Sunday, 6 December 2015

HARI AIDS SEDUNIA 2015 - "MENUJU SIFAR, AKHIRI AIDS, MULAI SEKARANG"



KEPALA BATAS: Kementerian Kesihatan menjangka kadar kes baharu HIV yang dilaporkan kepadanya akan menurun, mencapai sasaran di bawah 11 kes bagi 100,000 penduduk menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata senario epidemik HIV/AIDS menunjukkan trend menurun menyerupai senario epidemik dunia.

Menurutnya, jangkitan baru HIV/AIDS telah mencatatkan penurunan sebanyak 50 peratus berbanding tahun 2002, namun trend menurun ini kekal mendatar sejak 2010.

"Sepanjang tempoh Januari hingga September 2015, sebanyak 2,455 kes baru jangkitan HIV dilaporkan ke kementerian dan dijangkakan sebanyak 3,273 kes akan dilaporkan untuk tahun ini dengan kadar notifikasi kes 10.7 kes bagi 100,000 penduduk," katanya.

Beliau berucap merasmikan Hari Aids Sedunia Peringkat Kebangsaan 2015 dengan tema 'Menuju Sifar, Akhiri AIDS, Mulai Sekarang' di sini pada Sabtu.

Katanya, kematian akibat AIDS juga mencatatkan penurunan sebanyak 28 peratus sejak 2002.

Hilmi berkata jumlah kes yang melibatkan perkongsian jarum di antara penagih dadah telah berjaya dikurangkan sejak beberapa tahun lepas namun penyumbang utama kepada kes HIV baharu kini adalah dari aktiviti seksual seperti biaseksual dan homoseksual yang semakin meningkat.

"Peningkatan ini telah menimbulkan kebimbangan dan fokus ke atas perkara ini perlu diberikan tumpuan dengan peningkatan liputan pencegahan untuk mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus daripada kumpulan berisiko tinggi seperti transgender dan pekerja seks wanita," katanya.

Katanya, bagi mengakhiri AIDS di Malaysia, negara perlu menurunkan 90peratus daripada jangkitan kes baru HIV.

"Bagi tujuan tersebut, kita perlu memastikan sasaran 90-90-90 menjelang 2020 dapat dicapai, dimana 90 peratus daripada penghidap HIV mengetahui status mereka, daripada jumlah tersebut, 90 peratus menerima rawatan dan seterusnya daripada jumlah yang menerima rawatan ini, 90 peratus daripada mereka menunjukkan supresi virus HIV," katanya.  -Bernama

mstar - Sabtu, 5 Disember 2015 6:47 PM



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST