Tuesday, 8 December 2015

BOLEHKAN SEORANG PEMBAWA HIV BERBEKAM?

photo alansarhealth.com

Anonymous said...

Saya nak cerita sikit tentang pertemuan saya dengan sorang ustaz di pusat rawatan Islam. Masa tu saya nak buat bekam, ustaz tu kata bekam ni bagus boleh merawat semua jenis penyakit. 

Saya tanya, HIV pun boleh ke? Ustaz tu kata boleh. 

Pusat rawatan Islam sedia menerima pesakit HIV. Kata ustaz tu semasa beliau berguru di Indonesia, ada kes pesakit HIV dah sembuh dengan kaedah rawatan Islam ni. Menurut ustaz tu kaedah rawatan Islam ni banyak kepada menguatkan sistem tubuh dan secara tak langsung dapat mengawal menghapus virus. 

Berbanding rawatan moden cuma terus menghapus virus tu sendiri dan tidak membantu sistem semulajadi tubuh. 

Antara kaedah Islam ialah pesakit yang selalu berbekam, untuk membuang toksin dan menguatkan organ-organ badan. Kemudian berpuasa untuk meningkatkan sistem imun. Makanan-makanan sunah diambil secara konsisten seperti madu, habatus sauda, delima dan kurma. 

Kena kerap bangun tahajud (solat malam) dan berdoa sebab tahajud mendekatkan diri dengan Allah dan bagus untuk keseimbangan hormon badan. Jadi tak salah nak mencuba rawatan Islam ni sebab semua penyakit dalam dunia ni ada ubatnya. 

Sistem tubuh badan kita sebenarnya boleh melawan sendiri semua jenis penyakit termasuk HIV. Jadi melalui kaedah rawatan Islam, sistem pertahan tubuh kita ni la akan dikuatkan supaya dapat melawan virus. Terutama pesakit yang baru kena dan belum makan HAART boleh la cuba rawatan ni. Yang penting yakin dan tawakal. Wallahualam.

Nazri
Tuesday, December 08, 2015 2:04:00 pm
Sumber dari ruang komen DISINI


Salam Nazri,

Terima kasih kerana berkongsi maklumat, abang sendiri pernah dengar kisah ini malah ada seorang rakan PLHIV yang tinggal di Sabah juga ada melakukan rawatan bekam ini. Dan apa yang abang juga tahu ramai yang kata berbekam ini bagus dan boleh diamalkan oleh PLHIV.

Bila cakap pasal bekam kita semua akan bayangkan darah yang banyak tu kan, dan pasti ada yang kata boleh berjangkit HIV tak pada pesakit lain. Logiknya mangkuk yang digunakan tu sudah tentu akan dibersihkan sebelum ianya digunakan pada orang lain, bermakna tidak ada kuman lagi yang ada di mangkuk berkenaan jika ianya telah dicuci dengan bersih dan sudah tentu boleh digunakan pada orang lain pula. Tidak ada jangkitan HIV yang boleh berlaku.

TETAPI sebagai seorang PLHIV, sebaiknya jika kita hendak berbekam kita kena beritahu kepada Pusat Bekam (orang yang nak bekam kita tu) yang kita ada HIV, supaya orang yang bekam boleh mengambil langkah lebih hati-hati ketika proses bekam dijalankan. Saya ada baca juga sebuah Pusat Bekam yang sudi lakukan bekam kepada pembawa HIV yang mana mereka akan mengunakan mangkuk bekam yang berasing (mangkuk bekam milik pembawa HIV itu sahaja) dan tidak akan digunakan pada orang lain sebagai langkah berjaga-jaga selain tidak ada keraguan kepada orang lain bila hendak melakukan bekam.

Saya harap saudara Nazri sudi kongsikan nama Pusat Rawatan Islam yang ada menjalankan rawatan bekam itu disini serta kos rawatan yang dikenakan oleh Pusat Bekam berkenaan - NajMi



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST