Monday, 1 December 2014

HARI AIDS SEDUNIA 1 DISEMBER 2014 - USAHA KURANGKAN JANGKITAN BARU MENJELANG AKHIR TAHUN DEPAN

MALAYSIA MAHU KURANGKAN JANGKITAN HIV BAHARU MENJELANG AKHIR TAHUN DEPAN.



KUALA LUMPUR, 1 Disember 2014 : Malaysia mahu mengurangkan jangkitan HIV baharu menjelang akhir tahun depan berikutan trend penurunannya ketika ini. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ia akan dikurangkan kepada 11 kes bagi setiap 100,000 penduduk berbanding 21.7 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2000. 

Beliau berkata sejak Januari hingga September lalu, 2,525 kes HIV baharu dilaporkan dan menjelang akhir tahun ini, kes diunjur sebanyak 3,367 dengan kadar jangkitan 11.2 bagi setiap 100,000 penduduk. 

“Kadar ini jelas menunjukkan penurunan berbanding kadar tertinggi pada 2002 iaitu 28.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk,” katanya ketika merasmikan Hari Aids Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014 dengan tema ‘Menuju Sifar, Tanggungjawab Bersama’ di sini hari ini. 

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit dan Ketua Sektor HIV/AIDS Kementerian Kesihatan, Dr Ashaari Ngadiman. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam

Dr Subramaniam berkata sehingga September lepas, 104,197 kes jangkitan HIV dilaporkan, 21,111 menghidap Aids dan 16,918 kematian, menjadikan jumlah orang yang hidup dengan HIV adalah sebanyak 87,279 orang. 

Menurutnya, kerajaan akan terus memastikan kemudahcapaian kepada pencegahan, rawatan, penjagaan dan khidmat sokongan diberi secara saksama serta menyeluruh di samping hak-hak individu dipelihara mengikut norma dan budaya Malaysia serta memastikan agenda membanteras HIV/Aids dapat diteruskan. 

“Antara yang kita telah lakukan adalah memperluas aktiviti saringan meliputi pelbagai kategori bagi pengesanan awal kes HIV dan seterusnya memberikan rawatan awal kepada yang layak,” katanya. 

Beliau berkata antara aktiviti yang memberi impak besar adalah usaha menangani transmisi vertikal melibatkan ibu mengandung. 

Katanya kerajaan juga mengadakan program pemberian susu secara percuma selama dua tahun kepada ibu-ibu yang disahkan positif HIV bagi mengelak risiko jangkitan kepada bayi mereka. 

Beliau berkata dengan pelaksanaan program itu, kadar transmisi vertical dapat dikurangkan kepada kurang daripada dua peratus berbanding 30 hingga 45 peratus sekiranya tiada sebarang intervensi. – BERNAMA


Sumber DISINI



1 comment:

  1. Insya allah satu hari saintis berjaya menemui penawar kpd hiv najmi. Hasil penyelidikan yg dijalankan skrg ni menunjukkan perkembangan yg positif kearah penemuan penawar kpd hiv. Wpun sblm ni ramai org mengatakan tidak ada penawar kpd hiv ttp timoty brown telah berjaya disembuhkan sepenuhnya. Ini bermakna janji Allah yg mengatakan setiap penyakit ada penawarnya adalah benar.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST