Tuesday, 15 December 2015

EKH ONE - SAYA HOMOSEKSUAL, AMAL SEKS BEBAS TANPA KONDOM, BAGAIMANA PROSEDUR JALANI UJIAN HIV?

photo hanya hiasan

Salam Abang,
Saya Ekh One berumur 18 tahun dan seorang homosexual dan mengamalkan sex bebas tampa condom. Saya telah melakukan hubungan sex dengan ramai orang. Setiap kali saya melakukan hubungan sex dubur saya akan berdarah dan luka, saya mula melakukan hubungan sejenis ketika berumur 13 tahun. 
Untuk pengetahuan abang saya TIDAK PERNAH menjalani ujian HIV. Dan saya berasa takut dan malu untuk menjalani ujian HIV. Macam mana prosedur untuk menjalani ujian HIV di kk kerajaan. 

Agak-agak abang saya dah terkena jangkitan HIV ke tak? Sebab saya mula mengalami deman yang teruk, ulcer naik di dubur, mual muntah-muntah dan penyakit kulit gatal-gatal serta berat badan saya juga susut dari 71kg turun kepada 59kg dalam masa 2 bulan. 
Tolong bagi pandangan ..
EKH ONE
Monday, December 14, 2015 2:55:00 am

Salam Ekhwan,

Risiko adik telah dijangkiti HIV sangat tinggi, sebab adik telah melakukan aktiviti berisiko tanpa kondom dengan ramai pasangan. Perlu diingat terdapat ramai pembawa HIV diluar sana yang telah dijangkiti tetapi mereka tidak mengetahui yang diri mereka telah dijangkiti. Ya sebaiknya adik jalani ujian darah.

Pergi keklinik luar dimana-mana hospital kerajaan, pergi ke kaunter depan tanya kat mana nak buat pendaftaran. Mereka akan tunjuk adik mana kaunter tu, dikaunter tu mereka akan ambil nama dan no ic serta alamat bagi tujuan pendaftaran (usah risau tentang pengambilan nama dan alamat ni) dan adik kena bayar RM1 Kalau mereka masih tanya kenapa nak jumpa doktor, cakap aje demam atau tidak sihat atau sakit tekak sebab kat kaunter pendaftaran tu adakala petugasnya "kepoh chi" sikit. Ada seorang rakan beritahu abang dia tipu nak buat ujian HIV sebab nak kahwin, sebab kalau kata nak kahwin mereka tak banyak soal. Kebiasaannya mereka tak tanya. 

Kemudian adik diarah tunggu di depan bilik doktor.

Bila dah dipanggil masuk dalam bilik doktor, barulah adik bagi tahu nak buat ujian HIV TANPA NAMA, maksudnya ujian darah yang keputusannya tidak akan direkod jika adik positif sekali pun. Jika doktor tanya kenapa nak buat ujian HIV, bagi tahu adik ada buat hubungan seks tidak selamat, biasanya doktor tak banyak tanya, kalau banyak tanya adik bagi jer alasan-alasan yang difikirkan munasabah.

Doktor akan ambil sikit darah dihujung jari adik untuk diuji, sekejap aje keputusan akan keluar, mungkin juga adik akan disuruh tunggu kat luar bilik doktor dulu.

Jika negatif alhamdulillah TETAPI sekiranya positif doktor akan beri panduan nasihat apa yang perlu adik buat, biasanya doktor akan suruh adik buat sekali lagi ujian darah, yang mana darah akan diuji di makmal, bergantung mungkin doktor akan suruh buat ujian darah kali ke dua tu pada hari itu juga atau mungkin esok ke terpulang pada doktor tu.

Jika masih positif, baru lah doktor akan suruh adik pergi ke klinik pakar HIV. Doktor tidak akan paksa, adik yang kena tentukan sendiri nak pergi atau tidak. Dah tentu adik perlu pergikan sebab dah dapat HIV kena lah buat rawatan. 

Bila dah keklinik pakar HIV ni barulah nama, alamat serta ic adik akan diambil tetapi hanya untuk rekod hospital, mereka tidak akan beritahu sesiapa. Soal bagi tahu status adik tu terserah pada adik sendiri untuk bagi tahu. Kena ingat tidak ada sesiapa yang boleh dedahkan status diri adik.

Usah risau bila buat ujian pertama TANPA NAMA tu mereka tidak akan hebohkan result tu nanti.

Sama ah kalau nak buat ujian di mana-mana klinik swasta, atau klinik luar lain tapi klinik-klinik ni kena bayar lah mungkin RM30-RM50 bergantung pada klinik tesebut. Daftar dulu kat kaunter depan mana-mana klinik swasta atau klinik luar, bagi tahu nak buat ujian HIV. Kena bagi nama untuk rekod klinik (usah bimbang tentang ini). Jika positif doktor akan bagi nasihat serta surat agar adik rujuk ke hospital kerajaan bagi ujian seterusnya, sebab rawatan di hospital kerajaan adalah percuma. 

Ujian darah HIV kat klinik swasta atau klinik-klink luar lebih mudah, tidak banyak kerenah. Jika adik di KL boleh buat di PT Foundition, disini lebih mesra alam, google alamat PT Foundition ni

Adik juga boleh cuba tanya dan buat ujian diklinik 1 Malaysia, sebab ada seorang rakan abang pernah buat ujian di Klinik 1 Malaysia ujian tanpa nama, dan dia kata dia dapat nurse yg sangat baik, prosesnya lebih mudah. Ujian kejap aje, jika positif mereka akan suruh adik ke hospital besar pulak.

Abang harap adik segera buat ujian HIV, sebab adik sangat berisiko jika positif boleh dapatkan rawatan cepat. Jika negatif alhamdulillah. - Najmi

# Cara melangkah bagi proses jalani ujian darah HIV dihospital besar kerajaan mungkin berbeza diantara sebuah hospital dengan hospital lain.


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST