Monday, 1 December 2014

SAZALI - SAYA TERDIAM KETIKA DOKTOR MENGESAHKAN SAYA POSITIF HIV


Apa khabar saudara abang Najmi disana. Maaf tiba-tiba saya email kisah saya pada abang. Kisahnya begini..... 

photo hanya hiasan - livingsu.syr.edu

Saya banyak membaca dalam google sebelum ini, kemudian terlink lah kat blog abang ni. Banyak kisah-kisah menarik serta perkongsian-perkongsian yang baik, rata-rata memberi semangat kepada rakan-rakan PLHIV yang lain termasuklah saya.

Semua ni bermula awal bulan hari tu (awal November 2014) sebab saya kerap mengalami sakit. Selepas alami demam, pening kepala, mata bersilau, lemah badan-badan. Seminggu lebih lepas tu saya pergi lah keklinik. Doktor hanya beri ubat untuk dimaka tetapi keadaan kesihatan saya sama aje.

Kemudian saya pergi ke poliklinik, doktot buat ujian jantung tapi doktor kata tiada masaalah, tekanan darah saya pun baik. 

Kemudian esoknya saya beranikan diri  pergi check kat klinik swasta. Dan dalam masa 2 jam lebih result keluar dan saya disahkan positif HIV. Terdiam saya ketika itu, walaupun jantung bagaikan gunung berapi tetapi saya terus ingat kepada Allah, ingat pada keluarga dan diri sendiri. Hendak kata saya sedih, nak kata saya takut memang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Saya hanya mampu diam.

Perjalanan balik semasa saya tengah drive sendiri, saya duk berfikir dengan siapa dan bilakah saya dijangkiti. Untuk pengetahuan abang saya sememangnya seorang PLU.

Maksudnya kemungkinan saya dijangkiti HIV since 13 Nov 2014, saya tahu saya mengidap ni, tu pun lepas adanya simptom-simptom.

CD4 saya pula agak rendah dalam 140, dan pada minggu depan saya ada appointment dan lepas tu barulah akan di atur macam mana rawatan kelak.

Dalam 2 minggu ni saya bergantung pada herba, madu, habbatussauda dan tunjuk langit dan makan ikut waktu. Selain itu saya tetap berikhtiar memohon keredhaan dari Allah SWT.

Saya nak tanya, bacaan CD4 - 140 tu dah kira rendah ker? Berapa lamakah kesan-kesan sampingan semasa rawatan mula dijalankan, sebab dalam 3 minggu ni saya telah diberi antibiotik siflis dahulu. Harap-harap yang siflis ni cepat sembuh sebab tidak ada tanda-tanda luka pada alat sulit saya. 

Maaf saya kerana mengganggu email abang, sebab blog abang banyak peminat so saya tergerak nak message dan bila free-free bolehlah kita chat sekali sekala.. 


TQ
SAZALI
(bukan nama sebenar)



Salam SAZALI,

Pertama sekali abang harap saudara sentiasa berfikiran positif, anggap dugaan penyakit ini kerana Allah hendak menguji saudara, kerana Allah sayang saudara, kerana Allah hendak saudara tinggalkan semua aktiviti lalu dan kembali kejalanNya.
Mendapat HIV bukan penamat segalanya tetapi anggaplah ianya sebagai permulaan kepada kehidupan yang lebih baik. 

Kiraan CD4 iaitu 140 itu memang agak rendah, dikalangan kita PLHIV ni paras membezakan diantara seorang pembawa HIV dengan pesakit AIDS ialah 200. Maknaya jika CD4 seseorang dibawah 200 dia dipanggil seorang pesakit AIDS, sebab pada ketika itu dia mudah mendapat Jangkitan penyakit Opportunistik (JO).  

JO merupakan jangkitan yang “mengambil kesempatan” kerana kelemahan sistem daya tahan badan. Ada lebih kurang 30 JO yang diklasifikasikan sebagai AIDS. JO hanyalah merupakan penyakit biasa yang mungkin dihidapi oleh sesiapa sahaja tetapi kerana mereka bukan pembawa HIV maka mereka tidak dipanggil pesakit AIDS.


Jika CD4 seseorang itu diatas 200, sistem ketahanan badannya masih dianggap kuat. Bagi seseorang PLHIV pada hari ini, jika CD4 mereka sekitar 300 pun doktor akan menyarankan agar memulakan rawatan HAART. CD4 dikalangan mereka yang sihat ialah diantara 500-1000.

"Berapa lamakah kesan-kesan sampingan semasa rawatan mula dijalankan?" - Maksud saudara selepas memulakan rawatan HAART? Kesan kepada setiap orang adalah berbeza diantara seseorang dengan seseorang yang lain, kesan sampingan juga bergantung pada jenis ubatan yang diberi. Kebiasaanya kesan-kesan yang dialami hanya sementara, diantara kesan-kesannya ialah pening, sukar bangun tidur, mengalami mimpi ngeri dan lain-lain, saudara boleh baca didalam "buku kehidupan yang positif" atau "buku informasi HIV/AIDS" 

Manakala terdapat juga kesan-kesan lain seperti kesan pada buah pinggang, hati, serta peningkatan kolestrol akibat pengambilan ubatan HAART ini, tetapi kesan-kesan ini akan sentiasa dipantau, sebab itulah semua PLHIV perlu menjalani ujian darah setiap 5-6 bulan sekali, bagi tujuan pemantauan kesihatan. Pemantauan kesihatan ini akan berterusan sehingga akhir hayat. - NAJMI







15 comments:

  1. Sazali, saya doakan semoga saudara tabah harungi ujian ini. Saya yakin kalau tanya sapa pun takder sapa yg inginkan dirinya ada hiv. Ttp inilah yg dikatakan ketentuan Allah. Qada dan qadar yg Allah telah tetapkan di luh mahfuz dan kita wajib percaya dengannya.

    Hiv ini penyakit berjangkit. Ia boleh berjangkit drpd seorang ke seorang yg lain melalui beberapa cara. Saya melihat hiv ni drpd dua perspektif. Pertamanya sbg seorang muslim saya yakin setiap musibah yg ditimpakan ke atas kita merupakan satu peringatan oleh Allah kpd kita. Kedua, kita perlu tahu cara bagaimana hiv berjangkit terutamanya bagi mrk yg mengamalkan seks yg berisiko.

    Misalnya, tidak mengadakan hubungan seks dgn berbilang pasangan yg kita tidak tahu tahap kesihatannya. Tidak mengadakan hubungan seks tanpa menggunakan kondom.

    Saya harap sazali dpt mulakan rawatan awal dan tidak bergantung dgn makanan tambahan spt madu dan sebagainya semata2 krn ia tidak terbukti dlm melawan virus hiv. Setakat ini hanya rawatan haart sahaja terbukti berkesan dlm menghalang virus hiv drpd terus memusnahkan cd4. Daripada segi kesan sampingan ubat haart yg di mkn ada ubatan haart yg baru dlm pasaran sangat efektif dan tidak ada kesan sampingan langsung. Tetapi harganya agak mahal. Mungkin kos untuk sebulan dlm RM2000. Tetapi kalau di hospital krjn ubatan haart first line diberikan secara percuma.

    Ada rakan saya bagitau sebenarnya kencing manis jauh lebih berbahaya drpd hiv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru disahkan positive dan mcm penghidap lain.. ini merupakan satu keputusan yg sangat merundum hati. Namun saya gagahkan hati untuk menghadapinya.. Hari ini saya akan mengambil result yg kedua dan mahu tidak mahu.. saya kena tabah untuk menghadapinya... Saya interested nak tahu dimana boleh dapatkan HAART yang baru dan bagaimana nak dapatkan nya...

      Delete
    2. Salam,

      Abg harap saudara tabah..hidup mesti diteruskan jua. Saudara kena dapatkan rawatan di hospital kerajaan, ujian darah kena ambil bagi memastikan bacaan CD4 dan Virol Load terkini, jika CD4 rendah doc akan beri ubatan HAART. Semuanya bergantung pada pemerikasaan doktor. Nanti doktor akan beritahu apa yang perlu dibuat.

      Ubatan HAART sangat mahal, tapi ubatan peringkat pertama dihospital kerajaan adalah percuma. Saudara boleh klik kat label "HARGA UBATAN" didalam blog ini...

      Ubatan baru? mungkin ada di klinik atau dihospital swasta, tapi macam abg kata ianya sangat mahal, jika saudara mampu boleh tanya dan dapatkan rawatan di hospital swasta. WALLAHUALLM

      Delete
  2. Sy saudara sazali(mat ali) tu.
    Terima kasih saudara abg najmi.mgkin prkongsian ini utk kebaikan semua kita..dan sbg wadah atau jariah utk peringatan kpd diri mahupun sahabat lain.
    Thanks kpd anonymous1..
    Slps sy mngetahui status dan dgn rasminya sudah dkt 3minggu sbg insan istimewa ni(plhiv).sy mahu terus melangkah ke depan.betul tu spt yg dikata,teguran dan ujian ini sbg ketentuan yg mmg dlm qada dan qadar nya..melalui pembacaan2,selain sentiasa menanamkn niat positif.serta paling pnting skrg jgn jauh dgn allah.sbb dia yg memberi dan dia saja yg mngetahui..dlm satu blog islamiah oleh salah seorang ustaz,mnyatakan ada 3tanda bila allah sayang dan rindukan hambanya.org2 yg apabila diuji dgn kesusahan dan kesakitan.org2 yg dilimpahi nikmat dan bersyukur dan berjihad ke jln allah.org2 yg diberi kefahaman dan ilmu agama serta mereka mnyebarkn ke jln allah.
    Subhanallah,rupanya allah maha penyayang krn dlm hambanya sgt alpa menganiaya diri,Dia msh sudi mendengar rintihan dan permintaan..dia maha mengasihani.teguran ini buatkn diri ini lebih dewasa dlm mengenal erti hidup.lbh mghargai kehidupan dan lbh lapang jiwa utk belajar keindahan ilmu allah.
    Inshaallah sy akn mulakan rawatan sebagai ikhtiar selain memohon dgn yg Esa..minta pncerahan,yg treatment rm2k tu ubat2 apa ye.hospital swasta atau kondisi sama ubat oleh hospital kerajaan.
    Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sazali, saya nasihatkan semoga saudara dptkan pandangan drpd doctor pakar di hospital krjn. Kalau awak mampu mungkin boleh cuba di hospital swasta spt SJMC. Ttp hospital swasta ni agak mahal. Konsultasi dgn doctor pakar pun perlu di bayar. Itu tidak termasuk kos ubat dan lain2.

      Setahu saya di hospital swasta pun mereka akn mulakan dgn ubat first line. Kemudian doctor akn monitor perkembangan. Pertama doctor perlu lihat adakah ubat yg dimakan berupaya menjadikan hiv undetectable. Kedua, kesan sampingan ubat terhadap vital organs dan paras kolestrol dlm badan.

      Kalau ubat first line berkesan dan tiada kesan sampingan ke atas vital organs biasanya doctor akan teruskan dgn ubat first line.

      Tetapi kalau ubat first line tidak berkesan dlm menghalang hiv drpd membuat salinan dan kesan ke atas organ penting badan agak serius maka doctor akn cadangkan kombinasi ubat yg lain pula. Doc akn berikan ubat second lain yg jauh berkualiti dan sgt minimum kesan sampingan. Ubat ini tidak percuma lagi. Ia perlu di bayar.

      Apapun saya nasihatkan agar saudara dpt pandangan drpd doctor pakar di hospital dulu yer. Ramai jer yg mkn ubat first line dan OK.

      Delete
  3. Sazali, semua orang kalau disahkan mesti ada rasa yang tak terhurai dgn perkataan. Ada sahabat akak CD4 hanya tinggal 2 tetapi cepat mendapatkan rawatan dan memulakan HAART, sihat dan berjaya dalam kerjayanya serta business. Sebenarnya ianya bergantung kepada kekuatan diri adek dan penjagaan kesihatan serta kehidupan adek. Sahabat2 akak hidup lebih berjaya apabila disahkan ada HIV, tak kira apa yang telah kita lakukan, lupakan sebab semua manusia ada kelemahan, buka buku baru dgn azam yang positif, Sazali akan berjaya mengatasi semuanya dan hidup normal macam biasa. WWLYWA..

    ReplyDelete
  4. don't think too much of your problem...carry on with life and keep yourself happy....ur cd4 will go up.
    if you dwell on the problem...u get depressed and ur cd4 will go down and u will have problems.
    Carry on living & appreciate every day you are given but understand one thing....eveyone dies one time or another....it is not a death sentence and not an excuse to feel sorry for yourself.

    ReplyDelete
  5. Jgn berhenti mengharap utk berdoa pd Allah agar d beri kekuatan utk terus berjuang ...

    Hope tabah dan sabar ...

    ReplyDelete
  6. You did the best thing a person could have done given the circumstances...terus tetapkan mata dan hati kepada Allah kerana hanya padanya penawar segala permasalahan kita.
    Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...so I am not going to ask you to pretend everything will be alright..but one thing I can tell you for sure is that you and I alike, we are been tested and its because our God still love us..He wants us to continue to trust in His Goodness..Subhanallah...for what we know He actually wants to bless us with so much more...Kami semua we all feel for you and if you ever need us please do not hesitate to ask...take care now..Allah is bigger than any other things in this world..trust Him n He shall continue to guide you that much I am sure, assalamualaikum...

    ReplyDelete
  7. Sazali@
    Alhamdulillah...terima kasih kak nor asiah.amin ya rabbal alamin
    Thanks sean wee.
    Thanks anas..amin
    Thanks marhalem mansor..subhanallah.amin.inshaallah

    ReplyDelete
  8. *Sazali#
    Alhamdulillah lps tghr td gi id klinik jb..ya allah baiknya akak nurse ni.seronok kita borak.hilang rasa pening kepala.amin ya rabbi.esk br jumpa dktor..

    ReplyDelete
  9. Sya juga baru disahkan hiv +ve pada 28 Nov lalu. Mcm2 main kt otak masa doc bgtau tu. Teringat mak ayah kt kg. Rasa bersalah nk blik kg jmpa dorg. Esok 24 dec kena ambik darah lgi utk test seterusnya. Sya cuba fikir positif tpi kalau sorg2 mcm2 sya fikir. Sazali pun cuba positifkan diri dan anggap ini wake-up call utk kita dri terus hanyut. Sya juga plu.

    ReplyDelete
  10. Bagaimana nak tahu berapa lama seseorang itu telah dijangkiti virus HIV ni ye?

    ReplyDelete
  11. Betul.sbb ada yg xda simptom ada yg ada..mgkin be2rapa bln atau setahun atau 2tahun lps..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST