Thursday, 10 December 2015

JANGKITAN HIV MELALUI HOMOSEKSUAL MENINGKAT HAMPIR 3 KALI GANDA

Jangkitan menerusi seks sahaja menyumbang lebih 78 peratus kes baharu tahun lalu, satu peningkatan amat drastik berbanding hanya 25 peratus kes pada 2005. -Gambar hiasan/AFP


KUALA LUMPUR - 1 Disember 2015 : Sekiranya 10 tahun dahulu, kebanyakan kes jangkitan HIV AIDS di negara ini membabitkan golongan penagih dadah, namun kini trend jangkitan HIV sudah berubah kepada kaedah hubungan seks. 

Menurut statistik Kementerian Kesihatan, jangkitan menerusi seks sahaja menyumbang lebih 78 peratus kes baharu tahun lalu, satu peningkatan amat drastik berbanding hanya 25 peratus kes pada 2005.

Daripada faktor jangkitan menerusi hubungan seks, 50 peratus adalah menerusi hubungan heteroseksual, manakala 28 peratus adalah melalui hubungan homoseksual.

Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Prof Dr Adeeba Kamarulzaman berkata program pertukaran jarum dan alat suntikan serta terapi gantian Metadon di bawah program kemudaratan telah berjaya mengurangkan kadar jangkitan HIV. 

Namun tumpuan kini perlu diberikan bagi mengelak jangkitan HIV daripada penagih dadah kepada pasangan mereka.

"Apa yang kami lihat adalah sekiranya dahulu jangkitan HIV dalam kalangan penagih dadah amat tinggi, namun sekarang ia telah beralih kepada pasangan mereka," katanya dalam satu temu bual bersama Astro AWANI.

Dr Adeeba turut menarik perhatian tentang trend peningkatan jangkitan HIV menerusi hubungan seks sesama lelaki (MSM). 

Jangkitan HIV melalui hubungan homoseksual meningkat hampir tiga kali ganda kepada 984 kes pada 2014 berbanding 301 kes lima tahun sebelumnya.

Namun akibat stigma masyarakat, ramai yang dijangkiti HIV masih enggan tampil mendapatkan rawatan awal.

"Salah satu faktor mereka tidak mendedahkan status oleh sebab stigma kerana mereka HIV positif dan kedua, stigma sebagai penguna dadah. Jadi kita tahu mereka tidak akan memberitahu pasangan mereka sehingga terlambat," katanya.

Yang pasti, tumpuan perlu diberikan kepada golongan berisiko ini bagi mengawal jangkitan baharu HIV.

"Kita perlu tingkatkan usaha kesedaran, pemerkasaan, penggunaan kondom, khususnya dalam kalangan pekerja seks dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.

"Paling penting bagaimana menghapuskan stigma agar lebih ramai akan tampil untuk menjalani ujian saringan HIV serta mendapatkan rawatan," katanya

Biarpun jumlah kes HIV secara keseluruhan di negara ini menurun, epidemik AIDS masih belum berakhir. Kajian menunjukkan dengan pengesanan dan rawatan awal, jangkitan HIV dapat dicegah daripada menular. 

Sumber Astroawani 




Dr Lokman Hakim (gambar) berkata ia akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun hadapan. -Gambar fail


PUTRAJAYA - 1 Disember 2015 : Akses kepada rawatan ubat antiretroviral bakal diperluaskan kepada semua pesakit HIV di negara ini. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata ia akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun hadapan.

Sehubungan itu, beliau melihat langkah memperluaskan rawatan kepada semua pesakit ini mampu bertindak sebagai serampang dua mata.

"Sekarang sudah bukti-bukti saintifik mengatakan kalau rawatan diberi kepada semua, ia bukan hanya meningkatkan kebarangkalian untuk sembuh, tetapi juga mengurangkan risiko jangkitan.

"Ia sememangnya sudahpun satu langkah pencegahan dan rawatan," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI.

Ketika ini, rawatan antiretroviral hanya diberikan kepada pesakit HIV yang mempunyai paras sel darah putih atau CD4 di bawah paras 350.

Dalam pada itu, kementerian juga sedang meningkatkan akses kepada ujian saringan HIV khususnya dalam kalangan golongan berisiko seperti penagih dadah, pekerja seks dan golongan homoseksual.

"Kalau kita boleh kerjasama dengan NGO tertentu yang boleh mengakses kepada mereka dan menawarkan ujian kepada mereka. Ini dapat meningkatkan lagi pengesanan kes-kes sebab dalam kawalan penyakit berjangkit apa-apa penyakit strategi utama adalah mengesan penyakit pesakit supaya kita boleh rawatnya," katanya.

Menerusi pelan strategi baharu berkenaan, beliau berharap selepas lima tahun, semua kes baharu HIV akan dapat dimulakan rawatan antiretroviral.

Langkah itu juga selaras dengan pelan strategi bermatlamat mengakhiri transmisi baharu HIV di negara ini menjelang 2030.

Sumber Astroawani





No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST