Monday, 1 December 2014

MELINDA LEE HIV POSITIF - SAYA RASA TIDAK KUAT LAGI, TERLAMPAU SEDI UNTUK FIKIRKAN LAGI.

Hi bang Najmi, harap bang naj mi sehat slalu.  Saya Melinda Lee (bukan nama sebenar) saya baru sahaja start makan ubat HAART  tiga hari lalui, apabila bangun pagi badan saya rasa lemah, sampai bila rasanya saya akan alami masaalah macam ni ya bang. Dan bila rasanya saya boleh mula sihat?
 
photo hanya hiasan - www.naturalasianbeauty.com

Start bulan April 2013 saya memang sering sakit, setiap petang demam, esoknya mata menjadi bengkak, kadang kala mata saya menjadi rabun sebab itu saya ambil keputusan berhenti kerja. Apabila check, doktar cakap saya saya cuma alami badan panas sebab kurang minum air. 

Selepas tu pada bulan Jun 2013 saya sering mimpi tak elok, dan bapa call suruh saya balik kampung. Berubat cara kampung dan bila sudah ok sikit pada bulan Ogos 2013 saya masuk kerja semula tetapi hanya selepas dua minggu saya start demam lagi tapi lepas makan ubat saya kembali sihat. Tapi saya dapat rasa, saya sudah tak kuat buat kerja.

Start bulan 12 2013, setiap hari saya alami cirit birit sampai terpaksa pergi ke klinik doktor ambil darah saya pada 1-12-2013, saya disahkan positif HIV. Rasanya dunia berputar dengan kepala saya rasa berpusing dan rasa gelap sangat-sangat. 

Pada 6-12-2013, saya disuruh pergi ke hospital dan langsung masuk wad sebab CD4 saya hanya 61 sahaja. Masa tu saya langsung tidak faham pasal HIV, yang saya tahu bila saya akan mati aje.

Sudah dekat setahun saya tak kerja, sedangkan anak-anak perlukan perbelanjaan setiap hari, harap bang Najmi tolong bagi pendapat, sebab saya juga masih merasa sedih dengan keadaan ini. 

Terus terang saya katakan sampai sekarang saya belum boleh terima kenyataan yang saya ada HIV ini. Sampai sekarang saya masih sangat susah hati sebab tak dapat terima benda ini. Tapi saya selalu baca blog bang Najmi untuk dapatkan kekuatan serta semangat. Saya mempunya tiga orang anak dan semua itu dibawah tanggungjawab saya seorang, sebab bekas suami saya sudah lama tinggalkan kami. Saya rasa tak kuat lagi dengan keadaan ini. Terlampau sedih untuk fikirkan lagi.

Apa yang harus saya lakukan sekarang..saya pun tak tahu. Tolong saya bang Najmi 

Apakah saya boleh hidup nanti sama seperti manusia normal lain selepas makan ubat? Sebab sekarang ni saya rasa saya seolah-olah saya hanya hidup seorang aje kat dunia ini dengan penyakit ini...boleh kah saya bekerja seperti dulu ketika saya belun sakit? Sekarang ni saya nak keluar rumah pun saya takut, nampak orang jadi malu.


MELINDA LEE 



Hai Melinda Lee

Yang penting puan kena berfikiran positif, tentang ubat yang dimakan memang ada kesan sampingan seperti pening, susah bangun tidor, adakala muntah, dan boleh mengalami mimpi ngeri, mimpi yang menakutkan. Tapi kesan berbeza diantara satu sama lain, dan kesan akan berkurangan malah kesan boleh hilang.

Ya setahu saya puan masih boleh hidup macam orang biasa (sihat yang lain), malah boleh lebih sihat lagi, yang penting puan kena patuh makan ubat tepat pada waktu dan tidak tinggalkan walau pun sehari, terus dapatkan rawatan dihospital, kena hadir appoitment dengan doktor. Pesakit HIV ni cuma ada lebih tanggung jawab dalam menjaga kesihatan diri, makan pun kena pandai pilih yang baik-baik.. 

Di Malaysia ada PLHIV yang masih sihat walaupun dah lebih 20 tahun dapat HIV, malah baru-baru ni saya dengar ada wanita PLHIV yang sudah 19 tahun hidup dengan HIV tetapi masih sihat. Yang penting kita kena fikiran positif.

Ya saya faham buat permulaan ini sesiapa sahaja yang dapat HIV akan mengalami sedikit tekanan, tetapi percayalah lama kelamaan puan akan berubah menjadi lebih confident. Saya ada kawan-kawan PLHIV wanita dan lelaki yang positif hidup mereka, dan masih kuat serta mampu bekerja. Saya rasa puan perlu ada kawan wanita yang senasib, yang boleh puan berkongsi pengalaman hidup. 

Cuba puan hubungi Norlela Mokhtar, dia mengendali rumah perlindungan pesakit wanita HIV di Sg Buloh, Selangor, mungkin puan boleh berkongsi masaalah dengan dia, Norlela Mokhtar banyak membantu wanita PLHIV. 

Atau puan boleh hubungi saudara Luka Rafieqa, Luka ada ramai kawan wanita PLHIV dan Luka boleh add puan join dalam secret group orang-orang seperti kita di dalam facebook, disitu nanti puan boleh berkenalan dengan rakan-rakan PLHIV wanita. 

Saya juga akan hunungan kan puan dengan salah seorang rakan wanita facebook saya

Saya harap puan sentiasa berfikiran positif, fikir pekara yang baik-baik aje. Saya yakin puan boleh jalani hidup dengan baik nanti, anggap mendapat HIV ni sebagai dugaan dari tuhan, anggap mendapat HIV ni permulaan kepada kehidupan yang lebih baik. Setahu saya ada tempat-tempat pelindungan bukan PLHIV bukan islam.

Semoga puan terus sihat jangan fikir yang bukan-bukan sangat ya, jaga kesihatan baik-baik, yang penting fikir positif, sebab kalau kita stress fikir bukan-bukan boleh menyebabkan badan kita menjadi lemah letih dan lesu. Puan kena kuat demi anak-anak, ingat masih ramai yang mengalami senasib seperti puan diluar sana, malah ada yang lebih teruk lagi. - NAJMI

 

11 comments:

  1. Puan Melinda, harap puan tabah. Betul ckp abg najmi kalau puan patuh dgn ubat yg puan makan cd4 puan akan naik dan puan akn kembali sihat.

    Ubatan haart yg ada sekarang sgt berkesan dlm menjadikan virus hiv tidak aktif dan tidak menjadi ancaman kepada immune system puan.

    Tahun 80an dan awal 90an dulu mmg hiv merupakan virus yg ditakuti krn tidak ada ubatan yg dpt mengawalnya. Kalaupun ada ubat kesan sampingannya sangat teruk menyebabkan ramai yg berhenti mengambil ubatan tersebut.

    Sekarang ni dgn kemajuan dlm sains byk ubatan baru telah dihasilkan. Ubatan ini sangat berkesan dan kesan sampingannya sangat minimum malah ada ubatan baru di pasaran kini langsung tidak ada kesan sampingan.

    Ubatan peringkat pertama kini juga diberikan secara percuma di hospital krjn. Kalau dulu iaitu sblm tahun 2005 mmg ubatan ini perlu dibayar. Kos ubatan dlm sebulan dulu boleh mencecah RM2000. Saya ada baca ttg kisah seorang lelaki ini dpt hiv tahun 90an. Dia citer masa tu dia terpaksa jual rumah untuk tampung kos ubatan dia. Mak dan abg dia menangis sebab mereka menjangkakan yg dia akn mati selepas beberapa tahun. Setiap hari mak dia akn masak sup ayam bagi dia makan supaya dia sihat. Dia ckp kini selepas lebih 20 tahun menghidap hiv beliau masih sihat dan beliaulah yg menjaga ibu beliau yg sudah tua dan uzur. Yg penting pesan beliau patuh kpd ubat yg dimakan, jaga pemakanan, jangan stress dan berfikiran positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Anonymous kerana berkongsi cerita...:)

      Delete
  2. abg najmi bg nasihat mcm kaunselor,hehe..terbaik

    -secebisharapan-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ya ker...kaunselor tak bertauliah hehehe

      Delete
  3. Melinda, memang satu igauan ngeri bagi semua orang apa lagi seandainya anda tidak bersalah ataupun bersalah tetapi ianya sudah terjadi tetapi hidup mesti diteruskan. Pandang wajah insan2 tersayang, pohon anda tsbah kerana hiv bukanlah penamat kehidupan tapi permulaan. Tabah hadapi semua rintangan, mohon pd Tuhan yg terbaik. Buat yg terbaik utk diri sendiri, anak2 n family kerana mereka sangat memerlukan anda. Percayalah HIV is nothing...dun worry, we are here for you. together we are one

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak,nasihat yg sgt berguna....

      Delete
  4. Alhamdullillah selepas 2x menjalani ujian HIV lps 3 bulan dan lps 6 bulan dari tarikh risiko di Klinik Kerajaan, sy bebas dari dijangkiti HIV. Moga2 kita sume baik PLHIV or non bersama-samalah kita ubah stigma masyarakat. Saya paham apa yg di alami oleh PLHIV, tapi kita sebagai masyarakat perlu memainkan peranan supaya mereka yg istimewa nih tidak rasa tersisih. Saya berharap sangat, cure untuk HIV nih, cepatlah di temui... supaya manusia berhak dapat hidup dengan lebih aman dan sejahtera.

    ReplyDelete
  5. Harap Melinda tabah dalam ujian hidup ini...... kuatkanlah diri demi anak2........
    Demi masa depan mereka...... saye pon plhiv dan saye dapat pada usia sangat mude...22 tahun......
    Be strong...memang susah memang sakit.....
    Tapi bile saye dapat hiv ni.....banyak yg saye belajar tentang kehidupan..... kekuatan.....ketenangan.....
    Dalam hidup ni Melinda ade ramai orang yg diuji lebih teruk dari kite......
    Jadikanlah kasih sayang nak2 Melinda supaye melinda boleh bangun balik....saye doakan Melinda supaye sentiase sihat dan kuat...... :-)

    ReplyDelete
  6. Pn melinda,jgnlah ssh hati,jgn fikir sgt yg anda plhiv.jika fkr ia akan mempengaruhi emosi dan boleh melemahkan smgt akibat kesedihan puan.ini proses normal bila seorg menjadi plhiv lalui..Mati urusan tuhan,kita hanya berusaha jg kesihatan.klu puan islam dkt dgn Ibadah.cari kawan yg blh menyokong puan.jgn suka cerita Aib puan.rahsiakan.Puan percaya tak saya dapat tahu ada seorang Plhiv masih sihat hingga skrg tanpa rawatan.ia dijangkiti lebih 12tahun lalu.2002.msh bt rwtn doktor tanpa haart.ia berkahwin hidup bahagia cuma anak ja tiada sbb beliau tidak makan haart.jika dilihat ia org Normal.puan patut berterimakasih krn puan membuat rawatan jadi teruskan kehidupan mcm biasa.fkr positif dan rajin2 beribadat.Tuhan akan bantu dan tunjuk jalan keluar pada hamba yg dia sayang....

    ReplyDelete
  7. As salam bng, sy try search fb abg x dpt la.... atau abg ada fb lain?

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST