Thursday, 31 December 2015

BARU KAHWIN DAN TIDAK PERNAH DISENTUHI SUAMI.


Saya baru berkahwin dan tidak pernah disentuh suami. Asal saya dekat, suami beri banyak alasan sakitlah, letihlah. Saya nak jugak rasa belaian manja dari suami saya. Bila saya buka wechat suami saya, saya terbaca suami saya komen "i love you" sesama lelaki (lelaki tu tak layan). Saya buka pula gellery suami saya banyak simpan gambar lelaki yang dia kenal di wechat. Saya hairanlah mengapa suami saya tidak pernah sentuh saya. Saya bukannya hodoh, saya bukannya berbau Adakah suami saya tergolong dalam golongan PLU?

BARU KAHWIN


Melalui penceritaan puan, saya rasa suami puan 100% gay ya PLU, mudah dikesan jika dia langsung tak sentuh dan terus abaikan nafkah batin puan. Tetapi kalau dia masih layan puan dan dalam masa sama mengurat jantan dalam media sosial, dia mungkin seorang biseksual, dua-dua jantina dia balun...

Saya nak tanya, berapa lama puan berkawan dengan sang suami? sehingga  sekelumit pun puan tidak syak langsung akan naluri sebenar suami puan? Adakah pernikahan puan itu dirancang oleh ibubapa puan. Ya benar kebanyakan lelaki gay ini susah nak dikesan naluri mereka, tetapi pada pandangan saya jika kita telah berkawan dengan seseorang dalam jangka masa yang agak lama lah, sedikit sebanyak kita boleh kesan naluri pasangan kita itu.

Apa pun saya bersempati dengan puan, nasihat saya jika dia masih terus abaikan nafkah batin, sebaiknya puan kena berani untuk mengambil langkah seterusnya. Pergilah rujuk dengan mereka yang berpengetahuan dalam hal ehwal perkahwinan ini, dapatkan nasihat dan puan perlu berani untuk mengambil tindakkan seterusnya. Jangan sampai hidup puan terus stress dan terseksa, bimbang puan dapat penyakit lain pulak. Puan berhak mendapat kebahagian dalam hidup jangan biarkan diri terus dipermainkan.

Bimbang juga jika dia membawa macam-macam penyakit kedalam rumah, mana lah tahukan.

Nasihat saya juga buat gay-gay yang diluar sana, jika benar tidak mampu hendak beri nafkah batin atau melayan isteri seperti mana sepatutnya, tolong jangan lah berkahwin. Jangan ainaya wanita-wanita diluar sana semata-mata hendak menutup kelemahan diri. Adalah sangat berdosa jika abaikan keperluan isteri-isteri kita itu. Bayangkan sudahlah "bercaklimpong" dengan kaum sejenis itu satu dosa besar, ni abaikan pulak sang isteri. Lebih baik jangan berkahwin, bagi lah apa jua alasan jika orang bertanya kenapa masih tidak berkahwin. Pada saya lebih baik kita hidup membujang dan terus perkukuhkan ekonomi serta jaga ambil berat kebajikan ibubapa kita sendiri daripada mengainaya wanita diluar sana.

Bagi kaum wanita, sebelum berkahwin tu sebaiknya periksa dulu status bakal suami, jangan disebabkan dah kemaruh cinta semua yang ada pada bakal suami tu cantik belaka, orang kata "kalau dekat kentut pun wangi". Perlu ada syak wasangka sedikit dalam hati, siasat sehingga puas hati barulah kalau nak kahwin, kahwin lah. Jika dah siasat rasa ada yang tidak kena, wanita-wanita diluar sana kena berani angkat kaki sebelum terlambat dan merana. Tapi jangan pula siasat dengan bagi "test" dulu sebelum kahwin, salah tu. Macam-macam cara kita boleh siasat, itu pandai-pandai kita sendiri lah.

Perlu diingat jangan terpedaya dengan lelaki yang luarannya nampak handsome, kemas atau sado. Sebab yang sado tu mungkin kerjanya "menunggek". Dan dikatakan dalam 4 orang lelaki ada seorang gay...wallahuallam

Ini bukan kisah pertama yang saya dengar dan baca…banyak lagi kisah seumpama yang saya terima, boleh rujuk didalam entri-entri terdahulu. Kadang-kadang rasa nak marah bukan sahaja pada si suami gay tetapi pada wanita itu sendiri yang langsung tidak ada usul periksa terlebih dulu. Masih ada wanita yang walaupun dah ada syak akan naluri sangsang bakal suami, tapi mereka buat tidak kisah, nak jugak kahwin. Tapi bila dah kahwin kan tak dapat…. Lain lah jika bakal suami gay tu telah berterus terang pada bakal isteri dan minta bakal isteri membantu dia mengatasi masaalah naluri songsang itu. - NajMi



1 comment:

  1. Semoga puan yg bertanya sabar dalam menempuh ujian ini. Kalau sudah tidak mampu bersabar, jln penyelesainnya adalah dengan bercerai secara baik.

    Saya setuju dgn abg najmi. Kebarangkalian suami puan gay adalah hampir 100%. Mana mungkin lelaki straight membiarkan isteri yg halal digauli selepas berhabis beribu ringgit utk perkahwinan.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST