Sunday, 6 December 2015

ANONYMOUS - DOKTOR BERITAHU DIA ADA SEL HIV YANG AKTIF



Salam abang, 

Saya ada menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki di luar perkahwinan saya selama setahun. Lelaki ini bercerai dengan isteri selama dua tahun. Sebelum kahwin ujian HIV nya negatif. Selepas bercerai, dia tidak melakukan sebarang hubungan seks sehingga bertemu saya setahun yang lepas. 

Dua minggu lepas kami dah bertaubat untuk tidak buat lagi. Namun baru-baru ini dia meninggal sebab penyakit lain. Sebelum meninggal, dia ada memberitahu saya pada bulan puasa yang lepas, doktor ada memberitahu yang dia mempunyai sel HIV yang aktif. Namun keputusan darah yang penuh tidak keluar sampai dia meninggal. 

Dia hanya membuat hubungan seks dengan saya. Saya pula hanya membuat hubungan seks dengan suami dan dia. 

Soalan saya,
1) adakah kemungkinan dia mempunyai hiv?
2) bolehkah saya pun dijangkiti?

ANONYMOUS
Wednesday, September 09, 2015 11:39:00 a.m. 


Salam.

1) Adakah kemungkinan dia ada HIV? - Apabila doktor beritahu dia ada HIV, maka sudah tentu doktor telah buat ujian darahnya dan tahu dia seorang positif HIV. Bagaimana cara arwah mendapat HIV usah kita pertikaikan, walaupun telah diberitahu dikatakan arwah tidak pernah melakukan seks dengan pasangan lain selepas bercerai (walau bagaimana pun bekas isteri arwah juga perlu jalani ujian HIV bagi mengesahkan status dirinya) 

Okey maksud sel HIV yang aktif itu kemungkinan merujuk kepada Virol Loadnya yang tinggi dan kiraan CD4nya yang semakin menurun (rendah).

2) Dan sekiranya Puan ada buat hubungan seks dengan dia tanpa menggunakan kondom, maka risiko Puan dijangkiti tetap ada. Dan sekiranya jika Puan ada HIV maka suami puan juga berisiko juga mendapatnya. 

Sama ada suami puan juga boleh berjangkit bergantung kepada keadaan berapa banyak jumlah virus didalam tubuh puan ketika melakukan seks bersama suami Puan. Jika sekiranya virus didalam darah Puan masih rendah mungkin suami Puan masih tidak dijangkiti lagi.

Begitu juga sama ada Puan telah dijangkiti HIV atau tidak bergantung juga kepada keadaan jumlah virus pada lelaki berkenaan ketika Puan melakukan seks bersamanya dulu. Jika ketika melakukannya dia dalam keadaan sihat dan ketika itu walaupun dia ada HIV tapi virusnya sedikit atau Puan melakukannya mengunakan kondom maka kemungkinan Puan masih tidak lagi dijangkiti tetap ada dan dalam masa yang sama suami Puan juga masih selamat.

Walau bagaimana pun adalah lebih baik agar Puan buat ujian darah dengan segera, bagi mengetahui status diri Puan. Hanya itu sahaja cara untuk mengesan sama ada Puan telah dijangkiti atau tidak. 

Jika Puan ada membaca entri ini boleh ceritakan perkembangan diri Puan pada saya, maaf kerana lambat balas pertanyaan Puan kerana saya telah lama abaikan blog ini dan tidak check email lagi - NajMi 


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST