Thursday, 15 January 2015

NAJMI - BERKESEMPATAN BERTEGUR SAPA DENGAN LUKA RAFIEQA


Akhir bulan disember tahun 2014 - Setiap kali ke hospital Sg Buloh saya memang ada keinginan mahu terserempak dengan rakan-rakan facebook, nampak dari jauh pun ok.

Pada hari berkenaan sebaik saya tiba dipintu masuk bilik pendaftaran, bila saya toleh ke kanan saya nampak kelibat saudara Luka, teruja pun ada tapi saya tidak tegur biasalah segan, dan terus saya jadi paparazzi ambil photo LR yang sekejap-sekejap keluar dan masuk bilik rawatan (seperti uruskan sesuatu membantu teman-teman lain). Beberapa ketika kemudian apabila nampak beliau mengalas beg seperti mahu pulang, saya segera menegurnya dan mengenalkan diri sebagai Azman...

NAJMI - Salam ni Luka kan..
LR - Ya...hmmm ni siapa ya ni..?
NAJMI - Azman (terpaksa tipu sunat maaf LR), saya kena kat facebook
LR - Owhhh...ni datang buat rawatan ker?
NAJMI - Tak, datang teman bapa saudara buat rawatan.
LR - Disana ker (sambil menunjukkan arah pintu masuk ke klinik bagi pesakit HIV di hospital Sg Buloh)
NAJMI - Tak..buat rawatan (bapa saudara) disitu.. (saya tunjukkan arah klinik pakar lain)

LR - Owhhh ok lah, saya nak cepat ni..(ada hal lain yang perlu LR uruskan lagi pada ketika itu.
NAJMI - ok..ok....

Apabila saya tidak dapat membantu rakan-rakan fb terutama mereka yang nak berjumpa  saya kerana nak bertanya mengenai HIV AIDS atau mereka yang menghadapi masaalah berkaitan dengan HIV AIDS terutama yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, pasti saya akan saran kan agar mereka berjumpa atau hubungi dengan LR, kerana LR pasti akan membantu, alhamdulillah, terima kasih.




Begitulah setiap kali saya ke Hospital Sg Buloh saya akan perhati insan2 rakan-rakan facebook yang saya kenal wajah mereka. Sebelum itu (ketika kunjungan saya beberapa bulan sebelum itu) saya pernah nampak saudara Nazmi Ramos (yang ketika itu masih berambut panjang), saya ikut dia dan jadi paparazzi, ambil photo Nazmi R tanpa dia sedari. Nak tegur memang segan, walaupun kami berselisih bahu bertentang mata seketika, sibuk benar dia kehulu kehilir bertugas ketika itu.

# Nampak gayanya tiada lagi rawatan susulan mak saudara saya lagi di Hospital Sg Buloh lagi, rawatan diteruskan di hospital besar disini aje.



Luka Rafieqa Officially Page
Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
 

Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

Phone 017-311 0306
Email  lukarafieqa@gmail.com
Facebook Luka Rafieqa

Saudara Luka mempunyai ramai kenalan yang mungkin boleh menghubungkan anda dengan rakan-rakan senasib yang lain.


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST