Thursday, 31 December 2015

ANONYMOUS 1 - "ADAKAH SAYA TELAH DIJANGKITI"?', ANONYMOUS 2 - "SAYA BARU DISAHKAN HIV+ve"

EAR PSORIASIS - photo hanya hiasan

Salam abang,

Last saya havin unprotected sex pada bulan 5 lalu, and now saya dapati ada benjolan kecil dibelakang telinga, and ada luka juga di telinga, dahi..semacam kelumumur tu. Tapi di telinga and dahi bila dikopek tidak ada darah, just berair. Di leher pula ada semacam lepuh yang kecil and ada juga ruam (*tapi ruam tu saya dah lama alami since dari zaman sekolah lagi sebab kulit sensitif). Saya beritahu partner saya, and dia dah buat hiv test...tapi dia kata negatif, ada kah saya dijangkiti??? - Wed, Dec 30, 2015 at 11:25 PM

ANONYMOUS 1


Salam,

Benarkah pasangan saudari ada melakukan ujian HIV? dan adakah dia benar-benar negatif? Kalau benar dia negatif bermakna segala simptom yang saudari alami itu bukan disebabkan telah dijangkiti HIV, semua itu sebab masaalah penyakit lain. 

Perlu diingat jangkitan HIV hanya boleh berlaku sekiranya kita melakukan hubungan tidak selamat dengan pasangan kita yang positif HIV. Soalan saya boleh kah kita percaya yang pasangan kita itu ada buat ujian HIV dan dia negatif? Atau dia sahaja mahu menyedapkan hati saudari sahaja. Adakah hanya saudari sahaja pasangan seksnya dan dia tidak pernah buat dengan orang lain? 

Untuk lebih selamat saya nasihatkan saudari pergi bersama pasangan untuk melakukan ujian HIV, biar masing-masing dapat mengetahui status masing-masing. Seperti yang saya kata jika kedua-dua anda negatif maka simptom yang saudari alami adalah disebabkan masaalah lain. Saudari perlu juga jalani rawatan doktor bagi mengetahui punca-punca simptom yang saudari alami itu.

Kita tidak boleh main agak-agak sama ada kita telah dijangkiti atau tidak, melainkan hanya dengan melalui ujian darah sahaja. Pergi lah jalani ujian darah dengan segera. - NajMi




Hurmmmm ... saya baru disahkan pengidap HIV, dengan pihak NGO mana saya boleh behubung? untuk urusan di kemudian hari mungkin, hidup memang kena teruskan, dan saya percaya kepada qada dan qadarNYA. Tapi rasa takut tu tetap ada ...Thu, Dec 31, 2015 at 12:05 AM

ANONYMOUS 2


Salam,

Yupp...hidup mesti diteruskan juga, percayalah ujian menghidap HIV tentu ada kebaikan disebaliknya yang boleh mengubah kehidupan kita untuk menjadi lebih baik dan selamat didunia dan diakhirat.Yang penting dan paling utama saudara perlu jalani rawatan di hospital, sekiranya perlu mula makan HAART makan makan lah, dengar nasihat doktor apa yang perlu di buat.

Saudara mungkin boleh berhubung dengan saudara Luka Rafieqa untuk mengetahui mana-mana pertubuhan yang boleh dihubungi, dan saya percaya saudara Luka Rafieqa boleh membantu saudara nanti..

Luka Rafieqa Officially Page
http://www.facebook.com/lukarafieqa

Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

Phone 017-311 0306
Email lukarafieqa@gmail.com
Facebook Luka Rafieqa
Website http://lukarafieqa.blogspot.com

Dan boleh cuba klik dientri disini;



11 comments:

  1. salam najmi..dekat ipoh ada rawatan untuk hiv?di mana ya..sebab sy alami bengkak kgb di bawah telinga..dan saya yakin tu hiv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ya dekat ipoh ada rawatan bagi penghidap hiv tetapi kena confirmkan dulu lah. Ada dihospital kerajaan di klinik pakar. Saya nasihatkan agar elyna buat ujian hiv di klinik luar (greentown) hospital kerajaan, atau mana2 klinik atau mungkin try kat klinik 1Msia dulu. Apabila dah confirm ada hiv pihak klinik akan bagi surat agar elyna rujuk ke klinik hiv pulak. Tak boleh main yakin2...kena buat ujian dulu...kalau buat diklinik swasta mcm BP Lab atau Gribble jika positif mereka juga akan bagi surat agar rujuk ke hospital besar..yang penting surat pengesahan tu

      Delete
  2. Assalamualaikum abg najmi,
    Sy pon bru disahkan hiv+ lepas rse ade tanda2 3 bln leps,sy demam terok mcm kne denggi tp bukan demam denggi,skrg ni sy belom lg refer dkt hospital kerajaan utk rwtan lnjut,sy buat Elisa test dkt private.Mcm mne sy nk refer kes ni kt hospital krjaan?sy kne buat blood test skali lg ke.


    Wassalam,
    Amir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amir, biasanya kalau keputusan positif yang dibuat diklinik swasta (private), pihak klinik akan beri naaihat serta surat supaya Amir rujuk ke hospital kerajaan. Tetapi kalau mereka tak bagi amir boleh terus jalani sekali lagi ujian darah diklinik luar hospital kerajaan dulu, dan bila dah disahkan benar positif baru doktor diklinik luar tu akan keluarkan surat utk amir rujuk keklinik pakar hiv.

      Nasihat abg pergi ke klinik luar hospital kerajaan dan terus terang kata amir dah buat ujian kat private dan didapati positif hiv. Kalau ada surat result dr private tunjuk sekali.

      Delete
  3. Amir, mohon bertindak segera untuk dptkan rawatan. Hiv ni macam kanser juga. Kalau awal dpt rawatan Amir akan jalani seperti orang yg bebas hiv. Sbbnya saiz dormant hiv masih kecil dan ia tidak mengancam immune system.

    ReplyDelete
  4. salam abg najmi,
    sy adam umo 26
    sy bru je membaca blog abg.blog yg menarik untuk seorang yang mencari keinsafan. sy sebenarnya mempunyai naluri songsang. suke pada lelaki. mula-mula sekali sy buat perbuatan ne pada tahun mei 2014 dan. aktivini bukan la sy sering buat. apabila nafsu datang dan sy berkenalan dengan org dlm grindr sahaja...hujung tahun ne 21 disember 2015 sy ada melakukan hubungan dengan seseorang yg sy kenal r grindr. masa tu sy top dan dia bot....mula2 sy pakai kondom kemudian sy x pakai. 5 hari kemudian dia ada kol sy dn bg tau sy yg dia baru dapat tahu yg di + HIV.masa tu sy rs mcm x tau nk buat apa...x tau nk pikir...potensi sy dijangkiti ada ke abg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melakukan seks tanpa kondom walaupun hanya sekejap, risiko dijangkiti HIV tetap ada, apatah lagi pasangan Adam telah beritahu dia seorang positif HIV. Cuma kadang-kadang, sama ada kita boleh dijangkiti HIV selepas melakukan seks tidak selamat dengan seorang pembawa HIV bergantung pada nasib jugak. Contohnya, sekiranya pasangan Adam itu walaupun ada HIV, tetapi ketika aktiviti seks berlaku tahap kesihatanya sangat-sangat baik dimana CD4nya masih tinggi manakala Virol Loadnya masih tidak dikesan, maka kemungkinan Adam dijangkiti HIV sangat rendah atau mungkin tidak berjangkit pun. TETAPI masaalahnya kita tidak tahu berapa bilangan CD4 dan Virol Load (jumlah kuman) dalam darahnya ketika aktiviti itu berlaku, sebab itu senang kata bahawa risiko Adam dijangkiti HIV memang ada.

      Sama ada Adam telah dijangkiti atau tidak hanya boleh dikesan melalui ujian darah aje. Jadi nasihat abang, Adam buat ujian darah selepas 2 minggu dari tarikh aktiviti seks Adam itu, kemudian lakukan sekali lagi ujian selepas 3 bulan kemudian bagi mendapatkan keputusan yang konkrit. (ada juga doktor yang akan mengesyorkan agar dibuat lagi sekali ujian selepas 6 bulan kemudian). Adam usah terlalu bimbang atau stress, banyak berdoa kepada Allah, minta ampun darinya mudah-mudahan Adam tidak dijangkiti HIV dan akan lebih berhati-hati dimasa depan. - NajMi

      Delete
  5. Salam abg najmi,
    Smlm sye melakukan hubungan songsang.Nyah tu blowjob saya dan saya ada maen bottom tpi x pancut dlm.sye hanya pncot dalam mulut dia.adakah saya berisiko mndapat hiv? Saya amat kesal dgn perlakuan saya.harap abg najmi dpt membantu saya.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cici Cici,

      Walaupun dikatakan aktiviti blowjob risiko dijangkiti HIV sangat-sangat rendah (kemumngkinan zero) tetapi perlu diambil perhatian terutama sekiranya didalam mulut ada luka terbuka dan air mani pasangan yang ada HIV dipancutkan kedalam mulut terkena pada luka. Dalam kes saudara risiko nyah itu (yang blowjob) dijangkiti lebih tinggi daripada saudara (yang hanya memberi) sekiranya saudara ada HIV lah dan ada luka pula didalam mulut nyah itu.

      Main bottom, sama ada di pancut dalam atau tidak, risiko dijangkiti tetap ada jika kita melakukannya tanpa kondom dengan pasangan yang kita tidak tahu status kesihatan diri mereka.

      Mudah-mudahan nyah itu negatif HIV ketika aktiviti itu berlaku, atau jika ada HIV pun ketika aktiviti itu berlaku bilangan CD4 dalam darah nyah itu masih tinggi dan Virol Loadnya tidak dikesan, maka insyaallah selamat lah saudara. Dipendekkan cerita risiko saudara dijangkiti tetap ada. Nasihat abang buat ujian HIV selepas 2 minggu dari tarikh aktiviti tersebut, dan ulang sekali lagi ujian HIV selepas 3 bulan kemudian bagi mendapatkan keputusan yang konkrit.
      - NajMi

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST