Saturday, 13 December 2014

AHZAM AHYA - BAGAIMANA SAYA DAPAT HIV MEMANG AGAK RUMIT SIKIT....

Salam abang Najmi.

photo hanya hiasan

Tiba-tiba tergerak pula hati nak berkongsi pengalaman di blog abang Najmi. Saya ni boleh dikatakan pengikut tegar blog abang najmi. Memang banyak maklumat yang saya dapat dan membantu saya untuk teruskan hidup ni. 

Saya Ahzam Ahya (bukan nama sebenar) telah disahkan menghidap HIV sejak bulan March 2014. Waktu pertama kali saya disahkan cd4 saya hanya 41. Kisah bagaimana saya mengetahui saya ada virus ni memang agak rumit sikit. Saya adalah seorang gay bottom. Memang tidak terkira dah berapa orang dah saya pernah main. Hidup memang sosial sikit. Clubbing, minum arak, dan suka mencuba sesuatu yang baru. 

Dipendekkan cerita, 

Suatu hari entah tetiba je terasa nak cuba "chem fun" atau lebih dikenali sebagai CF. So saya langgan la seorang massage boy. Mungkin disebabkan saya ni tak biasa dengan benda tu so cepat high kot. Otak pun dah mula fikir bukan-bukan. Orang cakap bila cuba CF kena relax kalau tidak macam-macam jadi. Tapi tak tahulah kenapa saya langsung tak dapat relax. Mula start berhalusinasi. Sampai saya mengamuk dan terus jadi kes polis. Massage boy tu pula dah melarikan diri. So kena tangkap digari saya masuk lokap. 

Sepanjang waktu berhalusinasi tu saya fikir saya sudah mati. Boleh nampak benda pelik-pelik. Time tu mula rasa takut menjelma. Mulut tidak henti-henti baca segala ayat al quran yang saya ingat. Saya berhalusinasi sampai tahap melihat titian siratan mustaqim tu. Menunggu dihitung amalan didunia. Memang rasa dah mati time tu. Air kencing saya positif dadah ICE syabu. 

Petang tu juga mak bapak saya datang ikat jamin saya di lokap. Mereka menangis tapi masih menerima saya. Memang teruk keadaan saya. Parent saya suspect saya kena buatan orang gak time tu. Pergi berubat secara tradisional. Mengikut pengamal perubatan tu memang ada benda dengan saya. Saya berubat dengan cara Islam darussyifa. Waktu ditekan ibu jari kaki saya memang saya menangis dan melolong. Rupa orang sekeliling saya nampak seperti orang lain. 

Apa yang orang cakap tak seperti apa yang saya dengar. Contohnya parent saya cakap nak bawa saya pergi berubat tapi saya dengar macam parent nak bunuh tanam saya hidup-hidup. Saya cuba melarikan diri dari rumah. Saya gigit lidah sendiri dan cuba bunuh diri. Waktu tu hijab saya seperti dibuka. Dapat tengok semua benda pelik-pelik. Sewaktu berubat saya telanjang tak pakai seurat benang pun sebab setiap kali badan seperti rasa dicucuk cucuk benda tajam.

Mengaku gay

Benda ni berlarutan agak lama.lebih kurang seminggu baru saya stabil sikit. Tapi masih belum pulih seratus peratus. Tahap kritikal boleh dikatakan dalam masa seminggu tu lah. Macam-macam benda terjadi. Sewaktu dalam proses berubat tu juga la saya buat pengakuan sambil menangis teresak esak dengan parent cakap apa salah saya selama ni. Saya mengaku saya gay. Minum arak dan mengaku segala dosa saya selama ni. Namun saya bersyukur parent saya sentiasa menerima saya seadanya. 

Bila keadaan dah agak stabil ayah saya cadangkan saya jalani ujian HIV dan lepas itu saya didapati positif dengan bacaan CD4 - 41 dan saya terus memulakan HAART.  

Namun walau bagaimanapun parent saya tetap cakap mereka menerima saya seadanya. Memang agak sukar untuk saya menerima kenyataan pada mulanya tetapi mungkin terlampau banyak benda terjadi sehingga saya sendiri tak tahu emosi saya pada ketika itu. 

Terus terang saya cakap sehingga sekarang saya masih keliru, adakah memang betul saya disampuk atau tidak. Namun saya tetap bersyukur dengan segala apa yang terjadi tu membuatkan saya dapat menerima kenyataan dengan lebih baik. Saya bersyukur kerana parent saya tidak menyisihkan saya. 

Sekarang saya masih dalam proses cuba mengubah diri. Tengah cuba mencari calon isteri. Itupun kalau ada yang dapat menerima diri seadanya huhu. Memang sukar nak buang naluri songsang ni. Walaupun masih tidak dapat berubah seratus peratus, sekurang kurangnya saya tidak seliar dulu dan semakin ingat Allah. 

Tolong doakan saya semakin sembuh dan semakin berubah ye....sekian sahaja emel saya ni....tq kepada yang sudi membaca dan memberi pendapat


AHZAM AHYA


H.NIZAM - ALLAH TUNJUKKAN PADA SAYA BETAPA JIJIK DAN KOTORNYA DUNIA SONGSANG

Hi Rio, Hi Abang Najmi, this is my advise to Rio (kisah Rio Shi boleh klik disini), jangan terlalu memikirkan pandangan orang lain, keadaan saya sama seperti Rio, malah saya telah pun berumur 39 tahun (manakala Rio hanya 29 tahun). 


Saya masih bujang dan masih lagi mencari-mencari pasangan (wanita) yang sudi untuk berkawan dan berkahwin dengan saya. Telah 4 tahun saya tinggalkan dunia percintaan sesama sejenis kerana pengalaman apabila Allah menunjukkan saya betapa jijik dan kotornya dunia tersebut. 

Saya bersetuju dengan apa yang abang NajMi katakan, berkahwin tidak bermaksud kehidupan kita akan bahagia. Saya tidak bermaksud untuk menentang perkahwinan, mungkin saja perkahwinan itu akan membawa kebahagiaan kita tidak pasti. 

Tetapi lihat betapa ramai yang telah berkahwin, masih 'menyerahkan' diri kepada kaum sejenis. Adakah Rio akan berasa selesa menganiaya kaum perempuan malah jika ditakdirkan mempunyai anak, sanggupkan mengatakan kepada anak-anak yang bapanya ini mempunyai kekasih lelaki? 

Kita memang perlu berusaha, jadi berusahalah untuk tidak memikirkan sangat apa yang difikirkan masyarakat. Saya mengambil keputusan untuk tidak terlalu berusaha cuba untuk berkahwin kerana jika saya rasa ianya hanya ingin memuaskan keinginan masyarakat. 

Semasa kita masih bujang, mereka akan tanya bila kita nak kahwin. Bila dah kahwin mereka akan tanya bila pula kita nak ada anak. Bila dah ada anak ditanya pula bila nak tambah anak. Persoalan seumpama ini tidak akan habis sampai bila-bila. 

Kunfayakun - berapa ramai dari saudara mara saya yang mendesak-desak mengejek-gejek saya kerana masih bujang tetapi lupa yang anak mereka yang dah berkahwin bertahun-tahun masih tidak mempunyai anak. Yang dikatakan sudah memenuhi tuntutan sunnah Nabi tetapi masih berbaju ketat, menghisap rokok dan tidak bertudung menutup aurat sama ada perempuan mahupun lelaki? 

Terus terang saya katakan, keadaan sekarang ini sangat menjadikan saya seorang yang kurang berkeyakinan diri, terutama sekali apabila adanya jemputan kenduri, kenduri kahwin dan sebagainya, sayalah orang pertama yang akan duduk dirumah tanpa memenuhi undangan kerana malu dan rimas dengan kata-kata masyarakat. 

Sentiasalah berdoa dan memohon kepada Allah supaya diberi kehidupan yang baik. 

Walaupun saya selalu ditakut-takutkan dengan ahli-ahli agama tentang memenuhi kesempurnaan separuh dari agama iaitu berkahwin, tetapi saya yakin Allah yang Maha Baik lebih tahu, dan hanya kita sendiri yang tahu mengenai masalah kita, tidak orang lain.


H.Nizam



 

Wednesday, 3 December 2014

HIV/AIDS - RAWATAN AWAL ELAK VIRUS TERSEBAR SECARA MELUAS


02 Disember 2014 - Ketika hasil kajian oleh Bangsa Bangsa Bersatu mengenai HIV/AIDS (UNAIDS) menunjukkan penurunan sebanyak 40 peratus terhadap angka kematian berkaitan AIDS di rantau Asia Pasifik. Berbeza pula senarionya di Malaysia yang menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus.

Keadaan lebih membimbangkan apabila menyaksikan peningkatan jumlah golongan muda berusia antara 20 hingga 30 tahun yang didiagnos dengan HIV.

Pada 2013, sebanyak 3,393 kes HIV dilaporkan dengan purata sembilan kes setiap hari. Jumlah itu menjadikan individu yang menghidap atau hidup dengan HIV adalah sekitar 86,324 orang iaitu kira-kira 0.44 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.

Pada tahun yang sama, secara keseluruhan negara mencatatkan 101,672 kes HIV, 20,235 AIDS dan 16,340 kematian akibat HIV/AIDS. Jumlah individu yang hidup dengan HIV ini, dijangka akan meningkat sebanyak 91,733 pada tahun 2015. 

Golongan lelaki pula mewakili jumlah tertinggi dijangkiti HIV iaitu sebanyak 78.5 peratus, yang mana punca jangkitan penyakit melalui jarum suntikan sebanyak 21.5 peratus dan hubungan seksual 73 .6 peratus. 

Manakala, wanita dijangkiti HIV sebahagian besarnya disebabkan pemindahan virus tersebut melalui hubungan seksual iaitu 51.4 peratus. 

Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman berkata, walaupun jumlah kes HIV di Malaysia mengalami peningkatan setiap tahun, tetapi kesedaran orang ramai untuk membuat ujian bagi mengenal pasti sama ada mereka bebas atau positif HIV masih rendah. 

“Majoriti penghidap HIV positif lewat membuat diagnosis ujian HIV menyebabkan virus sudah merebak dalam badan pada tahap yang serius. Keadaan ini menjadikan proses rawatan kepada pesakit menjadi susah kerana keadaan sistem imun dalam badan yang lemah. 

“Orang ramai perlu sedar dan tahu bahawa terdapat rawatan yang bagus disediakan kepada pesakit HIV dan rawatan khas untuk individu yang dikenalpasti sebagai HIV positif oleh kerajaan. 

“Rawatan yang dilakukan dapat mengurangkan jangkitan sistem dalam badan serta mengurangkan virus tersebut disebarkan kepada individu lain seperti pasangan,” katanya. 

Tambahnya, memandangkan gejala HIV tidak dapat dilihat dari mata kasar, pembawa virus HIV boleh dikesan hanya melalui ujian darah. 

Untuk itu, kerajaan menyediakan saringan kesihatan secara percuma di semua hospital kerajaan. 

“Pemeriksaan dan rawatan awal HIV mampu mencegah seseorang dijangkiti AIDS dan mampu mencegah kematian. Orang ramai digalakkan untuk melakukan ujian HIV bagi mengetahui status mereka supaya langkah terbaik dapat dilakukan dengan segera. 

“Mereka perlu melakukan ujian supaya rawatan dan penjagaan rapi dapat dilakukan sebaik mungkin apabila disahkan sebagai HIV. Mereka yang tidak mengamalkan seks bebas atau mengamalkan perkongsian jarum suntikan juga amat digalakkan untuk membuat ujian terutama jika mempunyai pasangan yang mengamalkan seks bebas. 

“Rawatan awal dapat membantu virus dalam menjadi badan lemah sekaligus peluang virus disebarkan kepada pasangan menjadi lebih kecil atau tiada langsung,” katanya. 

Ujarnya, TemanTeman .org adalah satu platform bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan melakukan ujian HIV. 

“Ujian ini boleh dilakukan oleh semua individu. Mereka perlu diberi kesedaran bilakah waktu yang sesuai untuk melakukan ujian. 

“Sebahagian besar daripada pesakit HIV di Malaysia masih kurang pendedahan tentang rawatan yang disediakan oleh kerajaan termasuklah kos rawatan dan saringan awal secara percuma di hospital-hospital kerajaan. 

Bagi menyalurkan maklumat dan memberi kesedaran tentang HIV/AIDS, satu pusat kajian, TemanTeman.org telah dilancarkan baru-baru ini bagi memberikan maklumat dan bantuan berkaitan penyebaran HIV dan AIDS di Malaysia. 

Dikendalikan oleh TemanTeman.org, ia turut disertai oleh pakar-pakar berkaitan HIV/AIDS dan selebriti melalui kempen secara atas talian serta jaringan media sosial bertujuan menyebarkan maklumat tentang rawatan, penjagaan dan sokongan kepada mereka yang sedang berisiko. Kempen ini juga merungkai persoalan berkaitan fakta dan mitos tentang HIV/AIDS di Malaysia.
Projek Komuniti ini adalah di bawah kendalian Purplew Haze Asia, yang diuruskan oleh Thai Red Cross AIDS Research Center (TRCARC) dan dibiayai oleh ViiV Healthcare and the American Foundation for AIDS Research (amfAR). 

Projek ini turut disokong oleh Jabatan Penyakit Berjangkit Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC,) dan Pusat Kecemerlangan bagi Penyelidikan AIDS (CERiA). 

Bersempena pelancarannya di Malaysia, TemanTeman.org turut merancang mengelolakan pameran fotografi kesedaran HIV / AIDS di pusat membeli-belah awam dengan menampilkan selebriti-selebriti tempatan seperti Diana Danielle dan Carmen Soo. 

TemanTeman.org turut menawarkan maklumat dalam laman sosial kepada orang ramai dan pesakit tentang kaedah membuat rawatan HIV di hospital di Malaysia seperti UMMC, Hospital Sungai Buloh, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru.


Sumber DISINI



Monday, 1 December 2014

MELINDA LEE HIV POSITIF - SAYA RASA TIDAK KUAT LAGI, TERLAMPAU SEDI UNTUK FIKIRKAN LAGI.

Hi bang Najmi, harap bang naj mi sehat slalu.  Saya Melinda Lee (bukan nama sebenar) saya baru sahaja start makan ubat HAART  tiga hari lalui, apabila bangun pagi badan saya rasa lemah, sampai bila rasanya saya akan alami masaalah macam ni ya bang. Dan bila rasanya saya boleh mula sihat?
 
photo hanya hiasan - www.naturalasianbeauty.com

Start bulan April 2013 saya memang sering sakit, setiap petang demam, esoknya mata menjadi bengkak, kadang kala mata saya menjadi rabun sebab itu saya ambil keputusan berhenti kerja. Apabila check, doktar cakap saya saya cuma alami badan panas sebab kurang minum air. 

Selepas tu pada bulan Jun 2013 saya sering mimpi tak elok, dan bapa call suruh saya balik kampung. Berubat cara kampung dan bila sudah ok sikit pada bulan Ogos 2013 saya masuk kerja semula tetapi hanya selepas dua minggu saya start demam lagi tapi lepas makan ubat saya kembali sihat. Tapi saya dapat rasa, saya sudah tak kuat buat kerja.

Start bulan 12 2013, setiap hari saya alami cirit birit sampai terpaksa pergi ke klinik doktor ambil darah saya pada 1-12-2013, saya disahkan positif HIV. Rasanya dunia berputar dengan kepala saya rasa berpusing dan rasa gelap sangat-sangat. 

Pada 6-12-2013, saya disuruh pergi ke hospital dan langsung masuk wad sebab CD4 saya hanya 61 sahaja. Masa tu saya langsung tidak faham pasal HIV, yang saya tahu bila saya akan mati aje.

Sudah dekat setahun saya tak kerja, sedangkan anak-anak perlukan perbelanjaan setiap hari, harap bang Najmi tolong bagi pendapat, sebab saya juga masih merasa sedih dengan keadaan ini. 

Terus terang saya katakan sampai sekarang saya belum boleh terima kenyataan yang saya ada HIV ini. Sampai sekarang saya masih sangat susah hati sebab tak dapat terima benda ini. Tapi saya selalu baca blog bang Najmi untuk dapatkan kekuatan serta semangat. Saya mempunya tiga orang anak dan semua itu dibawah tanggungjawab saya seorang, sebab bekas suami saya sudah lama tinggalkan kami. Saya rasa tak kuat lagi dengan keadaan ini. Terlampau sedih untuk fikirkan lagi.

Apa yang harus saya lakukan sekarang..saya pun tak tahu. Tolong saya bang Najmi 

Apakah saya boleh hidup nanti sama seperti manusia normal lain selepas makan ubat? Sebab sekarang ni saya rasa saya seolah-olah saya hanya hidup seorang aje kat dunia ini dengan penyakit ini...boleh kah saya bekerja seperti dulu ketika saya belun sakit? Sekarang ni saya nak keluar rumah pun saya takut, nampak orang jadi malu.


MELINDA LEE 



Hai Melinda Lee

Yang penting puan kena berfikiran positif, tentang ubat yang dimakan memang ada kesan sampingan seperti pening, susah bangun tidor, adakala muntah, dan boleh mengalami mimpi ngeri, mimpi yang menakutkan. Tapi kesan berbeza diantara satu sama lain, dan kesan akan berkurangan malah kesan boleh hilang.

Ya setahu saya puan masih boleh hidup macam orang biasa (sihat yang lain), malah boleh lebih sihat lagi, yang penting puan kena patuh makan ubat tepat pada waktu dan tidak tinggalkan walau pun sehari, terus dapatkan rawatan dihospital, kena hadir appoitment dengan doktor. Pesakit HIV ni cuma ada lebih tanggung jawab dalam menjaga kesihatan diri, makan pun kena pandai pilih yang baik-baik.. 

Di Malaysia ada PLHIV yang masih sihat walaupun dah lebih 20 tahun dapat HIV, malah baru-baru ni saya dengar ada wanita PLHIV yang sudah 19 tahun hidup dengan HIV tetapi masih sihat. Yang penting kita kena fikiran positif.

Ya saya faham buat permulaan ini sesiapa sahaja yang dapat HIV akan mengalami sedikit tekanan, tetapi percayalah lama kelamaan puan akan berubah menjadi lebih confident. Saya ada kawan-kawan PLHIV wanita dan lelaki yang positif hidup mereka, dan masih kuat serta mampu bekerja. Saya rasa puan perlu ada kawan wanita yang senasib, yang boleh puan berkongsi pengalaman hidup. 

Cuba puan hubungi Norlela Mokhtar, dia mengendali rumah perlindungan pesakit wanita HIV di Sg Buloh, Selangor, mungkin puan boleh berkongsi masaalah dengan dia, Norlela Mokhtar banyak membantu wanita PLHIV. 

Atau puan boleh hubungi saudara Luka Rafieqa, Luka ada ramai kawan wanita PLHIV dan Luka boleh add puan join dalam secret group orang-orang seperti kita di dalam facebook, disitu nanti puan boleh berkenalan dengan rakan-rakan PLHIV wanita. 

Saya juga akan hunungan kan puan dengan salah seorang rakan wanita facebook saya

Saya harap puan sentiasa berfikiran positif, fikir pekara yang baik-baik aje. Saya yakin puan boleh jalani hidup dengan baik nanti, anggap mendapat HIV ni sebagai dugaan dari tuhan, anggap mendapat HIV ni permulaan kepada kehidupan yang lebih baik. Setahu saya ada tempat-tempat pelindungan bukan PLHIV bukan islam.

Semoga puan terus sihat jangan fikir yang bukan-bukan sangat ya, jaga kesihatan baik-baik, yang penting fikir positif, sebab kalau kita stress fikir bukan-bukan boleh menyebabkan badan kita menjadi lemah letih dan lesu. Puan kena kuat demi anak-anak, ingat masih ramai yang mengalami senasib seperti puan diluar sana, malah ada yang lebih teruk lagi. - NAJMI

 

GADIS DELIMA - BOYFRIEND SAYA ADA HIV KER?!?!......

Salam, Hi abang Najmi, im XXX @ "Gadis Delima". Entah macamana nak mula, saya rajin baca blog abang kebelakangan ni. Ok, lets make it short, Alhamdulillah saya sihat walafiat and tidak ada apa-apa penyakit macam kes-kes kat blog abang ..he3..TAPI my boyfriend TIM (bukan nama sebenar) does, hu3 so sad but true :'(  
 
photo hanya hiasan

Kes saya ni agak complicated bagi saya, entah lah mungkin saya ni terlampau baik hati I mean cepat tersentuh hati & tidak sanggup tengok orang lain bersedih or kesusahan. My bf is non-muslim, mula tu kami just kawan biasa. Kenal pun lepas kawan saya kenalkan dengan dia. You know what? Masa mula-mula nak kenal-kenal ni, pelik jugak pasal Tim macam tak berminat sangat..sama lah macam saya jugak, tapi pasal nak menghargai usaha kawan yang kenalkan kami tu so saya pun pi lah messege bf saya ni. 1st time in my life lelaki buat derk je bila perempuan nak kenal. 

Dipendekkan cerita, 

Ada peristiwa yang berlaku buat kami jadi rapat. Semakin lama timbul keserasian antara kami. So Tim pun buat pengakuan kat saya sebelum kami pergi lebih jauh. Tim bagitahu saya yang dia ada penyakit kelamin. Dia mengaku kat saya dia dapat penyakit tu last year and dia mengaku jugak sebelum ni dia memang sangat sosial and kerap bertukar pasangan. But now dia dah insaf dan sangat-sangat menyesali perbuatan dia yang dulu. Patut lah masa nak kenal dengan dia lain sikit dingin je, sampai saya ingat dia tu anti sosial..Dia beranggapan yang life dia dah musnah sedikit. Ironinya, lepas saya tahu kebenaran kisah hidup dia saya tak pulak tinggalkan dia sebaliknya saya jadi kesian and mula timbul rasa sayang kat dia. Dia pernah jugak cakap dia sanggup "convert" kalau ada perempuan yang sanggup bimbing dia. 

Ok fine, saya dapat terima dia seadanya biarpun tahu dia ada penyakit kelamin. Bila saya fikir balik kami memang sangat kontra macam bulan dan matahari. Saya highly educated, tidak sosial, tidak minum & still virgin. Pendek kata i am a good girl. He3..Ntah kenapa boleh attach dengan lelaki yang kontra personaliti dengan saya. Maybe ini yang orang kata "cinta itu buta", or lebih tepat lagi dah ketentuan tuhan "ikan di laut asam di darat dalam periuk jadi asam pedas" Ha3. Whatever lah...Bagi saya seteruk or sejahat mana pun dia dulu, itu adalah kisah silam dia saya pun belum ada kat masa lalu dia..sedangkan ustad, sami or father sekali pun belum tentu masa silam diorang sempurna. 

Hubungan kami berlangsung macam pasangan lain walaupun hubungan jarak jauh saya di timur while dia kat barat atas faktor kerja. Sampailah suatu hari ni dia buat pengakuan kat sy, dia terlanjur kat rumah urut. Dia sangat-sangat menyesal selepas hampir setahun mengelak benda-benda macam ni dari berlaku lagi, tapi akhirnya dia tewas jugak oleh godaan. Dia cakap kat saya dia pergi ke sana lepas keluar minum dengan kawan dia..sebelum tu dia dah mati-mati tolak ajakan kawan dia tu tepi last-last keluar jugak. Dia minum sampai mabuk teruk and dia xtidak sedar apa dia dah buat kat rumah urut tu. Punya lah hancur hati saya lepas dapat tahu, tapi dia cakap kalau dia tak sayangkan saya tak lah sampai dia nak berterus terang dengan saya. Betul jugak kan. Ok tak pa lah saya maafkan memandang ini kesalahan pertama dia sepanjang dia dengan saya. Perkara ni terjadi bulan lepas (Oktober 2014)

Selepas peristiwa tu, dia jadi takut sangat kalau-kalau dia dapat HIV ye lah dia dah ada penyakit kelamin kan so senang untuk dia dapat HIV. Saya tanya dia ada pakai kondom ke tak masa buat tu dia cakap ada. 

Tiga minggu slepas dia buat dengan perempuan kat rumah urut tu dia ada pi buat general check-up and alhamdulillah dia tak ada apa-apa yang membimbangkan just kolestrol je yang tinggi. Pelik jugak kan, the doctor tidak sebut langsung pun pasal penyakit kelamin my bf. Entah kenapa instinc saya cakap dia akan ada HIV bila terkenangkan social lifestyle dia yang dulu, tapi saya tak cakap kat dia pasal tak nak dia risau. Entah lah harap instinc saya ni tak betul. 

Sebelum dia pi buat checkup tu, saya dah nekad andai kata result dia positif HIV saya tidak akan tinggalkan dia dan akan temankan, beri sokongan and kata-kata semngat kat dia selama mana dia masih bernafas saya betul-betul sayangkan dia and bukan atas dasar simpati semata-mata. Tapi sekiranya dia tidak ada apa-apa, I means bebas HIV saya akan tinggalkan dia pasal perbezaan agama kami. Hidayah milik Alllah kan bang, saya tak boleh stay dalam relation kami dengan berharap dia akan dapat hidayah sedangkan dia tidak ada keinginan pun untuk mempelajari agama Islam walaupun dah pelbgai cara dah saya ikhtiar dan usahakan. Dia cakap kat saya dia akan peluk agama islam dengan sendirinya andai pintu hati dia dah terbuka. Tapi nak tunggu sampai bila kan?? 

Saya dah bagi tahu dia keputusan untuk berpisah lepas je result check-up dia keluar. Saya cakap kat dia saya terpaksa tinggalkan dia atas faktor perbezaan agama kami lagi pun dia dah ok and tidak ada apa-apa yang membimbangkan. Dia sedih sangat and merayu-rayu kat saya supaya saya tidak tiggalkan dia. Dia sayangkan saya pasal saya tetap disisi dia biar apa pun keadaan dia and dia cakap jugak yang saya ni sumber semangat dia. Dia merayu-rayu kat saya, dia cakap biar lah perasaan kami terus macam ni saling menyayangi and menyokong satu sama lain. Soal jodoh biar tuhan yang tentukan. Saya pun tidak sampai hati sebenarnya, sedih jugak kalau saya tinggalkan dia atas faktor agama lain lah kalau dia curang ke apa. 

So kami pun continue with our relation, untuk pengetahuan abang Najmi hubungan kami sangat positif. Kami menyokong satu sama lain, kami bukan sahaja pasangan kekasih malahan kami jugak macam bestfriend we share everythings and sentiasa mendorong satu sama lain ke arah kebaikan. Memang kami ada planning untuk berkahwin tapi agama jadi penghalang. 

Sekarang ada dua persoalan yang membuatkan saya jadi dilema. 

Pertama, betul ke dia tidak ada apa-apa i means tidak ada HIV? 
Kedua, kalau pun betul dia tidak ada apa-apa and bebas HIV should I continue with this relationship dengan berharap pintu hati dia akan terbuka untuk memeluk islam or tinggalkan aje dia?? 

As you know kami kan berbeza agama..saya tidak mahu masa saya terbazir and semakin lama perasaan sayang saya kat dia semakin dalam kata lah nanti tiba-tiba dia jumpa perempuan yang seagama dengan dia dan diorang berkahwin konfem saya akan frust, nak tunggu dia dapat hidayah entah bila.huhuhuu.

Disebabkan pekara ni, emosi saya jadi tidalk menentu because Im thingking too much kesian jugak kat dia terpaksa terima layanan saya yang tidak dapat diramal ni.. Sometimes saya layan dia dengan penuh perasaan kasih sayang but sometimes saya jadi dingin dengan dia..Saya dapat rasa yang dia sayangkan saya sangat and takut kehilangan saya but at the same times dia sayangkan family dia pasal tu berat hati nak belajar islam biarpun dah berkali-kali saya jelaskan kat dia sekalipun dia convert bukan bermaksud hubungan dia dengan mak ayah and adik beradik terputus. Saya takut memikirkan kesudahan hubungan kami. Soal dia ada penyakit kelamin and kalau dia ada HIV tu saya tak kisah sangat saya boleh terima.  


Saya tak pandai susun ayat, tapi saya harap abang faham mesej yang cuba saya sampaikan and bagi pandangan abang untuk saya buat keputusan. Akhir skali, saya berharap abang doakan lah saya semoga hubungan kami ni akan sampai ke jinjang pelamin and Tim terbuka hati untuk memeluk agama Islam.


Assalam.
GADIS DELIMA :'(



Salam GADIS DELIMA,
Saudari hanya syak sangka sahaja kemungkinan boyfriend tu ada HIV, ya benar seseorang yang ada penyakit kelamin lebih berisiko tinggi dapat HIV daripada mereka yang tidak ada penyakit kelamin.

Nasihat abang pujuk  dan ajak dengan baik boyfriend tu untuk jalani ujian HIV, sebab lebih baik kita tahu status diri kita daripada tidak tahu. Kalau dah tahu ada HIV, rawatan awal boleh dibuat, kalau dia tak tahu dia ada HIV mungkin dia boleh jangkitkan kuman pada pasangan lain nant, bimbang jika lambat mendapatkan rawatan usianya tidak panjang. Perlu diingat terdapat ramai diluar sana yang ada HIV TETAPI tidak tahu diri mereka seorang pembawa.

Tidak ada cara lain untuk mengetahui status diri kita sama ada positif HIV atau tak melainkan dengan menjalani ujian darah (test HIV).

Sama ada mahu terima dia sebagai pasangan hidup terpulang pada diri saudari, sebab saudari lebih mengenali dirinya. Abang hanya mampu doakan agar saudari boleh boleh membuat keputusan yang tepat. - NAJMI



SAZALI - SAYA TERDIAM KETIKA DOKTOR MENGESAHKAN SAYA POSITIF HIV


Apa khabar saudara abang Najmi disana. Maaf tiba-tiba saya email kisah saya pada abang. Kisahnya begini..... 

photo hanya hiasan - livingsu.syr.edu

Saya banyak membaca dalam google sebelum ini, kemudian terlink lah kat blog abang ni. Banyak kisah-kisah menarik serta perkongsian-perkongsian yang baik, rata-rata memberi semangat kepada rakan-rakan PLHIV yang lain termasuklah saya.

Semua ni bermula awal bulan hari tu (awal November 2014) sebab saya kerap mengalami sakit. Selepas alami demam, pening kepala, mata bersilau, lemah badan-badan. Seminggu lebih lepas tu saya pergi lah keklinik. Doktor hanya beri ubat untuk dimaka tetapi keadaan kesihatan saya sama aje.

Kemudian saya pergi ke poliklinik, doktot buat ujian jantung tapi doktor kata tiada masaalah, tekanan darah saya pun baik. 

Kemudian esoknya saya beranikan diri  pergi check kat klinik swasta. Dan dalam masa 2 jam lebih result keluar dan saya disahkan positif HIV. Terdiam saya ketika itu, walaupun jantung bagaikan gunung berapi tetapi saya terus ingat kepada Allah, ingat pada keluarga dan diri sendiri. Hendak kata saya sedih, nak kata saya takut memang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Saya hanya mampu diam.

Perjalanan balik semasa saya tengah drive sendiri, saya duk berfikir dengan siapa dan bilakah saya dijangkiti. Untuk pengetahuan abang saya sememangnya seorang PLU.

Maksudnya kemungkinan saya dijangkiti HIV since 13 Nov 2014, saya tahu saya mengidap ni, tu pun lepas adanya simptom-simptom.

CD4 saya pula agak rendah dalam 140, dan pada minggu depan saya ada appointment dan lepas tu barulah akan di atur macam mana rawatan kelak.

Dalam 2 minggu ni saya bergantung pada herba, madu, habbatussauda dan tunjuk langit dan makan ikut waktu. Selain itu saya tetap berikhtiar memohon keredhaan dari Allah SWT.

Saya nak tanya, bacaan CD4 - 140 tu dah kira rendah ker? Berapa lamakah kesan-kesan sampingan semasa rawatan mula dijalankan, sebab dalam 3 minggu ni saya telah diberi antibiotik siflis dahulu. Harap-harap yang siflis ni cepat sembuh sebab tidak ada tanda-tanda luka pada alat sulit saya. 

Maaf saya kerana mengganggu email abang, sebab blog abang banyak peminat so saya tergerak nak message dan bila free-free bolehlah kita chat sekali sekala.. 


TQ
SAZALI
(bukan nama sebenar)



Salam SAZALI,

Pertama sekali abang harap saudara sentiasa berfikiran positif, anggap dugaan penyakit ini kerana Allah hendak menguji saudara, kerana Allah sayang saudara, kerana Allah hendak saudara tinggalkan semua aktiviti lalu dan kembali kejalanNya.
Mendapat HIV bukan penamat segalanya tetapi anggaplah ianya sebagai permulaan kepada kehidupan yang lebih baik. 

Kiraan CD4 iaitu 140 itu memang agak rendah, dikalangan kita PLHIV ni paras membezakan diantara seorang pembawa HIV dengan pesakit AIDS ialah 200. Maknaya jika CD4 seseorang dibawah 200 dia dipanggil seorang pesakit AIDS, sebab pada ketika itu dia mudah mendapat Jangkitan penyakit Opportunistik (JO).  

JO merupakan jangkitan yang “mengambil kesempatan” kerana kelemahan sistem daya tahan badan. Ada lebih kurang 30 JO yang diklasifikasikan sebagai AIDS. JO hanyalah merupakan penyakit biasa yang mungkin dihidapi oleh sesiapa sahaja tetapi kerana mereka bukan pembawa HIV maka mereka tidak dipanggil pesakit AIDS.


Jika CD4 seseorang itu diatas 200, sistem ketahanan badannya masih dianggap kuat. Bagi seseorang PLHIV pada hari ini, jika CD4 mereka sekitar 300 pun doktor akan menyarankan agar memulakan rawatan HAART. CD4 dikalangan mereka yang sihat ialah diantara 500-1000.

"Berapa lamakah kesan-kesan sampingan semasa rawatan mula dijalankan?" - Maksud saudara selepas memulakan rawatan HAART? Kesan kepada setiap orang adalah berbeza diantara seseorang dengan seseorang yang lain, kesan sampingan juga bergantung pada jenis ubatan yang diberi. Kebiasaanya kesan-kesan yang dialami hanya sementara, diantara kesan-kesannya ialah pening, sukar bangun tidur, mengalami mimpi ngeri dan lain-lain, saudara boleh baca didalam "buku kehidupan yang positif" atau "buku informasi HIV/AIDS" 

Manakala terdapat juga kesan-kesan lain seperti kesan pada buah pinggang, hati, serta peningkatan kolestrol akibat pengambilan ubatan HAART ini, tetapi kesan-kesan ini akan sentiasa dipantau, sebab itulah semua PLHIV perlu menjalani ujian darah setiap 5-6 bulan sekali, bagi tujuan pemantauan kesihatan. Pemantauan kesihatan ini akan berterusan sehingga akhir hayat. - NAJMI







LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST