Friday, 16 January 2015

VIDEO TENTANG HIV 3






VIDEO TENTANG HIV 2






VIDEO TENTANG HIV 1











TIGA RESAH - TEKANAN SELEPAS MELAKUKAN AKTIVITI YANG DIMURKAI ALLAH

ANONYMOUS 1
photo hanya hiasan
As salamualaikum. Tak tahu nak mula macam mana. 

Pendek cerita, saya suka main pelacur. Menipu tu berdosa, so saya tak tipu. Kalau nak hentam saya,ikutlah. Saya tak bangga pun dengan benda ni. Malu. 

Alhamdulillah, akhir ni saya dah tak buat dah dan sudah bertaubat. Hasil dari perbuatan itu, saya kena screening HIV kerap. Asal pergi klinik aje, check HIV, klinik je check HIV. Kira prosedur tu dah lali la. 

Masuk bilik Dr/Pembantu Pegawai Perubatan...."saya nak sreening HIV".....dia suruh pegi makmal check darah. Selama ni ye, non-reactive la copnya yg saya nampak....tapi sooner or later, tupai akan terjatuh jugak. 

Saya tak bangga pembaca oii.... dan lagi satu, ingat HIV aje ke yang jadi masalah pelanggan sex worker? Belambak nak oii....herpes, hepatitis B, gonorrhea, siflis, bla-bla....bla.... tak pepasal kena chech STD lain jugak. 

Aduhai. Seks ni pengikat kasih sayang. Bila kita mengeseks dengan seseorang, kita akan tambah sayang pada orang tu. Kalau dah berzina dengan sex worker....macam saya.....defeat the purpose la. Pasal tu jiwa saya pun tak tenang. 

Alamak...ye ye ye, saya pandai cakap. Tapi sekadar invitation pada mereka yg suka sex bebas macam saya....marilah kita hentikan. Dah la tak berasa dekat dengan tuhan, sakit jiwa lagi ada. 



ANONYMOUS 2
photo hanya hiasan
Assalamualaikum semua....

Pengalaman aku nak dikatakn kaki sex - bukan. Mungkin sebab saje2 nak skandal sana sini. Pada ini skandalku yg ke 3. Nak dijadikan crita scandal punya scandal tup2 dapat tahu dia penah juga bertukar2 pasangan sebelum aku. Cuak beb. 


Sblm pose 2014 ada buat sex xpkai kondom. Lps tu raya ke 4 skali. Seminggu pas tu dlm raya ke 12 aku cuak pi la buat ujian saringan dgn minah tu kata aku nk kawin dgn dia. Tuhan saje yg thu debo gile babi. 


Alhamdulillah xde pape. -ve aku dgn dia. Nasib sblm2 tu aku jaga minah ni... aku thu dia xmain jgn jantan lain. Allah baguli ketakutan dlm diri aku (buat lagi maksiat). 


2 mggu pastu aku plak dgn ntah apa2 debo punya pasal pi buat elisa test (padahal minah tu mmg -ve). Result sama negatif. 


At last aku xpuas hati....sekali lagi aku p buat ujian saringan dgn minah tu (ckp borang nikah lama dh hlg) mggu ke empat (klu ikut last buat sex la n 2 bulan utk mula2 sblm pose). Negatif juga.... 


Aku terpingga2. Sbb Allah bagi ketakutan dlm diri pelaku zina maksiat ni kjp je. Nikmat sementara. Skrg dah mggu ke lima. Aku xde apa2 tnda pun. Minah tu pun pelik tgk aku. Hahaha...


Moral of the story...

Kalau org Islam tu hindarilah perkara2 maksiat. Nikmat sekejap je (pancut air puas la). Aku dh tobat scandal2 ni. Pk ank bini. Syukur minah tu "clean". Klu ada apa2 xke naya aku ank bini family. Allahuakbar...kepadamu aku memohon ampun. Abg najmi any komen?? Hihi..
Wassalam



ANONYMOUS 3
photo hanya hiasan

Saya F seorg gay, ada baca blog abg Najmi "hivadadalamdarah".. buat pengetahuan abg Najmi sya telah disahkan hiv +ve kira2 sebulan yg lepas di sebuah klinik kesihatan. 

Sya tergerak utk buat rapid test setelah membaca simptom2 hiv. Badan sya gatal2, kadang2 sya garu smpai luka dan meninggalkan parut. Doc ada bg ubat sapu tpi gatal2 x hilang. Adakah gatal2 ni boleh hilang? 

Sya rasa stress dan rambut byk gugur. Sya xtau nk cite kat siapa. 

Blik kampung sya rasa bersalah kat mak ayah. Rasa x sampai hati tgk muka tua dorg. Sya rasa mcm nk hilangkan diri dan biar org lupa Pasal sya. 

Dah tiga bulan sya tinggalkan xtvt berisiko. Tapi kalau duk sorg2 sya selalu fikir kenapalah dlu sya buat semua ni. Sya redha tpi kadang2 fikir mcmana la masa dpn sya.


Sumber dari ruang komen pembaca didalam entri-entri yang lalu - NAJMI




LAGI TIGA RESAH (KLIK DISINI)
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2014/09/tiga-resah-jika-anda-ada-terlibat-dalam.html



Thursday, 15 January 2015

SURAYA - SAYA POSITIF HIV

Assalamualaikum abg najmi nama sy Suraya (bukan nama sebenar) sy baru disahkan positif HIV smlm (24.12.2014) 

photo hanya hiasan - www.theguardian.com

skrg nie sy masih lg rasa benda tu mcm mimpi..masa doktor cakap sy tak rasa apa2 seolah2 perkara tu hal kecik  tp mmg sy tau x mustahil sy kena HIV sbb sejak umur 19 sy dah mula kenal seks dah kebanyakan lelaki yg sy kenal sy penah bersama sy x salahkan dorg semua salah sy sendiri mgkn nie balasan Allah atas dosa sy selama nie dh byk kali Allah bg peluang tp sy masih x berenti buat maksiat..

sy xtau apa sy rasa skrg nie nak kata sy sedih pun x tp skrg nie apa yg buat sy risau pasal family sy..kalau mak sy dpt tau mesti mak akan kecewa anak yg dia percaya selama nie buat benda x senonoh..

secara jujur sy xkisah kalau sy sakit atau apa2 jd pd sy tp sy betul2 risau pd family sy terutama mak sy tkt org dpt tau mak sy akan malu..

nk dijadikan kebetulan berita nie sy dpt tau sehari selepas sy dgn family kemalangan sy dan mak mengalami kecederaan sy di kaki xdan mak di kepala..doktor dah pesan minta dorg pakai sarung tgn masa cuci luka sy dan sy dah pun beli sarung tgn tp dorg pelik knp perlu pakai sarung tgn sy cuma ckp xnk kuman pd tgn dorg lekat pd luka sy sedangkn sy tkt dorg berjangkit..

sy xtau nak buat apa skrg nie kepala btl2 buntu nak berkongsi sy xtau pd siapa sbb benda nie sgt sensitif benda yg boleh memalukan family..

sy btl2 berharap abg Najmi dpt beri nasihat dan bantu sy utk hadapi semua nie.


Yg memerlukn pertolongan

SURAYA
bukan nama sebenar


#harap ada rakan pembaca yang boleh beri pandangan dan nasihat kepada Suraya..- NAJMI





OMAR ALI - AKU HIV+ - AKIBAT LEKA DAN ASYIK DENGAN NIKMAT DUNIA

photo hanya hiasan - fahadkhabir.deviantart.com

Salam 1 pagi.. 23 Disember 2014, merupakan hari pertama saya memulakan ubat haart.  Setelah 2 jam InshaAllah sume berjalan lancar. Ya Allah syukur dengan ujian ini.  Aku Bertambah kuat n semakin dekat denganmu.  

Sy perkenalkan diri sy jejaka 30 an berasal dri Johor, bekerja d utara.  Sy merupakan pengamal sex songsang sejak umur 20 tahun.  Terlalu leka n asyik dengan keseronokan dunia... Lupa yang semua ni sementara saja. Akhirnya ujian ni dtg menduga diriku.  Aku redha dan  pasrah dengan semua ni. 

Aku buat private test pada Busday aku, Hjg November tahun ni.  Sebenarnya dh lama aku nak buat, tapi aku Takot n masih denial state.  Namun kekuatan dan Tuhan menggerakkan juga diri aku utk buat test setelah aku di hujani berita kematian ttg hiv yang lambat detect.  Selain itu juga aku ade dapat gatal satu badan dekat 6 bulan.  Ingatkan alegy biasa. Dh pakai mcm mcm ubat.. Sama je..

29 November 2014 

Buat cek d Bp Lab pneng. 3 hari lepas tu dpt Result positif... Terkejut ke? Separuh diri dh bole terima, Sbb dh dpt agak dgn gaya hidup yang tak sihat. 

Kmdian aku terpaksa pegi hospital kerajaan utk meneruskan rawatan.  Namun kesukaran untuk mendapatkan bantuan masa tu.  Syukur d perkenalkan oleh sahabat dengan NGO d pulau pinang. Die terus buat appointmen dengan doktor pakar ID(infection disease) hospital pulau pinang. 

15 dis 2014 

appointmen pertama, kaunseling ttg hiv. Then jmpe doktor amik darah 5 tabung utk  test cd4,Toxo, Hep, Vdrl, Tpha, Kmdian chest xray. Result akan dapat 22 dis Katanye. So sementara tggu Result tu, mmg ade berkecamuk ckit otak memikir.. Takot jatuh sakit ke apa. 

22 dis 2014 

Syukur alhamdulillah Allah masih bagi peluang diri bernafas d bumi ni.  Syukur alhamdulillah atas ujian mu ini. Aku g appointmen pagi, sejam gak tggu turn. Masuk bilik doktor, terus doktor gtau Result liver Ok.. Lung Ok.. Toxo n Vdrl kena repeat Sbb test tk dpt keputusan.. Hahahahahah.. Y erk.. 

Then cd4 12.... What!!!!!!!!!!! 12... Hurm... Tk sgka jatuh smpai rendah mcm tu.. Fasa AIDS dah aku ni. Namun aku percaya dengan kuasa Allah n kuatkan semangat. Then doktor suruh amik ubat Arini gak. 

So Next appointmen ialah pada 13 n 20 Januari 2015


Aku hrp pada mereka d luar sana yang mmg mengamalkan sex songsang yang tk selamat, pergilah buat test cepat.  Jgn Takot, byk bantuan n sokongan yang ada sekarang.  InshaAllah BETTER LATE THEN NEVER

Tu je... Tq... Salam.. Semoga sihat n ceria selalu


OMAR ALI
bukan nama sebenar




SEDIH SEORANG KAKAK - ADIK SAYA POSITIF HIV, APA PERLU SAYA BUAT?

Assalamualaikum Najmi....


Saya seorang kakak seorang mempunyai adik yg baru sahaja semalam di sahkan HIV positif...saya mendapat tahu perkara tersebut setelah doktor di klinik swasta tempat adik saya membuat ujian darah menghubungi saya dan memberitahu saya tentang keputusan ujian tersebut...seluruh dunia terasa seperti kiamat apabila sya mendapat tahu adik saya seorang pesakit HIV...

Untuk pengetahuan Najmi...adik saya sendiri maseh blm mengetahui bahawa diri nya menghidap HIV...untuk mengurangkan trkanan perasaan yg saya hadapi..saya memberitahu suami akan perkara tersebut...dan kami membuat keputusan untuk memberitahu adik beradik yang lain akan berkara tersebut...sehingga la ptg semlam kmi telah memberitahu kepada adik beradik yang lain..

alhamdulillah walaupun kami sangat sedih..tapi kami berusaha untuk positif....cumaa kami sangat takut akan penerimaan adik kmi yg sakit tersebut sekiranya kami memberitahu dia perkara ini...kami juga tdak mahu emak dan bapa kami tahu..kerana takut kesihatan mereka tergaanggu...

Buat masa sekarang adik saya maseh lagi d rawat d hosp kerana konon nyaa terdapt bisul yang telah pecah d dalam usus adik saya...dan telah membuat pembedhaan kecil untuk membuang nanah2 yang telah memecah dan telah keluar melalui dubur nya...

Sejak semlam saya terus membaca blog najmi untuk mencari sedikit kekuatan dlam diri untuk menghadapi perkara ini......

Mohon pendapat Najmi..apa yg boleh saya buat..mcm mana sya untuk memberitahu adik saya memngenai penyakit yang d hidapi nya...mcm mana sya hendak memberitahu kedua ibu bpa saya akan perkara ini....saya sangat lemah Najmi..apa yang perlu saya lakukan...

Terima kasih...


SEDIH SEORANG KAKAK
@ harap ada pembaca yang sudi beri pandangan nasihat kepada kakak ini..- NAJMI




FAREEZAL - AKU GAYBOY POSITIF HIV

Assalamualaikum abang, sy Fareezal (bukan nama sebenar). sebenarnya dah lama nak emel.. tp takut... Sebelum ni, sy 100% gayboy.. langsung tak minat perempuan.. kalau mbr sembang pasal pan##, saya geli.. imagine pun saya geli.. 

photo hanya hiasan - www.essentialbaby.com.au

tp Alhamdulillah, Allah dah beri saya petunjuk.. sy dah mula ada rasa, ada perasaan dan ada nafsu.. sy betul2 nak berubah.. dah tak nak ada napsu pada lelaki.. saya tak nak hidup mcm dulu lagi... saya pernah bercinta dgn lelaki.. pahit abang.. sangat2 pahit. bercinta dengan lelaki ni.. Ini kisah sy sebagai seorang gayboy..

Part 1

Sy start sejak darjah 6 lagi.. time tu sy setakat suka blo#&$b jer. jahat sgt time tu.. tp setakat tu jerla.. takder smpai berat2.. Smpaila sy sambung belajar.. time tu sy mula start chatting mirc.. mula2 belajar kenal dunia gay.. time tu bulan puasa.. sy chat.. jumpala sorang mamat ni.. kebetulan, dia duduk dekat dengan uni sy.. kami pun jumpa.. sebelum sy jumpa dia, sy mintak "Ya Allah, kalau ini nak seks jugak.. maka akan aku jadi seks seeker" mungkin Dia nak tunjuk, lelaki yg sy jumpa ni, mencari cinta.. 1st meet, walaupun tido sekatil.. dia tak buat apa2 pun.. sy just urut dia.. masa sy balik.. sy sy bahagia sgt.. ay rasa sy jumpa apa yg saya cari... 

lepas tu, on 2nd meet.. kitorang ringan2 p time tu bulan pose, so kitorang takla smpai pancut.. halfway jer.. lepas tu, kitorang pun kaple.. dialah cinta sy.. cinta pertama saya... hilang 'teruna' saya pada dia.. tak lama, 3 bulan jer.. 3 bulan jer sy sempat merasa bahagia.. lepas tu dia tinggalkan saya.. time tu dia ada bf.. kiranya time tu, sy bermadu.. dia bgtau, dia akan kembali kepada saya lepas dia clash dgn bf dia.. sy pun dgn bodohnya.. saya tunggu.. tup tup.. dia jumpa org lain.. sedey giler time tu abang.. tp takpela kan.. org dah tak nak... 

sy terima, sy kawan gak dgn dia sebab dia bgtau dia tak ramai kawan.. tp, dalam keadaan sy berkawan dgn dia.. dalam keadaan dia dah ada bf baru.. dia tetap nak kat saya... susahnya dia nak lepaskan saya... sebab ada malam tu.. dia kol, sy sembang2 dgn dia.. lepas tu dia ckp smth yg dia selalu ckp sebelum tido.. "Thanks and sory for evrythg" sy bgtahu dia, jgn, it'll make the loves stronger.. dia boleh ckp.. 'biarlah' Ya Allah, tak taula caner keadaan sy time tu.. yang paling sakit hati.. bila saya tanya, dia boleh ckap "since when" pastu, sy tanya lagi.. dia bg alasan.. time tu nak tido.. so kepala bengong2 skit... berat sgt2 time tu.. last2 dia hilangkan diri.. tukar no semua.. tak taula abang caner keadaan sy time tu.. down gila.. sy cuba lupa, tp tak boleh..

Allah uji saya time tu dgn sangat2 hebat... bf baru ex saya, duduk di rawang.. saya pun duduk di rawang.. byk kali terserempak dia.. lepas tu, ex sy mix.. chi-malay.. duduk di sg petani.. ( dia kat kl sebab dia pun student, uitm), Dengan kebetulannya, saya sebilik dgn org yg sama abang.. Beratnya dugaan time tu.. org yg sama maksud saya, kawan sebilik saya pun mix chi-malay.. family pun kat sp.. byk persamaan dia ngan ex sy.. sy tak boleh fokus stdy.. at last, result tak ok.. sy dibuang.. boley jer saya masuk balik.. tp ekonomi time tu tak membantu.. then sy decide, mungkin bukan rezeki.. 

sy pun kerja.. start kejerla sy hidup dgn penuh kekotoran.. pegi gay spa.. pastu ONS semua.. ader yg protected.. ader yg tak... pastu, sy bosan.. sebab setiap kali lepas ONS. Sy rasa bersalah.. sy mula layan escort.. massageboy.. sy byr utk sex dan massage.. time tu, baru rasa ok skit.. tak bersalah sgt.. sy rasa, itulah punca sy dpt HIV. Sebab ada 2 org yg saya fucked without condom.. escort.. tp sy tak tahu yg mana i got infected from.. 

bila sy dpt tahu.. ( sy pergi klinik swasta buat bloodtest) sy sedey giler.. tp kejap jer.. sy pun tak tau kenapa kejap jer sedey.. mungkin sebab saya sedar itu salah sy.. nak menyesal caner pun tak guna.. berani buat, berani tanggung.. dalam kurang 2 minggu jer sy down.. pastu, sy tetap hidup sbg gayboy.. layan escort jugak...

smpaila baru2 ni, 

sy suka kat seorang lelaki di ofis part time saya... kita gay ni tau peel gay caner kan bang.. sy tau dia pun suka saya.. rasa perasaan cinta tu antara dia dan sy.. mcm normal kaple.. we felt each other.. tp, sy tak bgtau dia.. dia pun tak bgtau sy.. sy tak sure lagi dia str8 ker gay.. sebab kekadang, dia tunjuk gmbar awek.. lepas tu, ader sehari tu.. dia shift awal.. sy shift lmbat.. dia balik dalam pukul 7. Sy masuk pukul 6.. sy tanyer dia, nak balik ker.. dia ckp ya.. dia bg isyarat suh kol... malam tu, sy pun kol.. tp tak ckp aperpun.. sy takut.. tak sure dia str8 ker tak.. time tu kitorang mcm main tarik tali... sy time tu pun ader sorang awek yg sy berkenan.. dan dpt rasa dia pun suka kat sy.. 

perasaan berbelah bg antara dia dan awek ni.. pas tu, esoknya, dekat ofis, sy duk sebelah dia..  sy tanyerla.. awek maner? dia pun tunjuk gmbar awek dia.. lepas tu dia ckp "awek tu perangai mcm sial" "ader sorg tu mcm nak tak nak jer" lepas tu, sy tunjuk gmbar awek yang sy suka tu kat dia.. maser nak balik.. dekat pintu.. dia ckp i love you.. lepas tu dia patah balik.. dgn alasan nak tgk ada apa2 yg dia tinggal.. bersalahnya sy time tu... main2kan perasaan dia.. dahla muda lagi.. 23 baru.. takpela, ini yg terbaik utk sy.. 

tp lepas tu, sy dpt tahu, awek yg sy minat dah ada yg punya.. sy mcm Ya Allah.. disaat kau buka hatini utk menerima seorang perempuan.. canilak jadinya.. sedey sy time tu.. sy tgk wechat awek tu.. dia letak "Maafkan aku" lepas tu, lain dah dia pandang sy.. tak mcm dulu.. sekarang, dia dah pun bertunang...

berbalik kpd budak opis part time sy, lepas sy sedey tu.. perasaan sy kat dia dtg balik.. then, sy decide utk bgtau.. sy pun bgtau.. sy bgtau dia lepas kitorang karok ramai2.. time tu sy masih lg nmpak dia yg sy syg.. tp, masa sy bgtau dia.. dia lain sikit.. berubah tetibe.. dlm stgh jam.. bila sy bgtau, dia ckp dia str8.. takder bengkok2.. sy terkejut.. sy jumpa a denial guy atau biseks.. sebab, sy ada baca, pasal biseks ni.. bila dia str8, dia lain, bila dia gay.. dia lain.. sekarang, memang lain giler perangai dia.. berubah.. tak mcm masa sy mula2 kenal dia... tak tahula abang.. mungkin tuhan nak tunjuk kat sy, betapa pahitnya berkasih syg dgn lelaki.. betapa Dia sayangkan sy, dan nak sy berubah.. tp sedeyla.. dia bg 2 pilihan.. awek yg sy suka.. dan lelaki opis sy.. bila sy pilih awek tu.. Dia ambik balik.. Bila saya pilih lelaki tu.. pun dia ambik balik.. downnyer sy abang.. benda ni baru jer jadi.. 2 bulan..

sekarang sy tgh cuba lupa aper yg budak lelaki tu dah buat pada sy.. susah abang.. bila org tak jujur dgn kita.. sy cerita ni sebab nak kongsi pengalaman dan utk mengingatkan diri sy sendiri.. betapa Tuhan tu larang hubungan sesama sejenis.. inilah sebab dia.. bahagianya sekejap.. deritanya.. Ya Allah.. hanya Tuhan yg tahu... Baru2 ni budak ofis full time sy kawin, ( sy ada 2 kejer, full time dan part time.. dua2 yg halal yer.. :p) org tu sy syg.. dia pun tahu sy syg dia.. tp takderla syg bernafsu.. sy suka peluk dia.. bila dia kawin, sedey sy time tu.. sy pergi kenduri dia, sebelum balik sy jumpa dia ngan bini dia nak bergambar.. pastu, sebelum sy gerak.. sy tanya.. nak peluk?? Dia ckp, nak peluk?? Meh2.. sy pun peluk dia.. dalam kereta, semasa perjalanan balik sy nangis.. sy tanya, Ya Allah, alangkah bagusnya kalau perasaan sayang ni aku bg kat seorang perempuan" Down gila abang time tu.. skarang dah beransur pulih...

Pada sy kan abang, segala bentuk perasaan tu.. perasaan, napsu pada kaum sejenis ni.. ia adalah satu bentuk ujian.. Tuhan takkan ciptakan hambanya sedemikian rupa.. Dia bg kita perasaan tu.. sebagai satu bentuk ujian utk kiter.. samada kita lawan.. ataupun kita kawan.. sy pilih utk berkawan dengan perasaan tu.. dan apa yg sy dapat.. apa yg saya rasa.. kbahagiannyer yg sekejap.. derita dan penyesalan yg berpanjangan... Terkadang sy menyesal sgt membiarkan diri saya terjebak dalam dunia ni... 

Seperti yang saya bgtahu awal tadi, Saya dah mula ada perasaan kat perempuan.. Sy bersyukur sgt2.. Alhamdulillah, Dia masih sygkan saya.. Perasaan sy pada lelaki sy tak nafikan.. memang masih ada.. tp, Saya rasa, alang2 Dia dah bg perasaan dan nafsu kat perempuan.. baik sy cuba fokus kepada yang itu.. Sy cuba utk kawal sedaya upaya sy... 

Abang Najmi tolong doakan sy yer...

Pesan saya kepada rakan2 yang ada perasaan kpd kaum sejenis.. cuba lakukan apa yang saya lakukan...Saya sebelum ni, tertarik dgn abam2 motor.. stim.. hahaha.. tp sy decide, instead of admiring them.. why not I'll be one of them.. Sy beli motor dan Alhamdulillah... sekarang sy tgk dorang pun dah tak stim dah mcm dulu... Kalau suka org berpakaian smart, office wear semua.. cuba jadi mcm dorang... Ini ikhtiar saya, sy cuba kongsi.. mungkin ini berkesan kat kawan luar sana..

Part 2

Wah.. ader part 2 lagi..sy tak tau abang baca smpai habis ker tak.. berjela2.. hahahha..erm, Td sy kongsi pengalaman, ni sy ada masalah sikit..Saya cuba kurangkan nafsu saya pada lelaki.. Alhamdulillah, dah kurang...

Cuma sekarang problem saya, lately, sejak saya dah ada keinginan, nafsu kat perempuan.. sy macam nakkkkk jer bang... saya takut.. saya tak nak terjerumus ke lembah zina.. sedangkan dengan lelaki pun sy tak tahan.. inikan pulak dgn perempuan..Saya takut..

Sebenarnya, saya nak kawin... nak bercinta dgn perempuan... betul2 nak berubah.. cuma problem saya.. dengan keadaan saya sekarang ni... saya tak tahu abang.. saya hiv +ve sejak april 2013. Belum start HAART lagi.. cd4 masih ok.. maybe sebab saya tak fikir sgt yg saya ada hiv.. so I live my life as per normal.. jaga makan... semua.. so far alhamdulillah... 

Ok, kembali kepada masalah sebenar sy... erm, saya nak bercinta dgn perempuan.. tp tak taula abang.. ader ker yg nak... sy nak berkenalan dgn perempuan yang ada hiv sebab sy rasa, saya tak nak menindas a non-hiv woman.. umo sy 27.

saya mintak maaf kalau2 permintaan saya melampau.. saya tau, abang bukan agensi pencari jodoh... Cuma, saya nak berubah...saya tau mesti abang kenal ramai perempuan yg hiv jugak... kalau abang tak keberatan.. saya tak berharap.. sy paham... ini ikhtiar saya.. jodoh tak dtg kalau tak dicari... kalau abang dpt bantu saya.. saya bersyukur sgt2...

Sekian.. maaf, ambil masa abang baca emel saya... terima kasih abang.. sebab beri satu ruang utk sy luahkan perasaan sy..

Terima Kasih Abang Najmi..Assalamualaikum.. Semoga Allah memberkati abang.. Aminnnn...

FAREEZAL
(bukan nama sebenar)



Maaf saya tidak dapat perbaiki ayat- ayat perkongsian dari saudara Fazreezal seperti mana saya lakukan pada perkongsian-perkongsian dari pembaca yang lalu, kerana tiada kemudahan buat masa ini, perkongsian ini saya terus copy dan paste dari ruang kotak email terus ke blog dan dilakukan di cyber cafe aje...akan ambil masa lama nak perbaikinya, almaklum lah masa berjalan...kos nak bayar kat taukey kedai ni pun berjalan...:).- NAJMI



MARHALEM MANSOR - MINYAK KELAPA DARA (MUTIARA CopBiz) AMALAN MAKANAN TAMBAHAN KAMI (BHG 2)

Salam,
Kiraan terkini CD4 & Viral Load:
Jamaliah : 807 & below 20 copies 

Marhalem : 332 & below 20 copies 
Ujang : 800++ & below 20copies

......."kenapalah di tunggu lagi abang Marh tu. Orang lain pun sakit jugak tapi dia semakin lama semakin teruk" antara komen sinis yang pernah di lontarkan kepada kami suami isteri. 
Mentang mentanglah latar belakang ku dari kelompok pengguna dadah. Asal ada yang tidak kena sahaja dengan kesihatan mesti perkara itu yang disabitkan.
Akibatnya aku menjadi semakin tertekan. Pernah campur tangan pihak berkuasa terpaksa dipanggil dan aku dibawa ke hospital psikiterik dengan tangan bergari dan Menaiki radio car.
Bulan November 2013, emak di Kampung meminta supaya aku dihantar sahaja pulang ke sana semoga emak pula mengambil alih menjaga ku. Segala per sediaan seperti ubat ubatan, rawatan susulan, rekod perubatan rawatan metadon dan semestinya bekalan Minyak Kelapa DARA secukupnya disediakan seadanya.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Walaupun itulah kali pertama aku terpaksa terpisah dari isteri tercinta, demi kebaikan semua itu merupakan tindakan sewajarnya yang patut aku ambik, given the circumstances. ...
Dengan menunjukkan wajah tanpa emosi perpisahan itu terpaksa aku relakan tanpa menoleh kebelakang. Segala pesanan dan minyak kelapa DARA ku semat erat dalam dada menguat kan keazaman ku untuk pulih kembali seperti sedia kala.
Dipendikkan cerita bermulalah perjalanan ku mendaki puncak kepulihan diri dengan diiringi doa dan harapan orang tersayang. Bermula dengan pendekatan yang lebih Islamic, pengambilan ubat ubatan dan yang paling terkesan adalah dua sudu minyak kelapa DARA tiap tiap malam tanpa henti.
Berbekal usaha dan beristiqomah dalam beramal, sholat lima waktu dan sunat, berdamping semula dan mendapatkan perhatian daripada emak dan abah secukupnya sedikit demi sedikit aku mula dapat merasakan perubahan.
Berusaha, beramal, berdoa dan bertawakal kepada Allah yang Maha Berkuasa disamping terus mengamalkan pengambilan Minyak Kelapa DARA sebagai makanan tambahan menjadi kunci kepada titik tolak aku bangkit kembali dari jurang keperitan penyakit yang membelenggu diriku untuk Sekian lama.
Hari ini aku kembali sihat dan cukup berkenyakinan untuk me libatkan diri kembali aktif menjalani ke hidup an seadanya. Isteriku yang selama ini banyak berkorban menjaga ku sekian lama dah masih perlu berkerja mengambil alih tugasku menyara keluarga ketika aku tidak mampu kini menjadi suri Rumah tangga sepenuh masa.
Semenjak aku pulang dia pula terpaksa bersara dari terus berkerja lantaran kesihatannya juga agak kurang stabil. Kini dia dan Juga anak kami Ujang turut mengambil Minyak kelapa DARA sebagai makanan tambahan.
Disamping itu kami suami isteri turut serta bersama sama komuniti menyumbang tenaga serta idea sekadar termampu secara sukarela. Dengan bantuan serta sokongan anak anak dan keluarga juga kenalan yang mengambil berat kami Juga mengusahakan tanah pusaka yang sekangkang kera dengan bertani, berternak ayam Kampung dan membela ikan air tawar demi meneruskan kelangsungan hidup kami sekeluarga.
Kepada teman teman yang rapat termasuk penyumbang minyak kelapa DARA yang kini telah kami temui dan menjadi Salah seorang daripada penyokong dan penyumbang setia kami ucapan terima kasih yang tidak terhingga yang mampu kami ucap kan.
Hari ini saya isteri dan Juga anak masih tetap menggunakan minyak kelapa DARA setiap hari. Melalui Penjenamaan semula dibawah jenama MUTIARA CopBiz kami kini diberi peluang untuk menjadi agent pembekal Minyak kelapa DARA sebagai makanan tambahan dan Juga sumber kewangan tambahan buat kami sekeluarga.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana terpilih untuk merasakan kebaikan dan Juga keajaiban Minyak kelapa DARA ini untuk memastikan kesihatan yang lebih terjamin. Melalui pengalaman peribadi saya lebih berkenyakinan untuk berkongsi kebaikan Minyak kelapa DARA jenama ini yang seratus peratus asli, halal lagi suci keluaran dan dikilangkan oleh MUTIARA DINAMIK MAJU SDN BHD, ahli koperasi Usahawan Halal Hub Melaka Berhad.
Kepada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk ini sila p/m terus saya di facebook atau pun tel 01116689819 whatsapp/ line juga email marhmansor66@gmail.com
Ingat makanan tambahan ingat MINYAK KELAPA DARA CopBiz jelaaaaas berkesan! Wassalam

Harga produk:
Rm 65.90 - 200 ml
RM 18.90- 50 ml
Tidak termasuk kos penghantaran pos laju.



LAGI ENTRI MENGENAI SAUDARA MARHALEM MANSOR (klik disini)
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2014/01/video-my-life-my-story-part-3-kisah.html
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2012/07/pegawai-perubatan-turut-diskriminasi.html


MARHALEM MANSOR - PENGALAMAN AKU TERLANTAR DIHOSPITAL AKIBAT AIDS (BHG 1)

Salam. 

photo hanya hiasan

Aku pernah jatuh sakit akibat komplikasi jangkitan HIV selama dua setengah tahun. Aku terlantar lemah di atas katil, tidak mampu mengurus diri tanpa bantuan orang di sekelilingku.

Rutin harian banyak dihabiskan berulang alik ke hospital. Selera makan hampir tiada dan aku hanya bergantung dengan susu dan ubat ubatan. Pernah aku nazak seolah olah Maut begitu dekat denganku menunggu masa untuk merentap sisa nyawaku.

Pernah terjadi nafasku terhenti selama beberapa minit namun tak kala anak dan isteri ku meratap 'permergianku' aku tersedak bernafas Semula. Hinggakan doktor yang merawatku tidak punya penjelasan yang jitu bagaimana ianya boleh berlaku. Setidak tidaknya otak ku terkesan dari kekurangan oksigen yang mengalir ke otak.

Berbagai cara rawatan yang dilakukan namun keadaanku masih tidak berubah. Sehingggalah pada satu hari doktor memanggil isteri ku dan menyuruh dia bersedia untuk menghadapi keadaan yang semakin buruk. Pada saat itu aku telah pun dipasang dengan alat penyambung hayat.

Kata doktor hati ku ketika itu kian mengecut. Perut ku semakin membusung. Aku lebih banyak dalam keadaan tidak sedar. Di kala aku sedar aku lebih banyak meracau. Sehinggalah akhirnya doktor mencuba memberi aku ubat anti TB. Kata doktor kalau ubat ini juga tidak memberi sebarang kesan. ..entahlah. ..

Isteri ku tetap tabah di samping ku berdoa sambil membisikkan kalimah La ill a ha I'll a all lah. .tanpa putus asa mahu doktor melakukan segala yang terdaya. Dia redha serta pasrah dalam ketentuannya.

Sehari selepas rawatan anti TB dimulakan keajaiban mula berlaku. Tubuhku menunjukkan tindakbalas yang agak positive. Aku mula sedar dan dalam keadaan jaga yang lebih lama.

Namun timbul pula masalah baru. Aku lebih banyak meracau racau. Berbagai pemandangan bermain di mindaku. Isteriku selama ini begitu setia menjaga segala keperluanku hampir sahaja hilang sabar oleh kerana sikapku yang ada kala langsung tidak masuk akal.

Doktor akhirnya mendiagnos aku sebagai menghidapi penyakit TB usus, hepatitis chronic; early dimentia, ulcer usus dan aku sendiri kurang pasti apa lagi.

Selepas aku di discharge kan dari hospital aku sudah tidak mampu berjalan sendiri. Selang sehari selama hampir 9 bulan selepas itu aku berulang alik ke hospital untuk mendapatkan Sunti kan.

Aku tidak pasti bila dengan tepat pada suatu hari seorang kenalan datang menziarahku dengan membawa sebuah kerusi roda pemberian seseorang. Orang yang tidak aku kenali itu juga membekalkan aku dengan beberapa Botol MINYAK KELAPA DARA jenama CocoHavana.
Kepada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk ini sila p/m terus saya di facebook atau pun tel 01116689819 whatsapp/ line juga email marhmansor66@gmail.com

Pesanannya agak tidak begitu rumit untuk ku fahamkan. Walau apa yang terjadi aku mesti makan minyak kelapa DARA itu Setiap hari tanpa jemu. Pada mulanya aku kena makan 2-3 sudu Setiap hari sebagai makanan tambahan. Aku tidak perlu risau tentang bekalannya. Jika bekalan hampir habis dia akan hantar kan lagi bekalan kepadaku.Yang penting aku terus makan minyak yang dibekalkan hingga aku tidak perlukan nya lagi.

MARHALEM MANSOR



LAGI ENTRI MENGENAI SAUDARA MARHALEM MANSOR (klik disini)
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2014/01/video-my-life-my-story-part-3-kisah.html
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2012/07/pegawai-perubatan-turut-diskriminasi.html

CHEE KEONG - JIHAD SEORANG GAY MELAWAN NAFSU

JIHAD yang paling besar bagi saya ialah jihad semasa solat berjemaah.” Inilah kenyataan yang paling mengejutkan saya. Ia datang daripada seorang insan cross over yang berbangsa Cina. Nama samarannya ialah Chee Keong. Dia jumpa saya untuk meminta nasihat khas.


Xifu Naser

Saya tidak dibenarkan untuk membawa sesiapa pun ketika berjumpa dengannya. Hanya saya dan Chee Keong di restoran mewah yang tertutup.

“Bagi Xifu, merapatkan saf semasa solat jemaah akan menambah khusyuk lagi. Bagi saya, ia mencabar keimanan saya, khasnya apabila bahu saya tersentuh bahu seorang jejaka yang kacak. Nafsu syahwat saya naik membara! Saya tak mampu nak solat Jumaat lagi! Saya amat terseksa,” kata Chee Keong.

“Naik nafsu seks semasa solat berjemaah? Saya tak faham. Kalau lelaki rapatkan saf dengan perempuan, barulah tak khusyuk,” saya keliru.

“Ini kerana Xifu adalah straight. Dari segi perasaan, saya masih gay walaupun saya telah peluk Islam lima tahun yang lalu!” Chee Keong mengaku. Chee Keong tidak lagi terlibat dengan homoseks.

Saya terkejut dengan pengakuan Chee Keong kerana tiada tanda gay langsung pada diri Chee Keong. Dia adalah lelaki yang gagah berani. Tiada sifat sotong! Selama lima tahun saya kenalnya, dia adalah seorang yang tekun belajar agama. Tidak memandang perempuan.

Belum berkahwin walaupun sudah berumur 33 tahun.

Tetapi pengakuannya amat memeranjatkan saya. “Apa yang buat you naik nafsu syahwat semasa solat jemaah?” saya tanya.

“Saya sangat bernafsu pada telapak kaki lelaki muda kacak. Bayangkan apabila mereka ambil wuduk dan bayangkan apabila sujud!” Chee Keong makin nampakkan kesedihannya.

“Xifu, I am proud to be a Muslim. Tapi ujian ALLAH SWT ini terlalu berat bagi saya.” Chee Keong dah hampir tidak dapat menahan air matanya.

“Saya kenal ramai gadis muda, cun dan bijak. Saya boleh rekomen jadi isteri. Kahwinlah cepat! Nikah dalam Islam itu amat mudah sahaja,” saya berusaha memberi semangat kepadanya.

“Xifu, saya dah berusaha bernafsu pada perempuan. Bahkan saya cuba tengok ramai perempuan yang hot dan seksi di shopping kompleks. Saya tak rasa apa-apa pun. Macam tengok kayu! Saya hanya bernafsu pada yang rata dadanya!” sindir Chee Keong. Saya faham
bahawa ‘yang rata dadanya’ di sini merujuk kepada lelaki.

“Bagaimana Chee Keong boleh terjebak sampai ke tahap ini?” saya tanya.

“Saya dinodai oleh pakcik semasa umur enam tahun. Kemudian oleh ketua pengawas sekolah. Tiada halal haram kerana saya bukan Muslim. Memang ada Muslim yang gay juga tetapi mereka pun berperangai seperti bukan Muslim. Saya masih muda. Saya hanya pengikut.

Akhirnya, semua girlfriends saya adalah lelaki kacak sama ada Cina atau Melayu,” kata Chee Keong penuh kesalan.

“Chee Keong, ada sebuah institusi Islam berkata bahawa ia berjaya menyembuhkan gay setelah mereka menjalani kem sembuh gay untuk beberapa hari. Kalau kamu menyertai kem ini, kamu akan jumpa semua peserta seperti kamu. Ini akan bagi motivasi bagi kamu untuk sembuh.” saya cuba bagi jalan.

Chee Keong tergelak besar tiba-tiba. “Xifu, kem ini gagal sebenarnya. Penganjur itu straight. Manalah mereka faham psikologi gay. Bila mereka kumpulkan gay, mereka membuka jalan untuk gay berjumpa dan tukar nombor telefon! Ia akan jadi gay club!”

Tiba-tiba, saya terasa diri saya sangat jahil dalam dakwah, khususnya dalam aspek ini. Betul kata Chee Keong. Saya melihat dari perspektif straight. Chee Keong bukan transgender. Dia lelaki yang inginkan lelaki. Dia tidak bernafsu pada transgender. Dia hendak ‘yang rata dadanya’.

Sebagai seorang tokoh pendakwah, saya gagal. Terlalu banyak perkara yang saya tidak faham. Saya sangat kecewa dengan diri saya. Tetapi saya berusaha menjadi pendengar yang baik.

“Xifu, setiap kali saya dengar hayya alal falaah pada azan, ia memberi motivasi pada saya. Saya tidak akan berkahwin supaya tidak menganiaya perempuan. Setiap hari saya merasai al-falah, kemenangan kerana setiap hari saya berjihad melawan nafsu saya walaupun semasa solat berjemaah!”


XIFU NASER
Sumber dari ruang komen disini,
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/xifu-naser/jihad-seorang-gay-melawan-nafsu-1.344808



LAGI ENTRI DISINI XIFU NASER



MEGAT - SUKARNYA HIDUP SEBAGAI LELAKI YANG SUKA KAUM SEJENIS INI

Assalammualikum, memang bukan mudah untuk melalui hari2 yang mendatang sebagai lelaki yang suka dengan kaum sejenis, semakin aku berdoa, semakin hebat dugaan yang maha ESA. 

photo hanya hiasan

aku mula menyedari perasaan ini semenjak di bangku sekolah lagi hingga ke menerah gading, tapi alhamduliah aku tak pernah memalukan perbuatan terkutuk itu, bercinta pun tak pernah dalam hidupku. tapi dugaan ku semakin hebat selepas memasuki alam pekerjaan. 

aku tinggal jauh dari keluarga kerana kerja, dan aku tinggal dengan kawan sejabatan dengan ku, segalanya bermula apabila seorang lelaki handsome, baik, good looking, tinggal bersama kami, dan kongsi bilik dengan ku, bilik tu kecil saja, jadi kami kongsi katil yang sama, dia tidur hanya guna boxer, tidur disebelah ku, dia baik, dia ada gf. tapi dugaan semakin hebat ku rasa, aku mula tertarik melihat bodynya, cukup2 membuat ku gila... 

hanya tuhan saja tahu perasaan ku... kalau boleh aku ingin peluk dia setiap malam.. 

tapi aku sedar dan akur dengan perintah dan larangan agama, dan aku tak pernah sentuh dia kecuali hanya berjabat tangan saja. aku cukup tertekan dengan perasaan ini, kadang2 aku menagis, aku berdoa, kadang2 aku rasa nak bunuh diri untuk akhiri semua bebanan ini, kadang2 aku rasa tuhan tak adil buat diri ku.. why aku perasaan ini ??????????? 

aku cuma dapat pendam saja perasaan ni, dan aku cuba menjauhkan diri daripada dia, tapi dia mula menyedari tingkah laku berubah menjauh diri dari dia. kadang2 aku tidur di ruang tamu, dia tidur di bilik, tapi pernah aku tersedar dari tidur dirunag tamu,dia tidur di sebelah ku berkongsi bantal yang sama.... aku sayang dia, tapi aku tak pernah luahkan dengan dia, aku tak nak rosakkan hubungan dia dengan gf dia, dia anggap aku sebagai kawan saja tak lebih dari itu.. 

ya ALLAH tolonglah hambah mu yang hinah ini... aku tak sanggup hidup terus dibelenggu dengan perasaan ini. sekarang aku ambil keputusan pindah rumah untuk jauh dari dia.. tapi dia mahu ikut aku pindah rumah.... Ya ALLAH tolonglah aku, aku buntuh.... aku tak tahu nak buat apa.. tolong..... 

MEGAT
bukan nama sebenar

sumber dari ruang komen didalam entri ini
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2014/02/aslan-kenapa-saya-harus-ada-perasaan.html

BUDAK HIDAP HIV SELEPAS PEMINDAHAN DARAH


NAJMI - BERKESEMPATAN BERTEGUR SAPA DENGAN LUKA RAFIEQA


Akhir bulan disember tahun 2014 - Setiap kali ke hospital Sg Buloh saya memang ada keinginan mahu terserempak dengan rakan-rakan facebook, nampak dari jauh pun ok.

Pada hari berkenaan sebaik saya tiba dipintu masuk bilik pendaftaran, bila saya toleh ke kanan saya nampak kelibat saudara Luka, teruja pun ada tapi saya tidak tegur biasalah segan, dan terus saya jadi paparazzi ambil photo LR yang sekejap-sekejap keluar dan masuk bilik rawatan (seperti uruskan sesuatu membantu teman-teman lain). Beberapa ketika kemudian apabila nampak beliau mengalas beg seperti mahu pulang, saya segera menegurnya dan mengenalkan diri sebagai Azman...

NAJMI - Salam ni Luka kan..
LR - Ya...hmmm ni siapa ya ni..?
NAJMI - Azman (terpaksa tipu sunat maaf LR), saya kena kat facebook
LR - Owhhh...ni datang buat rawatan ker?
NAJMI - Tak, datang teman bapa saudara buat rawatan.
LR - Disana ker (sambil menunjukkan arah pintu masuk ke klinik bagi pesakit HIV di hospital Sg Buloh)
NAJMI - Tak..buat rawatan (bapa saudara) disitu.. (saya tunjukkan arah klinik pakar lain)

LR - Owhhh ok lah, saya nak cepat ni..(ada hal lain yang perlu LR uruskan lagi pada ketika itu.
NAJMI - ok..ok....

Apabila saya tidak dapat membantu rakan-rakan fb terutama mereka yang nak berjumpa  saya kerana nak bertanya mengenai HIV AIDS atau mereka yang menghadapi masaalah berkaitan dengan HIV AIDS terutama yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, pasti saya akan saran kan agar mereka berjumpa atau hubungi dengan LR, kerana LR pasti akan membantu, alhamdulillah, terima kasih.




Begitulah setiap kali saya ke Hospital Sg Buloh saya akan perhati insan2 rakan-rakan facebook yang saya kenal wajah mereka. Sebelum itu (ketika kunjungan saya beberapa bulan sebelum itu) saya pernah nampak saudara Nazmi Ramos (yang ketika itu masih berambut panjang), saya ikut dia dan jadi paparazzi, ambil photo Nazmi R tanpa dia sedari. Nak tegur memang segan, walaupun kami berselisih bahu bertentang mata seketika, sibuk benar dia kehulu kehilir bertugas ketika itu.

# Nampak gayanya tiada lagi rawatan susulan mak saudara saya lagi di Hospital Sg Buloh lagi, rawatan diteruskan di hospital besar disini aje.



Luka Rafieqa Officially Page
Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
 

Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

Phone 017-311 0306
Email  lukarafieqa@gmail.com
Facebook Luka Rafieqa

Saudara Luka mempunyai ramai kenalan yang mungkin boleh menghubungkan anda dengan rakan-rakan senasib yang lain.


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST