Saturday, 13 December 2014

AHZAM AHYA - BAGAIMANA SAYA DAPAT HIV MEMANG AGAK RUMIT SIKIT....

Salam abang Najmi.

photo hanya hiasan

Tiba-tiba tergerak pula hati nak berkongsi pengalaman di blog abang Najmi. Saya ni boleh dikatakan pengikut tegar blog abang najmi. Memang banyak maklumat yang saya dapat dan membantu saya untuk teruskan hidup ni. 

Saya Ahzam Ahya (bukan nama sebenar) telah disahkan menghidap HIV sejak bulan March 2014. Waktu pertama kali saya disahkan cd4 saya hanya 41. Kisah bagaimana saya mengetahui saya ada virus ni memang agak rumit sikit. Saya adalah seorang gay bottom. Memang tidak terkira dah berapa orang dah saya pernah main. Hidup memang sosial sikit. Clubbing, minum arak, dan suka mencuba sesuatu yang baru. 

Dipendekkan cerita, 

Suatu hari entah tetiba je terasa nak cuba "chem fun" atau lebih dikenali sebagai CF. So saya langgan la seorang massage boy. Mungkin disebabkan saya ni tak biasa dengan benda tu so cepat high kot. Otak pun dah mula fikir bukan-bukan. Orang cakap bila cuba CF kena relax kalau tidak macam-macam jadi. Tapi tak tahulah kenapa saya langsung tak dapat relax. Mula start berhalusinasi. Sampai saya mengamuk dan terus jadi kes polis. Massage boy tu pula dah melarikan diri. So kena tangkap digari saya masuk lokap. 

Sepanjang waktu berhalusinasi tu saya fikir saya sudah mati. Boleh nampak benda pelik-pelik. Time tu mula rasa takut menjelma. Mulut tidak henti-henti baca segala ayat al quran yang saya ingat. Saya berhalusinasi sampai tahap melihat titian siratan mustaqim tu. Menunggu dihitung amalan didunia. Memang rasa dah mati time tu. Air kencing saya positif dadah ICE syabu. 

Petang tu juga mak bapak saya datang ikat jamin saya di lokap. Mereka menangis tapi masih menerima saya. Memang teruk keadaan saya. Parent saya suspect saya kena buatan orang gak time tu. Pergi berubat secara tradisional. Mengikut pengamal perubatan tu memang ada benda dengan saya. Saya berubat dengan cara Islam darussyifa. Waktu ditekan ibu jari kaki saya memang saya menangis dan melolong. Rupa orang sekeliling saya nampak seperti orang lain. 

Apa yang orang cakap tak seperti apa yang saya dengar. Contohnya parent saya cakap nak bawa saya pergi berubat tapi saya dengar macam parent nak bunuh tanam saya hidup-hidup. Saya cuba melarikan diri dari rumah. Saya gigit lidah sendiri dan cuba bunuh diri. Waktu tu hijab saya seperti dibuka. Dapat tengok semua benda pelik-pelik. Sewaktu berubat saya telanjang tak pakai seurat benang pun sebab setiap kali badan seperti rasa dicucuk cucuk benda tajam.

Mengaku gay

Benda ni berlarutan agak lama.lebih kurang seminggu baru saya stabil sikit. Tapi masih belum pulih seratus peratus. Tahap kritikal boleh dikatakan dalam masa seminggu tu lah. Macam-macam benda terjadi. Sewaktu dalam proses berubat tu juga la saya buat pengakuan sambil menangis teresak esak dengan parent cakap apa salah saya selama ni. Saya mengaku saya gay. Minum arak dan mengaku segala dosa saya selama ni. Namun saya bersyukur parent saya sentiasa menerima saya seadanya. 

Bila keadaan dah agak stabil ayah saya cadangkan saya jalani ujian HIV dan lepas itu saya didapati positif dengan bacaan CD4 - 41 dan saya terus memulakan HAART.  

Namun walau bagaimanapun parent saya tetap cakap mereka menerima saya seadanya. Memang agak sukar untuk saya menerima kenyataan pada mulanya tetapi mungkin terlampau banyak benda terjadi sehingga saya sendiri tak tahu emosi saya pada ketika itu. 

Terus terang saya cakap sehingga sekarang saya masih keliru, adakah memang betul saya disampuk atau tidak. Namun saya tetap bersyukur dengan segala apa yang terjadi tu membuatkan saya dapat menerima kenyataan dengan lebih baik. Saya bersyukur kerana parent saya tidak menyisihkan saya. 

Sekarang saya masih dalam proses cuba mengubah diri. Tengah cuba mencari calon isteri. Itupun kalau ada yang dapat menerima diri seadanya huhu. Memang sukar nak buang naluri songsang ni. Walaupun masih tidak dapat berubah seratus peratus, sekurang kurangnya saya tidak seliar dulu dan semakin ingat Allah. 

Tolong doakan saya semakin sembuh dan semakin berubah ye....sekian sahaja emel saya ni....tq kepada yang sudi membaca dan memberi pendapat


AHZAM AHYA


16 comments:

  1. Nak menitik air mata sbb mac 2014 sy jga didiagnos hiv +ve... Sy blum start haart ats alasan trtentu, tambah ksihatan ayah pun xsberapa jd sy pun xkuat nk mulakan rawatan wlu niat asal nk start b4 thun dpn... Sy jgk f/up rawatan psykiatri akibat stress dgn suasana kerja& kurg kyakinan diri mneruskan khidupan tp alhamdulillah smua sy msih mampu sembunyi dr pgetahuan kluarga... Mohon Allah bg kekuatan buat kita smua wlu apa dosa kita d masa lalu... Aaminn

    ReplyDelete
  2. Salam abg.. abg sihat?? Knp lama x update blog?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum saya telah melakukan 10 kali ujian,5 kali rapid test di KK Kerajaan dan 5 kali test hiv i&ii di BP Lab dalam tempoh 9 bulan dimana test terakhir pada bulan ke 9 semua keputusanya adalah negatif...adakah sudah konkrit...saya runsing sgt.moga abg dipermudahkan urusan dunia akhrat

    ReplyDelete
  4. salam abg najmi..
    baru-baru ni saya baru menjalani operation di hospital private, hasil ujian darah dr bagi tau hiv test saya reactive. saya takot sangat dan keliru. setiap hari saya asyik terfikir mengenai diri saya, masa depan saya, dan family saya. Dr suruh saya buat confirmatory test di hospital government untuk confirm kan ujian tersebut. sekrng saya masih berharap ujian di hospital private tu adalah salah. apa saya boleh buat abg najmi. saya takot. setiap hari saya makan bawang putih dan habbatussawda untuk menguatkan immune saya.
    ya Allah, abg najmi saya takut.

    ReplyDelete
  5. saya pengidap kanser tahap 4. Walaupun rumit penyakit tuan, ubah pemakanan atau diet berasaskan sayuran, bebawang, kulat, beri, kekacang dan bijian spt chia, bijan dan quinoa. Elakkan langsung makanan asas haiwan spt ayam, lembu, kambing, ikan, tenusu dan telur. Kadang-kadang makan nasi, barli dan oat. Sehari ambil 4 camca minyak kelapa dara dan flaxseed oil. Doa dan solat. Insyallah. Dah setahun. Badan sihat walau kanser ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dengan nasihat panduan yang diberi, semoga ALLAH terus berikan kesihatan yang baik buat saudara...terus berfikiran positif...:)

      Delete
  6. Salam abg.. selamat tahun baru.. smg cpt2 update blog k.. risau pla abg lama xupdate n n xda kabar.. smg Allah panjangkan umur abg. Amin2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah dah tak ada internet, tak boleh nak updated selalu, ni pun kat kedai internet ni...:(

      Delete
  7. Sy nk bertanya...

    Sy melakukan seks melalui
    dubur...

    Adakah jangkitan blh terjadi? Saya tidak pasti sama ada berlaku penetrasi atau tidak sbb saya tidak merasa sakit sedangkan saiz zakar pasangan saya bersaiz lelaki arab (pasangan yg sy org arab)... Dan sudah tentunya tidak terluka... Hanya geselan2 mengunakan airliur sebagai pelincir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. risiko tetap ada jika dia ada HIV, dan jika tak guna kondom

      Delete
  8. Assalamualaikum abg
    Saya adalah seorang gay bot yg pernah melakukan sex bbrp tahun yg lalu. Pada bulan 4 2014 iaitu selepas lebih setahun sy tidak melakukan seks, sy telah buat test hiv based on CMIA principle dan alhamdulila resulynya not detected.

    Namun perasaan ragu2 masi ada. Saya risau takut2 ada machine error ker, pkrja tersalah dan membuatkan result jadi false negatif. Saya nak buat secon test tp saya takut result nanti akan berubah.

    Selama lapan bulan saya hidup xkereuan. Bila adik beradik sy sakit mulalah saya fikir bukan2. Saya takut andainya saya ada hiv dan kemudiaanny terjangkit dgn adik beradik.. ya allah risaunya waktu tu.. mungkin ini balasan allah pada saya. Kalau sy xbuat benda terkutuk tu xla saya hidup sentiasa gundah gulana

    Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membuat rapid test di klinik kesihatan dan alhamdulila resultnya jg negatif. Dalam perkiraan saya pada ketika saya hampir 2tahun sy xperna lakukan seks lagi.

    Namun hari ni saya meragui lagi kerana simpton seperti tangan kesemutan dan tonsel yg suda 2minggu tidak sembuh berlaku pada diri ini..pada pendapat abg adaka saya benar2 bebas dari penyakit ini ataupun kena jalani ujian hiv sekali lagi? Sebab saya ada baca menagenai kepincangan rapid test yg diragui keputusannya. Tapi 8bln yg lalu saya suda melakukan ujian menggunakan cmia principle yg mengesan antibody seawal 14hari. Setahu saya test CMIA pricipal yg dilakukan d makmal tidak sama dengan rapid test kan abg?,

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan HIV lah tu, mungkin sebab masalah lain. Ingat penyakit2 lain juga punya simptom yg hampir sama dg HIV..

      Delete
  9. Selamat tahun baru 2015 najmi. Semoga diberi kesihatan yg baik dan rezeki yg murah.

    ReplyDelete
  10. Assalam abg najmi...mcm mane utk berhubung dgn abg ye utk sy mengetahui lbh lanjut berkenaan hiv ni??hrp abg najmi dpt respon...tq

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, bagaimana ingin hubungi saudara najmi?

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST