Tuesday, 8 December 2015

ENCIK Z - SAYA INGIN BERKONGSI LIKU KEHIDUPAN SAYA


Assalamualaikum saudara Naj Mi...

Nama saya Z (bukan nama sebenar). Saya ingin berkongsi liku hidup saya dengan rakan taulan diluar sana. Saya akui hidup saya musnah. Musnah kerana sewaktu zaman kanak-kanak saya telah dinodai. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa dan tidak pula tergamak diri ini untuk memberitahu hal kepada ahli keluarga. Namun perasaan saya lama kelamaan menjadi 'habit' tidak normal.

Hidup saya penuh dengan kekeliruan. Saya bukanlah datang dari keluarga berada tetapi norma kehidupan saya seperti lelaki mewah yang taksub dengan kejahilan dunia. Solat ke mana, Tuhan di mana, keluarga di mana semua saya abaikan. Hari demi hari saya lalui, saya terasa bagai tidak berguna disisi masyarakat apatah lagi orang disekeliling saya.

Saya berpendidikan tinggi tetapi ajaran agama tidak sekuat hati dan insaniah dalam diri. Terlalu banyak perkara yang saya abaikan terutama keluarga dan ibubapa. Bukan tiada rupa untuk bernikah tetapi naluri terhadap lelaki telah sebati dalam diri. Namun, saya bersyukur kepada Allah sebab diberi kekuatan, masih diberi tempat untuk bertaubat kepada Allah.

Bukan mudah seperti lelaki normal diluar sana untuk saya harungi perjalanan hidup ini. Banyak dosa dan balasan mungkin telah diterima kini. Jika dikira guna jari lebih kepada ratusan umat lelaki. Harapan saya moga mereka mengampunkan dosa saya manakala dosa saya dengan Illahi diampunkan.

Solat taubat selalu diperbaiki. Apa yang saya harapkan supaya insan bernama lelaki diluar sana dapat bersama memimpin ke jalan yang diredhai. Apabila fikiran saya bercelaru, hanya doa dan tangisan dalam solat saya lakukan. Andai di mahsyar kelak, wahai kaum lelaki yang menzalimi dan dizalimi, maafkan sesiapa sahaja yang telah kamu sakiti atau disakiti begitu juga tuan empunya diri.

Saya pasrah dengan hidup ini. Hanya kekuatan dan keteguhan iman yang ku harapkan. Terkadang ingin lari mencari Illahi sang pencipta. Terkadang ingin teriak memarahi diri. Namun itu semua kealpaan diri sendiri.

Duhai Tuhan, layakkah aku ini menghuni syurgawi? Duhai Tuhan, masih adakah sisa hidup bagi diriku kini. Duhai Tuhan, matikan aku dalam iman dan tempatkan aku bersama para sahabat nabi dan solihin. Beri aku waktu memperbaiki kelemahan diri. Beri aku waktu untuk meng'ganti'. 

Wahai manusia bernama lelaki, jangan dikejar populariti, jangan dikejar kemewahan duniawi. Bersihkan hati untuk menghadap Illahi. Sekian.
 
Lelaki disakiti bernama Z.
Saturday, February 21, 2015 6:01:00 am
Sumber dari ruang komen didalam entri DISINI







No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST