Tuesday, 3 February 2015

SHARIZAL - KETAGIH DIURUT BIMBANG DIJANGKITI HIV

photo hanya hiasan - www.pinterest.com

Today I spending most of my day reading your blog. Masih belum habis tapi semakin menarik. Rata2 yg beri komen antara mereka yg sgt memahami dan simpati. Tetapi masih ramai juga yg tidak dapat menerima insan2 yg hidup dlm kekeliruan. 

Sy SHARIZAL (nama glamour), 37 yo, good looking (haha) and still single. 

Masyarakat dikelilingi sy kalau dengar umur lebih 35 and masih single pasti ada yg tak kena. Walaupun mereka tidak berani bertanya tapi dari segi renungan sy dah boleh jangka. Pernah ada juga yg berani bertanya tapi lazimnya sy menidakkan semuanya atas alasan maruah keluarga yg perlu dijaga. Iya sy akui yg sy punya naluri gay tapi bukan krn salah ibu dan bapa ku tp tak tahu mana silapnya. 

Dulu kerja steady tapi sekarang tak menentu kerana tekanan umur yg semakin dewasa tua tapi masih membujang. Kalau dulu relax aja setiap kali org bertanya tapi sgt tertekan. Kerna itu asyik tukar tempat kerja krn tekanan mental tahap sederhana. 

Sorry I panggil you Naj aja sbb sy rasa lebih dekat. Sy melayu tp looks Chinese. Office mates always thought me that I am Chinese when first time we met. Tak tahu kenapa. Sy rasa sy mcm melayu lain. Tapi tak apa no hal. Org ckp sy handsome tp sy rasa ada org yg lebih kacak dr sy. Yg jd perbualan now kenapa kacak tp masih belum kahwin. Itu yg buat sy tertekan kelas 3. Itu lah kelemahan sy. 

Kalau umur 20an tu tak pa juga sbb still young tp now dah lepasi 35 dan hampiri 40. Kalau tak handsome at least blh buat alasan kan. Walau apapun sy bersyukur punya rupa yg blh dikategorikan menjadi tatapan umum. Haha. 

Sy tak ada bf atau rakan2 gay. Sbb sy tahu itu semua mustahil utk jangka masa panjang dan masyarakat masih tidak boleh terima. So sy lebih gemar gerak solo. 

Dulu ramai jugak lah kawan2 yg straight tp mereka semua dah kahwin. Jd now am alone. Gf dulu ada tp tak lama. Sbb paham2 lah kan. Haha. 

Sy bersyukur sbb masa sy mid 20s and early 30s sy sibuk kumpul aset. Busy 24 jam. Beli rumah, beli kereta, traveling. So sex life pada ketika itu tak rumit sgt. Semua hidup sy lakukan sendirian. Sbb sy tak suka share perihal hidup dan kewangan sy dgn org lain termasuklah keluarga. Sy pun tak berapa rapat dgn my family members. So sy dah terbiasa hidup sendirian. 

Cuma akhir2 ni rasa hidup dalam zaman gelap. Tak ada org yg boleh diajak bual bicara ttg hal2 yg rumit. Rasa diri ni tak guna pun ada. Apa ada pada harta melimpah ruah, wajah kacak, tapi hidup dlm gua. Boleh hampir sasau. 5 tahun lalu sy pernah sesal dgn perilaku sy dan keinginan pelik ni. Itupun lepas dengar lagu Maher Zahir. 

Jd sy mcm Naj jugak pergi masjid berjemaah, solat malam, dgr kuliah zohor dan marghrib, etc. Tp tak tahan lama. Now balik layan perkara yg sama dan rasa lebih berani. Mungkin byk free time dan tak busy lg. 


KETAGIH DIURUT

Sy belum pernah terlanjur tapi ringan2 tu adalah. Semuanya bermula bila pergi pusat urut di negara jiran. Sejak itu jd ketagih gila hinggalah sekarang. 

Baru 2 hari lepas pergi rumah urut lg. Lepas urut lepak dekat kedai sambil surf internet dan nampak blog sedara. Bila baca beberapa kisah dari blog sedara badan terus jadi seram sejuk. Sedangkan sebelum tu baru lepas urut sedap tiba2 jadi tak sedap lah pulak. 

Sy pernah buat medical check up last year bulan 10 tapi rasa2 tak ada jangkitan. Tak tahu lah kalau package sy tu tak ada HIV test. Tp selepas bln 10 sy ada panggil tukang urut dtg rumah lg buat urut tapi tak sampailah ada aktiviti meliwat hanya sekadar oral itupun mereka yg buat tanpa sy minta. Sy layan aja. Tapi bila renung2 balik yg jangkitan ini boleh terkena melalui oral sex, sy jadi keliru kejap. 

Ckp pasal tanda2 pernah juga dapat ruam2 pada peha dan betis tapi selepas beberapa hari hilang begitu saja. Tak tahu lah kalau itu petanda awal. Ngerinya sy. Next week I plan nak buat HIV test. Tipu kalau sy cakap tak takut padahal dalam minda sy sekarang ini asyik pikir balik siapa yg telah pernah urut sy. 

Mana tidaknya bila berani bawa tukang urut dtg rumah dan pergi pusat2 urut yg exclusive. Haha. Mcm addict lah pulak. Yg tukang urut yg sy jumpa semuanya offer urut special aja. Yg buat sy terkedu bila semua mereka offer fucking play. Tp sy tetap tolak dgn baik. Mungkin sy masih sedar risiko. 

Pernah juga hampir2 tertewas sbb budak urut my taste. Some more he his Vietnamese. Haha. Dia ajak play tp sy terdiam kejap. Selalu sy boleh kata tidak tapi tah knp kali ni sy terfikir kejap. Mungkin sy suka everything abt him. Tah mcm mana sy terus bangun pakai towel dan pergi shower. Pelik tp ini yg terjadi. Consider berjaya juga mengelak. Hanya sekadar perkongsian dgn Naj. Haha. 

Grateful sehingga kehari ini sy masih beringat selalu sblm melakukan tp selalu tewas pada oral seks. Hj tu dah jd rutin harian. Haha. I gemar swimming and running. So these activities will help me to reduce my stress and depression so far since am living loneliness jauh di perantauan. Haha.

Bila difikirkan balik rasa bagai tak lengkap kalau hanya urut badan tanpa urut batin special. Baru2 ni ada terasa juga nak pergi sauna tinjau2 tp bila baca blog sedara sy jadi takut lah pulak. Now am keep thinking to do HIV test asap sebelum apa2 hal. 

Nway thx for all infos sharing and I do appreciate it. Take care man and jgn lupa makan ubat.


SHARIZAL





SOALJAWAB - SAYA INGIN DAPATKAN KEBERANIAN SEBELUM JALANI UJIAN HIV

photo hanya hiasan

Salam abang Najmi..saya ingin tanya beberapa soalan?

1. Jika terdapat tanda2 awal jangkitan hiv seperti yg selalu dinyatakan, adakah kemungkinan besar betul2 mengidap hiv?

2. Jika menghidap hiv adakah rawatan yg diberikan percuma seperti rawatan haart dan testing cd4 dan sbgainya?

3. Sebagai penghidap HIV adakah dapat melakukan kerja2 harian seperti orang2 biasa dalam tempoh 10 atau 20 tahun yg akan mendatang?

4. Adakah tempat2 untuk penghidap HIV berlindung sekiranya dibuang keluarga dan ada tak komuniti penghidap hiv yg selalu kita boleh berjumpa atau berkumpul bersama-sama bg meringankan sedikit beban yg di pikul nanti??


Harap sangat2 abg dapat balas soalan sy ini kerana sy ingin mendapat keberanian dahulu sebelum melakukan ujian HIV walau apa jua keputusan nanti. Sekian.


ANONYMOUS



Salam,

1) Tak semestinya, kerana tanda2 hiv mungkin juga boleh sama dengan tanda2 penyakit lain, sebab tu apabila agak2 kita ada tanda2 akibat aktiviti berisiko yang telah kita lakukan maka kita kena buat UJIAN HIV. Hanya menjalani ujian darah sahaja boleh menentukan status diri kita

2) Ya PERCUMA di hospital kerajaan, jika saudara terlantar dikatil hospital akibat HIV/AIDS, semua kos adalah percuma. Ubatan HAART ada beberapa peringkat. Peringkat pertama adalah percuma, manakala peringkat seterusnya mungkin kita kena kongsi kos dengan pihak hospital, dapatkan maklumat dr pihak hospital nanti ya

3) Dah tentu boleh, ada PLHIV yang masih hidup sihat walaupun telah hampir lebih 20 tahun hidup bersama HIV. Perlu diingat kebanyakan PLHIV yang meninggal dunia, mereka bukan meninggal dunia disebabkan AIDS tetapi meninggal atas sebab2 masaalah lain seperti sakit tua atau kemalangan.


4) Ada, boleh rujuk kat blog abg, HIDUP MESTI DITERUSKAN klik di SINI (rumah Perlindungan PLHIV)


NAJMI



PENDUDUK DI LANG NERN, USIR SUKARELAWAN HIV

'Penduduk Lang Nern tidak mahu Yayasan Glory Hut membawa masuk pesakit AIDS tinggal di kampung ini'. 

Ini ayat yang tertera pada kain rentang putih yang dipasang sejak bulan lalu selepas penduduk kampung membuat undian dan sepakat mahu mengusir kumpulan sukarelawan berkenaan. Walaupun undian itu tidak diperakui sah me­ngikut undang-undang, ia berkesan untuk mengusir yayasan berkenaan dan 48 orang yang tinggal di situ. 

Mereka diberikan masa enam bulan untuk keluar dari kampung yang didiami 500 penduduk tidak jauh dari Pattaya itu. 

"Saya tidak benci mereka. Tapi, mereka berada di tempat yang salah," kata Wichien Weruwan, ketua kampung Lang Nern ketika ditemui di pekarangan rumahnya. Lapan penduduk kampung yang berada di situ menganggukkan kepala tanda bersetuju. 


PETUGAS kesihatan di Glory Hut beri keutamaan kepada pesakit. 


"Semua perkara mengenai Glory Hut memberi kesan kepada perniagaan dan cara hidup kami di sini," sambungnya lagi.

Nama Thailand sering diangkat kerana kejayaannya dalam membendung HIV-dapat menurunkan kadar jangkitan dan memberi fokus kepada kesedaran untuk membanteras stigma masyarakat terhadap pesakit. Bagaimanapun, kesepakatan penduduk kampung Lang Nern menentang usaha Glory Hut menyingkap situasi sebenar bahawa diskriminasi terhadap pesakit AIDS dan individu HIV masih wujud.


Penduduk kampung merungut mengatakan Glory Hut tidak mendapatkan kebenaran sebelum berpindah masuk ke situ, lapan bulan lalu. Ramai bimbang kehadiran yayasan berkenaan dan sampah dari situ akan mendedahkan mereka kepada penyakit yang meng
gerunkan itu.

"Kami berasa tertekan sehingga dok­tor daerah terpaksa dipanggil datang ke sini untuk memeriksa kesihatan mental penduduk kampung. Kami juga bimbang kalau-kalau udara di kampung ini turut tercemar," kata timbalan ketua kampung, Prasert Chang­lek.

Seorang warga emas memberitahu anak-anaknya tidak lagi menziarahinya pada cuti tahun baru selepas kehadiran Glory Hut di kampung itu.


Namun masalah yang lebih besar sebenarnya membabitkan isu wang. Penduduk bimbang kehadiran individu HIV di situ akan menjadi penghalang kemasukan bakal pelabur dan penyewa ke kampung berkenaan yang dulunya aktif dengan aktiviti pertanian. Kini ia menjadi tumpuan dan pilihan ramai khususnya bagi yang tidak mahu bersesak di Pattaya.


"Adakah anda mahu bermalam di rumah yang letaknya betul-betul di sebelah yayasan HIV? Penduduk di sini mahu tinggal dalam suasana yang tenteram," kata Sudarat Lunbab, penduduk yang mengusahakan rumah penginapan dengan 33 bilik.


"Ia benar-benar mengganggu kami-dari segi mental dan ekonomi. Saya buat pinjaman kerajaan untuk mengusahakan rumah penginapan ini dan ia memberi kesan besar pada saya," kata wanita itu dengan suara yang semakin nyaring.
Maaf tidak diterima
Notis keluar yang diberikan kepada Glory Hut itu sebenarnya mengejutkan banyak pihak.


"Insiden ini satu pengecualian dan ia sememangnya bertentangan dengan trend di Thailand. Banyak komuniti lain di negara ini yang memberikan sokongan sepenuhnya kepada individu HIV," kata Tatiana Shoumilina, Pengarah Joint United Nations Programme on HIV and AIDS (UNAIDS) di Thailand.


Thailand yang mencatatkan penurunan jumlah jangkitan HIV daripada 143,000 pada 1991 kepada 8, 100 pada 2013 antara beberapa negara di rantau ini yang memberi keutamaan dalam usaha mengurangkan stigma masyarakat terhadap pesakit dan pembawa virus berkenaan, kata Tatiana.


Pengerusi Glory Hut, Pornsawan Christpirak yang juga positif HIV berkata, organisasi itu sudahpun meletakkan papan maklumat yang menerangkan rancangan mereka untuk berpindah ke kampung berkenaan. Bagaimanapun, dia juga mengakui sepatutnya berjumpa penduduk kampung terlebih dulu dan berbincang dengan mereka mengenai rancangan Glory Hut itu.


"Dulu kami tidak buat begitu pun (berjumpa de­ngan penduduk kampung) ketika tinggal di dua tempat lain. Jadi saya tidak tahu kedatangan kami membuatkan orang berasa tidak selesa. Saya sudahpun berjumpa mereka dan meminta maaf secara terbuka dan persendirian. Namun malangnya mereka tidak mahu bercakap dengan kami," sambungnya lagi.


Menjawab aduan bahawa Glory Hut membuang sisa perubatan yang berbahaya di tempat pembuangan sampah umum, Pornsawan berkata, perkara itu tidak benar kerana mereka biasanya melupuskan semua sisa berbahaya di Hospital Bang Lamung, 30 minit pemanduan dari situ.


Sememangnya panda­ngan sinis masyarakat boleh menjadi pembunuh khususnya kepada pesakit dan individu HIV, tidak kira di mana pun mereka berada. Sejak diberikan notis keluar berkenaan, lima penghuni di yayasan itu meninggal dunia dan 18 lagi sudah pulang ke rumah masing-masing.


Glory Hut yang dibiayai oleh penderma dari bandar Pattaya, mengupah lima jururawat untuk membantu dan menjaga 25 penghuni yang masih tinggal di rumah perlindungan berkenaan. Ada sebab mengapa 25 penghuni itu tidak dapat meninggalkan rumah kayu satu tingkat yang bersih dan ceria itu-sama ada terlalu uzur atau mereka hidup sebatang kara.-Reuters


Sumber Harian Metro
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 7:09 AM




SUKAR JADI LELAKI SEJATI

PENGHUNI Pusat Rawatan Islam Al-Manarah berkumpul bersama untuk minum petang

RAWANG 31-1-2015: “Saya mengakui memang sukar untuk menjadi lelaki sejati, namun akan berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT dan tidak kembali terjebak dalam kancah songsang itu.

“Kini saya mencurah bakti membantu penghuni lain, termasuk yang terlantar kerana sudah terlalu lama menghidap HIV,” kata penghuni Pusat Rawatan Islam Al-Manarah yang juga bekas mak nyah dikenali sebagai Nazmi, 30.

Menurut anak kelahiran Johor Bahru yang turut menderita akibat menghidap HIV kerana melakukan hubungan seks terlarang sesama jenis selama hampir 12 tahun, naluri berkenaan timbul sejak kecil kerana dia mahu sentiasa kelihatan cantik seperti golongan Hawa lain dan mendapat perhatian lelaki.

“Saya anak ketujuh daripada lapan beradik yang semuanya perempuan dan minat ke arah itu semakin menjadi-jadi sejak bersekolah rendah.

“Saya ketika itu sudah menggunakan krim muka sehingga ke sekolah menengah sebelum melanjutkan pengajian di peringkat diploma di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Johor.

“Ketika itu, saya mengenali golongan sama dan melihat mereka yang lebih cantik daripada saya sehingga menyebabkan diri ini berasa semakin tercabar dengan keadaan itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Nazmi berkata, titik hitam tercatat dalam kehidupannya selepas mula menjejaki alam pekerjaan di sebuah syarikat sebagai pegawai pemasaran di negeri berkenaan dan semakin kerap memakan pil hormon.

Sumber Harian Metro
UNTUK MEMBACA ARTIKEL PENUH KLIK 



PANTAU PENGHUNI (GOLONGAN MAKNYAH) ELAK TERJEBAK SEMULA - Pengurus Pusat Rawatan Islam Al Manarah




JERAT CINTA DI WECHAT, LELAKI BERISIKO DIJANGKITI HIV

Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong (kanan) menunjukkan bukti perbualan WeChat gadis berkenaan dengan ramai lelaki lain.

KUALA LUMPUR 21-1-2015 – Gara-gara terpedaya helah cinta seoranggadis di aplikasi Wechat, seorang pemuda  kerugian lebih RM30,000 dan lebih malang lagi dirinya kini berisiko positif virus HIV.



Lelaki berusia 32 tahun dikenali sebagai Tan tidak menyangka pertemuan di laman sosial itu,  sejak Mei tahun lalu membawa hubungan lebih serius dengan seorang wanita warga China, dikenali sebagai Yang, berusia 20-an.

Bekerja sebagai pengaturcara komputer, Tan amat tertarik mengenali lebih rapat dengan wanita itu kerana paras rupanya yang menawan.

Setelah beberapa minggu menjalin hubungan, Yang meminta Tan wang  bagi menampung pembedahan ayah dan adiknya di China.  

Tan berkata, kerana simpati beliau bersetuju menyerahkan wang  kepada wanita itu.

Lama-kelamaan, Tan mula mengesyaki sesuatu apabila Yang sering menggunakan alasan sama.

“Saya berjaya mendapatkan akses akaun WeChat dan  memeranjatkan, Yang mempunyai 3,000 kenalan lelaki di WeChat.

“Saya menghubungi beberapa kenalan itu dan mereka turut mendakwa melakukan hubungan seks bersama Yang tanpa memakai perlindungan (kondom), ” katanya.

Sumber DISINI


VIDEO - BAGAIMANAKAH CARA HIDUP BOLEH MEMBERI KESAN TERHADAP RAWATAN HIV?

VIDEO - UJIAN HIV, RAWATAN HIV, PENJAGAAN DAN SOKONGAN DI HOSPITAL SUNGAI BULOH

VIDEO - BARU SAHAJA DISAHKAN POSITIF HIV. PANDUAN BERLANGKAH UNTUK MEMULAKAN RAWATAN

VIDEO - TANDA-TANDA YANG PALING KERAP DIKALANGAN ORANG YANG MENGHIDAP HIV

VIDEO - PANDUAN BERLANGKAH UNTUK MEMULAKAN RAWATAN HIV DIHOSPITAL PULAU PINANG

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST