Wednesday, 9 December 2015

9 - SAYA POSITIF - LIFE MUST GO ON :-)

Lama aku tidak melayari blog ini kerana kesibukan kerja dan kehidupan harian aku...Diam tak diam, pada 21 Feb 2015 yang lalu...

Genap setahun aku menjalani rawatan (makan ubat HAART) dan pelbagai ujian, dugaan dan cabaran aku lalui sendirian... LIFE MUST GO ON! :-) aku kuatkan semangat walau hakikatnya aku rasa lemah dan kecewa dengan apa yang telah terjadi pada diri dan hidupku yang tidak seindah yang kusangkakan.


CD4 aku menunjukkan peningkatan demi peningkatan walaupun macam-macam kesan sampingan aku lalui.. Telinga masih berdesing (Tinnitus) setiap hari (walau tidak 24 jam), kejap-kejap terasa sakit di bahagian dada, bisul-bisul kecil (seperti jerawat timbul di sana sini (terutama di bahagian kaki dan punggung)) dan rasa "imbalance" (ting tong) masih ku alami di malam hari (sekurang-kurangnya 2 jam) selepas makan ubat HAART (yang malam) dan bila bangun pagi rasa sedikit pening dan ‘lak lok’ pun ada…

Ada waktu bila aku sendirian…rasa menyesal dan menangis juga kerana kesilapan aku dalam percaturan kehidupan yang aku sendiri pilih tapi…mana boleh patah balik! Bujang sehingga ke akhir hayatlah nampaknya.. Hasrat nak berkahwin pun sudah musnah. Siapalah yang sudi dan redha untuk terima aku sebagai pasangan kehidupan?! Entahlah…

Kini, aku tumpukan kehidupan aku dengan terus menjalani rawatan sebagai pengidap HIV di samping kerjayaku dan keluarga yang sediada agar aku boleh teruskan hidup ini dengan lebih ceria dan kelihatan sihat sejahtera tanpa diketahui oleh sesiapa pun :_( Insyallah…AMINNN….Mudahan mereka yang senasib dengan aku dapat teruskan kehidupan ini dan berubah kearah yang lebih baik! 
SAYA POSITIF
Tuesday, February 24, 2015 3:39:00 pm

3 comments:

  1. Jangan berputus asa okay. Teruskan kehidupan dengan positif dan berikanlah impak positif kepada insan2 lain. Insya allah hidup kita akan lebih diberkati

    ReplyDelete
  2. Saya juga baru 3 bulan disahkan hiv+, dan sehingga kini saya masih merahsiakan penyakit ini daripada semua orng termasuk keluaga. Tertekan? Memang amat tertekan. Merintih dengan tuhan agar saya diberi peluang mempertulkan kesilapan dan mencari sedikit bekalan di akhirat. Saya juga telah sebulan memulakan HAART.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Ya jika saudara masih tidak bersedia beritahu pada keluarga, jangan beritahu lagi. Macam abang dah lebih 10 tahun walaupun tinggal dengan keluarga abang masih rahsiakan status diri abang. Jangan lupa makan ubat tepat pada waktunya ya...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST