Sunday, 6 December 2015

BERHENTI PENGAMBILAN UBAT, REMAJA PERANCIS TIDAK MENUNJUKKAN GEJALA HIV


Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun berasal dari Perancis tidak menunjukkan gejala HIV walaupun telah berhenti mengambil ubatan anti-retroviral selama 12 tahun.

Para doktor telah membentangkan butiran kesihatannya pada persidangan International Aids Society (IAS) di Vancouver, Kanada. Ini adalah laporan pertama di dunia yang menunjukkan penyembuhan-jangka panjang HIV pada pesakit kanak-kanak. Para pakar menekankan perlunya kajian besar untuk mengetahui mengapa beberapa pesakit boleh terus mengawal virus walaupun rawatan anti-retroviral berhenti.

Remaja itu lahir pada 1996 dan mendapat HIV dari ibunya - antara pada masa kehamilan atau pada masa kelahiran. Pada usia tiga bulan, dia mendapat ubat anti-retroviral. Namun, keluarganya memutuskan untuk menghentikan pemberian ubat anti-retroviral ketika si pesakit berusia hampir enam tahun. Selang 12 tahun kemudian, jumlah virus dalam aliran darahnya terlalu sedikit untuk boleh dicatatkan, meski doktor mengingatkan keadaan ini boleh berubah. 

Doktor Asier Saez-Cirion dari Institut Pasteur di Paris berkata, "Kemungkinan gadis ini mengalami penyembuhan virus selama itu kerana dia telah menerima dengan segera ubat anti-retroviral selepas jangkitan dikesan.

"Dengan kes yang pertama tercatat ini, kami mendapati bukti bahawa penyembuhan jangka panjang mungkin terjadi pada kanak-kanak, seperti pada orang dewasa. Walau bagaimanapun, kes-kes seperti ini masih sangat jarang berlaku. Remaja ini hidup normal. Kesnya unik tapi nyaris tak tercatat, bahkan oleh ahli klinikal di Perancis, " kata Saez-Cirion. 

Dua tahun lalu, seorang kanak-kanak perempuan di Amerika Syarikat - yang kemudian dikenal dengan nama "Bayi Mississippi" - menunjukkan tanda-tanda bebas daripada HIV. Tapi penyembuhannya hanya bertahan selama dua tahun sejak rawatan dihentikan. 

Doktor Saez-Cirion juga memimpin penelitian pada 14 pesakit dewasa yang juga dikenali sebagai kumpulan Visconti. Kumpulan ini juga tak menunjukkan kembalinya virus meski rawatan dihentikan. Salah satu pesakit bahkan boleh mengawal virus dalam tubuhnya selama 13 tahun.

'Inspirasi'

Profesor Sharon Lewin dari Universiti Melbourne di Australia berkata, "Kes remaja Perancis ini menunjukkan bukti kuat akan pentingnya rawatan anti-HIV seawal mungkin. Ini kisah yang memberi inspirasi buat semua orang yang bekerja di bidang ini, dan buat semua orang yang dijangkiti HIV." 

Profesor Lewin menambah, "Walaupun kes ini penting, saya sangat percaya bahawa untuk mencari ubat yang boleh menyembuhkan HIV, kita masih memerlukan kajian besar yang boleh memastikan siapa yang boleh menghentikan terapi anti-viral dan mengawal virus.

"Satu kes saja tak boleh memastikan itu.

"Kita perlu membangunkan ujian yang kuat untuk mengukur virus dalam jumlah yang sangat kecil atau mencari cara yang lebih baik untuk kawalan pasca-rawatan.

"Jika kita mempunyai ujian seperti itu, akan sangat membantu uji klinikal di bidang HIV."

Ahli virus Perancis, Francoise Barre-Sinoussi, yang memenangi anugerah Nobel kerana telah mengenalpasti HIV juga menyokong kepentingan kajian besar.

Kepada BBC dia berkata, "Kita harus cuba mencari kes sama - dan menentukan penandanya, untuk melihat apakah kita boleh meramalkan penyembuhan.

"Kes bayi Mississippi tentu sangat mengecewakan untuk si anak dan keluarganya. Tapi kita belajar sama banyaknya baik dari data negatif mahupun positif. Ini menunjukkan bahawa sains tentang HIV semakin matang."


Sumber DI SINI
21 July 2015

 

No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST