Saturday, 26 December 2015

FARIS 19 - SAYA TERLIBAT DALAM SEKS SEJENIS SEJAK USIA 14 TAHUN DAN TAKUT JALANI UJIAN HIV

hanya hiasan

Assalamualaikum abang Najmi, 

Saya kenalkan diri saya sebagai Faris, 19 tahun. Sepanjang tahun ni hidup saya tak keruan, saya ada terlibat dalam hubungan sejenis semenjak dari umur 14 tahun lagi, sepanjang tempoh tu saya buat seks ada yang berisko and ada yang tidak berisiko, bercampur baur. 

Tetapi pada bulan April (2015) lepas, saya mengalami bengkak kelenjar pada bawah ketiak, saya tak pergi klinik sebab takut, dan pada situlah saya mula mencari punca bengkak dan terjumpa blog abang ni, seperti biasa bengkak tu tidak lama dan sembuh. Dan dalam bulan yang sama saya ada mengalami demam + kelesuan/keletihan, saya ambil antibiotik and demam, kemudian sembuh seperti biasa. 

Dan 7 bulan selepas itu, pada bulan November lepas, saya alami bengkak kelenjar di bawah telinga di tepi leher, seperti biasa ianya sembuh kembali, tetapi saya tidak juga pergi klinik sebab masa tu saya sibuk/stress nak exam STPM. 

Dan sekarang sudah penghujung bulan Disember, sejak hari isnin lepas saya ada alami demam ringan + sakit belakang badan + sakit tengkuk/leher kiri, kanan, depan and belakang. Demam tu kadang-kadang ada bila time bangun tido atau nak tido, then elok balik, tak menentu. 

Saya bukan tak nak buat test, cuma saya tinggal dengan parents, umur masih muda, saya takut nak buat test bersama parents + tidak ada kekuatan untuk buat sendirian, setakat ni simptom saya ialah bengkak dibawah ketiak and leher, demam ringan, abang ada email? saya cuba cari tapi tidak jumpa, mohon kongsi supaya lebih senang saya nak bertanya :) Terima kasih, semoga Allah sentiasa mmberkati kita semua, amin! 

FARIS 19
Sat, Dec 26, 2015 at 9:38 AM



Salam Faris,

Salah satu punca kita berisiko mendapat jangkitan HIV ialah melalui perhubungan seks tanpa perlindungan. Dan Faris mengakui ada melakukannya semenjak usia 14 tahun lagi, yang adakalanya tanpa pelindungan, maka boleh abang simpulkan bahawa risiko Faris sudah dijangkiti HIV tetap ada, tidak kira sama ada kita ada alami simptom atau tidak. Risiko adalah lebih tinggi jika Faris "bottom" dan pasangan pancutkan kedalam anal.

Tetapi bergantung pada nasib jugak, sekiranya sepanjang hubungan sejenis yang Faris lakukan itu kebetulan hanya bersama dengan pasangan yang negatif HIV (sihat), maka Faris masih lagi tidak dijangkiti.

Tetapi pada hari ini bilangan mereka yang tidak tahu diri mereka telah dijangkiti HIV ramai diluar sana, dan kemungkinan kita boleh dijangkiti HIV sangat tinggi terutama bila melakukan hubungan dengan pasangan yang tidak kita kenali (touch n go).

Semua simptom yang Faris alami itu kemungkinan juga disebabkan oleh masaalah kesihatan lain, manakala sakit tengkuk serta leher kemungkinan disebabkan stress. So dalam kes Faris, kemungkinan telah dijangkiti HIV itu tetap ada, dan tidak ada cara lain untuk kita ketahui sama ada kita telah dijangkiti atau tidak hanya melainkan melalui ujian darah. 

Rasanya usia Farid sudah cukup dewasa untuk melakukan ujian darah sendirian, Farid boleh ikut panduan bagaimana melakukan ujian darah didalam entri DISINI. Jika tidak mampu melakukan ujian di klinik swasta (bayaran sekitar RM25-RM50), boleh pergi di klinik luar mana-mana hospital kerajaan atau boleh cuba di mana-mana klinik 1Malaysia (bayaran hanya RM1) atau boleh juga buat ujian sendirian mengunakan HIV KIT (cuba tanya dimana-mana farmasi sebab ada farmasi yang menjualnya). Jika benar keputusan menunjukan positif selepas menggunakan HIV KIT, maka Faris perlu rujuk pula di hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Macam abang kata, kita tidak boleh pastikan sama ada simptom yang Farid alami itu adalah disebaban HIV, melainkan kita perlu melakukan ujian darah bagi memastikannya.

Buat masa ni abang tidak share email abang dengan sesiapa kerana abang perlu kepada kehidupan yang lebih privisi ketika ini (tapi jika Faris jumpa juga email abang boleh aje send email), cuma abang tak nak uar-uarkan sahaja disini. Sekiranya Farid mempunyai masaalah dan mahu berjumpa (jika Farid tinggal di KL lah) atau mahu bertanya lebih lanjut melalui phone, mungkin Faris boleh cuba hubungi rakan abang iaitu saudara Luka Rafieqa, saudara Luka juga mempunyai ramai rakan-rakan di beberapa negeri, mana tahu jika Farid di Johor, Farid akan dihubungkan dengan rakan di Johor untuk dibantu dan begitulah seterusnya dengan negeri-negeri lain insyaallah ;

Luka Rafieqa Officially Page
http://www.facebook.com/lukarafieqa

Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

Phone 017-311 0306
Email lukarafieqa@gmail.com
Facebook Luka Rafieqa
Website http://lukarafieqa.blogspot.com

Usah bimbang untuk melakukan ujian HIV, sebab seingat abang terdapat ramai rakan yang sebaya atau lebih muda daripada Farid yang mengalami masaalah seperti mana yang Farid alami ketika ini. Buat masa sekarang yang penting adalah lakukan ujian HIV terlebih dahulu, jika positif baru kita fikirkan apa yang perlu di buat seterusnya dan tidak perlu untuk beritahu pada sesiapa termasuk pada ibubapa jika Farid masih belum bersedia. Dan sekiranya ujian darah didapati negatif, maka kebimbangan Faris sudah berakhir dan Farid boleh teruskan hidup dengan aman dan tenang. - NajMi



12 comments:

  1. Abg najmi,bole x abg add fb sy,sbb de something nk share..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Share aje kat sini, fb dah tak aktif buat masa ni

      Delete
    2. Oow...ok,ni first time komen kt blog..haha,jakunn,share email leyh..?

      Delete
  2. Abg najmi,nk mntk email,bole?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari sendiri...sebab abg tak nak uar2kan kat sini...:)

      Delete
    2. Ok..dkt post abg ke...abg tegur sy kt mirulizani@gmail.com

      Delete
  3. Emel sy kt mirulizani@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Saya mohon sgt2 kepada Faris untuk pergi buat ujian darah pada kadar segera. HIV ni kalau dapat dikesan peringkat awal insya allah Faris akn dapat jalani kehidupan yg normal spt orang lain sbb nya saiz dormant virus masih kecil dan terkawal. Pergi lah buat pemeriksaan segera.

    ReplyDelete
  5. saya pon nasehat supaya faris buat ujian darah..klo tkot....blh sy bwkkn ke abg Rafi (Luka Rafieqa) atau sy sendiri blh bwkkn ke mne2 doktor...emel sy ade kt profile blog sy...tq

    ReplyDelete
  6. hurm ... sy baru disahkan pgidap HIV ... dengan pihak NGO mana sy boleh behubung? untuk urusan di kemudian hari mungkin ... hidup mmg kena teruskan , dan sy percaya kepada qada dan qadarNYA ... tp rasa takut tu tetap ada ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Yupp...hidup mesti diteruskan juga, percayalah ujian menghidap HIV tentu ada kebaikan disebaliknya yang boleh mengubah kehidupan kita untuk menjadi lebih baik dan selamat didunia dan diakhirat.Yang penting dan paling utama saudara perlu jalani rawatan di hospital, sekiranya perlu mula makan HAART makan makan lah, dengar nasihat doktor apa yang perlu di buat.

      Saudara mungkin boleh berhubung dengan saudara Luka Rafieqa untuk mengetahui mana-mana pertubuhan yang boleh dihubungi, dan saya percaya saudara Luka Rafieqa boleh membantu saudara nanti..

      Luka Rafieqa Officially Page
      http://www.facebook.com/lukarafieqa

      Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
      Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

      Phone 017-311 0306
      Email lukarafieqa@gmail.com
      Facebook Luka Rafieqa
      Website http://lukarafieqa.blogspot.com

      Dan boleh cuba klik dientri disini;

      http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.my/2013/01/entry-9-kehidupan-yang-positif-nombor.html

      Delete
    2. Anon, insya allah dengan kemajuan dlm bidang sains yg ada sekarang menjadikan hiv bukan lagi virus yg berbahaya. Ia boleh dikawal dan kerana itu pihak insurance di US misalnya telah mempertimbangkan untuk memasukkan hiv sbb sebahagian yg dilindungi oleh insurance.

      Kalau awak patuh dgn ubatan yg diambil, awak dapat jalani kehidupan yg normal. Untuk pengetahuan awak ubatan yg ada skrg ini juga sgt kurang daripada kesan sampingannya.

      Kawan2 saya yg positive hiv sekarang ni menjalani kehidupan yg normal. Ada yg memegang jawatan yg besar dalam syarikat multinational.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST