Sunday, 6 December 2015

ADI - HASIL UJIAN DARI HIV KIT - SAYA NEGATIVE MANAKALA PASANGAN SAYA POSITIF

 
Salam abang Najmi. 

Semoga sentiasa diberi hidayah dan kesihatan yang baik dari Allah. Boleh panggil saya Adi. Blog abang Najmi banyak memberi info dan sebagai motivasi. Besar jasa abang Najmi sebenarnya tanpa disedari. Abang Najmi dok ipoh ke? Saya teringin nak jumpe abang Najmi.

Saya ada partner gay. Tak bercinta pun tapi sex suka-suka. Saya main degann dia agak berisiko jugak, sebab dia ada cucuk blkg saya tak pakai kondom, tapi cuma skjp tak sempat pancut. Pedih tak tahan. 

Entah kenapa lepas main hari tu hati saya tak tenteram, tiba-tiba saya bimbang pasal HIV. Jadi saya pun beli rapid test kit dengan prime medic melalui online. Saya test minggu ke 12, -ve. 

Tapi masih risau lagi saya test sekali lagi dengan partner sex saya hari tu. Harapan saya kalau partner saya tu -ve, tamat la kebimbangan saya selama ni. Tapi rupa-rupanya bila result test partner saya keluar ada dua line +ve. 

Nak pengsan saya rasa, lemah lutut terduduk. Tapi partner saya tak nak ambik peduli dia buat selamba aje. Dia kata boleh percaya ke test macam ni. Dan dia tak nak buat confirmation test kat hospital. Saya pun belum tentu selamat. Walaupun dah 3 bulan aktiviti risiko sebab kami duduk jauh tapi saya was-was dengan rapid test.

Sebulan saya hidup tak tentu arah, tertekan dan murung. Tak lalu makan, tidur, kerja semua terganggu. Tapi saya masih ingat Allah, banyakkan berdoa dan solat hajat.

Selepas 15 minggu atau 3 bulan lebih, saya beranikan diri buat test kat makmal swasta di Ipoh. Syukur masih negative. Allah memberi saya peluang kedua. Kalau ikutkan dah 3 bulan 2 minggu dari last saya main dengan partner saya yang positive tu. Harap-haraplah keputusan tu muktamad walaupun dalam hati ni masih bimbang lagi. Tapi partner saya tu memang degil. Dia tak nak percaya hasil +ve ujian rapid test hari tu. Dia masih aktif mencari partner sex yang lain pulak. 

Saya tak boleh nak buat apa, dah puas nasihat dia. Kalau nak ikutkan partner saya tu memang nampak elok je orangnye. Kerja pejabat kerajaan, smart, sihat, baik budiman, tapi hakikatnya kemungkinan HIV.

Sekarang ni memang saya dah betul-betul bertaubat, takkan sekali buat dosa luar tabii tu lagi. Cukuplah Allah dah bagi peringatan saya sekali ni. Jadi nasihat saya kepada semua, jangan mempertaruhkan masa depan kepada keseronokan yang cuma sebentar. Ancaman HIV terlalu dekat dengan kita, sedetik je tersilap memang akan terkena.
 
ADI



Salam ADI,

Buat test sendiri kat rumah..guna hiv test kit, ianya setahu abang 99% tepat, kalau betul cara gunanya, walau bagaimanapun selepas 3 bulan nanti buatlah ujian lagi di klinik. Jika sudah dan masih negetif dah tepatlah tu.

Sebenarnya ramai yang berperangai seperti partner Adi tu, tak nak percaya sebab ada perasaan takut. Ramai dikalangan pengembar seks bebas (tak selamat) sememangnya takut nak buat ujian HIV. Kebanyakan yang tahu ada HIV pun apabila dah mula jatuh sakit dan bila dah terlantar dihospital.

Dan untuk pengetahuan Adi jumlah dikalangan mereka yang telah dijangkiti HIV diluar sana yang tidak tahu diri mereka telah ada HIV agak ramai. Lain kali kena lebih berhati-hati. Tentang partner tu, dia semestinya kena buat ujian lagi di klinik bagi pengesahan. Elak dari sebarkan pada orang lain. Jika dia benar ada HIV rawatan awal boleh menyelamatkan nyawanya. Jangan sampai terlambat.

Jumpa...abang sentiasa mengelewar dibandar...:) - NajMi



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST