Sunday, 2 November 2014

ROZZILA - TUNANG SAYA HIV POSITIF, SUDAH 2 BULAN TERLANTAR DIHOSPITAL


Saya ada terbaca artikel abang Najmi mengenai HIV. Maaf sekiranya saya menganggu. Saya ada tunang dan sekarang tunang saya dijangkiti HIV positif dan sekarang dia terlantar di hospital. 

Sudah hampir dua bulan dia terlantar. Doktor ada beritahu yang tunang saya sekarang ini berada diperingkat akhir sebab CD4 dia sudah jatuh hampir 61. Sekarang dia ada mengalami bengkak kalenjar dibahagian lehernya  dan doktor terpaksa buat operation sebab dibimbangi suspek Tibi. 

Yang menjadi persoalan saya sekarang dan keluarganya, boleh kah sekiranya dia start HAART, kalau incase dia betul-betul ada Tibi?? Sebab saya kalau boleh tidak mahu semakin lama semakin turun bacaan CD4 dia. Kalau boleh saya hendak selamatkan dia. Hanya Alla SWT sahaja yang tahu macam mana keadaan dia sekarang. Saya harap abang dapat jawab soalan saya. Sekian - ROZZILA

Salam, setahu abang ada pesakit HIV yang makan HAART bersama ubatan TB, setahu abang lah (wallahuallam) Lagi satu CD4 dia kira masih tinggi 60, kalau nak tahu abang sendiri mula makan HAART ketika CD4 abang hanya 12, alhamdulillah baik-baik sahaja sekarang. Terus berdoa kepadaNya insyaallah dia akan kembali sihat - NAJMI 



Terima kasih abang kerana sudi jawab soalan saya, terima kasih sangat-sangat tapi sekarang tunang saya tidak boleh bercakap dan tidak boleh berjalan, memang kalau ditahap teruk akan jadi begini ker? Adakah dia akan kembali sembuh jika dia start makan HAART. Maaf sekiranya saya banyak bertanya sebab saya sangat kesihan kan dia. Tiap-tiap hari dia menangis tetapi tidak boleh bercakap, saya tahu ada benda yang hendak dia cakap. Saya harap harap ini adalah salah satu penyakit HIV jugak. Saya setiap hari berdoa agar dia kembali sembuh seperti mana abang Najmi. - ROZZILA 

Mudah-mudahan, jangan putus asa terus berdoa, beri kata-kata semangat pada dia. Doktor lebih mengetahui apa yang terbaik buat dia. Nak beri HAART pun mungkin kena tengok kesesuaian keadaan diri dia ketika ini, sama ada sesuai atau tak. HAART pun ada banyak jenis. 

Abang pasti doktor lebih mengetahu tentang masaalah ini. Untuk pengetahuan Rozzila setahu abang (ikut pengalaman abang dulu lah) tidak boleh bercakap bukan sebab AIDS, abang dulu (ketika terlantar dihospital dan bacaan hanya 12) masih boleh bercakap., mungkin keadaannya terlalu lemah kut. 

Tidak boleh berjalan disebabkan sama ada dia mengalami Tibi atau pneumonia. Pengalaman abang dulu - abang mengalami pneumonia, memang tidak boleh berjalan walau selangkah pun sebab pegerakan jantung abang begerak terlalu pantas sehingga menyebabkan abang tercunggap-cungap. Abang  rasa keadaan tunang Rozilla juga sama, keadaannya lemah. Percaya lah apabila keadaanya semakin pulih, dia mampu berjalan bercakap seperti biasa. 

Boleh abang tanya tunang saudari tu ada di mana? Hospital mana? Manalah tahu abang boleh minta kawan abang yang tinggal di sana datang melawat (kalau diizinkan lah) dan boleh beri kata-kata perangsang dan semangat pada tunang Rozilla. - NAJMI



Terima kasih abang, sekarang ni tunang saya berada di hospital besar XXX, ward XX, tingkat X, katil XX. Sekarang ni saya betul-betul buntu macam mana lagi saya boleh tolong sembuhkan dia. Saya tahu doktor lebih tahu mengenai pekara ini tetapi abang saya tidak sampai hati nak tengok dia menderita macam itu. Sesungguhnya saya tidak kuat hendak tengok dia, apatah lagi famili dia, hanya berdoa sahaja senjata saya sekarang ini.

Saya sangat risau takut-takut benda yang tidak diingini berlaku pada diri dia sebab sekarang ini badan dia sudah terlalu kurus sangat. Saya pun tahu sekarang mesti bacaan CD4 dia sudah turun mendadak sebab dua minggu lalu yang lepas CD4 dia hanya 61 sahaja, sekarang ni mungkin kah CD4nya dah dibawah 10, saya tidak tahu. Terima kasih saya abang kerana dengar luahan saya. - ROZILLA 

Salam Rozilla,Insyaallah seorang kawan abang akan datang melawat tunang Rozilla nanti sebagai seorang kawan, nama dia Luka Rafieqa - NAJMI


 

6 comments:

  1. Najmi, kawan saya awal tahun hari tu teruk juga. Masa bawa ke hospital mmg teruk giler. Mmg kurus sangat2. Rasanya dia kena pneumonia sbb cd4 dia rendah kan. Alhamdulillah sekarang ni dia dah sembuh. Dah masuk keje balik pun.

    Rozila, insya allah tunang rozila akn sembuh. Cd4 60 tu rasanya tinggi juga laa..ada yg saya dgr cd4 jatuh sampai 2 dan kemudiannya sembuh lepas makan ubat. Mmg betul apa yg najmi ckp yang tunang rozila skrg ni mungkin hidap penyakit2 lain spt TB atau pneumonia disebabkan cd4 dia rendah. Banyak2 laa berdoa kpd Allah dan baca yassin yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Sama seperti abg alami dulu, sampai nak dapat rawatan sehingga dibenarkan keluar dari hospital pun masih terpaksa berkerusi roda sebab tidak mampu nak melangkah kan kaki. Insyaallah dia boleh sembuh kita doakan sama-sama. AMIN

      Delete
    2. Saya rasa kan najmi, saat2 mcm ni tunang rozila perlukan sokongan daripada orang2 yg rapat dgn beliau. Tunang rozila bertuah krn ada tunang yg berhati mulia mcm rozila.

      Delete
  2. Rozila, kalau tunang rozila dapat mulakan rawatan haart insya allah dia akan sembuh dan dapat hidup seperti insan yg lain. Peringkat akhir jangkitan hiv yg doctor ckp tu mmg betul laa sbb tunang rozila mungkin dah dpt hiv beberapa tahun yg lalu dan apabila beliau tidak dapatkan rawatan maka immune system dia telah dirosakkan oleh virus hiv.

    Apabila immune system dah lemah maka mudahlah untuk dapat serangan penyakit. Misalnya penyakit yg paling biasa ialah TB dan pneumonia. Berita baik ialah rawatan haart yg ada sekarang membolehkan tunang rozila kembali sihat. Insya allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar, tunang rozilla masih boleh sembuh seperti sedia kala. Kita doakan yang terbaik buat tunang Rozilla. AMIN

      Delete
    2. Rozelia, bengkak kelenjar di leher tunang awak tu mungkin disebabkan oleh kuman TB seperti doctor tu syak. Sebabnya selain paru2, TB juga biasanya menyerang organ yg lain misalnya kelenjar mahupun tulang. TB kelenjar ni tak berjangkit. Yg berjangkit hanya TB yg menyerang paru2. Harap tunang Rozelia dpt rawatan yg betul daripada pihak hospital.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST