Wednesday, 25 November 2015

SOALJAWAB - SAYA GOLONGAN BERISIKO DAN BEKAS PENAGIH DADAH

Photo hanya hiasan


Salam abang Najmi,

Saya adalah seorang yang berada di dalam golongan yang berisiko untuk dijangkiti. Saya juga bekas penagih dadah (InsyaAllah hampir 1 tahun berhenti - Doakan saya untuk tabah untuk berhenti). 

Saya mengalami simptom-simptom ni:-

1) Tonsil bengkak / sakit tekak hampir 4 bulan. Dan semacam ada lapisan putih dalam tekak tapi bukan ulser. Dah jumpa GP mereka bagi antibiotik dan ubat sakit tekak biasa je. Tak jalan pun. 

2) Sakit kepala yg tak dapat dijelaskan. Macam vertigo. Macam tak boleh fokus especially bila naik tangga.

3) Berat badan kurang daripada 67kg ke 63kg. Then maintain takat 63kg tu je.

4) Swollen gland (kelenjar bengkak) di bawah cuping telinga, kiri kanan leher dan bawah dagu. Mungkinkah disebabkan oleh sakit tekak?

5) Ada kudis buta banyak kat kaki dan betis. Ada juga di keliling pinggang dan perut. Gatal sangat tapi bila doktor GP kasi ubat scaboma lotion sapu satu badan dah okay sekarang. Dah tak merebak dan tak gatal dah. Alhamdulillah.

6) Bisul kat hidung, perut dan atas paha (Berlaku pada masa yang sama dapat kudis buta). Dah hilang tapi masa kena bisul tu siap demam kejap.

7) Kulit saya menjadi kering kesan dari pengambilan dadah. Kulit gatal dan menjadi merah seperti ruam sementara/sekejap. Lepas beberapa lama ruam merah tu hilang. Saya google dan difahamkan ruam untuk hiv ni merah macam chickenpox, tak gatal dan permenant. Betul ke? 

Kemudian saya ada buat hiv & std test hari Jumaat petang lepas, bayar nak dekat rm300. Isnin lewat petang tu mereka dah call saya untuk berjumpa discuss. Haritu mereka cakap boleh email result, tapi sekarang mereka taknak email pulak. Takutnya.... Ya Allah...

Adakah mereka buat rapid test sebab tu result keluar cepat? Klinik swasta. Mereka hantar ke pathlab. Adakah mereka akan hantar result saya (sekiranya positif) ke insurans company saya? Habis saya nanti satu company tahu sebab agen insurans agent tu rapat sangat dengan staff dan boss. Almaklum company kecik. 

Sengsara tunggu result, rasa macam taknak ambil je result tu. Walaupun positif saya tahu kena ambil test confirmation pulak sekali lagi.

GOLONGAN BERISIKO



As Salam,

Untuk pengetahuan semua, saudara "golongan berisiko" ini telah lama mengirim, bertanya soalan seperti diatas, seperti mana ramai yang lain sama ada bertanya di dalam blog ini mahu pun mengirim email, cuma saya yang dah lama tidak layan blog dan buka email maka saya tidak jawab lah. Maaf mungkin kalau saya jawab pun hanya pada soalan2 yang terpilih sahaja. Maaf sangat2.

Berbalik kepada pertanyaan saudara "golongan berisiko" diatas, jika sesiapa ada mengalami simptom2 seperti diatas dan tahu diri berada didalam kalangan mereka yang berisiko, adalah sangat perlu untuk jalani ujian HIV. Setahu saya pihak Pathlab tidak "kepochi" nak bagi tahu pada pihak lain, sebab hasil ujian HIV adalah rahsia.

Semoga saudara dalam keadaan sihat, jika saudara ada baca entri ini, boleh beritahu perkembangan terkini saudara nanti melalui ruang komen dibawah ini. - NAJ MI

1 comment:

  1. Anonymous yang ada tinggalkan komen di sini MAAF banyak2 sebab saya terdelete tanpa sengaja komen anda sehingga tidak dapat di kesan, termasuk semua komen yang masuk sejak bulan 4 2015 lalu - NajMi

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST