Tuesday, 15 December 2015

APLIKASI TELEFON MUDAH ALIH SEPERTI GRINDR MENYEBABKAN PENYEBARAN HIV DIKALANGAN GAY???

Aplikasi telefon mudah alih seperti Grindr, Scruff dan Hornet kini membolehkan masyarakat gay menjejak seseorang, menghantar mesej antara satu sama lain dan menjalin perhubungan. – Gambar grindr.com, 1 Disember, 2015. 

DIMALAYSIA, sejak sekian lama komuniti gay dianggap sebagai "gejala sosial" dan golongan konservatif sering mengaitkannya dengan nilai liberal Barat.
Namun begitu, Grindr, Scruff dan Hornet – aplikasi telefon mudah alih yang membolehkan ahli masyarakat menjejak seseorang, menghantar mesej antara satu sama lain dan malah menjalin perhubungan – popular di negara ini. 
Menggunakan Grindr, misalnya, mencari pasangan gay begitu mudah – muat turun aplikasi ke telefon bimbit, wujudkan akaun dengan emel dan imbas gambar profil yang muncul di skrin.
Di sana, anda boleh mencari "Shah", "Asri", "Meat-buffet", "Urot part time", "Arman" dan pelbagai jenis pengguna lain yang berada di kawasan sekitar anda.
Daud (bukan nama sebenar) memberitahu The Malaysian Insider dia mula menggunakan aplikasi itu pada 2010 dan akan melayarinya apabila bosan di pejabat.
Katanya, walaupun dia menghantar mesej kepada ramai pengguna sepanjang masa itu, dia hanya bertemu dengan 10 daripada mereka dalam kehidupan sebenar.
"Pengguna Grindr kebanyakannya Cina tetapi ada juga pelancong, orang Melayu dan India, bergantung kepada lokasi GPS anda.
"Sebagai contoh, Kampung Baru mempunyai ramai kaum Melayu, manakala Brickfields, ramai India," katanya.
Aplikasi tersebut boleh menyenangkan lelaki gay Islam di negara ini, khususnya, yang berdepan cemuhan dan diskriminasi sekiranya mereka secara terbuka mendedahkan identiti mereka.
Homoseksual satu dosa pada pandangan arus perdana Islam, dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini berkata, kerajaan tidak akan mempertahankan hak LGBT dan isu lain yang berada di luar "konteks Islam".
Daud, seorang Islam, bersetuju sesetengah orang Islam di Malaysia menggunakan aplikasi itu kerana mereka sudah berkahwin atau menghadapi sekatan daripada segi agama, sambil menyatakan banyak gambar profil di Grindr tidak mengandungi wajah penggunanya.
Hafidz Baharom, juga bekas pengguna Grindr, memberitahu The Malaysian Insider aplikasi seperti itu membantu mengekalkan kerahsiaan identiti seseorang, satu elemen penting di Asia.
"Ini kerana penerimaan. Di Malaysia, kedua-dua undang-undang syariah dan sivil tidak membenarkan seks di luar tabii," katanya.
Kemungkinan, bahaya yang paling besar akibat daripada aplikasi itu ialah ia boleh membawa kepada tindakan keras kerajaan, di mana agensi penguatkuasaan sering menyerbu bilik hotel menangkap pasangan Islam yang belum berkahwin dan dalam keadaan berkhalwat.

SALAHKAN APLIKASI ATAU SIKAP MASING-MASING?
Bagaimanapun, satu kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengambil masa 2 tahun mendapati, peningkatan penggunaan aplikasi dating di telefon bimbit oleh lelaki muda gay adalah faktor utama menyebabkan satu wabak baru HIV di kalangan remaja di Asia, The Guardian UK melaporkan semalam.
Penasihat HIV/Aids Unicef di Asia Timur dan Pasifik Wing-Sie Cheng dipetik berkata, pihaknya yakin terdapat kaitan antara aplikasi itu dan jangkitan HIV, oleh itu, kerjasama perlu diwujudkan dengan pembekal aplikasi untuk berkongsi maklumat tentang HIV dan melindungi kesihatan golongan muda.
Daud berkata dia menggunakan Grindr sekali saja untuk seks, semasa bercuti di Kathmandu, dan dia melindungi dirinya.
Walaupun mengamalkan seks selamat, dia percaya aplikasi itu memang salah satu faktor penyebab peningkatan kes HIV seperti dakwaan dibuat kajian itu.
Katanya, aplikasi dating itu seperti "pasaran daging maya" dan pengguna boleh bertemu dalam hanya beberapa minit berdasarkan lokasi mereka.
Hafidz, yang menemui pasangannya melalui Grindr berkata, dia juga berhati-hati daripada segi perlindungan semasa menggunakan aplikasi itu.
Katanya, aplikasi itu hanya alat dan tanggungjawab harus diletakkan ke atas individu untuk mengamalkan seks selamat.
Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Majlis AIDS Malaysia Dr Ilias Adam Yee berkata, aplikasi tersebut tidak meningkatkan wabak HIV di Malaysia dan tidak juga menggalakkan lelaki mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan dengan lelaki lain.
Sikap rakyat terhadap HIV dan hubungan seks tanpa perlindungan merupakan faktor utama, bukannya platform yang digunakan untuk mencari pasangan seks, kata Dr Ilias.
"Orang bertemu untuk seks malah sebelum aplikasi dibuat. Kita tahu teknologi tidak kekal statik. Dunia semakin kecil dan manusia semakin mudah berhubung.
"Daripada memandang kepada teknologi, kita perlu melihat kepada pengguna. Saya tidak fikir aplikasi 'menggalakkan' seks, sepertimana juga telefon bimbit bukannya 'menggalakkan' anda selfie," kata Dr Ilias.
Berdasarkan penemuan itu, beliau mengingatkan kerajaan agar tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap aplikasi dating, mengatakan ia hanya akan menyebabkan pengguna memilih cara yang tidak sah dan lebih sukar didekati.
"Daripada mengenakan sekatan ke atas teknologi, kita perlu memanfaatkannya untuk menggalakkan orang ramai memahami risikonya dan bagaimana melindungi diri mereka.
"Ia boleh juga digunakan untuk menggalakkan ujian HIV dan rawatan berkesan sepertimana dilakukan sebahagian daripada organisasi rakan kongsi kami.
"HIV yang tersebar luas di negara kita ini bukan di kalangan komuniti LGBT saja."

HIV DI MALAYSIA
Walaupun terdapat stigma terhadap golongan homoseksual, satu perbandingan antara jangkitan baru HIV dari 2005 hingga 2014 mendapati, mereka hanya membentuk 28% daripada kes transmisi yang dilaporkan, menurut Kementerian Kesihatan.
Sebahagian besar daripada jangkitan baru datang daripada golongan heteroseksual (50%) manakala 19% lagi daripada pengguna dadah.
Kementerian itu berkata, terdapat 3,517 kes baru HIV yang dilaporkan pada 2014, dan transmisi paling tinggi ialah di kalangan mereka yang berusia 30-39 (42%) tahun. Secara keseluruhan, terdapat 105,189 kes yang dilaporkan pada Disember 2014.
Dan, walaupun laporan PBB yang dipetik The Guardian itu mendedahkan satu lonjakan dalam jangkitan HIV di kalangan mereka yang berusia 10-19 tahun di Asia, di Malaysia, hanya 1% daripada mereka di bawah umur 13 tahun, dan 2% daripada usia 13 hingga 19 tahun, mempunyai HIV pada 2014.
Tetapi Dr Ilias berkata, ini mungkin kerana hanya beberapa orang di bawah umur 18 tahun melakukan ujian HIV, memandangkan ia memerlukan persetujuan ibu bapa, sesuatu yang diharapkannya akan dikaji semula kerajaan.

HAPUSKAN STIGMA
Dr Ilias berkata, beberapa yayasan sudah mendekati mereka yang berisiko dijangkiti HIV, sama ada melalui Internet atau tempat di mana komuniti gay sering bertemu.
Pertubuhan ini akan menggalakkan mereka mengambil ujian HIV, dan ahlinya juga akan menemani mereka ke klinik, kata Dr Ilias.
"Kita perlu memperbaiki perkhidmatan kita bagi memastikan orang ramai terdorong menggunakannya secara bebas tanpa rasa takut, dan sekatan yang menghalang mereka daripada berbuat demikian perlu dikaji dan dihapuskan.
"Ini termasuk memberi penjelasan mengenai mitos tentang HIV dan menghapuskan segala bentuk stigma, baik stigma diri sendiri, stigma yang dirasakan atau stigma sebenar."
Hafidz berkata beliau setuju dengan cadangan Unicef supaya organisasi penjagaan kesihatan bekerjasama dengan pembekal aplikasi mudah alih bagi mengurangkan penyebaran jangkitan HIV.
Beliau berkata banyak aplikasi sebenarnya meletakkan tanggungjawab ke atas pengguna untuk mengisytiharkan sama ada mereka HIV positif atau tidak.
"Tetapi, dengan adanya stigma sosial seperti di sini, adakah ramai yang akan mengisytiharkan status mereka atau mengambil sendiri ujian?
"Unicef betul daripada segi hasratnya yang mahukan aplikasi lebih bertanggungjawab, tetapi pada masa sama, apabila anda mempromosikan budaya takut, orang akan memilih untuk tidak telus walaupun mengenai isu kesihatan mereka," kata Hafidz.

TIADA DISKRIMINASI KERAJAAN
Tetapi Dr Ilias berkata, kebimbangan itu tidak berasas, kerana Kementerian Kesihatan tidak pernah bertindak ke atas sesiapa saja yang dijangkiti HIV melalui seks gay.
"Kementerian Kesihatan kini sangat positif, mereka menyokong hak untuk penjagaan kesihatan dan mereka tidak diskriminasi.
"Tidak kira apa latar belakang anda, sudah berkahwin atau belum, gay atau tidak, selagi mereka memerlukan rawatan, mereka boleh mendapatkannya. Dan ia juga percuma."
Pesakit HIV positif yang mendapatkan rawatan akan menyelamatkan nyawa mereka sendiri, katanya.
Dengan rawatan, mereka boleh hidup sehingga 80 tahun dan benar-benar menghapuskan risiko memindahkan virus tersebut, katanya.
"Ringkasnya, HIV ialah jangkitan yang sangat mudah untuk dikawal dan dirawat, serta sukar untuk merebak." – 1 Disember, 2015.


Sumber DISINI



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST