Saturday, 5 December 2015

ANONYMOUS - GUNA HIV KIT SEBELUM BUAT HUBUNGAN SEKS? ADAKAH SELAMAT?


Anonymous said...

Salam Najmi... Adakah kita masih selamat dari jangkitan HIV setelah melakukan hubungan intim dengan tukang urut walaupun sebelum hubungan intim kita dah pastikan telah buat pemeriksaan pada tukang urut dengan menggunakan kit test dan jawapannya negatif.

ANONYMOUS
Tuesday, August 11, 2015 6:39:00 a.m.


Salam,

Sebelum hubungan intim saudara berdua ada buat ujian HIV mengunakan HIV KIT? Adakah selamat?

Kalau tanya abang TIDAK SELAMAT. Kerana apa? Sebab sebagai tukang urut yang ada menyediakan perkhidmatan seks sudah tentu bukan anda seorang sahaja pelanggan yang dia beri khidmad seks, kemungkinan sebelum buat dengan saudara dia juga ada buat hubungan tidak selamat dengan pelanggannya yang lain.

Bagaimana sekiranya sebelum dia buat dengan saudara dia ada buat dengan seorang pelanggan lain yang ada HIV (mungkin pada hari yang sama atau beberapa hari sebelum itu), dan bagaimana sekiranya jika dia telah dijangkiti HIV ketika itu.

Perlu diingat bagi mengesan kehadiran HIV didalam badan perlu mengikut panduan yang telah ditetapkan, sekurang-kurangnya memerlukan dua minggu (ada lain yang kata 21 hari) selepas dijangkiti untuk mengesan kehadiran HIV. Ianya juga dikenali sebagai "Window Period atau tempoh eram".

Tetapi adalah lebih tepat selepas 3 bulan (maksudnya dalam masa 3 bulan dia tidak pernah buat hubungan seks tidak selamat dengan orang lain). Sebab itu setiap ujian perlu dibuat selepas dua minggu kemudian sekali lagi selepas 3 bulan bagi mendapat keputusan yang konkrit.

Contohnya jika seorang penagih yang baru dijangkiti HIV melalui perkongsian jarum, dan menderma darah keesokkan harinya, keputusannya akan menunjukan negetif (bebas HIV). Ini kerana hanya selepas 14 hari (ada lain yang kata 21 hari) barulah sistem imunisasi dalam darah akan mengeluarkan sejenis antibodi bagi melawan virus tersebut. Kehadiran antibodi ini yang akan dicari dan digunakan dalam ujian saringan yang dijalankan selepas tempoh ini berupaya mengesan sama ada penderma dijangkiti virus atau tidak.

Dengan lain kata sekiranya kali terakhir tukang urut itu buat seks tidak selamat pada 3 bulan sebelum dia buat dengan saudara, dan sebelum buat dengan saudara dia ada buat ujian menggunakan HIV KIT, pada ketika ini abang boleh katakan ianya selamat, jika result menunjukkan negetif. Tetapi macam abang kata bukan hanya saudara aje pelanggannya, sudah tentu ramai lagi kan.

Bukan pada tukang urut itu sahaja, tetapi juga pada saudara. Sekiranya dalam masa dua minggu sebelum itu saudara ada buat hubungan tidak selamat dengan orang lain maka walaupun ada buat ujian menggunakan HIV KIT sebelum hubungan intim dan walaupun menunjukkan keputusan negetif, keputusan tersebut masih tetap tidak tepat. Wallahuallam - NAJMI


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST