Tuesday, 3 February 2015

PENDUDUK DI LANG NERN, USIR SUKARELAWAN HIV

'Penduduk Lang Nern tidak mahu Yayasan Glory Hut membawa masuk pesakit AIDS tinggal di kampung ini'. 

Ini ayat yang tertera pada kain rentang putih yang dipasang sejak bulan lalu selepas penduduk kampung membuat undian dan sepakat mahu mengusir kumpulan sukarelawan berkenaan. Walaupun undian itu tidak diperakui sah me­ngikut undang-undang, ia berkesan untuk mengusir yayasan berkenaan dan 48 orang yang tinggal di situ. 

Mereka diberikan masa enam bulan untuk keluar dari kampung yang didiami 500 penduduk tidak jauh dari Pattaya itu. 

"Saya tidak benci mereka. Tapi, mereka berada di tempat yang salah," kata Wichien Weruwan, ketua kampung Lang Nern ketika ditemui di pekarangan rumahnya. Lapan penduduk kampung yang berada di situ menganggukkan kepala tanda bersetuju. 


PETUGAS kesihatan di Glory Hut beri keutamaan kepada pesakit. 


"Semua perkara mengenai Glory Hut memberi kesan kepada perniagaan dan cara hidup kami di sini," sambungnya lagi.

Nama Thailand sering diangkat kerana kejayaannya dalam membendung HIV-dapat menurunkan kadar jangkitan dan memberi fokus kepada kesedaran untuk membanteras stigma masyarakat terhadap pesakit. Bagaimanapun, kesepakatan penduduk kampung Lang Nern menentang usaha Glory Hut menyingkap situasi sebenar bahawa diskriminasi terhadap pesakit AIDS dan individu HIV masih wujud.


Penduduk kampung merungut mengatakan Glory Hut tidak mendapatkan kebenaran sebelum berpindah masuk ke situ, lapan bulan lalu. Ramai bimbang kehadiran yayasan berkenaan dan sampah dari situ akan mendedahkan mereka kepada penyakit yang meng
gerunkan itu.

"Kami berasa tertekan sehingga dok­tor daerah terpaksa dipanggil datang ke sini untuk memeriksa kesihatan mental penduduk kampung. Kami juga bimbang kalau-kalau udara di kampung ini turut tercemar," kata timbalan ketua kampung, Prasert Chang­lek.

Seorang warga emas memberitahu anak-anaknya tidak lagi menziarahinya pada cuti tahun baru selepas kehadiran Glory Hut di kampung itu.


Namun masalah yang lebih besar sebenarnya membabitkan isu wang. Penduduk bimbang kehadiran individu HIV di situ akan menjadi penghalang kemasukan bakal pelabur dan penyewa ke kampung berkenaan yang dulunya aktif dengan aktiviti pertanian. Kini ia menjadi tumpuan dan pilihan ramai khususnya bagi yang tidak mahu bersesak di Pattaya.


"Adakah anda mahu bermalam di rumah yang letaknya betul-betul di sebelah yayasan HIV? Penduduk di sini mahu tinggal dalam suasana yang tenteram," kata Sudarat Lunbab, penduduk yang mengusahakan rumah penginapan dengan 33 bilik.


"Ia benar-benar mengganggu kami-dari segi mental dan ekonomi. Saya buat pinjaman kerajaan untuk mengusahakan rumah penginapan ini dan ia memberi kesan besar pada saya," kata wanita itu dengan suara yang semakin nyaring.
Maaf tidak diterima
Notis keluar yang diberikan kepada Glory Hut itu sebenarnya mengejutkan banyak pihak.


"Insiden ini satu pengecualian dan ia sememangnya bertentangan dengan trend di Thailand. Banyak komuniti lain di negara ini yang memberikan sokongan sepenuhnya kepada individu HIV," kata Tatiana Shoumilina, Pengarah Joint United Nations Programme on HIV and AIDS (UNAIDS) di Thailand.


Thailand yang mencatatkan penurunan jumlah jangkitan HIV daripada 143,000 pada 1991 kepada 8, 100 pada 2013 antara beberapa negara di rantau ini yang memberi keutamaan dalam usaha mengurangkan stigma masyarakat terhadap pesakit dan pembawa virus berkenaan, kata Tatiana.


Pengerusi Glory Hut, Pornsawan Christpirak yang juga positif HIV berkata, organisasi itu sudahpun meletakkan papan maklumat yang menerangkan rancangan mereka untuk berpindah ke kampung berkenaan. Bagaimanapun, dia juga mengakui sepatutnya berjumpa penduduk kampung terlebih dulu dan berbincang dengan mereka mengenai rancangan Glory Hut itu.


"Dulu kami tidak buat begitu pun (berjumpa de­ngan penduduk kampung) ketika tinggal di dua tempat lain. Jadi saya tidak tahu kedatangan kami membuatkan orang berasa tidak selesa. Saya sudahpun berjumpa mereka dan meminta maaf secara terbuka dan persendirian. Namun malangnya mereka tidak mahu bercakap dengan kami," sambungnya lagi.


Menjawab aduan bahawa Glory Hut membuang sisa perubatan yang berbahaya di tempat pembuangan sampah umum, Pornsawan berkata, perkara itu tidak benar kerana mereka biasanya melupuskan semua sisa berbahaya di Hospital Bang Lamung, 30 minit pemanduan dari situ.


Sememangnya panda­ngan sinis masyarakat boleh menjadi pembunuh khususnya kepada pesakit dan individu HIV, tidak kira di mana pun mereka berada. Sejak diberikan notis keluar berkenaan, lima penghuni di yayasan itu meninggal dunia dan 18 lagi sudah pulang ke rumah masing-masing.


Glory Hut yang dibiayai oleh penderma dari bandar Pattaya, mengupah lima jururawat untuk membantu dan menjaga 25 penghuni yang masih tinggal di rumah perlindungan berkenaan. Ada sebab mengapa 25 penghuni itu tidak dapat meninggalkan rumah kayu satu tingkat yang bersih dan ceria itu-sama ada terlalu uzur atau mereka hidup sebatang kara.-Reuters


Sumber Harian Metro
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 7:09 AM




No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST