat layanan dan perhatian dari seorang lelaki (romeo and juliet). 

Berbalik kepada naluri songsang ini, saya menyedari naluri dan perasaan ini kepada lelaki sejak sekolah rendah lagi, suka melihat fizikal lelaki dan mudah terangsang dengan sentuhan lelaki. Sehinggalah saya bersekolah menengah perasaan ini semakin membingungkan saya dan ketika berada di universiti perasaan suka pada lelaki mula timbul sehinggakan saya rasa berdebar-debar bila berjumpa dengan lelaki yang saya minati. Saya pelik, kenapa saya ada perasan ini pada lelaki, dan kenapa bukan kepada perempuan. Disebabkan perasan ini jugalah saya rasa kecewa dan dengan pengaruh web-web lucah, chat dan forum gay di internet, saya cuba untuk mencari kenalan sehingga terjebak kepada hubungan seks sejenis. 

Keinginan untuk melakukan seks dan tidak lagi kepada berimaginasi membawa saya terjerumus kepada seks songsang. Ianya bermula pada  tahun 2008 hingga kini saya sudah berani mencari pasangan sejenis untuk memuaskan nafsu shahwat saya, soal agama sudah di ketepikan, yang saya mahu keseronokkan yang sebentar ini, tapi kebanyakkan saya lakukan hanya seks ringan-ringan sahaja dengan lelaki yang baru dijumpai dengan status kesihatan lelaki-lelaki ini pun saya tidak diketahui, ibarat touch n go je...

Baru-baru ini saya sudah berani untuk melakukan yang berat-berat hingga sanggup menyewa hotel atau ke rumah pasangan sejenis. Sungguh teruk dan hinanya diri ini. Selepas melakukanya, begitu besar penyesalan pada diri ini dan sering diselubungi perasaan takut kalau-kalau saya sudah dijangkit dengan penyakit kelamin atau lebih teruk lagi HIV. 

Baru-baru ini juga dalam bulan Disember 2015 saya beranikan diri untuk melakukan rapid screening hiv test, alhamdullilah saya NEGATIVE dan akan mengujinya lagi dalam masa tiga bulan akan datang. 

Sampai bila saya macam ini, ingin berubah untuk meninggalkan perbuatan ini tetapi iman dan kesungguhan saya tidak kuat, sering tewas dengan hasutan dan godaan syaitan. Lebih-lebih lagi saya sering keseorangan dan tinggal dalam bilik seorang diri. Terfikir nak kahwin agar dapat menjauhkan diri dari terjebak kepada seks sejenis ini dan terus fokus kepada seks yang halal tetapi saya meragui kemampuan seks saya kepada wanita dan tidak yakin untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai suami kelak walaupun saya mampu untuk berkahwin dari segi kerana saya mempunyai kerjaya tetap. 

Saya sungguh tertekan dan amat kecewa pada diri sendiri kerana saya begitu mudah untuk mencintai lelaki (rakan sekerja) walaupun saya tidak begitu rapat dengan dia, saya hanya melihat dia sudah membuatkan saya angau dan mencari-cari dia di office serta sering berimaginasi bersama dengan dia dan sering memikirkan dia hari-hari. Bila di fikirkan memang bodoh tahap gaban tapi hati dan perasan saya menginginkannya, saya sudah cuba untuk melupakan perasaan ini tetapi saya tidak boleh, makin saya lupakan dan buat perasaan benci pada dia makin saya kemaruk dengan perasaan ini. Sungguh perit rasanya memiliki perasaan suka pada lelaki. 

Saya harap Abg Najmi dapat memberikan saya motivasi untuk terus melawan dan mengawal perasaan songsang ini. Terima Kasih sudi menbaca, rasanya banyak lagi nak diluahkan tetapi cerita mungkin agak sama dengan yang pernah diceritakan dalam blog Abg Najmi.

LELAKI KESEPIAN
Sun, Dec 20, 2015 at 7:16 PM



Salam,

Sesungguhnya agak sukar seorang gay hendak menghapuskan perasaan tersebut, pandangan abang memang tidak boleh hilangkan naluri itu, cuma kita masih mampu untuk mengawal naluri tersebut daripada terus terjebak dalam aktiviti-aktiviti seks sejenis. Abang percaya kita mampu mengawalnya, tetapi kita perlu ada kekuatan iman dan takwa.

Untuk mendapat kekuatan iman dan takwa kita perlu dekatkan diri kita pada Allah. Mungkin kita sukar hendak kawal naluri ini serta merta tetapi kita masih mampu melakukannya berperingkat-peringkat. Mulakan dengan solat 5 waktu, jangan ditinggalkan. Perbanyakkan doa kepada Allah.

Abang rasa saudara sudah ada bibit-bibit didalam hati mahu berubah, alhamdulillah. Jika tidak ada langsung rasa mahu berubah biasanya mereka ini tidak pernah terfikir tentang dosa pahala, tidak ada langsung rasa letih untuk terus melayani kehendak naluri tersebut.

Alhamdulillah kerana ujian HIV yang saudara lakukan masih menunjukkan negatif, sebaiknya saudara perlu bersyukur dan kalau boleh elakkan diri dari terus terlibat dalam aktiviti-aktiviti seks bebas itu lagi. Cuba bayangkan jika ujian HIV itu positif? Saudara akan rasa menyesal tak sudah. Jadi ambil kesempatan dari kesedaran yang Allah lemparkan didalam hati saudara ini agar saudara perteguhkan diri cuba sedaya upaya berubah mengawal nafsu songsang tersebut.

Pertajamkan iman dan takwa dalam diri kita, berdoa agar Allah melindungi diri kita diri saudara didunia dan diakhiran. - NajMi



1 comment:

  1. Sabar lah dik. Setiap daripada kita ni ada sahaja ujian yg diberikan oleh Allah swt. Jaga diri k.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST