Monday, 7 December 2015

JF - DULU SAYA SONGSANG, SEKARANG DAH KAHWIN TAPI MASIH RISAU PASAL BENDA INI




Salam bro Najmi. 

Saya ada beberapa kemusykilan nak tanya. Saya berumur 28 tahun dan berasal dari pantai timur. Dulu saya seorang lelaki songsang dan biasanya lelaki pilihan saya mestilah berpenampilan kemas dan kacak. Tak kisah bujang, berkahwin atau pun duda. Dan mereka mestilah 50+. Saya memang memilih sangat pasal hal ni. Sosial macam tu semasa saya berumur dari 22-25 tahun. 

Namun sekarang saya dah berkahwin..Dah lama jugak tinggalkan bidang ni walaupun keinginan ke arah tu sentiasa ada. Saya mohon jika bro Najmi dapat menjawab sepatah dua soalan saya ni. Ok saya teruskan.....

1) Saya kahwin 2013 dan dikurniakan seorang cahayamata lelaki yang sempurna. Alhamdulillah. Apa yang merisaukan saya adalah pada bulan 4 (lepas) tahun ni saya kemalangan dan ada luka dikaki. Masalahnya luka saya tu lambat sembuh (5-10 hari) dan bila sembuh ianya berbekas parut hitam ditepi dan merah daging di tengah. Adakah ianya ada kaitan dengan penyakit ni.? 

2) Baru-baru ni saya ada medical check up kat hospital dan semua ok. Gula, darah jantung. Saya semakin berisi dan BMI pun naik. Masalahnya ialah saya kadangkala cepat letih, sakit kepala (bahagian telinga kiri atas) berpeluh waktu malam (bahagian belakang badan bila baring), badan selalu je rasa lemah (batuk, mengantuk, pedih ulu hati).. Adakah ianya ada apa-apa yang perlu saya risaukan? 

3) Saya buat HIV test masa nak kahwin dulu je dan sampai sekarang dah tak gi check.. Perlu ke saya buat lagi sekali dan saya nak buat sendiri. Bila fikir pasal perkara ni saya jadi bersalah sangat terutama pada isteri dan anak saya. Merekalah penyeri hidup saya dan saya tak nak sebab saya mereka terima akibat. Wife pulak tengah pregnant anak kedua. Saya selalu berperang dengan emosi pasal benda ni. Kalaulah..............

Harap Bro dapat memberi pandangan dan nasihat yang berguna pada saya. 

JF...
Friday, June 12, 2015 5:47:00 pm



Salam JF,
 
Pandangan abang,

1- parut hitam ditepi dan merah daging di tengah itu tidak ada kaitan dengan HIV.

2- cepat letih, sakit kepala (bahagian telinga kiri atas) berpeluh waktu malam (bahagian belakang badan bila baring), badan selalu je rasa lemah (batuk, mengantuk, pedih ulu hati) itu juga tidak semestinya sebab HIV kemungkinan besar sebab saudara stress, kurang tidur dan fikir yang bukan-bukan. Kena excersice sikit ya..

3 -Saudara dah test HIV masa nak kahwin dulu pada tahun 2013 dan negatif, sekiranya saudara tidak ada buat sebarang aktiviti berisiko selepas kahwin, abang boleh katakan yang saudara berada dalam keadaan sihat, bebas HIV sebab....

Aktiviti seks songsang yang saudara lakukan tu dah lama berlalu dan saudara dah lama berhentikan, abang anggarkan jarak antara ujian HIV sebelum kahwin tu dengan aktiviti terakhir yang saudara buat ialah melebihi lebih 3 bulan dan jika ujian pra perkahwinan itu negatif maknanya telah konkrit.

Sepekara lagi ketika wife saudara mengandung anak pertama dan nak masuk anak ke dua, ketika dia buat rawatan di hospital, doktor akan buat ujian HIV padanya, kerana ini adalah prosedur wajib bagi semua ibu yang mengandung. Jika wife positif HIV mereka akan beritahu saudara suami isteri, jika negatif biasanya mereka tak cakap apa-apa. So jika saudara ada HIV kemungkinan saudara dah jangkitkan pada isteri tetapi isteri saudara okey aje sampai nak mengandung anak ke dua, maknanya kedua-dua anda sihat. Wallahuallam. - NajMi




No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST